Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 25 April 2013

Jangan rosakkan keharmonian negara - Najib




KENINGAU 24 April - Pembangkang diingatkan supaya tidak melakukan tindakan yang boleh merosakkan keharmonian negara termasuk membangkitkan isu autonomi Sabah seperti yang dicanang dalam kempen pilihan raya umum kali ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, soal kemerdekaan Sabah dalam Malaysia, kerangkanya, Perlembagaan dan hak-hak negeri itu telah dipersetujui sebaiknya melalui Perjanjian 20 Perkara.

"Jangan buat apa-apa yang sudah pun kita susun molek, cantik dan kemas.

"Perjanjian 20 perkara itu masih kita pertahankan sampai hari ini. Tidak timbul soal autonomi kerana Sabah sudah ada autonomi di bawah perjanjian itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 10,000 hadirin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini hari ini.

Perdana Menteri menambah, antara Sabah dan Persekutuan Malaysia, kedua-duanya saling memerlukan kerana dalam hal tertentu, negeri itu turut memerlukan pertolongan daripada kekuatan yang ada pada Persekutuan.

"Baru-baru ini rakyat Sabah dikejutkan dengan pencerobohan pengganas Kiram. Anggota keselamatan kita datang dari mana? Darah yang mengalir di bumi Sabah ini darah siapa? 

Jawapannya, darah orang Pasir Mas, Kelantan, Besut, Terengganu dan Klang, Selangor.

"Mereka sanggup bayar harga paling tinggi iaitu nyawa masing-masing untuk jaga keamanan dan kedaulatan Sabah agar tidak tercemar. Namun pembangkang perlekeh kita kononnya ini sandiwara sedangkan mereka yang adakan perjumpaan dengan orang yang tidak suka pada Sabah. Apa tujuan mereka?" soalnya.

Sementara itu, Musa Aman dalam ucapannya turut menyelar pembangkang yang mendakwa Sabah dianaktirikan oleh kerajaan Pusat termasuk dengan tidak memberikan royalti minyak 20 peratus seperti yang disebut dalam manifesto mereka.

Menurutnya, bantuan Kerajaan Pusat kepada Sabah selama ini melebihi 20 peratus seperti dicanang mereka. Perdana Menteri juga tidak pernah lokek meluluskan dana tambahan sekiranya diminta kerajaan negeri pada bila-bila masa.

"Pembangkang kerja mereka berbohong dan membuat fitnah saja. Kita bukan tak mahu jawab tetapi kita banyak kerja. Bukan seperti mereka yang tidak ada kerja, sebab itu ada banyak masa buat fitnah dan bohong bagi memperbodohkan rakyat negeri ini," katanya.

"Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan Ke-10, lebih RM10 bilion diberi kepada Sabah. Itu belum dikira dana tambahan dan jumlah itu melebihi 20 peratus yang dikatakan pembangkang. Cumanya kita perlu faham, sebagai negeri kedua terbesar, kita perlu masa untuk bangunkan semuanya," katanya.


No comments: