Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 9 March 2015

Harimau Malaya mula latihan 19 Mac sebelum temu Oman

AHAD, 8 MAC 2015 @ 5:17 PM


JOHOR BAHRU: Skuad Harimau Malaya akan memulakan latihan pada 19 Mac ini sebagai persiapan bagi perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan Oman.

Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Dollah Salleh berkata pasukannya dapat mula berlatih pada tarikh itu berikutan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang meminda jadual perlawanan Piala FA pusingan ketiga kepada 17, 18 dan 21 Mac.

"Pihak pengurusan skuad kebangsaan sudah membuat permintaan kepada FAM supaya melanjutkan tempoh latihan bagi menentang pasukan Oman dan dengan penyusunan semula jadual pusingan ketiga Piala FA itu, skuad kebangsaan dapat berlatih lebih lama," katanya ketika menghadiri majlis perasmian rumah kelab UDA FC, di sini.

Perasmian dilakukan Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Skuad bola sepak kebangsaan akan menghadapi perlawanan persahabatan kelas A menentang pasukan Oman di Stadium Seeb Sports, Oman pada 26 Mac ini.

FAM menerusi laman webnya menjelaskan pihaknya meminda perlawanan Piala FA pusingan ketiga kepada 17, 18 dan 21 Mac ini selepas mengambil kira perlawanan yang akan dihadapi skuad kebangsaan.

Perlawanan antara dua pasukan Liga Super, Selangor dan Terengganu dipinda ke 18 Mac kerana pasukan Terengganu hanya akan pulang pada 15 Mac selepas bertemu LionsXII pada 14 Mac.

Pasukan Pahang akan menentang pasukan MISC-MIFA pada 21 Mac kerana terbabit dalam perlawanan Piala AFC pada 18 Mac. - Bernama

KETUA jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, Dollah Saleh. - FOto Muhammad Sulaiman


No comments: