Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 14 April 2011

PRN SARAWAK - HARAPAN TIPIS PEMBANGKANG


DARI UTUSAN MALAYSIA
14.4.2011




AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 10 April 2011 menyiarkan artikel penulis khas, Guan Tai Fatt dan Lee Tiam Hua mengenai harapan tipis pihak pembangkang memenangi Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN) Ke-10.

Artikel bertajuk ‘Pakatan Rakyat tidak dapat ubah keadaan’ disiarkan dalam ruangan dalam negeri, muka surat A7.

Menurut penulis, apabila pimpinan pembangkang ditanya pemberita pada satu sidang media, Jumaat lalu mengenai siapakah yang akan menjadi Ketua Menteri jika mereka menang di PRN Sarawak, masing-masing hanya terdiam.

Ketika itu, pemimpin pembangkang saling melihat antara satu sama lain dan tercengang-cengang. Akhirnya, Setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menjawab bahawa jawatan itu akan disandang oleh Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian.

Pemimpin pembangkang nampaknya lambat menjawab dan lambat bertindak balas untuk menjawab soalan-soalan itu. Ini menunjukkan pihak pembangkang belum membuat persiapan rapi untuk menghadapi PRN Sarawak.

Mereka tidak merancang untuk masa depan Sarawak sebaliknya hanya pentingkan apa yang ada di depan mata iaitu bagi merampas kuasa dari tangan Barisan Nasional (BN) dengan berusaha untuk menang sebanyak mungkin kerusi.

Pengundi juga tidak boleh terlalu mengharapkan kepada manifesto bertemakan ‘Jom Ubah Sarawak’ yang dibawa oleh pihak pembangkang dan slogan ‘Yes! Mahu perubahan’ yang dilaungkan oleh DAP kerana ia semata-mata untuk meraih undi.

Dalam pada itu, pengundi juga harus sedar bahawa persefahaman di kalangan parti-parti pembangkang juga masih belum kukuh.

Ini terbukti apabila wujud tanda-tanda bahawa DAP terpaksa akur dengan tekanan PKR apabila parti itu yang merancang untuk bertanding 15 kerusi di kawasan majoriti Cina hanya memperoleh 13 kerusi. Dua lagi kerusi yang akan ditandingi DAP adalah di kawasan pengundi campuran.

Sebaliknya, PKR pula mendapat semua kawasan yang dikehendaki mereka iaitu di pesisiran pantai dan pedalaman yang didiami orang Melayu, Melanau dan Dayak.

Bagaimanapun, PKR sebenarnya tidak mudah untuk menawan kawasan berkenaan kerana daripada 49 kerusi yang ditandinginya, sebanyak 25 kerusi membabitkan pertandingan tiga penjuru antara PKR, BN dan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).

Penduduk Dayak di kawasan berkenaan lebih mementingkan infrastruktur asas seperti jalan raya, api dan air. Oleh itu, calon BN yang dilihat paling berkemampuan untuk mengotakan janji-janji itu adalah pilihan mereka.

Dalam pada itu, di 18 kawasan bermajoriti orang Melanau pula, PKR menghadapi laluan sukar kerana semuanya adalah kubu kuat, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Berdasarkan hakikat itu, impian pihak pembangkang untuk menghalang BN memperolehi majoriti dua pertiga tidak mungkin boleh berlaku.

KOMEN : HALAU AJE PARTI DARI SEMENANJUNG TU KELUAR DARI SARAWAK. MEREKA HANYA BERJANJI AJE DAN JANGAN HARAP JANJI AKAN DITUNAIKAN...

No comments: