Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 7 April 2011

RAHSIA SIAPA TERBONGKAR ?


Suruhanjaya dapat bongkar kebenaran
DARI UTUSAN MALAYSIA
7.4.2011



KUALA LUMPUR 6 April - Penubuhan suruhanjaya diraja bukan sahaja mampu membongkar kebenaran dalam kes rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang, malah proses siasatan juga lebih cepat daripada biasa.

Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Chandra Muzaffar berpendapat, antara sebab utama suruhanjaya itu perlu ditubuhkan adalah wujudnya pertikaian oleh pihak pembangkang berhubung identiti pelaku dalam video itu yang mengundang kekeliruan rakyat.

"Ini isu awam yang melibatkan pemimpin pembangkang. Rakyat mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran daripada keputusan siasatan suruhanjaya ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kata beliau, sikap pembangkang menolak penubuhan suruhanjaya itu menunjukkan mereka tidak mementingkan rakyat serta tidak bermoral dan beretika.

"Sebelum ini mereka lantang mendesak ditubuhkan suruhanjaya bagi setiap isu yang mereka berkepentingan," katanya.

Tambah beliau, suruhanjaya itu berperanan sebagai pemacu kepada suasana politik yang lebih sihat kerana ia medium yang sesuai untuk mencari kebenaran terutama dalam isu yang melibatkan tokoh politik tanah air.

"Sepuluh tahun lalu, saya pernah berpesan kepada pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan video ini serta isterinya agar mendengar suara hati mereka serta berpegang teguh kepada kebenaran.

"Namun, suara hati dan kebenaran itu jelas diperlekehkan dengan melakukan pelbagai salah laku yang memalukan dirinya sendiri," ujarnya.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam turut menganggap penubuhan suruhanjaya itu mampu menyingkap kebenaran dalam isu rakaman video tersebut yang perlu diketahui oleh umum.

"Seorang pemimpin perlu bermoral dan beretika di mata rakyat. Segala perbuatan yang dilakukan mencerminkan keperibadian beliau dan masa depan organisasi yang dipimpinnya," katanya.

Jelas beliau, jika pemimpin tersebut tidak bersalah dan diperalatkan, siasatan oleh suruhanjaya ini dapat membersihkan namanya yang tercemar.

KOMEN : TUBUHKAN AJE SURUHANJAYA DIRAJA SUPAYA VIDEO LUCAH TU DAPAT DISIASAT DENGAN LEBIH TERPERINCI DAN LEBIH TELUS. KERAJAAN TIDAK PERLU MENDENGAR BANGKANGAN DARI PUAK PRO ANWAR KERANA MAJORITI RAKYAT INGIN SANGAT MENGETAHUI SIAPA PELAKON LELAKI TERLAMPAU DIDALAM VIDEO TERSEBUT. RAKYAT BERHAK MENDAPAT KEBENARAN...

No comments: