Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 6 April 2011

UiTM anjur program dekati pelajar sekolah


DARI UTUSAN MALAYSIA
6.4.2011





Mohamed Khaled Nordin menunjukkan sesuatu kepada seorang pelajar pada program Ilmu Mengubah Destini 2011 anjuran UiTM di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 5 April – Universiti Teknologi Mara (UiTM) berusaha menganjurkan program untuk merapatkan hubungan warga universiti dengan masyarakat luar terutama dalam proses membudayakan ilmu pengetahuan.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, malah sejajar dengan slogan Mengubah Destini Anak Bangsa, UiTM melalui Perpustakaan Tun Abdul Razak turut menganjurkan program Ilmu Mengubah Destini 2011 daerah Pasir Gudang dekat sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, program yang menekankan penghayatan ilmu melalui pemerkasaan pusat sumber itu diadakan buat kali kedua selepas kali pertama di Pahang tahun lalu.

“Program ini adalah peluang kedua dan sebagai motivasi kepada anak-anak desa dan miskin yang tidak mampu untuk meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi agar mereka berpeluang membela nasib diri dan keluarga.

“Diharap ia dapat membatu menzahirkan modal insan yang berupaya berfikir dengan kreatif dan kritis serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Ilmu Mengubah Destini 2011 dan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang dekat sini baru-baru ini yang turut dihadiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Pada majlis berkenaan, seramai 48 pelajar terbaik Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima penghargaan daripada pihak sekolah atas kejayaan mereka.

Tambahnya, program yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri itu juga bertujuan membantu meningkatkan kualiti pusat sumber sekolah menengah di daerah Pasir Gudang melalui perkongsian ilmu pengetahuan dan sumbangan bantuan fizikal.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, program sebegini harus digiatkan lagi supaya dimensi baru universiti dapat diperluaskan dan menjadi salah satu aktiviti jalinan masyarakat.

“Oleh sebab itu, universiti digalakkan untuk keluar daripada persekitaran pembelajaran dan pergi mengadakan program-program ilmiah di kawasan kampung mahupun bandar supaya masyarakat rapat dengan mereka,” katanya lagi.

No comments: