Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 April 2011

23 inisiatif jana kekayaan negara

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN, HASHNAN ABDULLAH dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my
20.4.2011





Najib Tun Razak bersama sebahagian pemimpin korporat pada Majlis Pengumuman Program Transformasi Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA 19 April – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 23 inisiatif bagi mewujudkan kekayaan baru dan membangunkan ekosistem negara yang mampu menarik pelaburan berbilion ringgit.

Inisiatif baru itu yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak dengan Unit Inovasi Khas (Unik) di bawah Pejabat Perdana Menteri juga mampu menggali kekayaan intelektual negara. Perdana Menteri ketika melancarkan Inisiatif Penjanaan Kekayaan Baru dan Pembangunan Ekosistem Negara itu berkata, ia akan menjadi hala tuju baharu yang memberi impak positif kepada penjanaan kekayaan negara.

Menurut Najib, projek berkenaan antaranya meliputi:
* Menukar sisa buangan kelapa sawit kepada produk bermargin tinggi.
* Menghasilkan perisian yang mampu memantau corak penggunaan tenaga sekali gus membantu menjimatkannya.
* Penghasilan ubat semula jadi kanser serviks oleh Universiti Putra Malaysia (UPM).
* Penghasilan kit diagnostik oleh Universiti Malaya (UM) yang boleh mengesahkan penyakit denggi dalam empat jam.
* Menghasilkan teknologi terkini dalam industri diod pancaran cahaya (LED).
* Kerjasama dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menghasilkan enjin carian Internet yang sangat tepat.

Kata Perdana Menteri, pasaran global untuk sektor-sektor itu dianggarkan bernilai RM1.46 trilion yang sangat menguntungkan Malaysia walaupun hanya sedikit penglibatan dalam segmen berkenaan.

‘‘Kesan limpahannya sangat jauh dan akan mempertingkatkan kemahiran teknikal dan perniagaan seluruh rangkaian bekalan, tidak seperti inisiatif penyelidikan dan pembangunan (R&D), projek berinovasi ini berjaya menarik pelanggan antarabangsa sebelum pelancarannya lagi,” katanya di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pegawai Eksekutif Unik, Datuk Kamal Jit Singh.

Pada majlis yang sama, Najib turut menyaksikan pemeteraian hubungan strategik antara rakan usahasama Unik bagi mengkomersialkan projek berkaitan yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu pewujudan kekayaan baharu, hak harta intelek daripada universiti dan institusi penyelidikan awam serta inisiatif ekosistem.

Menurutnya, lebih 1,000 projek telah diteliti dengan 113 dikenal pasti mempunyai potensi dikomersialkan yang dianggarkan bernilai RM316 bilion. ‘‘Kita harus menembusi pasaran global bagi menawan sebahagian daripada nilai ini dan hasilnya akan dapat kita lihat sebelum suku kedua 2012,” katanya.

7 projek baharu ETP dilancar

PUTRAJAYA 19 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan tujuh projek baharu dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai usaha untuk memperkukuhkan lagi aliran kemasukan pelaburan ke negara ini.

Beliau berkata, dengan pelancaran tujuh projek baharu itu bersama lima projek yang telah dilancarkan sebelum ini, ia dijangka menjana pelaburan sebanyak RM11.16 bilion serta Pendapatan Kasar Negara (PNK) sebanyak RM16.62 bilion selain mewujudkan 74,457 pekerjaan tambahan.

"Sebanyak 72 projek dalam 54 Projek Permulaan (EPP) diumumkan sehingga kini, yang bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP telah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan.

"Secara terkumpul, kesemua projek ini dijangka menjana pelaburan berjumlah RM106.405 bilion serta RM153.83 bilion dalam PNK dan 298,865 pekerjaan baharu," katanya ketika mengumumkan projek pelaburan ETP yang terkini, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Tujuh projek baharu itu adalah penubuhan hab pembuatan perkakasan rumah elektrik dan rangkaian pengedaran antarabangsa, membina infrastruktur Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) bagi meningkatkan kecekapan pelepasan kontena, siaran digital multimedia bumi dan kajian asas perkhidmatan e-Kaunter.

Selain itu, ia turut membabitkan projek e-mel 1Malaysia, mewujudkan kelompok kewangan dan pentadbiran perbankan Islam dan membangunkan pasar komuniti.

Dalam ucapan sama, Najib menyifatkan kesediaan golongan korporat yang tampil secara sukarela menandatangani ikrar Kewibawaan Korporat dan Prinsip-prinsip Anti-Rasuah Korporat sebagai usaha meningkatkan tahap integriti dalam bidang perniagaan pada masa depan.

"Usaha mengurangkan amalan rasuah di alam perniagaan amat diperlukan untuk meningkatkan keupayaan Malaysia menarik minat pelabur. Ia merupakan salah satu unsur ETP yang terpenting memandangkan Malaysia kini berada di persimpangan pembangunan ekonomi," katanya.


KOMEN : TINDAKAN KERAJAAN BN YANG TIDAK DIGEMARI OLEH PUAK PEMBANGKANG. TUNGGU AJELAH PELURU YANG NAK DITEMBAK OLEH MEREKA TERHADAP INISIATIF UNTUK MENJANA KEKAYAAN NEGARA. BAHASA PALING MUDAH KONONNYA NAJID TENGAH KEMPEN UNTUK PRU 13...

No comments: