DARI BERITA HARIAN ONLINE
2011/04/11
Naik podium selepas raih tempat ke-3 julang Lotus-Renault GP
BUKAN Vitaly Petrov tetapi Nick Heidfeld yang menyimpul senyuman peminat tempatan apabila melakar kejayaan cemerlang kali kedua berturut-turut buat pasukan Lotus-Renault GP bagi menaiki kedudukan podium pada perlumbaan Formula Satu (F1) pusingan kedua di Grand Prix Malaysia, semalam.
Selepas sekadar menamatkan perlumbaan di Melbourne di kedudukan ke-12, Heidfeld jelas bersemangat untuk memperbaiki kedudukannya seterusnya menamatkan rasa sangsi kemampuan pelumba veteran Jerman ini bagi menggantikan posisi Robert Kubica yang mengalami kemalangan di awal musim, sekali gus mencipta kejayaan manis buat pasukan berkaitan Malaysia itu di laman sendiri.
Heidfeld yang memulakan perlumbaan di petak ketiga bersama Fernando Alonso (Ferrari) dengan agresif memintas tiga pelumba di depan termasuk Mark Webber dan Lewis Hamilton pada selekoh pertama namun semuanya berubah selepas hentian pit pertama apabila dipintas untuk kembali ke posisi kelima.
"Ia perlumbaan yang baik. Saya memulakan perlumbaan dengan sempurna dan berjaya meraih kedudukan kedua selepas selekoh pertama namun kemudian mengalami kesulitan di hentian pit selain hujan dengan tiga pelumba lain mengambil peluang untuk memintas saya.
"Ia keputusan yang baik buat pasukan dan ia juga petunjuk jelas kami bakal mencabar tahun ini." Begitupun, nasib malang menimpa Petrov yang mengalami masalah teknikal dan terpaksa menamatkan perlumbaan ketika perlumbaan berbaki empat pusingan sebelum berakhir.
Perlumbaan di Sepang meletakkan pasukan Lotus-Renault di kedudukan keempat keseluruhan dalam kategori pengeluar dengan 30 mata di belakang Red Bull (72), McLaren (50) dan Ferrari (36) menuju perlumbaan di China, minggu depan.

No comments:
Post a Comment