Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 6 April 2011

Penuntut UiTM dekati masyarakat Batek


DARI UTUSAN MALAYSIA
5.4.2011




Sebahagian daripada penuntut Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam yang menjayakan Program Kembara 1Malaysia di Kampung Pagi, Hulu Tembeling, Jerantut, baru-baru ini.

JERANTUT 5 April – Seramai 86 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam menjayakan Program Kembara 1Malaysia bagi mendekati masyarakat Melayu dan Orang Asli Batek di Hulu Tembeling dekat sini, baru-baru ini.

Dalam program tiga hari dua malam itu, penuntut terbabit berkampung di Dedari, Taman Negara Kuala Tahan dekat sini.

Projek anjuran bersama syarikat pelancongan Lubuk Bangkung Sdn. Bhd. dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM itu melibatkan pelbagai kegiatan amal, persembahan kebudayaan dan permainan tradisional.

Penyelaras projek, Dzulkarnain Mazlan berkata, program itu memberi peluang kepada pelajar UiTM menyelami kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu Hulu Tembeling dan Orang Asli Batek.

‘‘Program ini untuk memberi pendedahan mengenai kehidupan masyarakat desa di samping merapatkan lagi hubungan antara penuntut supaya mereka dapat merasai isu dan masalah penduduk berkenaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Pagi, Hulu Tembeling baru-baru ini.

Dzulkarnain yang juga pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM berkata, program itu mencetuskan minat pelajar untuk berbakti kepada masyarakat luar bandar pada masa akan datang.

Seorang pensyarah, Norhayati Ramlee berpendapat, program berkenaan dapat membantu penuntut UiTM mengasah diri dengan kemahiran komunikasi bersama penduduk pedalaman.

‘‘Kegiatan luar ini boleh melapangkan tekanan penuntut berkenaan yang selama ini terbeban dengan akademik atau terperuk di kampus,” katanya.

Sepanjang lawatan itu, katanya, penuntut didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk gotong-royong, permainan gasing, pertandingan mengupas kelapa, solat berjemaah, kuliah subuh, aktiviti menyumpit dan cara menghidupkan api menggunakan batu serta kayu yang masih diamalkan Orang Asli Batek.

No comments: