Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 18 March 2015

PIALA AFC : Tok Gajah harap tuah gelanggang sendiri

SHAHRINNAHAR LATIB | 18 Mac 2015 12:13 AM


ZAINAL Abidin Hassan (kanan) bersalam dengan Mario Gomez (kiri), manakala Damion Stewart (dua dari kanan) bersalam dengan ketua pasukan South China, Bojan Malisic dalam sidang akhbar perlawanan Piala AFC di Kuantan semalam.


KUANTAN - Beraksi di tempat sendiri diharap membawa tuah kepada Pahang untuk menewaskan wakil Hong Kong, South China dalam aksi peringkat Kumpulan G, Piala AFC di Stadium Darul Makmur malam ini.

Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan berkata, peluang bermain di laman sendiri perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan tiga mata penuh dan merampas kedudukan peneraju kumpulan.

Katanya, perubahan taktikal akan dilakukan dari segi permainan dan kesebelasan utama bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain yang mengalami kecederaan serta digantung perlawanan.

“Kami akan lihat perkembangan pemain-pemain yang masih ce­dera, jika mereka tidak mampu pulih sepenuhnya menjelang perlawanan sudah tentu perubahan drastik perlu dilakukan.

“Selain pemain muda, Mohd. Nor Azam Azih, kami mempunyai tiga atau empat pemain dari skuad Piala Presiden yang dikenal pasti dan telah didaftar untuk saingan Piala AFC serta Liga Super,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut Zainal Abidin, dalam keadaan sekarang, yang mana Pahang berdepan masalah kecederaan dan terpaksa mengharungi jadual perlawanan padat, pemain muda yang menunjukkan prestasi baik dalam kempen Piala Presiden berhak ‘dinaikkan pangkat’ untuk di­serap ke dalam skuad utama.

“Bagaimanapun South China juga terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat, hanya pemain yang terbaik dan betul-betul cergas akan diturunkan,” katanya lagi.

Kapten Pahang, Mohd. Razman Roslan masih digantung perlawanan, manakala dua penyerang Tok Gajah, Matias Conti dan Dickson Nwakaeme mungkin belum cukup cergas berikutan kecederaan dialami mereka sebelum ini.

Sementara itu, kapten Tok Gajah bagi perlawanan malam ini, Da­mion Stewart berkata, dia berkeyakinan penuh dengan keupayaan Pahang meskipun ada antara pemain yang masih terlalu muda dan tidak berpengalaman beraksi di peringkat tertinggi seperti Piala AFC.

“Semua pemain Pahang berkebolehan, sesiapa sahaja yang tersenarai memiliki keupayaan untuk melaksanakan tugas masing-ma­sing.

“Permainan pasukan dari Hong Kong biasanya agak taktikal, kami berharap taktik kami mampu me­rencatkan tempo mereka,” katanya.

Dalam pada itu, ketua jurulatih South China, Mario Gomez berkata, mereka tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca di negara ini.

“Malaysia memang panas sedikit berbanding Hong Kong tetapi itu bukan masalah. Kami telah bersedia untuk menewaskan Pahang,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/tok-gajah-harap-tuah-gelanggang-sendiri-1.70624#sthash.H6NXsQeF.dpuf


No comments: