Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday 5 March 2015

Samsung lancar Galaxy S saingi iPhone

04 Mac 2015 12:30 AM


telefon pintar Galaxy S6 edge (kiri) dan Galaxy S6 yang dipertontonkan sebelum acara Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona pada 1 Mac lalu. – REUTERS

SEOUL 3 Mac – Samsung Electronics Co. Ltd. (Samsung), mengumumkan rangkaian telefon pintar terbaharunya, Galaxy S yang lebih nipis dan diperbuat daripada keluli gred pesawat, sebagai satu daripada usaha syarikat Korea Selatan itu menyaingi Apple Inc.

Model itu dibangunkan daripada Projek Zero yang mana Galaxy S6 dan varian melengkungnya begitu kritikal kepada pelan Samsung untuk memulihkan perolehan daripada segmen jualan telefon pintar yang menyaksikan pendapatannya jatuh kali pertama dalam tempoh tiga tahun pada 2014.

Bagaimanapun, Ketua Mudah Alih Samsung, J.K Shin dalam ekspo antarabangsa Kongres Mudah Alih Dunia di Barcelona, Ahad lalu berkata, pihaknya sentiasa cuba memahami kehendak pelanggan dan belajar daripada kesilapan lalu.

“Kami sentiasa mendengar kepada keperluan pelanggan,” katanya selepas Galaxy S6 dan Galaxy S6 edge diumumkan.

Sehari selepas pelancaran itu, saham Samsung melonjak tinggi dalam tempoh sembilan bulan. Beberapa penerbit teknologi menyifatkan kedatangan telefon pintar itu adalah tepat pada masanya selepas model Galaxy S5, gagal dalam pasaran.

Saham Samsung ditutup sehingga 4.9 peratus, mengatasi kenaikan 0.6 peratus bagi pasaran yang lebih luas.

Apple bagaimanapun berjaya mengatasi Samsung sebagai pengeluar utama telefon pintar dunia pada suku keempat 2014 dengan rekod jualan menerusi iPhone 6 dan 6 Plus berskrin lebar.

Namun, Samsung tidak terus berdiam diri apabila turut melaksanakan pelan pemulihan sejak 10 April lalu dengan melakukan rombakan ke atas model telefon Galaxy yang mula dijual di 20 buah negara, yang juga merupakan satu daripada produk penting pernah dilancarkan dalam sejarah syarikat.– REUTERS

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/samsung-lancar-galaxy-s-saingi-iphone-1.65783#sthash.7hBJJQop.dpuf


10 comments:

kaki skodeng said...

gempak ah s6 ni.. s6 edge tu nampak mewah gila.. elegan.. tp spec mcm lebih kurang je dgn s5.. agak2 boley lawan iphone 6 tak s6 ni? x sabar nk tnggu nk launch nk tgk mcm mana dia punya pegi.. dgr cite 10 april launch.. ye ke?

Unknown said...

tp yg edge punya bapak nice. aku kagum beb. pergh. gila betul. dgr cite, bolh letak icon tak guna kat edge tu. mmg superb hbs.

Dana said...

samsung buat kerje remeh temeh.. ape fungsi baru fon ni? s6 edge dgn note edge sama je.. takde benda2 baru dalam fon.. ak btul2 rasa s6 takley lawan iphone6.. s6 punye konsep design sama je...

Unknown said...

maybe samsung perlu pikir something yg bagus.. app developer ke.. utk guna kelebihan edge yg ada pd mereka.. buat something idea baru.. so boleh jd pioneer sbb bg aku bagus inovasi edge dr smbung ni.. quite good la..

Lina Suki said...

utk yg ni, aku rasa samsung dah bg yg terbaik utk takat ni. sbb design and spec dia bgs. stream hd vid blh. gaming lama pun aku rasa takkan heating punya. safety and comfortable features tu ada, sbb tu aku berani ckp, edge ni lain dr android yg lain dan maybe blh surpass iphone. ada perubahan.

Anonymous said...

s6 edge beza dr s6 biasa dr segi s6 edge ni ade fungsi noti kat tepi2 fon.. so memang beza gilew. tp ak nk tau klau s6 edge ni selesa kat tapak tangan tak.. klau nampak cantik tp tak selesa ape gunenye kan? Klau samsung buat prebooking utk fon ni kan senang idup, korang rs samsung buat tak? korang igt mase samsung maki iphone launching? https://www.youtube.com/watch?v=kv2tt1rvZZ0

Dana said...

LOL hevind, iklan tu mcm gilew je.. haha konfem skrg akan ade prebooking.. #timeforachange sbb apple mungkin balas dendam. hahaha.

tapi ak xkan rekomen ko gune edge.. ak skrg gune note edge, rs mcm blh pecah bile2 klau jatuh..

Unknown said...

aku rasa edge ni memudahkan.. imagine bila ada ni, kita senang nk arrange widgets ke notification ke.. senang.. boley jd shortcut bnyk2 kt tepi.. so takyah nk tekan bnyk2.. kalau btol la telco buat prebooking utk s6 ni.. agak2 ramai2 ke nak hah?

Domas said...

aku dpt info katanya metal kat s6 ni dari aircraft industry punya teknologi. so mmg daya tahan yg tinggi. bkn biasa mcm hp lain. so takat 2 3 kaki fall tu, tak perlu risau lg. everything might be in a good condition. tambah dgn sleek looking, aku rasa apa yg hp user nak semua dah ada kat s6 ni. :D

Ayoh Ngoh Pula said...

better tunggu out dulu mcm mana.. boley try sendiri.. boleh godek2.. mana yg sedap s6 ke s6 edge.. tp edge tu mcm bnyk function.. maybe lbih menyenangkan..

ada rasanya prebooking.. tgk kt link.. tp ntah la bila start.. http://www.soyacincau.com/2015/03/30/celcom-to-offer-galaxy-s6-and-galaxy-s6-edge/

pasal lasak tu.. tatau nk ckp mcm mana.. tp kt link dh ada org cuba try thap lasak s6.. boleh je nk usha hehehttp://www.soyacincau.com/2015/03/30/samsung-galaxy-s6-gets-brutalised-and-totally-survives/