Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 17 March 2015

PIALA AFC : Safee, Amri sandaran JDT

Hodak beri kepercayaan kepada penggempur tempatan

MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI | 17 Mac 2015 12:58 AM


PRESTASI baik yang ditunjukkan Safee Sali (tengah) sejak kebelakangan ini bakal membolehkan dia mengisi kesebelasan utama JDT apabila berdepan kelab Hong Kong, Kitchee dalam saingan Piala AFC, hari ini.

JOHOR BAHRU - Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Bojan Hodak yakin gandingan penyerang tempatan mampu menggalas tanggungjawab untuk meraih tiga mata dalam perlawanan Piala AFC menentang Kitchee FC di Stadium Mong Kok, Kowloon, Hong Kong malam ini.

Khidmat Safee Sali dan Amri Yahyah bakal menjadi sandaran utama JDT yang merupakan pendahulu Kumpulan F ekoran masalah kecederaan yang dihadapi pe­nyerang importnya, Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz.

Hodak mengakui, prestasi dipamerkan skuad Harimau Selatan pada permulaan musim ini tidak seperti diharapkan, namun beliau masih yakin gandingan penyerang tempatan itu mampu membuatkan hasil yang diharapkan.

“Safee dan Amri merupakan antara penyerang terbaik yang ada di negara ini.

“Jadi, sudah pasti saya mengharapkan gandingan ini akan dapat mempamerkan mutu permainan sebenar yang dimiliki mereka.

“Sedikit kerisauan adalah berkaitan kecergasan kerana Safee masih tidak cergas sepenuhnya kerana diturunkan secara kerap, manakala Amri baru bermain untuk dua per­lawanan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi menerusi apliasi WhatsApp semalam.

JDT mengumpul enam mata dalam saingan Kumpulan F Piala AFC setelah menundukkan East Bengal, 4-1 di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin dalam aksi pembukaan.

Skuad Harimau Selatan kemudian menewaskan Balestier Khalsa 1-0 di Singapura dalam perlawanan kedua mereka.

Hodak menjangkakan pasukannya bakal berdepan tentangan sengit Kitchee, biarpun mencatat kemenangan dalam dua perlawanan pertama.

“Benar kami telah menang dua perlawanan sebelum ini, tetapi ja­ngan lupa musim lalu Kitchee layak ke peringkat separuh akhir. Jadi, perlawanan ini pasti sukar.

“Malah pemain mereka juga mempunyai waktu rehat lebih panjang kerana perlawanan liga mereka telah ditangguhkan, berbeza dengan pemain kami yang dibelenggu keletihan,” katanya.

Namun, beliau masih bersikap positif dan yakin anak-anak buah­nya mampu mencatatkan kemenangan atau sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata dalam perlawanan berkenaan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/safee-amri-sandaran-jdt-1.70205#sthash.YwVCFwmF.dpuf


No comments: