Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 17 March 2015

F1 : Hamilton juara, Mercedes dominasi

16 Mac 2015 12:49 AM


Lewis Hamilton menuju ke pit pasukan Mercedes AMG Petronas dengan diekori Nico Rosberg selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix Australia di Litar Albert Park, Melbourne semalam. – REUTERS




MELBOURNE – Lewis Hamilton menyingkirkan rakan sepasukannya Nico Rosberg ketika Mercedes mendominasi perlumbaan pembukaan musim Formula Satu, Grand Prix Australia di Melbourne semalam.

Penyandang juara dunia Ha­milton memacu laju jenteranya untuk menumpaskan pemenang perlumbaan tahun lalu Rosberg dengan hanya dipisahkan 1.3 saat di depan.

Juara dunia empat kali Sebastian Vettel, yang memandu Ferrari untuk kali pertama sejak berpindah dari Red Bull, menamatkan persaingan di kedudukan ketiga, meninggalkan pelumba Williams, Felipe Massa di tempat keempat.

Kejayaan tersebut adalah kali kelapan Mercedes berjaya meraih kemenangan satu-dua, dengan kekalahan terakhir mereka ialah di Belgium pada Ogos lalu setelah kecundang kepada pemandu Red Bull dari Australia, Daniel Ricciardo.

Ini juga kemenangan ke-20 berturut-turut dengan sekurang-kurangnya seorang pemandu mereka menaiki podium.

Hamilton, 30, telahpun memenangi tujuh daripada lapan grand prix terakhir, walaupun kemenangan di Australia merupakan yang pertama buatnya dalam tempoh tujuh tahun. Pemandu Britain itu mencatat kemenangan ke-34 daripada 149 grand prix yang pernah disertainya.

“Kemenangan ini merupakan yang pertama saya di Melbourne sejak 2008. Nico begitu laju sepanjang perlumbaan. Mengenai tayar, kami tidak tahu sejauh mana ketahanan tayar yang digunakan.

“Apabila Nico meningkatkan kelajuan jenteranya untuk ber­saing, saya berjaya bertindak balas dengan positif, ini satu petanda yang baik,” kata Hamilton.

Rosberg pula berkata, Ha­milton tidak melakukan sebarang kesilapan ketika mengendalikan jentera dan memang sukar untuk mengejarnya.

“Satu perasaan yang menye­ronokkan dapat menamatkan persaingan di kedudukan kedua, pasukan berjaya memulakan persaingan dengan baik sekali. Lewis telah melaksanakan tanggungjawabnya de­ngan cemerlang, dia memandu seperti seorang juara dunia sepanjang hujung ming­gu ini.

“Saya telah memberikan semaksimum mungkin untuk bersaing dengannya dan cuba menewaskan dia sepanjang tahun,” kata Rosberg.

Sementara itu, kejayaan Vettel menamatkan perlumbaan dengan keputusan podium telah memberikan suntikan motivasi buat Ferrari, yang sekadar menamatkan saingan di tangga keempat musim lalu untuk kategori pengeluar.

“Kami boleh berasa bangga. Jentera yang kami miliki cukup hebat, tetapi masih ada banyak kerja yang menanti untuk menewaskan mereka (Mercedes). Kami mahu memastikan kedua-dua pelumba ini tidak mendapat laluan mudah sepanjang musim ini,” kata Vettel. – AFP

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/hamilton-juara-mercedes-dominasi-1.69711#sthash.T5MvLTph.dpuf


No comments: