Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 14 April 2011

HONDA Freed utama keselamatan


Oleh Erywan Norshal
erywan@hmetro.com.my






Terima enam bintang dalam ujian kemalangan serta dilengkapi Teknologi Kawalan G-Force

WALAUPUN kecil, kenderaan pelbagai guna (MPV) kompak, Honda Freed tetap memberi keselesaan kepada pemiliknya terutama mereka yang mempunyai bilangan anak ramai. Ia membantu si bapa menjelang musim perayaan kerana terpaksa mencatu barangan untuk dibawa pulang ke kampung. Jika menggunakan kenderaan sedan biasa, ia tidak dapat menampung kapasiti keluarga dan boleh membuatkan penumpang kurang selesa kerana terpaksa berhimpit dalam perjalanan jauh.

Honda Freed berbeza dengan MPV diimport terpakai daripada negara luar yang boleh memuatkan jumlah penumpang yang ramai, tetapi harganya terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki kebanyakan orang. Bagaimanapun, kewujudan MPV kompak yang hadir ke negara ini memberi nafas baru kepada masyarakat untuk dijadikan satu daripada pilihan membeli kenderaan supaya bersesuaian aktiviti kekeluargaan dengan harga berpatutan.

Bagi penulis, MPV kompak premium, Honda Freed adalah jentera yang boleh menyelesaikan masalah pemilik kenderaan mempunyai ramai anak. Kenderaan yang didorong tema pemasaran, '4 Plus Ideas' ini dipadankan kabin selesa dan boleh memuatkan tujuh penumpang. Rekaan kabin yang mempunyai laluan terus, memudahkan penumpang bergerak dari tempat duduk hadapan ke belakang terutama kanak-kanak.

Jentera ini dipadankan dengan papan pemuka atau kulit pintu yang mudah dicuci terutama kekotoran oleh kanak-kanak dalam kenderaan itu. Papan pemukanya yang unik kerana kelihatan seperti meja kerana boleh meletak barangan termasuk air atau bekas makanan.

Pemain dan skrin DVD pada bahagian bumbung boleh memberi hiburan kepada penumpang terutama anak kecil menonton kartun bagi mengisi masa lapang mereka. Bagaimanapun, pemain dan skrin DVD itu dijual berasingan.

Freed sebuah kenderaan dilengkapi elemen praktikal, prestasi dan gaya serta cukup menonjol untuk golongan muda berkeluarga.

Walaupun Freed MPV kompak, ia masih memenuhi kriteria kenderaan kategori berkenaan, malah lebih istimewa apabila dilengkapi pintu gelongsor automatik. Pintu gelongsor automatik yang dipadankan pada kedua-dua belah bahagian jentera turut dilengkapi ciri keselamatan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Rekaan MPV ini menampilkan bahagian hadapan berbentuk segi tiga di depan yang aerodinamik manakala segi empat di ruang kabin memberikan keluasan maksimum kepada penumpang. Jeriji dan lampu di bahagian hadapan yang dipadankan logo Honda membuatkannya kelihatan garang serta digeruni.

Pengalaman memandu uji kenderaan ini nyata memberikan kepuasan walaupun ia bukan jentera yang dilengkapi enjin kapasiti besar seperti MPV lain. Ini terbukti ketika cuba memotong sebuah kenderaan di laluan biasa apabila terjahan yang dijanakan kuasa enjin itu membolehkan jentera berkenaan memintas dengan mudah. Bagi penulis, kuasa maksimum kenderaan itu di lebuh raya tidak menghampakan kerana kelajuannya boleh melebihi 140 km/j, apatah lagi ia dipadankan enjin 1.5 i-Vtec seperti Honda Jazz.

MPV kompak premium itu turut diiktiraf dengan enam bintang dalam ujian kemalangan serta dilengkapi Teknologi Kawalan G-Force (G-CON) yang membantu menyebarkan impak kemalangan merentasi rangka badan.

Freed dijual dengan harga RM112,980 atas jalan termasuk insurans manakala RM115,180 jika menambahkan aksesori Modulo termasuk spoiler, lampu kabus dan pelindung cermin tingkap (door visor).

No comments: