Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 19 April 2011

Peluang pelajar miskin ke UiTM


ASSALAMUALAIKUM wbt.
Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my



RANTAU PANJANG 18 April - Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah menyediakan peruntukan khas bagi memberi peluang kepada pelajar miskin dari seluruh negara melanjutkan pengajian di universiti tersebut.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata (gambar), peruntukan itu merangkumi semua kos berkaitan termasuk yuran pengajian.

“UiTM akan tanggung semua kos yang berkaitan. Pelajar terbabit tidak perlu risau tentang perbelanjaan,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis UiTM Destini Anak Bangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial, dekat sini kelmarin.

Katanya, kemudahan itu disediakan bagi membela nasib pelajar terbabit agar mereka boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dalam usaha mengubah nasib keluarga.

Beliau berkata, pada tahun ini UiTM mensasarkan seramai 5,000 pelajar miskin dari seluruh negara menikmati peruntukan khas tersebut.

“Kerajaan sememangnya peka dan amat menyedari bahawa masih ramai anak-anak kita yang layak untuk melanjutkan pengajian, tetapi kerana kekangan kemiskinan maka mereka terpaksa lupakan hasrat dan cita-citanya itu,” katanya.

Justeru katanya, transformasi harus berlaku dengan memberikan pendidikan seimbang, sama-rata dan sempurna kepada semua golongan, terutama pelajar miskin.

“Dalam mencapai matlamat tersebut kita merakyatkan UiTM sebagai sebuah universiti yang relevan, dirujuk dan dihormati untuk terus kekal sebagaimana kewujudannya sehingga ke hari ini,” ujarnya.

KOMEN : KEMISKINAN BUKAN LAGI HALANGAN UNTUK ANAK MELAYU GAGAL MENYAMBUNG PELAJARAN KEPERINGKAT YANG LEBIH TINGGI. GUNAKAN KESEMPATAN YANG DITAWARKAN OLEH UiTM UNTUK MERUBAH NASIB DIRI DAN KELUARGA UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK.

No comments: