Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 25 April 2013

Hudud hanya gimik Pas



Najib Tun Razak diiringi pemimpin Barisan Nasional Sabah bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Keningau, Keningau, Sabah, semalam. - BERNAMA

KENINGAU 24 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan tindakan Pas membangkitkan semula isu pelaksanaan hukum hudud sebagai gimik pilihan raya semata-mata. Beliau berkata, dalam manifesto pembangkang jelas sekali soal hukum hudud tidak disentuh, malah DAP tidak pernah sama sekali menyatakan persetujuan mereka dalam perkara itu.

"Jadi kalau ini (pelaksanaan hukum hudud) dijadikan soal prinsip bererti Pas tidak seharusnya bergabung dalam Pakatan Rakyat kerana ini soal pokok yang diperjuangkan mereka.

"Sekarang ini DAP kena respons apa pendirian mereka dalam perkara ini dan saya jangkakan DAP terpaksa membuat kenyataan sebab kalau tidak yang bukan Islam akan meletakkan banyak persoalan tentang pendirian parti itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kompleks Sukan Keningau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden Parti Bersatu Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan kepemimpinan BN negeri.

Tambah Najib, UMNO tidak pernah menolak hukum Islam itu tetapi beberapa persoalan termasuk kesesuaian masa dan sebagainya perlu diambil kira dalam melaksanakan perkara tersebut.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa tempoh masa lima tahun belum cukup untuk melaksanakan pelbagai perancangan adalah tidak benar sama sekali kerana tempoh berkenaan sudah cukup panjang.

Katanya, agenda transformasi nasional yang dilaksanakan kerajaan BN terbukti dapat dilihat keberhasilannya hanya dalam tempoh empat tahun sahaja.

"Kalau kita hendak merancang, tahun pertama kita boleh lakukan tahun kedua kita boleh laksanakan dan tahun ketiga dan keempat kita boleh tengok hasilnya.

"Saya tidak takut untuk membentangkan kad laporan kepada rakyat bagi rakyat mengadili prestasi kerajaan BN. Jadi sepatutnya bila tempoh lima tahun Tan Sri Khalid boleh membuat kad laporan kepada rakyat dan pengundi kerana itu lebih baik daripada dia minta lima tahun lagi," katanya.

Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesal dengan kekecohan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab ketika musim pilihan raya kali ini.

"Sepatutnya tidak berlaku. Biarlah bersaing dengan sihat, tunjuk amalan demokrasi yang boleh menjadi teladan kepada orang lain," kata Perdana Menteri.

Ditanya dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beberapa negeri termasuk Sabah dan Johor akan jatuh ke tangan mereka, Najib berkata, itu adalah 'permainan' pembangkang semasa musim pilihan raya umum.
 
 
 

DAP tetap bantah hudud

Haron Din, Karpal Singh

PULAU PINANG 24 April - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan beliau tetap dengan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini.

Katanya, hudud tidak boleh dilaksanakan kerana mengikut Perlembagaan tidak ada apa-apa peruntukan yang menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara Islam.

“Dalam tahun 1988, lima hakim kanan Mahkamah Agung yang diketuai Tun Salleh Abas ketika itu telah memutuskan undang-undang yang terpakai dalam negara adalah undang-undang sekular.

“Jadi mana boleh dalam satu negara ada dua undang-undang. DAP menghormati apa yang terkandung dalam perlembagaan, oleh itu undang-undang Islam boleh diletakan di bawah kuasa Raja-Raja Melayu sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang bertegas mahu melaksanakan hudud sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sementara itu di Arau, mengulas perkara tersebut, Haron mengulangi ketegasannya untuk melaksanakan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara ini.

Menurut beliau, pendiriannya itu mengambil kira hukum hudud sebagai asas dalam perundangan Islam.

“Sebagaimana solat, ia perlu dilaksanakan," kata beliau selepas merasmikan Pesta Wau Kampung Kenangan, Simpang Empat dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Haron berkata, sekiranya pakatan pembangkang mendapat mandat memerintah negara ini, isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat khas pakatan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu membuat kenyataan lanjut dalam media massa berhubung isu tersebut untuk mengelakkan ‘perbalahan’ dalam kalangan pemimpin pakatan berkenaan.

KOMEN : CARI MODAL LAIN LAH... MODAL BASI SEJAK PAS PERINTAH KELANTAN JUGA YANG DIA ORANG NAK PUSING... SUDAH-SUDAH LAH... PELAKSANAAN HABUK PUN TAK ADA?

No comments: