Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 21 April 2011

Bubar institusi raja rugi bangsa sendiri


Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 20 April - Rakyat perlu sedar bahawa fungsi institusi raja Melayu bukan semata-mata melibatkan adat-istiadat dan tatacara pemerintahan sesebuah negeri, sebaliknya ia jauh lebih besar iaitu untuk menyatupadukan rakyat serta mengekalkan keharmonian dan keadilan di negara ini.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, institusi berkenaan tidak boleh ditentang kerana pembubarannya belum tentu menjamin kesejahteraan dan keamanan negara.

"Bagi mereka yang bercita-cita dan mempunyai hasrat menentangnya, berhentilah kerana ia akan merugikan bangsa sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Semalam Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mengulangi ikrar akan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu daripada sebarang tindakan menghina, apatah lagi mahu meruntuhkan sistem berkerajaan dan bernegara yang telah lama berakar di bumi ini.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar pula mengingatkan parti pembangkang serta pihak yang buta sejarah agar jangan sesekali mengusik dan menyentuh kedaulatan institusi raja Melayu.

Menurut beliau, institusi raja Melayu telah bertapak sejak 2,000 tahun dahulu dan British menyerahkan negara ini kepada raja-raja Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan.

Jelasnya, kedaulatan institusi tersebut sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka tidak pernah tergugat, dicela dan dicaci kerana martabat dan kedaulatannya sangat tinggi dan mulia.

"Saya minta kaum-kaum lain faham fakta sejarah ini dan jangan sesekali ditukar atau dipinda. Orang Melayu menentang sekeras-kerasnya jika ada sesiapa yang mahu menggugat institusi ini," katanya.

KOMEN : SIAPA DIA ORANG YANG NAK MEMBUBARKAN INSTITUSI RAJA ? TANYA SAMA ORANG PKR DAN DAP ?

No comments: