Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 17 March 2015

Kekal aktif denganVivoSmart


14 Mac 2015 8:52 PM





Trend pemakaian jam tangan pintar yang memantau pergerakan dan kesihatan menjadi semakin digemari dalam kalangan masyarakat hari ini terutamanya bagi mereka yang bergiat aktif dalam sukan dan senaman.

Rekod pergerakan, kesihatan, latihan yang dijalankan, semuanya disimpan menggunakan jam tangan ini dan boleh dipantau melalui telefon bimbit untuk mengetahui tahap kesihatan seseorang individu.

Garmin peneraju perkhidmatan GPS kini tampil dengan produk jam tangan pintar untuk kesihatan terbaharu mereka yang dinamakan VivoSmart.

Jam tangan ini bukan sahaja mampu untuk merekodkan jumlah langkah si pemakai bahkan juga jumlah kalori yang dibakar, degupan jantung, jarak perjalanan serta pemantauan waktu tidur.

Ini menunjukkan Garmin kini benar-benar ingin memberikan para penggunanya satu kemudahan yang baik untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, jam tangan ini juga mampu diselaraskan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi Garmin Connect yang boleh dimuat turun secara percuma.

Lebih menarik, jam tangan ini dilengkapi dengan fungsi touch screen yang membolehkan pengguna membuat pelbagai pilihan untuk memantau segala maklumat yang ingin dikehendaki dengan mudah dan pantas.

Pengguna dapat memantau dengan lebih terperinci mengenai jumlah kalori, langkah dan sebagainya di dalam telefon pintar, di samping memberikan dorongan kepada pengguna untuk mencapai matlamat yang turut disarankan pada jam tangan ini.

Dalam pada itu, bagi memudahkan pengguna, jam tangan ini turut memiliki kebolehan memberitahu pesanan ringkas yang masuk dan apa jua maklumat yang masuk ke dalam telefon termasuklah panggilan masuk.

Ini pastinya memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna yang ingin kekal sihat bagi memantau segala panggilan atau mesej yang masuk agar tidak terlepas maklumat penting ketika beraktiviti.

Rekaan yang moden, ringan dan kalis air sememangnya memberikan keselesaan kepada si pemakai. Ia bukan hanya sesuai digayakan dengan pakaian sukan bahkan juga untuk kegunaan seharian kerana jam ini memberi maklumat kepada pengguna untuk 24 jam sehari.

Ketahanan baterinya juga boleh dikatakan memuaskan kerana mampu bertahan selama tujuh hari tanpa menghubungkannya dengan telefon bimbit serta mempunyai kelebihan muat turun maklumat secara automatik apabila dihubungkan dengan telefon pintar. – AMIRUL

- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/kekal-aktif-denganvivosmart-1.69278#sthash.m6YBkvu6.dpuf


No comments: