Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 11 March 2015

TEST MARKET : Sokongan membawa rebah

Mahu Abdul Hadi kekal Presiden Pas – Tuan Ibrahim

ZAAIN ZIN | 11 Mac 2015 1:28 AM


TUAN IBRAHIM TUAN MAN (kanan) bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika majlis Penamaan Calon PRK DUN Chempaka di MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam. – utusan/Rosni Masri

KOTA BHARU 10 Mac - Kadang-kadang sokongan ini membawa rebah juga.” Itulah reaksi Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya mengenai tindakan Pas kawasan Kota Bharu menamakan beliau sebagai calon untuk mencabar Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden parti itu.

Dalam masa sama, Tuan Ibrahim menegaskan, kedudukan Abdul Hadi sebagai presiden perlu dikekalkan kerana sehingga kini belum ada sesiapa dalam parti itu yang dapat me­nyaingi beliau dalam pelbagai konteks terutama kepimpinan.

“Faktor keuzuran tidak menjadi isu kerana saya yakin beliau masih mampu dan paling layak untuk jawatan itu. Pas masih memerlukan beliau.

“(Naib Presiden Pas) Datuk Husam (Musa) pernah sebut, 10 kali ganda beliau pun belum mampu bersaing dengan Presiden (Abdul Hadi). Saya ini pula, mungkin 52 kali ganda saya pun tak mampu lawan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengiringi calon Pas, Ahmad Fathan Mahmood pada proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Pas Kota Bharu semalam membuat kejutan apabila tidak menamakan Abdul Hadi, sebaliknya mengemukakan nama Tuan Ibrahim sebagai calon Pre­siden pada pemilihan sempena muktamar parti yang dijadualkan Jun ini.

Menurut Yang Dipertuanya, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Hadi tidak dipilih kerana faktor keuzuran, selain me­rasakan beliau layak dilantik sebagai Mursyi­dul Am menggantikan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Wan Abdul Rahim merupakan antara pemimpin Pas yang dilihat masih 'sayangkan' pakatan pembangkang biarpun pelbagai isu yang timbul terutama pertembungan dengan DAP dalam pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II (1993) atau hukum hudud di negeri ini.

Pun begitu, Tuan Ibrahim melahirkan rasa terharu dan ucapan terima kasih kepada Pas kawasan Kota Bharu di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk merebut jawatan nombor satu.

“Saya rasa terkejut dan terharu, saya ucapkan terima kasih kepada Pas kawasan ini di atas pencalonan ini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/sokongan-membawa-rebah-1.68151#sthash.icKH5BWR.dpuf


No comments: