Oleh HAMDEN RAMLI dan AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
pengarang@utusan.com.my
Zambry Abdul Kadir ketika menjawab soalan lisan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Perak ke-12, Ipoh, semalam.
IPOH 13 April – Percubaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A. Sivanesan untuk menggasak Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dengan soalan-soalan provokasi akhirnya makan diri.
ADUN dari DAP itu bukan sahaja kelihatan terkedu apabila dakwaannya berjaya dipatahkan dengan mudah oleh Zambry, tetapi akhirnya terus terdiam apabila dicabar Menteri Besar menyerahkan senarai nama penduduk setinggan keturunan India yang layak tetapi tidak mendapat lot tanah penempatan semula seperti didakwa.
“Buktikan dan berikan kepada saya (senarai nama penduduk setinggan keturunan India yang layak tetapi tidak mendapat lot tanah seperti didakwa),” tegas Zambry ketika menjawab soalan tambahan Sivanesan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.
Sebelum itu dalam soalan tambahannya Sivanesan mendakwa selama 53 tahun kerajaan BN tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan masalah setinggan membabitkan kaum India di negeri ini .
Beliau turut mendakwa mendapat aduan berlaku wujud skandal dalam pemberian lot-lot tanah kepada penduduk setinggan di Klebang Tambahan.
Zambry berkata, Sivanesan cuba untuk menonjolkan diri sebagai jaguh orang India dengan membangkitkan dakwaan yang tidak berasas itu.
“Tetapi saya ingin tanya, masa 11 bulan memerintah dahulu apakah sumbangan yang anda berikan kepada masyarakat India,” katanya.
Terdahulu menjawab soalan asal Chen Fook Chye (DAP-Keranji) mengenai jumlah setinggan, Zambry berkata, terdapat sebanyak 14,282 setinggan mendiami 522 kawasan di seluruh negeri ini berdasarkan bancian di bawah program Setinggan Sifar 2012.
Katanya, kerajaan negeri telah menyediakan sebanyak 56 kawasan membabitkan keluasan 939 hektar bagi melaksanakan program mengatasi setinggan di negeri ini.
“Kita menggunakan pendekatan yang pelbagai termasuk memindahkan setinggan ke kawasan Rancangan Perumahan Tersusun atau mengekalkan mereka di kawasan sedia ada jika ia bersesuaian,” katanya.

KOMEN : ITULAH PADAHNYA BILA MEMBUAT DAKWAAN MELULU TANPA BUKTI KUKUH. TAHNIAH KEPADA MB KERANA DAPAT MEMBEDAL KONONNYA SEORANG HERO MASYARAKAT INDIA YANG BERJIWA RAKYAT, TAPI RUPANYA HAMPAS. PUAK PEMBANGKANG NI SUKA SANGAT MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS KESUSAHAN ORANG LAIN... BUKAN PENAWAR YANG DIBERI TAPI RACUN YANG DITABUR...!
No comments:
Post a Comment