Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 25 April 2011

Manchester United tenang hampiri gelaran liga ke-19


DARI UTUSAN MALAYSIA
25.4.2011




Javier Hernandez (tengah) berterima kasih kepada rakan sepasukan, Antonio Valencia selepas membantu Manchester United duduk selesa di persada liga dengan jaringan tunggal menewaskan Everton 1-0 di Old Trafford, kelmarin. - AFP



MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menasihatkan pemainnya agar berhati-hati untuk mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu Liga Perdana dalam usaha merampas semula gelaran musim ini.

Kemenangan 1-0 ke atas Everton, Sabtu lalu adalah antara perlawanan yang cukup mencabar buat pasukan bimbingan Ferguson untuk mengekalkan kedudukan selesa dalam liga.

Jaringan Javier Hernandez pada minit ke-84 itu seakan memberikan tekanan kepada Chelsea yang berada di tangga kedua ketinggalan enam mata di belakang United walaupun memperoleh kemenangan ke atas West Ham.

Kemampuan United untuk mengekalkan kedudukannya itu juga mampu menjadi pembakar semangat buat pasukan tersebut menghadapi Schalke, esok dalam saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara di Jerman.

Kini, Ferguson yang telah 12 kali memperoleh kejuaraan Liga Perdana mahu lebih berhati-hati agar tidak terlepas peluang untuk mendapatkan gelaran kali ini.

''Kami kekalkan prestasi yang ada kini dalam baki empat perlawanan yang tinggal selain berusaha untuk mendapatkan kemenangan selepas ini.

''Adakah pasukan saya merasai mereka mampu menjadi juara? Ya, sudah tentu mereka berupaya menjadi juara seandainya dapat mengekalkan kecemerlangan yang ada.

''Kami juga yakin mampu untuk menghadapi Arsenal dan Chelsea. Kenapa kami tidak boleh untuk menang perlawanan ini? Saya juga telah pesan kepada pemain agar lupakan apa sahaja andaian yang tidak benar dan bermain untuk menang,'' kata Ferguson. - AFP

No comments: