Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 21 April 2011

Arsenal lawan Harimau Malaya 10 Julai?


Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my





arsene Wenger mengakui Arsenal akan berkunjung ke Malaysia pada Julai ini sebagai antara destinasi dalam siri Jelajah Pramusim kelab itu.



KUALA LUMPUR - Kelab terkemuka Liga Perdana England, Arsenal dijangka menentang skuad Harimau Malaya pada 10 Julai ini di Stadium Nasional Bukit Jalil berdasarkan sumber dari laman web di England, www.arsenalindiser.com.

Mengikut sumber tersebut, Arsenal akan singgah di Kuala Lumpur pada 10 Julai sebelum terbang ke China, bagi menghadapi perlawanan kedua pada 16 Julai di Shanghai.

Maklumat itu hadir selepas pengurus Arsenal, Arsene Wenger membuat pengesahan bahawa skuadnya akan mengadakan Jelajah Pramusim dengan mengunjungi Malaysia dan China pada Julai ini.

Pengesahan itu dipetik daripada salah sebuah akhbar terkemuka United Kingdom, Telegraph melalui wawancara dengan Wenger mengenai pemilikan penuh kelab itu oleh taikun Amerika, Stan Kroenke.

Menurut Wenger, penajaan kewangan yang besar menjadi punca dia membawa Arsenal pertama kali datang ke Malaysia sejak tahun 1999 walaupun dia kurang berminat untuk ke Asia berbanding Eropah.

''Jelajah di timur jelas memberikan tarikan besar kepada bahagian kewangan. Kami memerlukan penajaan tambahan selain daripada pendapatan sendiri yang kami hasilkan. Saya boleh menerima Jelajah seperti ini selagi tidak mengganggu persiapan kami.

''Saya tidak mahu datang ke sana (Malaysia dan China) tetapi oleh kerana jumlah penajaan yang tinggi dari Eropah, kami akan ke Malaysia dan China. Kami mempunyai kurang daya tarikan kewangan daripada pasukan lain, jadi kami tidak boleh ketinggalan dalam soal itu," kata Wenger.

Chelsea dan Liverpool telah membuat pengesahan akan ke Kuala Lumpur dengan skuad Blues akan berdepan skuad Harimau Malaya pada 21 Julai namun tarikh perlawanan bagi Liverpool masih belum dapat dipastikan.

No comments: