Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 28 April 2011

1CINA

Sentimen 1Cina DAP bahaya, boleh runtuh perpaduan rakyat
DARI UTUSAN MALAYSIA
28.4.2011




KUALA LUMPUR 27 April – Permainan politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang semakin bahaya apabila parti itu bersungguh-sungguh menerapkan sentimen 1Cina di kalangan masyarakat tersebut terutama selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.

Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh meruntuhkan perpaduan di kalangan rakyat.

Bukan itu sahaja, katanya, malah sentimen 1Cina boleh mendatangkan pelbagai kesan terhadap keharmonian serta kestabilan negara. “Kita dapati Kit Siang begitu bersungguh-sungguh mempopularkan slogan 1Cina. Sentimen yang dibawa ini amat berbahaya kerana ia boleh memberi kesan yang amat negatif kepada negara.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan 1Malaysia bagi menyatukan penduduk negara ini tetapi Kit Siang pula memperkenalkan slogan 1Cina demi kepentingan politiknya yang begitu sempit,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan DAP berdasarkan pengamatannya selepas parti itu berjaya menawan 12 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Selain itu, Musa berkata, berdasarkan pemerhatiannya, Kit Siang juga dalam usaha mengekalkan pengaruh dinasti keluarganya sebagai pemimpin utama di Pulau Pinang seperti mana kejayaan Lee Kuan Yew mengekalkan pemerintahan keluarganya di Singapura.
“Dengan bantuan rakan-rakan sekutunya seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kit Siang mahu keluarganya terus menerajui Pulau Pinang,’’ ujarnya.

Dalam perkembangan yang berkaitan beliau berkata, hasrat DAP mewujudkan dua sistem parti iaitu parti mewakili orang Melayu dan Cina hanya akan membawa kehancuran kepada negara. “Perpaduan pasti tidak akan terbina dengan adanya sistem dua parti ini dan begitu juga keharmonian negara. Ini kerana orang Melayu dan Cina sentiasa berasa sangsi antara satu sama lain.

“Acuan politik seperti ini tidak boleh diamalkan kerana Malaysia didiami rakyat pelbagai kaum,” katanya.


MCA semakin hilang maruah
Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 27 April – MCA dilihat sebagai sebuah parti wakil kaum Cina yang semakin hilang maruah apabila menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan akhbar Utusan Malaysia ekoran hilangnya kepercayaan masyarakat tersebut kepada parti politik itu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan MCA yang menyalahkan kedua-dua pihak tersebut terutama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 lalu adalah amat dangkal dan kebudak-budakan.

Sebagai contoh, katanya, tuduhan mengatakan Perkasa sebagai punca kemerosotan sokongan Cina terhadap MCA semasa PRU lalu adalah tidak berasas sama sekali kerana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu hanya ditubuhkan selepas pilihan raya lalu.
“Perkasa hanya didaftarkan pada 12 September 2008 kira-kira lima bulan selepas PRU Ke-12 dan bukan Perkasa yang menyebabkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tewas banyak kerusi di Sarawak.

“Perkasa tidak ambil bahagian dalam kempen di Sarawak dan MCA juga perlu ambil perhatian mengapa etnik lain di Sarawak boleh beri sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) jika tidak kerana mereka percaya kepada BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Publisiti MCA, Datuk Heng Seai Kie melalui portal propembangkang, The Malaysian Insider mendakwa Perkasa dan akhbar Utusan Malaysia sebagai penyebab kepada kemerosotan sokongan Cina kepada MCA serta parti komponen lain dalam BN. Seai Kie turut menempelak Utusan Malaysia yang mengilhamkan konsep 1Melayu 1Bumi melalui kolum Cuit yang diterbitkan pada 20 April lalu.

Ibrahim berkata, tuduhan Seai Kie yang mengatakan Perkasa sebagai sebuah NGO yang membenci masyarakat Cina adalah tidak benar sama sekali. Pertubuhan itu jelas beliau, hanya menyanggah sesetengah pemimpin masyarakat Cina yang tidak henti-henti cuba mencabar hak keistimewaan bumiputera di negara ini.

KOMEN : ADAKAH INI YANG DINAMAKAN 1CINA YANG DICANANGKAN OLEH DAP DAN DISAHUT OLEH MCA? MCA MULA MENYALAHKAN ORANG MELAYU KERANA KEHILANGAN SOKONGAN ORANG CINA. TAPI ORANG MELAYU KENA INGAT SENTIMEN 1CINA MERANGKUMI SELURUH ORANG CINA TIDAK KIRA DIMANA MEREKA BERADA. DUA KEADAAN BERBEZA JIKA DITELITI AKAN MENJADI SATU AGENDA YANG SAMA UNTUK BANGSA CINA. SLOGAN 1CINA !!!!!

No comments: