DARI UTUSAN MALAYSIA
14.4.2011
PETALING JAYA 13 April – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) hari ini menjelaskan bahawa pihaknya hanya kerugian anggaran RM2.2 bilion daripada RM10 bilion duti import yang sepatutnya dikutip setiap tahun.
Ketua Pengarah KDRM, Mohamed Khalid Yusuf (gambar) berkata, ini bertentangan dengan laporan akhbar tertentu yang mengaitkan RM108 bilion dengan siasatan terhadap KDRM.
Beliau berkata, perkara sebenar ialah jumlah RM108 bilion itu adalah anggaran kerugian setiap tahun kepada kerajaan akibat penipuan, pengisytiharan cukai, penyelewengan serta salah laku pelbagai agensi penguat kuasa kerajaan.
“Kami (kastam) hanya dapat mengutip sejumlah RM7.8 bilion tahun lepas yang mana kami kerugian lebih kurang RM2.2 bilion lagi. Jadi tidak tepatlah bahawa kerugian RM108 bilion itu hanya daripada kastam, tapi ia juga libatkan pelbagai agensi penguatkuasa kerajaan yang lain,” katanya selepas menghadiri seminar kerjasama kastam-sektor swasta di sini hari.
Beliau berkata, kehilangan RM2.2 bilion atau 23 peratus duti kastam itu bagaimanapun masih dianggap rendah dan pada tahap normal serta biasa dialami oleh negara maju lain, yang menetapkan 25 peratus untuk kerugian maksimum.
Mohamed Khalid berkata, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim Mohamed dijangka mengumumkan minggu depan mengenai laporan media yang salah melaporkan bahawa wang berselerak di rumah pegawai kanan KDRM yang ditahan pada 28 Mac lepas, sebaliknya wang itu ditemui di beberapa lokasi berlainan.
“Kami (kastam) perlu membersihkan nama baik penguat kuasa ini kerana jelas laporan (wang berselerak) itu memburukkan nama kami,” katanya.
Khalid dalam pada itu memaklumkan bahawa 20 pegawai kastam turut terlibat dalam Operasi 3B (3 bilion) yang bertujuan memastikan kutipan kerajaan melalui aktiviti pengimportan dapat memberikan hasil sejumlah tiga bilion.
“Ada enam agensi turut terlibat dalam operasi ini, iaitu Peguam Negara, Ketua Setiausaha Negara, Kastam, Ketua Polis Negara, Ketua Pegawai Eksekutif Cukai Pendapatan dan SPRM sendiri.
“Dengan penglibatan semua agensi ini, ia membuktikan bahawa kita tidak ”compromise” dan telus dengan mana-mana pihak dan tahan atau siasat siapa sahaja yang terlibat dalam sebarang penyelewengan,” katanya.
Beliau berkata, 20 pegawai kastam yang terlibat dalam operasi itu mempunyai kepakaran dalam bidang import-eksport, program komputer dan forensik.
Dalam operasi 3B baru-baru ini, seramai 62 pegawai kastam ditahan SPRM dan pada 6 April, Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu, ditemui mati di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini. — BERNAMA

KOMEN : RM2.2 BILION TU BUKAN KECIL PUNYA ANGGARAN... BANYAK TU. BAYANGKAN APA KERAJAAN BOLEH BUAT DENGAN WANG SEBANYAK ITU? KALAU DAH KDRM PUN KATA KEHILANGAN TU PERKARA BIASA (NORMAL), AGAKNYA SETIAP TAHUN KERAJAAN KEHILANGAN HASIL CUKAI SEBANYAK MANA YA?... KALAU DAH SELALU BERLAKU, APA TINDAKAN DAN PENAMBAHBAIKAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PENGURUSAN KDRM SENDIRI? BANYAK PERSOALAN YANG PERLU DIRUNGKAIKAN....? JANGANLAH PULA PERASUAH NAK DIHEROKAN????
4 comments:
Assalam Syng,
Statement yang agak 'stupid' tak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang berkedudukan seperti Khalid ini. Ke ada udang di sebalik??? Yang salah tetap salah, kita kalau berhutang dengan kerajaan 1 sen pun dorang mintak balik...tapi yang hilang ni bilion2 okay...bukan seringgit dua...bongok nyer orgtua ni buat statement camtu...pencen kan ajer dia nih...nanti makin berlambak org makan rasuah dalam kastam tu sebab dah jadi 'normal' dan amalan..cehhh
Assalam Sayang
Sebab tu banyak yang perlu dirungkai. Macamana mereka bekerja sampai hilang berbilion ringgit. Lepas tu nak compare dengan negara maju pulak tu. So kalau negara maju pun hilang trilion dollar, kita pun nak hilang trilion ringgit juga dan barulah boleh digelar negara maju. Terlampau selesa duduk kat kerusi empuk sampai otak pun tak boleh nak berfikir masa buat pc.....
D,
Statement macam budak tak habis sekolah...buat malu ajer.. bagilah statement yang boleh buat orang percayakan kastam semula...bukan makin buat tak percaya...mmg mongoks..
Ketua pengarah KDRM macam nak tegakkan benang yang basah,betul spt. tulisan alidamhmod ststment yg "stupid" spt. ingin menghalalkan yang haram, atau spt.ingin menyenyorokkan tangan yg kotor. harap SPRM menjalankan siasatan ke atas KDRM secara keseluruhan dari tukang kebun hingga ke jawatn no.1. 2.2. billion tu kecil. jangan membandingkan dgn.negara maju,jumlah kutipan tahun negra maju mececah ratusan billion. walaupun rm2.20sen, jika hilang akibat ketidakcekapan & salah laku/tidak amanah kakitangan sesuatu agensi kerajaan, ianya tidak boleh dibiarkan atau 'tutup sebelah mata'kerugian tetap kerugian. Bukanya menjadi rahsia dan umum mengetahui adalah menjadi lumrah bagi kakitangan awam terutamanya jabatan/kakitangan yg ada 'KUASA'(penguatkuasa an.Perkara ini amatlah jelasa jika kakitangan terbabit tinggal di luar bandar/kampung. Pegawai yang berjawatan katogeri pembantu pegawai (kelayakan memohon jawatan menggunakan SPM) terlalu nampak akan kemewahan hidup, rumah besar dan kereta besar/cantik (yg. agak mahal & tidak mampu untuk sesaorang yg.gaji untuk katogeri SPM) 2/3 buah pula. Sesorang yg. mempunyai Diploma/ijazah tetapi kakitangan swasta atau guru tidak semewah mereka. Dan menjadi kelaziman jika berurusan dgn. jabatan awam, jika melalui jalan/cara yg lurus/telus akan mengambil masa yg. lama xan mungkin di'reject' dan yang lebih menyedihkan mereka mengamalkan 'duble standard'. sbg.contoh saya pernah berkerja dengan sebuah Bank di pekan kecil. setiap hujung bulan bank akan dipenuhhi oleh pelanggan2 yag terdiri dari pekerja kilang dan persara dan pada masa itu juga pihak polis akan sibuk menyaman di tempat meletak motorsikal dan kebanyakan yg. disaman adalah pesara2 dan surirumah/makcik-makcik pekerja kilang yang mengeluarkan wang gaji/pencen yg tak seberapa dan mungkin separuh atau lebih terpaksa digunakan untuk membayar saman. hampir menangis saya melihaatnya. Apa yang lebih menyedihkan daan menyakitkan hati, ketika sedang menyaman kelihatan penuggang motorsikal berketurunan cina lalu lalang dan ada yang berhenti dan meletakkan motorsikal berseblahan dan ada antaranya yg. meneggur anggota tersebut, yg. saya hairankan mereka(penunggang cina) tidak memakai topi keledar tetapi tiada seorang pun yang yang disaman.seorang teman saya merceritakan beliau pernah mengalami situasi yg sama, dan apabila dia mempertikaikannya, dia telah diherdik dan dimarahi, "saya tahu kerja saya" kata anggota yg. menyaman teman saya. Oleh kerana teman saya berasa tidak puas hati dan terasa terasing/terhina di bumi/negara sendiri dia terus mempertikaikan perkara tersebut, untuk terus menunjukan siapa lebih berkuasa anggota tersebut telah meminta bantuan kereta peronda untuk membawa/menahan teman saya atas alasan menggangu/menghalang tugas penjawat awam. akibatnya teman saya terpaksa duduk dalam lokap beberapa hari dan senjata yg. sering disalahguna urine test dan sek. 117.
Post a Comment