Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 15 April 2011

Kegagalan 16 Sept. luntur harapan penyokong pembangkang


DARI UTUSAN MALAYSIA
15.4.2011



KUALA LUMPUR 14 April - Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin berkata, kegagalan parti-parti pembangkang menubuhkan kerajaan Persekutuan pada 16 september 2008 seperti yang dicanang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melunturkan harapan para penyokong pembangkang.

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk dirinya percaya kepada janji 16 September Anwar.

"Semasa saya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di Kamunting, Anwar ada berjumpa saya di mahkamah kerana ada dua kes yang berjalan serentak.

''Beliau memberitahu saya, jangan susah, tak lama lagi awak akan keluar sebab kita akan bentuk kerajaan pada 16 September,'' katanya dalam temubual yang disiarkan dalam Buletin Utama TV3 malam ini.

Raja Petra seterusnya mempersoalkan bagaimana pengundi yakin pembangkang boleh memerintah jika sehingga sekarang pun pembangkang tidak berupaya membuktikan kebolehannya.

Beliau berkata, menjadi pembangkang lebih senang kerana kerjanya membangkang sahaja tanpa perlu melaksanakan.

''Tetapi apabila kita menjadi kerajaan, kita perlu laksanakan apa yang kita kritik dahulu sewaktu menjadi pembangkang. Ini bukan kerja senang. Melaksanakan apa yang kita kritik dahulu bukan kerja mudah.

''Kalau sebagai pembangkang pun sudah gagal macam mana rakyat boleh yakin kalau menjadi kerajaan,'' soalnya lagi

Mengenai kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar, Raja Petra berkata, kes itu menimbulkan banyak kekeliruan kepada rakyat khususnya apabila ia terlalu banyak kali ditangguhkan.

Kebanyakan penyokong Anwar juga kata beliau, keliru akibat terlalu kerap kes itu ditangguhkan.

''Akibatnya orang ramai tidak mampu mengikuti kes ini. Kita kena faham bukan semua orang peguam. Kadang kala peguam sendiripun keliru, inikan pula kita orang biasa.

''Lama kelamaan orang sudah tidak boleh mengikuti kes ini yang terlalu mengelirukan. Baik selesaikan once and for all,'' katanya lagi.

KOMEN : PUAK PEMBANGKANG KALAU BERCAKAP MACAM MEREKA BAGUS SUNGGUH. ORANG LAIN SEMUA TAK BETUL DAN MEREKA AJE YANG BETUL. BERANGAN MELANGIT NAK PERINTAH MALAYSIA TAPI CUMA TAHU NAK MEMBANGKANG AJE SEBAB NAK LAKSANAKAN APA YANG MEREKA BANGKANG MEMANG TAK TAHU. TENGUK APA YANG JADI PADA NEGERI DIBAWAH PEMERINTAH MEREKA.... JANJI TINGGAL JANJI DAN MASIH TERUS MENIPU RAKYAT.... BERHENTILAH DARI TERUS MENYOKONG PEMIMPIN MAT JENIN MACAM ANWAR DAN KONCO-KONCONYA.. TAK AKAN BERHASIL MEMERINTAH MALAYSIA...

4 comments:

Kenn said...

Siar dulu, kemudian baru mohon izin. Tak apa kan?

Artikel Puan yang di"songlap":-
http://lamiafamilia-ajai62.blogspot.com/2011/04/prn-sarawak-luahan-hati-anak-kedah.html

Di"songlap"kan di sini:-
http://kennvoices.blogspot.com/2011/04/pesanan-dari-kedah-untuk-rakyat-di.html

err.. tima kasih!

AJAI62 said...

Assalam Bro

Silakan, terma kasih

AJAI62 said...

Assalam abro

pembetulan buka uan tapi tuan...hehehehe

Kenn said...

Sorry Tuan!!!!!!