DARI BERITA HARIAN
2011/04/11
Abdul Taib ingatkan pembangkang usah guna taktik kotor pancing undi di Bumi Kenyalang
MIRI: Jaga mulut dan jangan bawa politik mencaci ke Sarawak. Jangan cuba menyogok rakyat Sarawak dengan janji manis yang pasti tidak mampu ditunaikan dan dilaksanakan, sekali pun jika menang pilihan raya negeri Sabtu ini.
Rakyat Sarawak tidak mudah terpengaruh dengan politik mencaci apatah lagi disogokkan dengan janji manis semata-mata untuk menambat hati mereka.Itulah pesanan khas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pemimpin pembangkang yang kini semakin giat berkempen untuk meraih undi menerusi politik mencaci dan tawaran janji palsu.Pada masa sama, beliau mengingatkan pengundi bahawa janji yang ditabur tidak berpijak di bumi nyata serta lebih kepada janji pilihan raya, sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah membuktikan keupayaan mentadbir dan membangunkan negeri dengan baik.
“Kita boleh dapatkan pinjaman beratus-ratus juta untuk bangunkan pertanian sebab kita ada banyak aset, tetapi di sana (Pulau Pinang) belum tentu boleh dapat.
“Nak buat jambatan pun tak dapat, nak pinjam dengan Kerajaan Pusat memang tak akan dapat sebab belum tentu dia (Guan Eng) boleh bayar,” katanya di Beluru dekat sini, semalam.
Sebelum itu, beliau menghadiri Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang turut dihadiri, Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak dan Menteri Muda Kemudahan Awam, Sylvester Muran yang juga calon BN bagi DUN Marudi. Kenyataan balas itu dibuat Abdul Taib apabila dikritik Guan Eng yang mendakwa beliau mengabaikan rakyat kerana sibuk mengumpul kekayaan peribadi. Secara sinis, Abdul Taib berkata, rakyat Sarawak bukan mudah disogok dengan habuan telinga menggunakan janji manis, tetapi ‘mulut’ juga perlu dijaga dengan cara membangunkan ekonomi dan pendapatan.
Memberikan contoh bagaimana rakyat miskin Pulau Pinang akan terus ketinggalan, Abdul Taib berkata, dasar kerajaan Pulau Pinang amat jelas mengutamakan pembinaan projek rumah kos tinggi berbanding rumah kos rendah untuk rakyat miskin.
“Dia tak tahu hal pertanian, Pulau Pinang tak ada estet, ada pulau saja. Jika dia nak jadikan Sarawak macam Pulau Pinang, dia kena pujuk satu juta rakyat negeri ini untuk sokong.
“Pulau Pinang maju atas usaha BN... tengok apa dah jadi bila DAP memerintah, rakyat menderita. Di sini, kita majukan pertanian untuk rakyat, jangan campur hal kita.
“Rakyat Sarawak sebenarnya lebih bijak berfikir untuk menilai pembangunan yang dibawa kerajaan BN, terutama sepanjang 30 tahun memegang tampuk pemerintahan.
“Jika Sarawak jauh lebih mundur daripada dulu, saya tak kisah jika rakyat tak sokong, tetapi kalau lebih baik, lebih maju, banyak pembangunan, BN adalah pilihan terbaik,” katanya.
Beliau juga berkata, janji manis pembangkang untuk memajukan Sarawak dengan bajet cuma RM1 bilion dianggap sesuatu yang mengarut dan tidak masuk akal kerana pembangunan di negeri terbesar di Malaysia itu memerlukan kos tinggi dan memakan masa.
Atas sebab itu, katanya, apabila kerajaan negeri menawarkan untuk membangunkan tanah terbiar, rakyat perlu menyokong kerana keuntungan pertanian sawit adalah hak mutlak rakyat, bukan diambil oleh kerajaan.

KOMEN : MEMANG PAKATAN PEMBANGKANG MERUPAKAN PARTI POLITIK YANG SUKA MENCACI DAN MEMFITNAH UNTUK MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT. HARAP RAKYAT SARAWAK AJAR MEREKA ERTI AMANAH DAN MENGHORMATI BUDAYA DAN RAKYAT SETEMPAT... DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG....
No comments:
Post a Comment