Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 11 April 2011

Depa auta pengundi


Hassan Mohd. Noor
DARI UTUSAN MALAYSIA
11.4.2011




Poster yang tertera 1Malaysia vs 3 Malaysia yang dipasang di Jalan Padungan, Kuching.

TUMPUAN parti politik kini terarah ke Sarawak. Ramai penceramah berkempen di pentas pilihan raya yang ke-10 itu. Barisan Nasional (BN) dan pembangkang khususnya Trio Semenanjung - PKR, DAP, Pas turut menurunkan penceramah masing-masing.

BN tentulah dengan janji pembangunannya sementara trio pakatan membangkitkan apa sahaja untuk ‘menyerang’ BN. Maka dalam keghairahan berkempen ini, disebabkan tidak ada modal, individu dijadikan sasaran. Inilah modal yang sering digunakan pembangkang. Di Sarawak, Abdul Taib Mahmud turut ‘diserang’ hanya kerana beliau menjadi ketua menteri (KM) sejak penceramah politik itu masih di bangku sekolah rendah. Apa silap, salah dan dosa Abdul Taib? Inikan demokrasi pilihan rakyat? Sebenarnya ketika dia berkata demikian, dia lupa demokrasi ala pembangkang. Lupa menyebut, ketika dia di sekolah, kemudian masuk universiti, bekerja dan terlibat dalam barisan depan politik, orang yang sama terus memimpin parti politik dan menjadi wakil rakyat.

Contoh terdekat ialah dalam trionya sendiri iaitu Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kit Siang, 70 menjadi wakil rakyat sejak 1969. Beliau hampir bersara daripada politik selepas kalah pilihan raya tetapi membatalkannya. Mungkin penceramah itu akan berkata, Kit Siang bukan memimpin negeri. Tetapi bagaimana kalau dia juga menjadi KM pada 1969? Mungkin dia akan tetap di situ sehingga hari ini. Begitu jugalah dengan Karpal, 71, menjadi wakil rakyat sejak 1974.

Seseorang yang kini berusia 20 tahun juga boleh bercakap mengenai Nik Aziz yang menjangkau usia 80, menjadi wakil rakyat sejak 1967 dan menjadi Menteri Besar (MB) selama 20 tahun. Dia boleh berkata, ketika di sekolah rendah, Nik Aziz ada di situ, masuk sekolah menengah kemudian universiti dan akhirnya bekerja, Nik Aziz tetap di situ. Kenapa tidak dipersoalkan apakah tidak ada orang lain?

Kata orang Penang, pi mai pi mai tang tu. Kenapalah cemburu sangat terhadap seseorang pemimpin sehingga tidak ada modal lain? Akhirnya jadilah macam tepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Turut ‘dibedal’ ialah Najib Tun Razak serta UMNO yang tidak ada cawangan di Sarawak.

Carilah modal lain, usahlah guna modal angin dan terus memainkan peranan kelirukan rakyat menjelang pilihan raya.

KOMEN : SENDIRI NAK PEGANG JAWATAN SAMPAI MATI SIBUK PULA MENGATA ORANG LAIN. BILA LAGI NAK BERHENTI DARI BERPOLITIK? SELAGI TAK DAPAT PERINTAH PUTRAJAYA SELAGI ITULAH DEPA AUTA RAKYAT SAMPAI DIRI SENDIRI JADI KERA SUMBANG. YANG DIKEJAR TAK DAPAT YANG DIKENDUNG BERCICIRAN..... MODAL LAMA BERKEMPEN DAH TAK LAKU.. BUKU JINGGA PUN DAN MASUK TONG SAMPAH... CERITA LIWAT PUN MASA TERTANGGUH... CERITA JAM OMEGA BUAT ANWAR BERANG...

No comments: