Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 13 April 2011

Perancis bolehkan dedah payu dara, purdah haram


DARI UTUSAN MALAYSIA
13.4.2011




Nayet (tengah) dan Kenza Drider (kiri), keluar dari balai polis selepas ditahan kerana memakai purdah di Paris, semalam. – REUTERS



Pengarah filem porno, Rocco Siffredi bersama pelakon porno di Cannes, Perancis, baru-baru ini. – REUTERS

PARIS 12 April – Undang-undang pertama di dunia yang mengharamkan pemakaian purdah mula berkuat kuasa di Perancis semalam, bermakna wanita boleh mendedahkan payu dara di Cannes tetapi tidak boleh menutup muka di Champs-Elysees.

Dua wanita berpurdah ditangkap semasa menyertai satu protes di bandar raya ini hanya beberapa jam selepas pengharaman itu berkuat kuasa semalam, tetapi tidak jelas sama ada mereka turut didenda sebanyak AS$125 (RM645) di bawah undang-undang tersebut.

Demonstrasi yang diharamkan itu, di dataran berbatu menghadap gereja Notre Dame, penuh simbolik dengan sejarah zaman pertengahan Perancis dan semangat memberontak yang biasa ditunjukkan oleh warganya pada zaman moden.

Sesetengah pihak melihat pengharaman itu sebagai menandakan sentimen Islamofobia yang semakin menular.

Namun, kerajaan Presiden Nicolas Sarkozy mempertahankan undang-undang itu sebagai benteng yang melindungi identiti Perancis daripada ketidaksamaan dan fahaman pelampau.

Polis pula merungut, undang-undang baru itu sukar dikuatkuasakan.

“Undang-undang itu sangat jelas. Menyembunyikan muka anda di tempat awam menjadi sebab untuk dikenakan tindakan,” kata Menteri Dalam Negeri, Claude Gueant pada mesyuarat Kesatuan Eropah (EU) di Luxembourg, semalam.

Beliau berkata, pengharaman tersebut melindungi dua prinsip asas iaitu sekularisme dan prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita.

Undang-undang itu hanya akan menjejaskan kehidupan kira-kira 2,000 wanita Islam di Perancis yang memakai purdah (dikenali sebagai niqab di sini) dan burqa, tetapi ramai penduduk Islam melihatnya sebagai penghinaan terhadap agama mereka.

Walaupun mendapat sokongan meluas rakyat Perancis semasa diluluskan pada tahun lepas, undang-undang tersebut membimbangkan sekutu Paris, mencetuskan protes di luar negara dan melambangkan kesukaran negara ini untuk mengintegrasikan penduduk Islam yang berasal daripada kaum pendatang. – Agensi

KOMEN : BILA CAKAP TAK SERUPA BIKIN. KONON NEGARA MEREKA BEBAS BERSUARA DAN BERBAGAI-BAGAI KEBEBASAN DIBERIKAN KEPADA RAKYAT. TAPI BILA SAMPAI PADA PENGANUT ISLAM KENAPA KEBEBASAN ITU DIHALANG/HAD. MEREKA TAKUT PADA BAYANG-BAYANG SENDIRI KERANA MENYEDARI PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM DI EROPAH SEMAKIN MENINGKAT DIKALANGAN PENDUDUK/RAKYAT ASAL NEGARA MEREKA. KENAPA PERLU DOUBLE STANDARD?

1 comment:

Onna said...

Assalam sayang daddy,

Takut pada bayang2 sendiri... kat europe sekarang ni islam mmg sedang berkembang pesat... itu yang dorang takut sangat tu... itu citer kat europe D, kat malaysia pun dah ada yang tayang2 sampai terkeluar.. bila ditegur....masing2 hal katanya...