Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 13 March 2015

POLITIK : Abdul Hadi sedia dicabar

13 Mac 2015 1:34 AM

KUALA LUMPUR 12 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau bersedia dicabar dalam pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-61 yang akan berlangsung Jun ini di Kuala Selangor.
Abdul Hadi Awang

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, beliau akan tetap mempertahankan jawatannya yang disandang sejak tahun 2002 selepas kematian Allahyarham Datuk Fadzil Noor.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai cukup pencalonan berhak untuk berbuat demikian selaras dengan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang memperuntukkan bahawa jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga orang Naib Presiden hendaklah dipilih dan dilantik dalam Muktamar Tahunan Pas setiap dua tahun.

"Tetapi kita kena tunggu dahulu memandangkan mesyuarat agung Pas Kawasan belum bermula. Kalau ada pencabar, boleh cabar saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Mesyuarat agung bagi kesemua 22 kawasan Pas di Selangor akan bermula pada 15 Mac ini melibatkan pemilihan di peringkat cawangan, kawasan dan pusat.

Ditanya mengenai kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad yang berkata jawatan Presiden parti tidak semestinya disandang oleh golongan ulama, Abdul Hadi berkata:

"Itu kena tanya orang Pas. Jangan tanya saya. Saya tidak boleh pilih saya sendiri."

Sebelum ini, Khalid berkata, jawatan Presiden Pas lebih sesuai disandang individu yang mempunyai kepakaran politik dan tidak semestinya dalam kalangan ulama.

Sementara itu, ketika diminta memberi ulasan tentang pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993, Hadi memberitahu bahawa pindaan RUU itu akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu hadapan.

"Kita ada menambah beberapa elemen baharu melihat kepada kesesuaian Perlembagaan yang perlu dipinda.

"Antaranya tentang kedudukan bukan Islam kerana dalam undang-undang syariah, orang bukan Islam boleh membuat pilihan sama ada dihukum mengikut undang-undang Islam atau undang-undang agama mereka," katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/abdul-hadi-sedia-dicabar-1.68890#sthash.CJSsicRt.dpuf


No comments: