DARI UTUSAN MALAYSIA
14.4.2011
Pemain Manchester United, Javier Hernandez (kiri) menanduk bola yang menewaskan penjaga gol Chelsea, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana ofsaid pada perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Old Trafford, Manchester, semalam. – AFP
MANCHESTER – Manchester United mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas menjinakkan Chelsea 2-1 di Old Trafford semalam, untuk layak dengan agregat 3-1.
Barcelona juga mengesahkan aksi separuh akhir selepas membenam Shakhtar Donetsk dengan agregat 6-1.
Gergasi bola sepak Sepanyol itu dijangka berdepan Real Madrid pada separuh akhir, sekali gus menghampiri ‘final impian’ dengan United di Stadium Wembley pada 28 Mei ini.
Pemain tengah United, Ryan Giggs membuktikan pada usia 37 tahun dia masih boleh beraksi dengan baik terutama ketika membantu Javier Hernandez dan Park Ji-Sung memperoleh jaringan semalam.
“Giggs adalah pemain yang sungguh menakjubkan, sumbangannya kepada pasukan amat besar melalui pengalamannya.
“Sungguhpun sudah berusia 37 tahun, dia tetap berupaya bermain dengan bagus selain berupaya mengekalkan kecergasan pada tahap terbaik,’’ kata pengurus United, Alex Ferguson.
Perlawanan semalam juga adalah penampilan ke-870 Giggs serta kali ketiga dalam Kejohanan Eropah.
“Adalah senang jika anda sudah tua kerana anda boleh mengunakan pengalaman yang ada,’’ kata Giggs.
Sebaliknya aksi semalam serba tidak menjadi buat Chelsea terutama penyerang mereka Fernando Torres.
Penyerang Sepanyol itu masih belum membantu Chelsea memperoleh kemenangan sejak kelab tersebut menandatangani pemain berkenaan pada Januari lalu, selain sekadar beraksi pada separuh masa pertama sebelum digantikan Didier Drogba.
“Dengan mengeluarkan belanja yang tinggi untuk mendapatkan pemain itu, sudah semestinya mereka menggunakan Torres.
“Sungguhpun pemain itu tidak seratus peratus dapat membantu, namun jika dibiarkan pemain itu terus beraksi sudah tentu dia dapat melakukan sesuatu, bukan mengeluarkannya,’’ kata Ferguson.
Gol Chelsea dijaringkan Didier Drogba pada minit ke-77, tujuh minit selepas Ramires dilayangkan kad merah. - Agensi

KOMEN : CONGRATULATION MU...
No comments:
Post a Comment