Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 13 March 2015

POLITIK : Patuhi arahan Majlis Syura Ulama Pas

Amanat Haron sebagai Mursyidul Am Pas baharu

HUSSAINI AMRAN | 13 Mac 2015 1:33 AM


KUALA LUMPUR 12 Mac - Setiap arahan dan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama Pas hendaklah dipatuhi oleh semua pemimpin serta ahli untuk menjaga kestabilan dan memantapkan hala tuju parti.

Haron Din

Musyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, badan tertinggi parti itu juga akan memperkemaskan lagi gerakan dalam usaha memandu ahli-ahli agar lebih komited kepada parti dan lebih taat kepada kepimpinan.

Tokoh ulama berpengaruh itu mengakui memang wujud keadaan di mana segelintir individu di dalam Pas yang lantang menyuarakan perkara-perkara yang disifatkan beliau sebagai negatif.

“Masyarakat memandang golongan yang sedikit itu jadi banyak, kelihatan seolah-olah kumpulan majoriti senyap menyokong mereka.

“Padahal, bagi saya, seperti yang berlaku sekarang ini, apa yang digembar-gemburkan sebagai perkocakan dalaman tetapi saya nilai sebagai kerja beberapa orang sahaja namun mereka pandai mengambil kesempatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang pelantikannya sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu sejak 8 Mac lalu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dunia akibat penyakit kanser prostat pada 12 Februari lalu.

Haron menambah, pelantikannya itu sekali gus menamatkan spekulasi yang berlegar sebelum ini membayangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin mengisi kekosongan jawatan Mursyidul Am Pas setelah pemergian Nik Abdul Aziz.

Menurut beliau, kekosongan jawatan Presiden parti hanya akan berlaku sekiranya Abdul Hadi memegang jawatan Mursyidul Am Pas.

“Jika kosong, ramai yang boleh bertanding dan jika tidak berlaku demikian, mungkin boleh ditandingi oleh seorang tokoh sahaja,” jelasnya.

Haron memberitahu, perkembangan terkini memberi jawapan bahawa jawatan Mursyidul Am Pas telah diisi, justeru menjadikan Abdul Hadi kekal dengan jawatan Presiden.

Berhubung kajian semula tahaluf siyasi Pas dalam pakatan pembangkang, beliau berkata, semakan akauntabiliti perlu dibuat setiap tahun tanpa mengira sama ada wujud masalah atau tidak.

“Kalau keadaan itu sudah baik, masih perlu kepada kajian bagi penambahbaikan dan sebaliknya, jika bermasalah atau ada kelemahan, maka kajian tersebut boleh memberi teguran atau menampung sebarang kekurangan,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang hala tuju Majlis Syura Ulama Pas seterusnya, Haron menjelaskan, dasar-dasar sedia ada tetap diteruskan walaupun badan tertinggi parti itu mengalami perubahan pucuk pimpinan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/patuhi-arahan-majlis-syura-ulama-pas-1.68881#sthash.QhWZCaMq.dpuf


No comments: