SELASA, 17 MAC 2015 @ 11:28 PM
JDT lawan Kitchee SC pada perlawanan ketiga Kumpulan F Piala AFC di Stadium Mongkok, Hong Kong. - Foto ihsan Facebook JOHOR Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Rekod tanpa kalah Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) berakhir selepas mereka kalah 0-2 kepada wakil Hong Kong, Kitchee SC pada perlawanan ketiga Kumpulan F di Stadium Mongkok, Hong Kong, malam ini.
Dua gol Kitchee SC dijaringkan oleh dua pemain import dari Sepanyol iaitu Juan Belencoso pada minit ke-26 dan Jordi Tarres Paramo pada minit ke-34 pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar itu.
Kekalahan tersebut bagaimanapun tidak menggugat kedudukan JDT selaku pendahulu kumpulan dengan kutipan enam mata selepas tiga perlawanan.
JDT lawan Kitchee SC pada perlawanan ketiga Kumpulan F Piala AFC di Stadium Mongkok, Hong Kong. - Foto ihsan Facebook JOHOR Southern Tigers
Untuk rekod, JDT sebelum ini menang 4-1 ke atas wakil India, East Bengal di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, 24 Februari lalu sebelum menundukkan kelab Singapura, Balestier Khalsa 1-0 di tempat lawan pada 10 Mac.
JDT bakal melayan kunjungan Kitchee SC pada aksi keempat kumpulan di Larkin, 14 April ini.
Dalam pada itu, Balestier Khalsa meraih kemenangan pertama selepas tiga perlawanan dengan mengalahkan East Bengal 2-1 dalam satu lagi perlawanan di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Satu lagi wakil negara, Pahang akan berdepan pendahulu Kumpulan G, South China dari Hong Kong pada perlawanan ketiga kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, esok. - BERNAMA
JDT lawan Kitchee SC pada perlawanan ketiga Kumpulan F Piala AFC di Stadium Mongkok, Hong Kong. - Foto ihsan Facebook JOHOR Southern Tigers
No comments:
Post a Comment