Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 11 March 2015

Piala AFC: Gol minit terakhir bantu JDT benam Balestier Khalsa

SELASA, 10 MAC 2015 @ 9:50 PM

SINGAPURA: Wakil Malaysia, Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan rekod kemenangan 100 peratus dalam saingan Piala AFC 2015 selepas berjaya menewaskan kelab Singapura, Balestier Khalsa FC 1-0 pada aksi kedua Kumpulan F di Stadium Jalan Besar, di sini, malam ini.

Turun tanpa tonggak utama termasuk penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias serta tonggak import, Marcos Antonio dan Luciano Figueroa manakala Safiq Rahim, S Kunanlan dan pemain kebangsaan Singapura, Hariss Harun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian, JDT kendalian Bojan Hodak akhirnya memperoleh gol kemenangan pada masa kecederaan.

Asraruddin Putra Omar melepaskan sepakan kaki kiri selepas menerima lorongan Hariss untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Zaiful Nizam Abdullah pada minit ke-92.

Dengan kemenangan itu, JDT kini mengumpul enam mata selepas membelasah kelab India, East Bengal 4-1 pada aksi sulung di Larkin, 24 Februari lalu.

Perlawanan seterusnya, JDT akan bertemu Kitchee FC di Stadium Mongkok, Hong Kong, 17 Mac ini.

Sementara itu, pada satu lagi aksi Kumpulan F, kelab Hong Kong, Kitchee FC yang mudah membenam Balestier Khalsa 3-0 pada aksi sulung di laman sendiri gagal meneruskan rentak kemenangan selepas diikat kelab India, East Bengal 1-1 di Kolkata, India, malam ini.

Selepas dua perlawanan, JDT di tangga teratas Kumpulan F dengan enam mata diikuti Kitchee dengan empat mata, East Bengal satu mata dan Balestier Khalsa tanpa sebarang mata.

PEMAIN JDT, Mahalli Jasuli (tengah) diasak pemain Balestier Khalsa FC, pada perlawanan kumpulan (F) Piala AFC, di Stadium Jalan Besar, Singapura. - Foto Mohd Azren Jamaludin


No comments: