Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 5 April 2011

Peniaga kecewa kerajaan Kelantan


Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my





AB. SALIM Ahmad (tengah) bersama peniaga-peniaga Pasar Besar Arked MPKB dan Pasar Lambak Arked UDA menunjukkan surat jemputan kepada Exco Negeri Kelantan untuk melawat Bazar Tok Guru namun pihak Exco tidak menghadirkan diri dalam perjumpaan tersebut di Bazar Tok Guru, semalam.

KOTA BHARU 4 April – Muzakarah yang cuba diwujudkan antara peniaga-peniaga di Pasar Lama MPKB dan Pasar Lama Arked UDA dengan barisan pimpinan Kerajaan Pas Kelantan berhubung kemelut perpindahan mereka ke Bazar Tok Guru, gagal apabila tidak mendapat sambutan daripada pihak kerajaan.

Ini berikutan tiada seorang pun Exco kerajaan Pas Kelantan termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang hadir melawat Bazar Tok Guru pagi ini, sungguhpun surat jemputan telah dihantar oleh persatuan terbabit bulan lalu.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Ab. Salim Ahmad berkata, surat jemputan telah dihantar kepada semua pimpinan negeri pada 28 Mac lalu, tetapi tiada seorang pun yang hadir atau menghantar wakil.

“Kami sangat kecewa dan dukacita dengan sikap seperti ini termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri yang tidak hadir pada hari ini.

“Kami mahu bermuzakarah agar masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cara baik tetapi mereka tidak memberikan kerjasama menyebabkan kami merasa seperti telah dianak tirikan,” katanya ketika ditemui di bazar itu di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di bazar itu mendapati, lebih 300 peniaga mula berkumpul di situ seawal pukul 8.30 pagi dengan harapan dapat bersemuka dan meluahkan masalah kepada barisan kepemimpinan Pas Kelantan.

Bagaimanapun, selepas menunggu lebih dua jam sehingga pukul 11 pagi, tidak ada seorang pun Exco Kelantan yang hadir menyebabkan ada beberapa peniaga di situ mula hilang rasa sabar dan mengeluarkan kata-kata agak keras.

Ab. Salim bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang hadir di situ sejak awal pagi selepas menerima jemputan rasmi.

“Kami peniaga hadir di sini pagi ini bersatu hati dalam persatuan untuk menyatakan masalah secara terus terang kepada pemimpin tetapi semuanya sia-sia,” tegasnya.

Isu perpindahan 415 peniaga Pasar Lama MPKB dan Pasar Lambak Arked UDA ke Bazar Tok Guru menjadi kemelut berpanjangan apabila mereka mendakwa Kerajaan Pas Kelantan tidak memenuhi janji yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum 2008, iaitu menyediakan ruang

KOMEN : ITULAH PEMERINTAHAN ISLAM CARA PAS. KONONNYA ADIL DAN MENGIKUT LUNAS-LUNAS ISLAM. JANJI PUN PAYAH NAK DITUNAIKAN. KEADILAN UNTUK RAKYAT APANYA? ITULAH NATIJAHNYA KALAU MENTERI BESAR LEBIH MENGUTAMAKAN KUASA POLITIK, HARI-HARI DIA AKAN BERPOLIMIK UNTUK KELANGSUNGAN KUASA YANG DIGILAKANNYA. MENCARI SALAH DAN MEMFITNAH ORANG BAGI KAT DIA. MENCARUT DAN MEMAKI ORANG MAINAN BIBIR NIK AZIZ NI. RAKYAT JANGAN MENDERHAKA DENGAN NIK AZIZ NANTI TAK MASUK SYURGA. RAKYAT SESEKALI JANGAN MENEGUR APA JUA TINDAKAN NIK AZIZ, BELIAU SEORANG YANG MAKSUM, ITU PENGANUT TOTOK PAS YANG CAKAP... KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK AKAN MENYELESAIKAN MASALAH PENIAGA-PENAIAGA INI... TAK CAYA TUNGGU DAN LIHAT?

No comments: