DARI UTUSAN MALAYSIA
6.4.2011
Seorang penuntut bertanyakan soalan semasa sesi dialog bersama Sahol Hamid Abu Bakar di Universiti Teknologi Mara Kampus Kedah di Merbok, Sungai Petani, baru-baru ini.
SUNGAI PETANI 5 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak mengiktiraf kewujudan entiti yang menggelarkan diri mereka sebagai promahasiswa di kalangan penuntutnya.
Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, ini kerana kewujudan entiti terbabit tidak memberikan sebarang faedah sebaliknya membawa perpecahan di kalangan warga UiTM.
Katanya, promahasiswa sebenarnya wujud dengan bermotifkan politik dan sentiasa berusaha mempengaruhi para penuntut universiti bagi menyokong ideologi mereka.
"Para penuntut harus kaji latar belakang kumpulan yang bergelar promahasiswa ini. Mereka mendakwa menjadi pejuang kepada mahasiswa sedangkan penuntut sendiri tidak meraih manfaat. Tambah buruk lagi, para penuntut yang sebelum ini bersatu akan berpecah dan wujud puak-puak tertentu dalam kampus.
"Gejala sebegini dianggap tidak sihat kerana bertentangan dengan agenda penubuhan UiTM yang mahu menyatukan orang Melayu dan bumiputera melalui pendidikan," tegasnya dalam sesi dialog dengan para penuntut semasa melawat UiTM Kampus Kedah di Merbok di sini, baru-baru ini.
Hadir sama Rektor UiTM Kedah, Prof. Dr. Zaliha Hussin. Lebih 2,500 penuntut UiTM Kedah menyertai sesi berkenaan yang pertama kali dihadiri oleh Sahol Hamid.
Menurut Sahol Hamid, warga kampus UiTM tidak boleh membandingkan mereka dengan rakan-rakan di universiti lain yang kini aktif berpolitik dengan kumpulan promahasiswa dan proaspirasi.
"Kalau pun kumpulan yang menggelar promahasiswa itu dikatakan berjuang untuk kepentingan penuntut, apa pula dengan peranan saya di UiTM.
"Saya sebenarnya lebih prihatin terhadap penuntut daripada mereka (promahasiswa). Saya wujudkan facebook untuk berinteraksi dengan warga kampus. Malah, bila penuntut mengadu kelengkapan asrama rosak, saya sendiri turun padang selesaikan," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, UiTM akan memberikan kuasa autonomi kepada kampus cawangan untuk menawarkan program akademik yang bersesuaian secara berperingkat.
"Setiap cawangan yang terlibat akan ditadbir oleh seorang Rektor berbanding Pengarah Kampus sebelum ini. Mereka diberikan kuasa menawarkan program akademik sendiri dengan merujuk kepada tenaga pakar di kampus induk di Shah Alam," katanya.

KOMEN : SETUJU DATUK, KITA TADBIR UiTM DENGAN ACUAN KITA SENDIRI. MAHASISWA BERPOLITIK MEROSAKAN MINDA MEREKA. KITA MENYATUPADUKAN ORANG MELAYU DAN BUMIPUTRA MELALUI PENDIDIKAN.
No comments:
Post a Comment