Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 18 April 2011

PRN SARAWAK - MEMANG PATUT KALAH

Impian PKR bentuk kerajaan di Sarawak musnah
DARI UTUSAN MALAYSIA
18.4.2011



KUCHING 17 April - Keupayaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi hanya tiga daripada 49 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 memusnahkan impian parti itu untuk membentuk kerajaan baru.

Pencapaian rakan sekutunya iaitu DAP yang berjaya mendapat 12 kerusi daripada 15 kawasan ditandingi, PKR ternyata gagal mendapat sokongan rakyat Sarawak walaupun Pengerusi Negerinya, Baru Bian dicanang sebagi bakal ketua menteri.

Sewaktu awal pilihan raya, PKR dilihat bercita-cita tinggi menjadi kuasa dominan di negeri ini dengan meletakkan 49 calon walaupun bertindih dengan kawasan ditandingi DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr. Jeniri Amir berkata, kekalahan PKR antara lain berpunca daripada masalah integriti pemimpin parti itu.

Rakyat Sarawak dilihat mula mempersoalkan kredibiliti Anwar berhubung kes liwat yang masih tertangguh, isu video seks yang pelaku lelakinya mirip ketua pembangkang serta yang terbaru, kenyataan terbuka pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dalam temu bual eksklusif dengan TV3 baru-baru ini.

Kredibiliti Anwar tercalar apabila lawatan beliau ke sebuah rumah panjang di Melekun, Kapit berakhir dengan pertanyaan tuai rumah Edison Bugab tentang kes liwat, video seks serta jam tangan Omega, menyebabkan Ketua Pembangkang menghentikan ceramahnya dan meninggalkan kawasan walaupun baru meluangkan masa 20 minit.

Bagi Baru Bian, akhirnya berjaya dalam percubaan ketiganya merebut kerusi Ba'kelalan, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Willie Liau, dengan majoriti kecil 473 undi mungkin boleh mengubat sedikit hatinya walaupun terlepas peluang menjadi ketua menteri.

Jika dilihat daripada segi statistik, jumlah 117,700 undi yang diterima calon PKR agak tinggi tetapi ia tidak menunjukkan parti itu popular di kalangan rakyat tempatan, sebaliknya dianggap sebagai undi protes rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang telah lama memegang tampuk pemerintahan. - BERNAMA

KOMEN : ANGAN-ANGAN TERLALU TINGGI, TAPI TAK TAHAN NAK TERIMA ASAKAN DARI PENGUNDI MASA BERKEMPEN. SEMUA PERSOALAN TAK BERJAWAB BILA DISOAL OLEH WARTAWAN. BERKEMPEN HANYA TAHU MENABUR FITNAH SAJA. SEBELUM UNDI HABIS DIKIRA ANWAR HILANG ENTAH KEMANA? KHABARNYA KE ENGLAND DAN EROPAH MENINGGALKAN PENCACAI DAN PENYOKONG TEGAR YANG KEHILANGAN PUNCA. KABINET BAYANGAN DAH TINGGAL KENANGAN LUKA BUAT ANWAR.

No comments: