Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Friday 29 April 2011

Video seks, pakatan dan pemilihan Pas


Kelolaan LUKMAN ISMAIL
lukman@utusan.com.my



HAMPIR sebahagian besar dunia blog minggu ini sesak dengan kisah rakaman video seks siri kedua yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang yang dimuat naik ke dalam YouTube kelmarin, yang kemudiannya disiarkan oleh blog-blog terbabit.

Lucunya, walaupun sebahagian besar blog mesra pembangkang bermati-matian cuba menafikan penglibatan pemimpin terbabit dengan rakaman video seks tersebut tetapi pada masa sama mereka tetap menyiarkan rakaman tersebut dalam bentuk imej.

Blog Duke of UMNO (dukeofumno.blogspot.com) yakin rakaman video itu telah ditonton oleh ramai rakyat Malaysia tanpa mengira sama ada mereka penyokong kerajaan mahupun pembangkang semata-mata mahu melihat sendiri apakah benar pelaku di dalam rakaman tersebut adalah pemimpin yang disebut-sebut itu.

Katanya, benar atau tidak lelaki dalam rakaman tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, apa yang jelas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu telah dilihat sebagai liabiliti kepada pakatan pembangkang baik di kalangan pemimpin Pas dan DAP mahupun di peringkat akar umbi.

"Majoriti mereka menyesal dengan idea Pas dan DAP bergabung dengan PKR. PKR memang "busuk", kata mereka. Sudah lama mereka mahu parti mereka keluar dari pakatan dan bergerak secara solo sebagaimana dahulu.

"Sekiranya Anwar ada rasa tanggungjawab, malu dan sedar diri, dia sepatutnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan berikan kepada DAP. Kemudian, dia seharusnya melepaskan kedudukannya sebagai Ketua Umum (PKR) yang tidak pernah dipertandingkan itu," katanya.

Blog Gelombang Rakyat (gelombang-rakyat.blogspot.com) pula mendakwa beberapa pemimpin Pas peringkat negeri mula mendesak agar Anwar melepaskan kesemua jawatan politik bagi memberi fokus terhadap tuduhan-tuduhan yang sedang dihadapinya.

"Walaupun pada asasnya mereka menganggap penyebaran video seks itu sebagai satu serangan politik, namun Anwar juga mesti membuktikan kepada masyarakat bahawa beliau bukan individu di dalam video itu. Mereka juga turut senada dengan keputusan Setiausaha Agung Pas, (Datuk) Mustafa Ali bahawa keputusan hasil kajian pihak polis sebagai penentu masa depan pembangkang," kata penulis blog ini.

Bagi blog Pelantaq Hujah (pelantaqhujah.blogspot.com) pula melihat percanggahan pandangan antara Mustafa Ali dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tentang hala tuju Pas selepas tersebarnya rakaman video seks adalah detik-detik keretakan kedua-dua parti pembangkang itu.

Ini ditambah pula rasa berang Timbalan Murysidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din kepada lidah rasmi PKR, Suara Keadilan yang menyiarkan laporan yang bercanggah dengan kenyataan sebenar beliau berhubung akhbar Utusan Malaysia.

"Adakah ini tanda-tanda bahawa PKR dan Pas sudah semakin retak? Retaknya bukan lagi menunggu belah, tetapi retaknya menjadi ribuan retak. Setiap hari kita dapat melihat masing-masing mengeluarkan kenyataan yang saling bertentangan," katanya.

Mengulas mengenai laporan tidak benar Suara Keadilan berhubung kenyataan Haron, blog Taiping Mali (taipingmali.blogspot.com) berkata, jelas sekali Haron yang diketahui tetap berpegang kepada kebenaran kini terhimpit dengan politik kepartian yang disertainya.

Kata blog ini, apabila Haron berkata "jangan baca akhbar yang membawa berita fitnah sebab hukumnya haram", beliau tidak langsung berfikir untuk menyatakan perkara yang tidak benar, sebaliknya ia berlandaskan al-Quran dan ijmak.

"Tetapi malangnya Ustaz Haron tersilap kerana menyertai parti gerombolan pakatan pembangkang. Akibatnya kata-kata beliau diubah dan dijadikan "tidak benar" dan terpaksalah dinafikan sekeras-kerasnya. Inilah antara risiko dan cabaran yang perlu dihadapi oleh Haron Din dan ustaz-ustaz lain yang mukhlisin (apabila terlibat dengan politik kepartian yang sempit)," katanya.

Sementara itu, agak menarik juga untuk melihat perkembangan dalam Pas menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu Jun ini. Mohd Sayuti Omar (msomelayu.blogspot.com) berkata, ada kemungkinan pemilihan pucuk pimpinan pada Muktamar Pas kali ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden iaitu antara penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, Mohamad Sabtu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, Nasharudin mempunyai beberapa keistimewaan tetapi malangnya ia tidak dimanfaatkan sepenuhnya sehingga beliau kelihatan tidak berketerampilan manakala Mohamad Sabu walaupun telah menyatakan hasrat untuk bertanding tetapi beliau tidak begitu disenangi.

"Khabarnya Tok Guru Nik Aziz telah menyatakan cadangan agar Tuan Ibrahim Tuan Man bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden... Apabila isyarat itu sudah jelas, saya percaya selepas ini senario dalam perebutan jawatan timbalan presiden akan berubah. Sekali gus ia akan merancakkan mutktamar Pas kali ini. Pertandingan mungkin bukan dua penjuru tetapi tiga, atau mungkin akan ada yang menarik diri," katanya.

Blog Penyokong Pas (penyokongpas.wordpress.com) pula berkata, kebanyakan veteran Pas mahukan Nasharuddin kekal sebagai pemimpin nombor dua dalam parti itu dengan mengambil kira kebolehan yang ada pada beliau.

Katanya, Pas tidak perlu orang 'berani tetapi bengap'. Pas juga tidak perlu orang yang 'kaya tetapi kedekut' sebagai Timbalan Presiden. Pas kena kembali kepada politik zaman Asri (Datuk Asri Muda). Cekap, pantas mengintai peluang dan tidak terlalu setia dengan pakatan politik.

"Jangan cepat sangat nak menyanjung individu. Kena tengok jangka panjang. Kena tengok kemampuan kita di bawah," kata blog itu.

Kecekapan SPRM elak negara rugi RM890 juta


DARI UTUSAN MALAYSIA
29.4.2011



KUALA LUMPUR 28 April - Kecekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras gejala rasuah berjaya mengelakkan negara mengalami kerugian kira-kira RM890 juta setahun melalui empat tumpuan kesalahan rasuah.

Menurut Laporan Tahunan 2010 SPRM, kerugian terbesar adalah menerusi perlombongan haram pasir melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM745 juta setahun.

Ia diikuti tumpuan kesalahan rasuah melibatkan kebocoran pintu masuk negara yang mana kerajaan dianggarkan boleh mengalami kerugian RM86.4 juta setahun.

Laporan sama menyebut, kerugian bagi kes melibatkan penyelewengan subsidi diesel pula adalah sebanyak purata RM50 juta setahun manakala pembalakan haram (RM8.95 juta).

"Dalam isu pasir, nilai suapan terlibat berjumlah RM321,528.40 selain enam orang ditangkap kerana rasuah seks.

"Berdasarkan anggaran 3,000 lori mengangkut pasir selama setahun, kerugian boleh mencecah sehingga hampir RM600 juta. Kerugian ditanggung akibat penyeludupan ke negara jiran pula sekitar RM145 juta setahun.

"Anggaran ini hanya mengambil kira pasir yang diangkut menggunakan kapal berkapasiti 4,000 tan hingga 5,000 tan sebanyak dua kali sehari," kata laporan itu.

Laporan tersebut diserahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR), Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Mengenai kebocoran pintu masuk negara, risikan SPRM di Selangor mendapati kira-kira 35 peratus daripada 1,000 hingga 1,500 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang masuk ke Malaysia setiap hari, membayar antara RM70 dan RM100 bagi mengelak prosedur pemeriksaan Imigresen.

"Sogokan kepada penguat kuasa di Jeti Penumpang Pulau Ketam pula mencecah RM60,000 sebulan.

"Perkara ini membawa kesan buruk kerana Kementerian Dalam Negeri menganggarkan perbelanjaan kira-kira RM171 juta untuk pengurusan tahanan dan pengusiran PATI pada 2009," ujarnya.

Sementara itu, bagi mengatasi kerugian ekoran penyelewengan diesel, SPRM kini menjalankan kajian menyeluruh bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Penggunaan teknologi nanotag dalam pengurusan subsidi diesel mula dipersoalkan. Begitu juga keberkesanan sistem fleet card e-diesel bagi mengatasi penyelewengan dan ketirisan," katanya.

Mengenai pembalakan haram, laporan itu menyebut sebanyak 10 siasatan terbuka dijalankan daripada 46 maklumat diterima SPRM membawa kepada sitaan balak berjumlah RM8.95 juta.

"Antara lokasi dijalankan operasi balak adalah Felda Nitar Timur berdekatan Hutan Simpan Mersing di Johor, Hutan Simpan Hijau Lenggong di Perak, Daerah Hulu Selangor serta operasi di Kedah yang membawa kepada penahanan Pengarah dan Pegawai Perhutanan Daerah Kedah Selatan," katanya.

KOMEN : YANG PALING BAHAYA PASAL RASUAH NI, NEGARA PUN BOLEH DIJUAL KALAU TAK DIBASMI DARI ATAS HINGGA KE AKAR UMBI. TERUSKAN USAHA MURNI MEMBASMI RASUAH. TAHNIAH SPRM...

RAMAINYA YANG DISUAP?


944 pesalah rasuah diberkas 2010
Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL dan MOHD. RAFIE AZIMI
pengarang@utusan.com




ABU Kassim Mohamed (kiri) menyerahkan Laporan Tahunan SPRM 2010 kepada Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (dua dari kanan) sambil diperhatikan oleh Tan Sing Giaw dan Zamri Yahya di Parlimen, semalam.

KUALA LUMPUR 28 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 944 pesalah rasuah tahun lepas, jumlah tangkapan tertinggi dalam sejarah pencegahan rasuah di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 444 tangkapan atau 88.8 peratus berbanding 500 tangkapan pada 2009.

''Daripada jumlah itu, sebanyak 293 tangkapan membabitkan penjawat awam, 102 di kalangan kakitangan sektor swasta, 545 orang awam dan seorang ahli politik," katanya selepas majlis penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2010 kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi JKMR, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad.

Abu Kassim berkata, sepanjang tahun lepas juga, seramai 381 orang dituduh di mahkamah bersabit kesalahan rasuah iaitu merupakan peningkatan sebanyak 119 peratus atau 207 orang berbanding tahun sebelumnya.

Ia melibatkan seramai 131 orang penjawat awam, 56 orang kakitangan sektor swasta, 193 dari kalangan orang awam dan seorang bekas menteri besar.

''Malah, kadar sabitan kes di peringkat perbicaraan awal juga berjaya ditingkatkan daripada 64.4 peratus pada 2009 kepada 71 peratus pada tahun semasa," katanya.

Sepanjang 2010, tambah Abu Kassim, sejumlah 1,220 kertas siasatan dibuka daripada 5,646 maklumat berunsur rasuah yang diterima iaitu peningkatan sebanyak 29.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, kata beliau, sebanyak 900 kertas siasatan atau 73.8 peratus berjaya disiapkan dalam tahun semasa berbanding 67.4 peratus pada 2009.

''Peningkatan 6.4 peratus penyiapan kertas siasatan itu merupakan satu perkembangan positif yang menggambarkan kecekapan SPRM dalam menyelesaikan siasatan yang dijalankan," katanya.

KOMEN : BILA ADANYA PENAWARAN DAN PERMINTAAN... YANG MENANG ADALAH SYAITAN!!!!

BILA PAPA SUDAH MARAH


Anwar berang ditanya sumpah laknat
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 28 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nada berang hari ini mempertikaikan soalan wartawan ketika ditanya sama ada beliau akan menyahut cabaran ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok.

Katanya, beliau tidak pernah diminta oleh sesiapa untuk mengangkat sumpah.

"Ikut hukum siapa nak sumpah. Saudari orang Islam? Hukum mana yang suruh angkat sumpah. Tak boleh jawab, ok tak payah," katanya bagi menjawab soalan seorang wartawan dalam nada tinggi.

Anwar menegaskan bahawa dalam hal seperti itu orang yang mahu mengangkat sumpah harus bebas daripada dosa besar iaitu tidak pernah minum arak dan tidak pernah berzina.

Beliau turut berang ketika ditanya mengenai kesediaannya memberi sampel deoksiribonukleik (DNA) kepada polis berhubung rakaman video seks yang didakwa mirip dirinya.

"DNA apa?," tegasnya berulang kali yang sinikal menyatakan kepada wartawan "Semoga awak dapat naik pangkat dalam masa yang terdekat,"

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hampir sejam bermula kira-kira pukul 2.50 petang untuk memberi keterangan kali kedua berhubung laporan polis yang dibuat selepas penayangan video seks yang mirip dengan dirinya pada 21 Mac lalu.

Anwar yang memberi keterangan untuk kali kedua selepas kali pertama dibuat pada 22 Mac lalu, turut menafikan lelaki dalam video tersebut adalah dirinya.

Beliau ditemani isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, anaknya, Nurul Izzah dan dua wakil rakyat PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Tian Chua selain peguamnya, R. Sivarasa.

Dalam pada itu, Anwar mendakwa pihak polis memberi perlindungan kepada pihak tertentu sehingga klip video seks tersebut sekali lagi tersiar di Internet.

"Penyebaran bahagian kedua klip video ini secara jelas menunjukkan mereka yang bertanggungjawab menyebarkan klip itu bebas untuk berbuat demikian tanpa perlu risau dikenakan apa-apa tindakan.

"Hari ini saya memberi keterangan kepada pihak polis yang saya percaya mereka terlibat memberi perlindungan kepada mereka yang terlibat, jika tidak mustahil bab kedua video ini boleh disebarkan tanpa apa-apa tindakan," katanya.

Anwar turut menuduh TV3, akhbar Utusan Malaysia dan portal berita Agenda Daily adalah perkakas UMNO murahan dan jijik.

KOMEN : NAK BERSUMPAH PUN NAK TUNGGU ORANG SURUH KE? SENDIRI MAHU INGATLAH MASA BUAT ADA KE ORANG SURUH? BUAT REPOT POLIS, DIPENGHUJUNGNYA POLIS JUGA SALAH. UMNO, TV3 DAN UTUSAN MALAYSIA YANG BERKONSPIRASI UNTUK MENJATUHKANNYA.

MACAMANA SESUMPAH NAK BERSUMPAH?


Ajak Anwar sumpah laknat bersama
UTUSAN MALAYSIA
29.4.2011


SHAZRYL Eskay Abdullah (tengah) pada sidang media berhubung video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang di Kuala Lumpur, semalam. Turut serta ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kanan). - BERNAMA


SEJAK pendedahan kami tentang perlakuan seks haram Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terkandung dalam rakaman sebuah video kepada sekumpulan editor kanan di Hotel Seri Carcosa tempoh hari, telah timbul polemik dalam kalangan masyarakat. Pelbagai persepsi, spekulasi malah tuduhan dilemparkan terhadap kami.

n Menuduh kami berkonspirasi dengan melakukan fitnah seks untuk memburukkan kredibiliti beliau sebagai ketua pembangkang.

n Menuduh klip video seks yang kami tayangkan adalah usaha jahat musuh politik dengan menggunakan teknik alatan digital serta menafikan pelaku dalam video berkenaan adalah beliau.

Saya ingin menjelaskan bahawa sebagai warganegara Malaysia yang amat cintakan negara dan bangsa, saya sanggup mengambil segala risiko untuk mendedahkan siapa sebenarnya seorang pemimpin yang saya kenali sejak 1996.

Beliau dikenali umum sebagai seorang yang bermoral, jujur dan ikhlas dalam perjuangan politiknya selama ini, tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya.

Beliau cukup licik berpura-pura menjadi orang yang begitu alim, warak dan mempunyai peribadi mulia tetapi sebaliknya melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak pernah terjangkau oleh pemikiran yang waras dan nilai-nilai agama Islam.

Kami bertekad tidak akan membenarkan orang bernama Anwar bin Ibrahim yang merupakan pelaku dalam video tidak bermoral itu daripada menjadi pemimpin yang akan memimpin negara Islam tercinta ini.

Ingin diperjelaskan bahawa hasrat kami menayangkan video tersebut kepada beberapa orang wartawan kanan bukanlah untuk menunjukkan bahan lucah tetapi untuk menjadi sebagai bahan dokumentasi bagi menegakkan kebenaran, agar rakyat negara ini boleh menilai sendiri siapakah Anwar Ibrahim sebenarnya.

Tujuan kami memilih wartawan untuk menonton video itu kerana kami berasakan mereka lebih mengenali sosok fizikal Anwar Ibrahim dari dekat.

Saya sangat mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi, maka saya percaya beliau tidak akan berubah, malah tidak akan menyesal dan insaf terhadap perbuatan terkutuk yang beliau lakukan mengikut nafsu dan kerakusannya.

Walaupun menghadapi berbagai tuduhan, beliau tidak pernah bertaubat, malah beliau tidak sedikitpun berasa serik atau berasa bersalah untuk mengulangi perbuatan terkutuk yang bertentangan dengan syariat Islam.

Saya menadah tangan ke hadrat Ilahi supaya membuka hati Anwar Ibrahim agar bertaubat, insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Kami, Datuk Trio bertanggungjawab sepenuhnya atas pendedahan ini. Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami ambil ini adalah semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaran dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri.

Ini bukan lagi soal keuntungan peribadi tapi lebih kepada soal maruah agama, bangsa dan negara. Kita tidak mahu anak-anak cucu kita, mempersalahkan kita kelak kerana membiarkan orang yang tidak bermoral itu memerintah dan menerajui kepimpinan negara tercinta ini. Menjadi kewajipan kami, tanggungjawab kami untuk menghentikan perbuatan terkutuk pemimpin ini. Kami akan berasa berdosa sekiranya kebenaran ini tidak didedahkan.

Justeru, kami tampil ke hadapan dan mengambil risiko dengan menayangkan video berkenaan. Kami sedar balasannya di akhirat sekiranya kami melakukan fitnah. Kami percaya berada pada pihak yang benar dan yang penting, rakyat negara ini perlu tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim kerana beliau tidak layak menjadi pemimpin negara ini.

Mengenai identiti sebenar pelaku dalam video tersebut, saya berani bersumpah bahawa pelaku tersebut adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana saya sendiri berada di lokasi itu dan dalam paparan video berkenaan.

Sekiranya Anwar Ibrahim masih menafikan bahawa beliau bukan orang dalam video tersebut, saya mengundang beliau agar sama-sama dapat melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat esok di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul.

Saya juga ingin mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut.

Sesungguhnya, segala tindakan kami berasaskan kebenaran dan memenuhi kepentingan rakyat. Akhir sekali dengan nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak-anak cucu kita, saya dan rakan-rakan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pendedahan tersebut.

Semoga Allah bersama-sama orang yang benar dan ikhlas.

Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

KOMEN : BERANI KE SESUMPAH NI NAK BERSUMPAH LAKNAT? RASANYA MACAM TAK BERANI AJE. ALASANNYA DAH BANYAK SANGAT BUAT DOSA KOT. BERANI KERANA BENAR, TAKUT BERDALIH-DALIH.

Thursday 28 April 2011

Bencana sosio-politik akibat imigran


DATUK NOOR AZAM
bekas Setiausaha Politik
Tun Dr. Mahathir Mohamad.


SEJARAHNYA ada. Benar berlaku. Bukan sengaja direka-reka. Akibat kebanjiran imigran ke tanah air kita, bencananya jelas dan nyata. Bumi kita dikuasai, kekayaan kita dinikmati. Bidang kuasa mereka bertambah, kita pribumi terimaa padah Tetapi kita tak ambil tindakan yang serius, berterusan dan bersungguh-sungguh, seperti yang dilakukan oleh banyak negara lain di dunia.

Pada zaman keagungan Melaka mereka datang sebagai pedagang. Kerana persamaan agama, ramai yang jadi Melayu. Yang berlainan agama, bahasa dan budaya kekal dengan ciri-ciri bangsa mereka. Pada akhir tahun 1920-an dan awal tahun 1930-an Melayu sudah boleh dikatakan bangsa minoriti di Tanah Melayu. Di Singapura sekarang Melayu tinggal 15 peratus. Berapa peratus di Pulau Pinang, Ipoh, Seremban dan di Kuala Lumpur? Kita tidak sedar dan tak ada yang peduli.

Kaum pekerja dan peniaga yang mulanya datang dari negeri yang dulu kita kenal sebagai Benua China dan Benua India, sekarang datang dari segala benua - tanpa apa-apa sekatan. Hinggakan yang tak ada visa pun boleh masuk. Yang tak ada permit kerja, boleh bekerja. Visa pelajar boleh masuk ‘universiti’ di Bukit Bintang.

Kalau dulu kita salahkan kolonial Inggeris kerana membawa masuk pekerja dari China dan India, sekarang kita sendiri yang bawa masuk macam- macam bangsa, dari macam-macam negara. Malah kemasukan mereka sering dipermudah. Imigresen dan kastam kita dimarahi jika lambat melayan pendatang dengan hormat dan senyum mesra. Tak ada pegawai yang sambut kita dengan mesra di lapangan terbang London, Los Angeles dan Paris. Kita terus jadi penerima tamu yang sangat baik hati. Ramai pula pegawai dan rakyat kita yang utamakan kesenangan diri dan boleh dibeli. Dasar dan amalan kerajaan mengenai pendatang nampak sering berubah.

Kemasukan warga dari China dan Taiwan dipermudah. Memang ada undang-undang dan tindakan mengawal, tetapi yang datang “melencung” semakin ramai dan kegiatan mereka menambahkan macam-macam jenayah. Yang sudah datang lama, jadi warganegara, tak habis-habis, menuntut berbagai “hak” dan menimbulkan masalah politik.

Akhirnya sekarang, kita jadi takut untuk mengambil tindakan yang wajar meskipun untuk keutuhan negara. Akibatnya kuasa politik, malah agama kita, adat budaya kita, dihina dan digugat. Wakil rakyat DAP di Perak, dengan sengaja tidak memakai pakaian istiadat dan songkok ketika Raja Muda Perak membuka Sidang Dewan Undangan Negeri. Mereka bangga melakukan penghinaan seperti ini. Dan kita tak boleh berbuat apa-apa! Takut!

Kita tidak dihormati lagi, malah dikata nista. Kita semakin takut dan sentiasa cuba ‘membersihkan’ diri. Lalu kita teruskan dasar akomodasi, berbudi dan berkompromi, yang menyebabkan kita lemah dan takut. Di seluruh dunia maju mahupun mundur, bangsa lain mengukuhkan kuasa. Di sini - di tanah air sendiri - bangsa pribumi makin tak terdaya.

Utusan Malaysia 14 dan 15 Mac 2011 menyiarkan tulisan Ibrahim Ali yang kritikal membahas “kebanjiran warga asing”. Beliau menyebut dua kejadian baru yang sangat mengejutkan, iaitu “industri bikin anak” dan “beratus-ratus bekas tentera India berkhidmat di Pelabuhan Klang”.

Menurut Ibrahim, kedua-dua kejadian ini dan sindiket transmigrasi termasuk jenayah rentas sempadan, adalah antara sumber yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara kita. Ibrahim tidak pasti sama ada “industri bikin anak” dan pekerja bekas tentera India itu benar atau tidak. Maka diminta kerajaan membuat siasatan, kerana industri aneh ini “memang wujud di sebuah negara ASEAN.”

Adakah benar 300,000 warga asing tinggal di negara kita secara menipu? Adakah benar 24,000 daripada 49,000 penghuni penjara kita adalah warga asing? Kos menghantar pulang pendatang haram paling kurang RM3.5 juta setahun? Berapa ramai dan berapa belanja untuk memelihara pendatang haram di pusat-pusat tahanan?

Ibrahim tidak menyatakan maksudnya dengan jelas, tetapi berkali-kali menyebut aspek “keselamatan” dan “kedaulatan negara”. Ada mesej tersirat yang perlu kita fikirkan. Sesungguhnya kebanjiran imigran ratusan tahun lampau telah menggugat keselamatan dan keutuhan politik negara kita - 1948-1960 melalui gerakan komunis dan sekarang melalui gerakan politik.

Maka beliau menyarankan kerajaan “membekukan seluruh pengambilan buruh asing buat masa ini.” Ditegaskan, “Selagi pihak penguat kuasa undang-undang belum berjaya membanteras kehadiran seluruh warga asing di Malaysia secara haram, maka selagi itulah pembekuan ini perlu dikuatkuasakan.” Kehadiran yang mulanya ‘halal’ pun kemudian jadi haram juga.

Sebenaranya dalam beberapa tahun terakhir ini sudah banyak benar berita dan tulisan golongan prihatin mengenai masalah pendatang. Semuanya bagai angin lalu. Saya sendiri mula menulis tentang ini bertajuk “KitaYang Selalu Baik Hati” (1978), “Mengapa Pendatang Menguasai Kita” (2001), “Kumpulan ‘Kuda Liar’ dari Indonesia” (2002) dan “Undang-Undang Kita Terus Jadi Mainan” (2002), dan yang terakhir “Kita Dikelilingi Pendatang” (2011).

Saya menjangkakan dua pendedahan Ibrahim itu pasti mendapat reaksi yang banyak. Saya salah. Sikap Melayu tak berubah, termasuk Tan Sri dan Datuk-Datuk. Lebih tertarik kepada kisah-kisah sensasi politik Melayu dan lupa pada masalah hidup-mati kita yang sebenarnya. Maka saya tulis isu ini sekali lagi, menyokong amaran Ibrahim Ali.

Menyedarkan rakyat dan mendesak kerajaan mengambil tindakan lebih serius. Jangan biarkan kebanjiran warga asing tambah meruncingkan masalah sosio-politik di negara kita. Ada yang sudah dapat taraf pemastautin tetap dan warga negara, tetapi kesetiaan mereka tidak pada bumi ini.

Menurut Ibrahim, “Daripada jumlah pelancong yang tinggal lebih masa ini, rakyat India 26,252, Pakistan 9,719, China 3,866, Bangladesh 5,663 dan Sri Lanka 3,379 orang.” Angka ini menurut statistik rasmi 2007. Saya kira statistik ini tidak betul. Sekarang, termasuk yang tiada dalam statistik Imigresen, sudah berjuta jumlahnya. Makin ramai pula pendatang dari Vietnam, Myanmar, Asia Barat dan Benua Afrika. Dulu mereka ini tak datang. Sekarang negara ini jadi syurga mereka, neraka kita.

KOMEN : DALAM KETENANGAN RUPANYA ADA YANG BERKOCAK... MASALAH PENDATANG HALAL DAN HARAM MASIH TAK SELESAI...

APEK LU BANYAK RASIS - MELAYU PERLU BACA


Sin Chew Daily, Ting Hien 'super rasis'
KARIM CHAN
Ipoh, Perak


SEBAGAI seorang mualaf yang boleh membaca akhbar-akhbar Cina di negara ini, saya sangat kesal dengan tulisan Timbalan Pengarang Sin Chew Daily, Tay Ting Hien yang bersifat 'super rasis'.

Hujah-hujah beliau dalam artikel bertajuk 'Awak siapa?' dalam ruangan Sudut Pendapat halaman 24 pada 25 April 2011 terutama ketika 'menyerang' Utusan Malaysia dan orang Melayu, bagi saya adalah sangat cetek dan sudah ketinggalan zaman.

Penulisan yang mendakwa Utusan Malaysia dan orang Melayu bersifat perkauman, bagi saya hanya sesuai ditulis pada zaman dinosaur dan pada masa sekarang ia sebenarnya tidak bernilai satu sen pun. Tiada siapa yang wajar menuduh orang Melayu dan syarikat akhbar kaum itu bersikap perkauman kerana sejarah telah membuktikan nilai budi orang Melayu yang secara semula jadi bersikap bertolak ansur dan sentiasa menolong tanpa mengira kaum.

Kerana sikap terbuka orang Melayu ini, kita lihat ekonomi dan sistem pendidikan orang Cina di Malaysia terus berkembang maju. Kerana sikap inilah, maka MCA dan Gerakan dapat berada dalam gabungan politik Barisan Nasional (BN) untuk bersama-sama mentadbir negara.

Dalam artikel itu, Ting Hien menuduh Utusan Malaysia dan orang Melayu bersikap perkauman manakala kaum Cina adalah sebaliknya. Ia sebenarnya hanya mengulangi tuduhan sama yang dibuat pemimpin-pemimpin DAP sebelum ini.

Beliau memberi contoh seorang pemandu lori, Ong Kim Koon, 52, yang dianggapnya sebagai wira dalam membantu sepasang suami isteri Melayu yang cedera parah tersepit dalam kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dekat Tesco Ampang, 14 April lalu.

''Dalam kejadian pada tengah malam itu, Zainal Mohammad Yusoff, 45, dan isteri, Rosamiah Hashim, 38, cedera parah. Kim Koon segera turun daripada kenderaan dan mengangkat Zainal ke bahu jalan. ''Apabila kembali mahu menolong Rosamiah, tiba-tiba sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan laju melanggarnya dan dia terseret beberapa meter. Pemandu MPV tersebut yang kemudiannya di kenal pasti sebagai seorang pemuda Cina terus memecut meninggal tempat itu,'' tulisnya.

Dengan pertolongan itu, Zainal dan isterinya selamat manakala Kim Koon meninggal dunia setelah kedua-dua kakinya yang terpaksa dipotong dijangkiti kuman.

Apakah agenda tersembunyi Ting Hien menjadikan kejadian itu sebagai bahan utama dalam penulisannya sambil menyifatkan sikap yang dipamerkan Kim Koon itu sebagai hebat dan luar biasa? Sedangkan ia adalah perkara lumrah yang terjadi dalam masyarakat Malaysia.

Kenapa tidak ditulis kisah-kisah pengorbanan orang Melayu membantu kaum Cina ketika kebakaran, banjir dan kemalangan. Ketika rusuhan kaum 1969, ramai juga orang Melayu yang memberikan perlindungan kepada sahabat-sahabat mereka yang terdiri daripada kaum Cina di kediaman masing-masing.

Satu perkara lagi yang menimbulkan kemusykilan saya adalah kenapa beliau mempersoalkan, adakah Utusan Malaysia melaporkan berita mengenai jasa Kim Koon itu. ''Kim Koon seorang rakyat Malaysia yang berhati perut dan berperikemanusiaan, dia tidak mengenal warna kulit, yang dia kenal adalah nyawa manusia,'' tulisnya.

Sikap mempersoalkan hati budi orang Melayu hanya akan menimbulkan perasaan tidak senang kaum itu. Ini akan menyebabkan orang Melayu bertindak balas termasuk tidak menyokong calon MCA dan Gerakan. Jika ini berlaku, sudah tentu ramai calon MCA dan Gerakan yang bergantung nasib kepada undi Melayu akan kalah. Jika ini berlaku, ia hanya akan menguntungkan DAP.

Saya juga kesal dengan sikap Ting Hien yang menyifatkan orang Melayu yang mempertahankan hak mereka sebagai golongan yang membawa hujah perkauman bodoh dan mengabaikan sifat tolong-menolong. Sikap menggelar pihak lain dan tindakan yang dilakukan golongan itu dengan ungkapan 'bodoh' jelas mencerminkan nilai peribadi penulis yang bersifat rasis dan memandang rendah kepada orang lain.

Bagi saya pola sokongan masyarakat Cina yang semakin berubah untuk menyokong DAP adalah berpunca daripada hasutan-hasutan akhbar Cina terutamanya Sin Chew Daily. Anehnya perlakuan sama tidak pula menjadi amalan akhbar-akhbar Cina di negara lain. Kerana hasutan seperti ini, saya sendiri tidak lagi membenarkan anak-anak membaca akhbar berkenaan.

Dalam pada itu, saya masih tertanya-tanya kenapa Sin Chew Daily memberikan terlalu banyak ruang kepada pemimpin pembangkang untuk menulis. Terbaru membabitkan tulisan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 36 pada 23 April 2011.

Tulisan bertajuk 'Keadilan dan kebenaran tidak perlukan pengalaman' memuji parti itu kerana berjaya menarik bekas pimpinan muda MCA, golongan belia dan wanita jelita untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-10 lalu. Guan Eng mendakwa DAP berjaya berbuat demikian kerana dasar perjuangan parti itu berlandaskan kepada keadilan dan kebenaran.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut berhujah, dakwaan BN bahawa pemimpin parti itu tidak berpengalaman memerintah negeri dan negara tidak boleh diterima kerana perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran tidak memerlukan pengalaman.

Bagi saya kesempatan yang diberikan kepada pemimpin DAP untuk menulis bertujuan mewujudkan imej positif parti itu di kalangan masyarakat Cina sekali gus memastikan ia mendapat sokongan padu ketika pilihan raya umum nanti.

Sebagai kesimpulan, segala artikel yang disiarkan Sin Chew Daily sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi, sarat dengan unsur-unsur perkauman dan tidak boleh dipercayai sama sekali.

KOMEN : BAK KATA NIK AZIZ... CILAKO-CILAKO CINA RASIS NI....

Prestasi Exora mengagumkan


DARI UTUSAN MALAYSIA
28.4.2011




Salah seorang peserta pandu uji memasukkan beg golf bersama bagasi lain ke dalam ruang Exora yang besar.




SEBAIK sahaja mendaftar untuk sesi pandu uji eksklusif Exora di Full House, Sunway Giza, baru-baru ini, pelbagai persoalan bermain di fikiran. Ini kerana, sesi pandu uji sering dilakukan oleh syarikat-syarikat automotif dan apa yang istimewanya tentang sesi pandu uji Exora pula?

Melalui pemerhatian dan temu bual yang dilakukan, jelas para peserta yang hadir ingin mengetahui apa yang diberikan dalam sesi pandu uji eksklusif itu. Rata-rata pasangan suami isteri yang hadir masih buntu dalam memilih kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk memenuhi gaya hidup mereka.

Atur cara pada hari tersebut dimulakan dengan taklimat, tip dan cara membawa kanak-kanak dalam kenderaan bersama pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Kartini Illias. Pelbagai aktiviti telah disusun dan yang paling ditunggu-tunggu oleh peserta ialah sesi pandu uji Exora di medan pandu uji di Desa Park City, Kuala Lumpur.

Setelah memandu uji Exora di medan pandu uji di Desa Park City bersama Penyelia Sesi Pandu Uji Eksklusif Exora, Ivan Khong, ternyata persepsi yang hadir telah berubah.

Exora sememangnya sebuah kenderaan yang mudah dikendalikan walaupun saiznya besar. Ini sesuatu yang mengejutkan. Pengalaman dipandu oleh Ivan sewaktu ujian kestabilan Exora melalui aktiviti drift dan mengambil pusingan agak mengejut memang mendebarkan. Tetapi dengan ciri keselamatan seperti sistem brek ABS, EBD dan sistem tali pinggang keledar 'pretensioner penumpang merasa selamat kerana tahap kestabilan yang dipamerkan Exora amat mengagumkan.

Setiap sesi yang dilakukan adalah berkaitan dengan ciri utama Exora iaitu S.P.A.C.E - Safety (Keselamatan), Performance (prestasi), Advanced Styling (gaya), Comfort (keselesaan) dan Economical (jimat).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Mohamad Shukor Ibrahim, Proton ingin mengorak langkah pertama dalam mengadakan sesi pandu uji seumpama itu kerana menyedari bahawa mereka yang berkeluarga besar bukan sekadar memerlukan kenderaan yang boleh memuatkan penumpang yang ramai.

''Apabila memilih sebuah kenderaan pelbagai guna, perkara-perkara lain yang harus diutamakan termasuk ciri-ciri keselamatan sewaktu membawa penumpang yang ramai. Juga keupayaan sebuah kenderaan membawa bagasi berat tanpa merasa sesak, tahap kestabilan dan prestasi kenderaan tersebut dan juga kos penyelenggaran serta gaya.

''Ini merupakan apa yang ingin kami persembahkan melalui sesi pandu uji eksklusif ini supaya peserta sendiri dapat melihat kelebihan yang ada pada Exora," katanya.

MU 2 - SCHALKE 0


Rooney tebus imej di Schalke
DARI UTUSAN MALAYSIA
28.4.2011





GAYA Wayne Rooney meraikan jaringan kedua Manchester United pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara menentang Schalke 04 di Gelsenkirchen, semalam. - AP


GELSENKIRCHEN - Bintang Manchester United, Wayne Rooney kembali ke Arena Auf Schalke semalam dengan imej yang masih tercalar, tetapi dia melangkah keluar dari stadium dengan reputasi hebat selepas mempamerkan persembahan luar biasa.

Penyerang berusia 25 tahun itu menjadi perancang kepada jaringan pertama pasukannya dan kemudian meledak gol selepas rehat sewaktu United melakar kemenangan 2-0 ke atas Schalke 04 dalam aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara.

Kemenangan itu sekali gus mencerahkan peluang United untuk melangkah ke perlawanan akhir di Wembley pada 28 Mei ini.

Kehadiran Rooney ke Gelsenkirchen kali ini membawa perkhabaran gembira setelah insiden dia diperintah keluar padang apabila mengasari pemain Portugal, Ricardo Carvalho ketika England tersingkir pada suku akhir Piala Dunia 2006.

Cristiano Ronaldo mengenyitkan mata ke arah tempat duduk Portugal selepas dia turut membuat bantahan kepada pengadil terhadap rakan sepasukannya dalam United itu.

Rooney, yang dibuang padang menjadi tumpuan media England yang mengkritiknya, tetapi kali ini pemain tersebut sekali lagi mendominasi tajuk utama media negara itu kerana aksinya yang cemerlang.

"Saya gembira dengan persembahan saya dan kemenangan ini. Terutamanya pada babak pertama, kami mempunyai peluang terbaik, namun kami gagal meletakkan pasukan kami berada di depan.

"Saya fikir kami berjaya menguasai perlawanan ini dan layak untuk menang," kata Rooney kepada Sky Sports.

Kisah Rooney mungkin belum berakhir setelah dia acap kali mencuri tumpuan media dan yang terbaru dia dikatakan melemparkan kata-kata kesat di depan kamera televisyen yang menyebabkan dia digantung dua perlawanan dalam aksi domestik, tetapi pemain itu kembali tampil dengan prestasi yang semakin mantap.

Pemain tersebut kian matang berdasarkan kenyataannya menjelang perlawanan kedua di Old Trafford, Rabu depan, di mana Alex Ferguson amat yakin anak-anak buahnya mampu mengharungi cabaran tersebut apabila dia berhasrat untuk merehatkan beberapa pemain.

"Schalke merupakan pasukan yang bagus dan anda tidak boleh memandang rendah terhadap mereka.

"Kita telah menyaksikan bagaimana mereka beraksi di Inter Milan (dalam suku akhir) dan melakar kemenangan 5-2 di sana," tambah Rooney. - Reuters

1CINA

Sentimen 1Cina DAP bahaya, boleh runtuh perpaduan rakyat
DARI UTUSAN MALAYSIA
28.4.2011




KUALA LUMPUR 27 April – Permainan politik Penasihat DAP, Lim Kit Siang semakin bahaya apabila parti itu bersungguh-sungguh menerapkan sentimen 1Cina di kalangan masyarakat tersebut terutama selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 baru-baru ini.

Sehubungan itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh meruntuhkan perpaduan di kalangan rakyat.

Bukan itu sahaja, katanya, malah sentimen 1Cina boleh mendatangkan pelbagai kesan terhadap keharmonian serta kestabilan negara. “Kita dapati Kit Siang begitu bersungguh-sungguh mempopularkan slogan 1Cina. Sentimen yang dibawa ini amat berbahaya kerana ia boleh memberi kesan yang amat negatif kepada negara.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan 1Malaysia bagi menyatukan penduduk negara ini tetapi Kit Siang pula memperkenalkan slogan 1Cina demi kepentingan politiknya yang begitu sempit,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan DAP berdasarkan pengamatannya selepas parti itu berjaya menawan 12 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Selain itu, Musa berkata, berdasarkan pemerhatiannya, Kit Siang juga dalam usaha mengekalkan pengaruh dinasti keluarganya sebagai pemimpin utama di Pulau Pinang seperti mana kejayaan Lee Kuan Yew mengekalkan pemerintahan keluarganya di Singapura.
“Dengan bantuan rakan-rakan sekutunya seperti Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kit Siang mahu keluarganya terus menerajui Pulau Pinang,’’ ujarnya.

Dalam perkembangan yang berkaitan beliau berkata, hasrat DAP mewujudkan dua sistem parti iaitu parti mewakili orang Melayu dan Cina hanya akan membawa kehancuran kepada negara. “Perpaduan pasti tidak akan terbina dengan adanya sistem dua parti ini dan begitu juga keharmonian negara. Ini kerana orang Melayu dan Cina sentiasa berasa sangsi antara satu sama lain.

“Acuan politik seperti ini tidak boleh diamalkan kerana Malaysia didiami rakyat pelbagai kaum,” katanya.


MCA semakin hilang maruah
Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 27 April – MCA dilihat sebagai sebuah parti wakil kaum Cina yang semakin hilang maruah apabila menyalahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan akhbar Utusan Malaysia ekoran hilangnya kepercayaan masyarakat tersebut kepada parti politik itu.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, tindakan MCA yang menyalahkan kedua-dua pihak tersebut terutama selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 lalu adalah amat dangkal dan kebudak-budakan.

Sebagai contoh, katanya, tuduhan mengatakan Perkasa sebagai punca kemerosotan sokongan Cina terhadap MCA semasa PRU lalu adalah tidak berasas sama sekali kerana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu hanya ditubuhkan selepas pilihan raya lalu.
“Perkasa hanya didaftarkan pada 12 September 2008 kira-kira lima bulan selepas PRU Ke-12 dan bukan Perkasa yang menyebabkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tewas banyak kerusi di Sarawak.

“Perkasa tidak ambil bahagian dalam kempen di Sarawak dan MCA juga perlu ambil perhatian mengapa etnik lain di Sarawak boleh beri sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) jika tidak kerana mereka percaya kepada BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Ketua Publisiti MCA, Datuk Heng Seai Kie melalui portal propembangkang, The Malaysian Insider mendakwa Perkasa dan akhbar Utusan Malaysia sebagai penyebab kepada kemerosotan sokongan Cina kepada MCA serta parti komponen lain dalam BN. Seai Kie turut menempelak Utusan Malaysia yang mengilhamkan konsep 1Melayu 1Bumi melalui kolum Cuit yang diterbitkan pada 20 April lalu.

Ibrahim berkata, tuduhan Seai Kie yang mengatakan Perkasa sebagai sebuah NGO yang membenci masyarakat Cina adalah tidak benar sama sekali. Pertubuhan itu jelas beliau, hanya menyanggah sesetengah pemimpin masyarakat Cina yang tidak henti-henti cuba mencabar hak keistimewaan bumiputera di negara ini.

KOMEN : ADAKAH INI YANG DINAMAKAN 1CINA YANG DICANANGKAN OLEH DAP DAN DISAHUT OLEH MCA? MCA MULA MENYALAHKAN ORANG MELAYU KERANA KEHILANGAN SOKONGAN ORANG CINA. TAPI ORANG MELAYU KENA INGAT SENTIMEN 1CINA MERANGKUMI SELURUH ORANG CINA TIDAK KIRA DIMANA MEREKA BERADA. DUA KEADAAN BERBEZA JIKA DITELITI AKAN MENJADI SATU AGENDA YANG SAMA UNTUK BANGSA CINA. SLOGAN 1CINA !!!!!

Wang rakyat untuk pembangunan negeri, bukan bertujuan kempen politik


DARI UTUSAN MALAYSIA
28.4.2011




SHAH ALAM 27 April - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri menyifatkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahgunakan kuasa apabila menggunakan wang rakyat berjumlah RM600,000 untuk mengadakan kempen politik parti pembangkang.

Yang Dipertuanya, Abdullah Mansor berkata, penggunaan wang tersebut menunjukkan Kerajaan PKR Selangor, DAP dan Pas tidak bertanggungjawab selain cuba mencampuradukkan urusan pentadbiran negeri dengan politik.

"Sekiranya mereka hendak mengadakan kempen mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mereka boleh buat di peringkat parti dan menggunakan kewangan sendiri, bukannya wang rakyat.

"Wang rakyat adalah untuk pembangunan negeri, bukan untuk PKR, DAP atau Pas. Tindakan kerajaan negeri ini adalah salah guna kuasa dan bertentangan dengan amalan pentadbiran yang baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sambil menyelar tindakan kerajaan negeri itu, Abdullah tidak menolak kemungkinan kempen yang akan diadakan itu adalah agenda parti pembangkang untuk menyemai rasa benci rakyat terhadap Kerajaan Persekutuan.

Katanya, ISA sebenarnya tidak membawa masalah kepada rakyat sejak ia diperkenalkan 51 tahun lalu sebaliknya secara keseluruhannya memberikan kesejahteraan dan keselamatan kepada rakyat dan negara sehingga hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Abdul Shukor Idrus meminta rakyat menilai sendiri tindakan PKR Selangor yang terus 'menyedut' dana negeri bagi kepentingan agenda politiknya di negeri ini selepas menyalahgunakan wang rakyat untuk melancarkan kempen Buku Jingga pada Mac lalu.

"Kita minta rakyat lihat sendiri, kalau sebelum ini mereka gunakan duit rakyat untuk lancarkan Buku Jingga, sekarang mereka gunakan jalan mudah iaitu kempen mansuhkan ISA,'' katanya.

Abdul Shukor berkata, kerajaan negeri ternyata sudah tidak mempunyai idea untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat.

Sebaliknya beliau berkata, pentadbiran Abdul Khalid kian galak menyalahgunakan dana milik rakyat bagi tujuan persediaan ke arah pilihan raya umum.

"Ini betul-betul salah guna wang rakyat sedangkan dalam masa yang sama mereka gagal membangunkan negeri. Apa yang boleh rakyat banggakan dengan kerajaan negeri sekarang selain daripada program air percuma?" soalnya.

KOMEN : SONGLAP LAGI... MASALAH SALAH GUNA KUASA KERAJAAN PAKATAN SELANGOR SEMAKIN MENJADI-JADI. MEREKA SEPERTI BERADA DIKEDUDUKAN YANG LEBIH TINGGI DARI UNDANG-UNDANG. MEREKA TIDAK DAPAT MEMBEZAKAN DIANTARA KERJA-KERJA KERAJAAN DAN AGENDA PARTI MEREKA.

Nasihat tiga bekas PKR kepada Anwar - DEGIL SANGAT


DARI UTUSAN MALAYSIA
28.4.2011



KUALA LUMPUR 27 April - "Cukup-cukuplah Anwar." Itu nasihat ringkas tetapi padat daripada tiga bekas 'orang kuat' Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifli Noordin kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Ezam, beliau amat berharap pendedahan demi pendedahan mengenai salah laku moral Anwar membuatkan pemimpin pembangkang itu bertaubat sekali gus mengakui segala kesalahan yang pernah dilakukannya.

"Masyarakat perlu faham dan bersikap adil terhadap media. Ramai yang kata media paparkan keaiban Anwar serta perkara tidak senonoh. Hakikatnya keaiban itu datang dari siapa kalau bukan Anwar sendiri? Kalau dia tidak lakukan perkara terkutuk dan tiada bukti sebegini, adakah media akan paparkan semua ini? "Jadi saya minta cukuplah Anwar dengan sikap pura-pura kamu. Cukup-cukuplah memfitnah orang lain demi menutup kesalahan kamu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sebahagian lagi daripada rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.

Ezam berkata, nasihat beliau turut ditujukan kepada keluarga, rakan-rakan Anwar yang masih memiliki agama serta para 'ulama' di sekeliling Anwar agar membimbing Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bercakap benar.

Mengulas mengenai klip video itu, Ezam memberitahu, beliau tidak perlu menontonnya untuk mengetahui bahawa Anwar merupakan pelaku dalam video tersebut. "Saya tidak perlu tengok untuk tahu itu Anwar kerana 'modus operandi' kejadian ini seperti yang diperkatakan Eskay adalah sama dengan apa yang diberitahu Datuk S. Nallakaruppan lima tahun dahulu," ujarnya.

Zahrain pula meminta Anwar agar tidak lagi memesongkan pemikiran rakyat negara ini dengan penafian-penafian palsu seperti dilakukannya sebelum ini. "Orang sudah naik bosan. Seakan ditangkap bini, beliau terus membuat penafian bagi menolak kebenaran. Bertaubatlah dan ambil sikap memperbaiki diri," katanya.

Zulkifli pula menganggap pendedahan itu sebagai penambahan kepada bukti-bukti sedia ada sebelum ini. "Seakan terang lagi bersuluh. Pada saya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang harus segera bertindak memimpin pembangkang bagi menyelamatkan kredibiliti pakatan itu," katanya.

KOMEN : CUKUP-CUKUPLAH ANWAR...MANA BOLEH CUKUP.. ANWAR BELUM JADI PM? ITULAH CITA-CITA ANWAR. BELIAU AKAN TETAP GUNAKAN SEGALA PENIPUAN DAN PEMBOHONGAN DENGAN MUKA SEPOSEN UNTUK MENDAPATKAN SEMPATI DARI RAKYAT. ANWAR PEDULI APA DENGAN PENYOKONG-PENYOKONGNYA YANG TELAH DIBODOHKAN DARI DULU SAMPAI SEKARANG, YANG PENTING ANWAR NAK TAWAN PUTRAJAYA DAN JADI PM MALAYSIA DENGAN MENGGUNAKAN PENYOKONG BODOHNYA YANG SETIA MEMBABI BUTA. ADAKAH RAKYAT YANG TIDAK TERPEDAYA DENGAN SEGALA MUSLIHAT ANWAR AKAN MEMBENARKAN ANWAR MEMERINTAH NEGARA? TEPUK DADA TANYA IMAN....

Video seks: Siri kedua di YouTube


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my




RAKAMAN bahagian kedua berdurasi satu minit 47 saat yang dimuat naik ke laman sosial YouTube, semalam.



KUALA LUMPUR 27 April - Sebahagian lagi daripada rakaman video seks yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang dimuat naik ke laman sosial YouTube hari ini.

Rakaman bahagian kedua berdurasi selama satu minit 47 saat itu diberi judul Papa Nurul Izzah Part II dan dimuat naik oleh individu yang menggunakan nama ‘wakparjosudorno’.

Ia diyakini sambungan daripada rakaman video sama yang dimuat naik ke laman YouTube dengan judul VTS 01 1 pada 4 April lalu juga dalam tempoh durasi sama.

Ia dipercayai babak-babak akhir rakaman video asal selama 20 minit yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan di Seri Carcosa baru-baru ini melihat kepada aksi dua pelakon di dalamnya.

Dalam rakaman itu, kelihatan seorang lelaki dan seorang wanita sedang mengemaskan diri dengan memakai baju selepas dipercayai selesai melakukan hubungan seks.

Malah, wajah individu lelaki yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang itu juga dapat dilihat dengan jelas apabila menghampiri kamera sewaktu sedang memakai baju.

Rakaman kedua video seks itu juga sudah dipaut ke beberapa laman blog dan sehingga petang ini, video asalnya di YouTube sudah ditonton lebih 300 kali.

Antara laman blog yang turut memuatkan rakaman video seks itu adalah Pisau. Net di http://www.pisau. net/ dan Papa Gomo di http://www. papagomo.com/.

Bagaimanapun, rakaman video itu ditarik balik daripada laman YouTube pada petang ini.

Dalam catatan ringkas bersama video seks itu, blog Papa Gomo mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat menafikan bahawa lelaki di dalam video seks itu adalah beliau.

Blog itu juga mencabar sahabat karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut bersumpah laknat bahawa video itu bukan satu rekaan semata-mata.

Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.

Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.

Meskipun tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit, Anwar tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.

Tiga hari kemudiannya, trio Datuk T akhirnya mendedahkan identiti mereka iaitu tiga ahli perniagaan termasuk Shazryl Eskay dan juga bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Rakaman video seks itu juga sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.

KOMEN : SEKTSA CERITA PENDEK SAMPAI KEPENGHUJUNG BILA TERSIAR BAHAGIAN KEDUA. NAK CAKAP APA LAGI? MASIH TAK PERCAYA DAN PUAS? TAKAN NAK TENGUK BAHAGIAN TENGAH PULAK, PAS KATA HARAM TENGUK TAKUT TERANGSANG NAFSU...HEHEHEHE... BUAT TAK APA... YANG BAGI TUNJUK BERDOSA... HUKUM RIMBA PAS DAN PUAK PEMBANGKANG. KITA TUNGGU ALASAN PUAK PEMBANGKANG NAK TEGAKAN BENANG BASAH?

Wednesday 27 April 2011

Ramai menaruh harapan Selangor kembali ke pangkuan BN


Oleh Wan Jailani Razak
wanjai@bharian.com.my
2011/04/27



PENERBANGAN MH150 lapan jam dari Kuala Lumpur ke Jeddah akhir bulan lalu, diisi dengan celoteh penumpang di sebelah penulis dikenali sebagai Zaaba yang mengulas keadaan politik terkini di Selangor, terutama selepas tiga tahun pakatan pembangkang memerintah negeri itu.

Beliau yang juga seorang pesara, yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Katanya, ketika meneruskan kehidupan di bawah pimpinan bercelaru Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, masih ramai sayangkan BN dan mengharapkan sayap utama parti Kerajaan Pusat kembali bertapak di bumi Selangor. “Selepas bersara, saya banyak bergaul dengan masyarakat dan rumusan daripada sembang dengan penduduk setempat, saya dapati mereka yakin BN dapat merampas kembali kerajaan negeri ini.

“Mereka kecewa dengan sikap kerajaan negeri diketuai PKR yang dilihat terlalu tunduk dengan desakan DAP dalam banyak isu, termasuk rampasan arak dan penggunaan kalimah Allah, menunjukkan pakatan pembangkang tidak mungkin dapat berpakat berikutan perbezaan ideologi.

“Kepercayaan pengundi terhadap kemampuan mereka terus memerintah Selangor semakin terhakis. Bagi orang Melayu, PAS yang diharap dapat membela nasib orang Islam tidak sehebat mana,” katanya yang menetap di Seksyen 10, Shah Alam.

Tentu penduduk masih ingat tindakan ahli Exco Selangor mengarahkan pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras dirampas penguat kuasanya.Ia tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak mencerminkan profesionalisme seorang Exco. Kerajaan negeri sepatutnya memberi sokongan kepada penguat kuasa MBSA menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada. Tidak wajar mereka dimalukan dengan mengarahkan pemulangan semula arak berkenaan.

Ramai mempersoalkan buah tangan yang boleh rakyat Selangor banggakan hasil perjuangan pemimpinnya ketika mereka terus leka berceramah seolah-olah masih berada di kerusi pembangkang.

Adakah selepas tiga tahun membentuk kerajaan, pemimpin PKR, PAS dan DAP masih gagal menukar mentaliti pembangkang kepada kerajaan? Mungkin kerja membangkang lebih mudah berbanding merancang pembangunan Selangor.

Tidak salah jika mereka beranggapan kejayaan dimiliki Selangor hari ini adalah hasil perjuangan BN sebelum ini. Banyak lagi isu disajikan pakatan pembangkang sejurus memerintah Selangor. Ia mungkin mengambil masa 1,001 malam menceritakan kisah pemimpinnya yang ‘tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain’.

Pakatan pembangkang mungkin berkecil hati jika diketepikan usaha mereka memberi bekalan air percuma 20 meter padu pertama kepada penduduk sejurus memerintah Selangor pada 2008.

Tetapi ramai pemimpin BN berhujah sebenarnya tiada istilah air percuma seperti dihebohkan kerajaan negeri kerana bayaran itu berpindah daripada RM11.40 sebulan bagi sebuah rumah kepada perbelanjaan kantung kerajaan sebanyak RM200 juta setahun.

Ini bermakna, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaan pembangunan RM200 juta, sekali gus mengurangkan aktiviti ekonomi merencatkan pertumbuhan ekonomi. Akhirnya, kesan itu kembali kepada peniaga dan pekerja apabila pendapatan, upah dan bonus berkurangan.

Justeru, jangan menipu rakyat dengan pelbagai janji palsu menerusi Buku Jingga kerana rakyat Selangor tidak akan termakan dakyah pembangkang, sebaliknya mereka akan menghukum kegagalan kerajaan pakatan pembangkang dalam PRU 13 nanti.

Kemampuan BN melaksanakan program transformasi terutama ke atas ekonomi dan sosial, termasuk pendidikan, seharusnya menyedarkan rakyat daripada terus diulit mimpi indah pembangkang.

Bagi menjawab persoalan yang semakin hangat kini – apakah BN dapat merampas kembali Selangor atau apakah pakatan pembangkang dapat mempertahankan kerajaan negeri, itu terpulang kepada pengundi pada PRU 13 nanti.

Bagaimanapun, jika dipertimbangkan, tahap kepercayaan rakyat terhadap BN semakin pulih selepas kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan kemampuan menawarkan lebih banyak pekerjaan, ekonomi terus menggalakkan serta pelaksanaan model politik baru mendekatkan rakyat dengan kerajaan, pembangkang perlu melupakan hasrat terus berkuasa tiga tahun lagi.

KOMEN : BANGKITLAH RAKYAT SELANGOR YANG BIJAKSANA. GUNAKANLAH UNDI ANDA DEMI KESEJAHTERAAN ANAK CUCU KITA DAN BUKAN UNTUK KEUNTUNGAN SEMENTARA.

Kereta hibrid terhangat di pasaran


Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
syukran.zainuddin@kosmo.com.my







“BRADER, kereta ini guna dua enjin? Berapa cc? Macam mana nak caj semula bateri kalau sudah habis? Kereta ni memang tak guna minyak? Berapa laju boleh lari?”

Itu antara soalan yang biasa ditanya apabila perkataan kereta hibrid timbul. Walaupun teknologi hibrid bukanlah penemuan baru dalam industri pemotoran, hakikatnya masih ramai yang belum faham sepenuhnya tentang kenderaan hibrid.

Ditambah pula dengan teknologi pembikinan kereta yang begitu pantas berkembang. Pengguna juga dilihat semakin keliru dengan pelbagai istilah yang digunakan oleh pengeluar kenderaan. Sedangkan ada antara istilah itu merujuk kepada teknologi yang sama.

Paling jauh perbatuan
Secara ringkasnya, kenderaan hibrid ialah jentera yang menggabungkan sistem enjin konvensional dan motor elektrik untuk bergerak. Matlamat utama penghasilan sebuah kenderaan hibrid adalah untuk mencatatkan perbatuan paling jauh dengan penggunaan bahan api paling sedikit di samping meminimumkan pelepasan gas-gas berbahaya daripada ekzos ke atmosfera.

Jika dilihat pada pasaran tempatan, segmen kereta hibrid dimulakan dengan model Civic Hybrid keluaran Honda pada tahun 2007. Betul, ia kurang mendapat sambutan berikutan harganya yang mahal dan kesedaran terhadap teknologi hibrid masih belum meluas ketika itu.

Kemudian, UMW Toyota turut serta dengan memperkenalkan model hibrid popularnya Prius, sebelum diikuti oleh jenama lebih mewah, Lexus. Situasi semakin meriah apabila kerajaan memansuhkan cukai import dan duti eksais ke atas kenderaan hibrid dalam Bajet 2011, sekali gus membuatkan harganya lebih mampu milik.

Jadi, tidak hairanlah jika generasi kedua model hibrid daripada Honda ini menjadi begitu popular. Bagi sebuah negara yang cukai kenderaannya antara tertinggi di dunia, Insight boleh dianggap sebagai sebuah kereta hybrid yang sempurna untuk orang kebanyakan di Malaysia.

Pada harga RM98,000 seunit (di atas jalan), anda sudah boleh memandu sebuah kenderaan hibrid yang tidak kalah dari aspek reka bentuk, praktikaliti dan teknologi. Paling penting, anda membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Untuk sebuah kereta yang memang direka untuk pemanduan di bandar, kuasa daripada enjin bersesaran 1.3 liter tidak mengecewakan. Jadi, kalau ada sesiapa kata Insight kurang power, beli sahaja kereta lain kerana Insight tidak direka untuk tujuan itu.

Biarpun begitu, Insight masih mampu memecut sehingga 190 kilometer sejam (km/j). Tetapi angka itu hanya diperoleh ketika menuruni bukit dan sangat tidak digalakkan demi keselamatan.

Sistem IMA
Enjin SOHC i-VTEC tersebut dipadankan dengan sistem Integrated Motor Assist (IMA) generasi baru yang lebih cekap berbanding sistem IMA sebelum ini. IMA terdiri daripada motor elektrik berkuasa 10-kilowat (13 hp) dan satu Intelligent Power Unit (IPU) kompak.

IPU berperanan menarik dan menyimpan tenaga kinetik yang terhasil daripada tindakan membrek dan nyahpecutan selain membekalkan kuasa tambahan ketika memecut apabila diperlukan.

Anda juga boleh mengharapkan pertukaran gear yang lancar menerusi aplikasi transmisi automatik CVT (continuously variable).

Insight hadir dengan ciri yang interaktif dan berfokuskan kepada pemandu. Teknologi yang membantu menjimatkan penggunaan bahan api itu dikenali sebagai Ecological Drive Assist System (Eco Assist).

Tekan butang ECON
Caranya mudah, pemandu hanya perlu menekan butang ECON berwarna hijau di sebelah kanan stereng. Ciri ini mengoptimumkan kawalan CVT, enjin dan komponennya untuk meningkatkan kecekapan penggunaan minyak.

Pertukaran lampu latar speedometer memberitahu pemandu sama ada mereka memandu dalam keadaan yang menjimatkan atau sebaliknya. Jika hijau, anda memang mesra alam sekitar. Kalau biru, anda mungkin perlu lebih berlembut ketika memijak pedal minyak. Tetapi, jangan leka pula melihat lampu itu bertukar warna sampai tidak sedar apa yang berlaku di atas jalan raya.

Honda mendakwa Insight mampu mencatat perbatuan sejauh 30 kilometer untuk setiap liter petrolnya (km/l). Namun, sewaktu sesi pandu uji baru-baru ini catatan terbaik yang berjaya dilakukan ialah 27km/l. Itu pun setelah memandu dalam keadaan paling berhemah dan ‘berlindung’ di belakang sebuah lori.

Motivasi
Sebagai motivasi untuk mencapai perbatuan terbaik, pemandu yang memandu dalam cara menjimatkan akan dihadiahkan dengan simbol daun. Daun itu kemudian akan ’tumbuh’ sebelum membentuk sebuah trofi. Kalau boleh dapat trofi, anda memang pemandu paling mesra alam di Malaysia.

Demi menggalakkan penggunaan jentera hibrid di Malaysia, Honda Malaysia melanjutkan tempoh jaminan bateri Insight kepada dua tahun lagi, tambahan kepada jaminan selama tiga tahun yang diberikan oleh Honda Motor, Jepun.

Ini bermakna jaminan yang diberi adalah selama lima tahun atau perbatuan sehingga 140,000km (yang mana tiba dahulu).

Bukan itu sahaja, Honda Malaysia akan mengurangkan harga alat ganti Insight sehingga lebih 40 peratus terutama baterinya. Tidak perlu bimbang dengan bateri itu kerana jangka hayatnya ialah selama kereta tersebut boleh digunakan.

“Insight sememangnya satu pakej menarik untuk pengguna yang mengutamakan alam sekitar,” akui Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Rohime Shafie.

PAS TIDAK TUNAI JANJI

BN tunai janji di Manek Urai
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
utusankelantan@utusan.com.my



KUALA KRAI 26 April – Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) membuktikan kesungguhannya membantu penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai apabila melaksanakan semua janji yang dibuatnya dengan melibatkan kos sebanyak RM15 juta.

Bekas calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Tuan Aziz Tuan Mat berkata, ia sama sekali menutup mulut pemimpin Pas yang sering menabur fitnah mengatakan BN membuat janji palsu kepada penduduk di kawasan tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai berkata, Pas sepatutnya merasa malu kerana tidak dapat membantu penduduk di kawasan itu biarpun telah diberi mandat untuk memerintah selama 20 tahun.

“Saya merasa amat gembira kerana semua janji-janji ini ditunaikan, ini membuktikan kita tidak bercakap kosong untuk membantu rakyat di sini.

“Kita juga merasa amat kecewa apabila ada pihak menabur fitnah bahawa BN tidak tunai janji ini sedangkan penduduk di Manek Urai melihat sendiri bagaimana projek-projek ini sedang dilaksanakan,” katanya ketika ditemui di Kampung Manek Urai Baru di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan yang menghubungkan Manek Urai Baru dan Lama.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Makhtar Mustafa.

Pada kempen Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai, BN menjanjikan pembinaan jambatan baru bagi menghubungkan Kampung Manek Urai Baru dan Lama dengan kos RM14.1 juta, pengubahsuaian Masjid Temalir (RM600,000)

Selain itu, pusat sukan dan rekreasi di Manjor bernilai RM300,000 turut dibina.

Tuan Aziz tewas dalam pilihan raya kecil itu dengan majoriti 65 undi biarpun sebelum ini kawasan DUN itu merupakan kubu kuat Pas.

KOMEN : BN JUGA YANG TUNAIKAN JANJI WALAUPUN YANG MENANG PARTI PAS. WALAU BAGAIMANA PUN RAKYAT KELANTAN HARUS BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN PAS KELANTAN KERANA TELAH MENUNAIKAN JANJI BERUPA 'LADANG RAKYAT' DAN PUSAT PERNIAGAAN YANG SERUPA KANDANG KAMBING. TAHNIAH PAS....

ALAHAI DUN SELANGOR

Peguam fail saman pemula terhadap DUN Selangor
DARI UTUSAN MALAYSIA
27.4.2011



SHAH ALAM 26 April - Peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun hari ini memfailkan saman pemula terhadap Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan dua yang lain berhubung notis mengarahkannya menghadiri perbicaraan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Selangor pada Jumaat ini.

Beliau yang juga peguam kepada Ahli DUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah diarahkan berbuat demikian melalui notis yang diterima pada 12 April lalu untuk menjawab tuduhan menghina DUN berkenaan.

Saman pemula itu difailkan oleh Mohd. Hafarizam melalui firma guamannya, Tetuan Hafizam Wan & Aisha Mubarak kira-kira pukul 3 petang ini di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini.

Selain DUN tersebut, beliau menamakan Setiausaha JKHK, Mohamad Yasid Bidin dan jawatankuasa itu sendiri sebagai defendan kedua serta ketiga.

Dalam saman tersebut, beliau memohon deklarasi bahawa notis yang dikeluarkan oleh defendan kedua itu adalah terbatal kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa notis itu adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, Jadual Kuasa dan Kebebasan Dewan Undangan, Peraturan Tetap DUN Selangor dan Enakmen Penghinaan Dewan (Negeri Selangor) 2009 atau semua undang-undang yang relevan.

Turut dimohon adalah deklarasi bahawa beliau selaku peguam cara dan peguam bela di Mahkamah Tinggi Malaya berhak melaksanakan tanggungjawab dan peranannya tanpa perasaan takut atau berat sebelah.

Ekoran itu, plaintif memohon surat tuntutan yang dikeluarkan oleh firma guamannya kepada firma guaman, Tetuan Tommy Thomas yang mewakili Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim, pada 29 Mac lalu tidak boleh dianggap sebagai suatu penghinaan terhadap DUN.

Surat tuntutan itu adalah bagi menuntut kos RM40,000 yang perlu dibayar oleh Chang Khim kepada Badrul Hisham seperti diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Februari lalu berhubung permohonan anak guamnya untuk mengekalkan status sebagai wakil rakyat di kawasannya.

Sementara itu, Mohd. Hafarizam ketika ditemui pihak media menyatakan, beliau tidak dapat hadir ke JKHK kerana pada hari yang sama iaitu 29 April ini, permohonan Badrul Hisham akan didengar oleh Hakim Datuk Zaleha Yusof.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menggelarnya sebagai peguam UMNO, Mohd. Hafarizam berkata, tiada istilah peguam UMNO dalam Akta Profesion Guaman.

''Itu kenyataan politik. Ia tidak berdasarkan Akta Profesion Guaman,'' katanya.

KOMEN : MAKIN LAMA MAKIN BERCELARU DUN SELANGOR NI. ALMAKLUMLAH KERAJAAN YANG ADA PUN JENIS KAKI BANGKANG DAN TAK TAHU NAK BUAT KERJA. BAYAR AJE TUNTUTAN YANG PERLU DIBAYAR. KALAU TAK ADA DUIT, ITU DUIT RAKYAT SELANGORKAN BANYAK PAKAI AJE. RAKYAT YANG MENYOKONG MESTI TAK MARAH TAPI KENA INGAT RAKYAT YANG TAK MENYOKONG KAMU TU MARAH SANGAT... ITU KES ADUN DERHAKA TU UPAH PEGUAM DAH BAYAR?

IDEA KOMUNIS - CINA DAP ANUTI


Idea Hitler: Dakwaan bermuslihat politik - TPM
DARI UTUSAN MALAYSIA
27.4.2011



IPOH 26 April - Dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dikatakan menggambarkan seolah-olah Malaysia mengamalkan idea Adolf Hitler merupakan satu kenyataan yang tidak berpijak di bumi nyata dan bermuslihat politik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, jika Malaysia mengamalkan idea Hitler yang bersikap diktator, Pulau Pinang tidak akan menikmati kemajuan seperti dilihat hari ini.

"Saya tidak tahu daripada mana dia belajar mendapat ilmu itu (sehingga menggambarkan seolah- olah Malaysia mengamalkan idea diktator).

"Kita tidak mengamal sistem kuku besi atau bersikap diktator, sebaliknya mengamalkan sistem demokrasi, dasar perniagaan yang terbuka dan kemajuan untuk semua kaum tanpa mengira warna kulit," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penutup Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2011, di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas kecaman blog Minda Intelek Melayu (M.i.M) terhadap Guan Eng yang dikatakan cuba menggambarkan seolah-olah negara ini mengamalkan idea Hitler iaitu seseorang itu lebih unggul daripada yang lain kerana warna kulit.

Idea berkenaan menurut blog M.i.M itu dilontarkan oleh Guan Eng dalam perutusan beliau sempena sambutan Hari Easter 2011 seperti yang disiarkan menerusi laman blognya kelmarin.

Kenyataan Guan Eng itu, kata blog berkenaan, berbaur hasutan dan berat sebelah kerana adalah tidak masuk akal apabila segala yang terbina dalam negara ini adalah berdasarkan kepada idea-idea Hitler.

Muhyiddin berkata, sejak memerintah, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mengagihkan kekayaan negara kepada hampir semua kelompok masyarakat tidak kira di bandar atau luar bandar.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, ukuran kejayaan kepada usaha itu dapat dilihat apabila pendapatan per kapita penduduk meningkat, semua kaum menikmati limpahan kemakmuran negara selain mendapat pengiktirafan masyarakat antarabangsa seperti Bank Dunia.

Malah, beliau menambah, contoh klasik kejayaan dasar kerajaan adalah negeri Pulau Pinang yang berkembang menjadi kota metropolitan hasil sokongan kerajaan Pusat, rakyat pelbagai kaum dan pelabur asing.

"Saya tidak faham apa asas dakwaan beliau. Saya fikir ia satu kenyataan yang tidak adil," katanya.

KOMEN : CINA DAP NI HANYA TAHU IDEA DAN DASAR SERTA SEJARAH PEMERINTAHAN KOMUNIS SEBAB TU SLOGAN MEREKA PUN BERAKAR UMBI DARI RUSUK KOMUNIS. TAPI BUKAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT TAPI SEBENARNYA UNTUK KEPENTINGAN KELUARGA DAN KRONI MEREKA. CARA MEREKA MEMERINTAH P. PINANG PUN MENGIKUT SISTEM BRITISH IAITU PECAH DAN PERINTAH. YANG TETAP KAYA PUN ORANG CINA... ORNAG MELAYU DIHALAUNYA

16 MEI 2011 - APA PILIHAN ANWAR


16 Mei tentukan nasib Anwar
Oleh AMIRUDDIN HARUN dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 26 April - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Mei ini, keputusan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan lisan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan hari ini.

Anwar, 64, dibicarakan selepas didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Semalam, pihak pendakwaan dalam hujahnya menamakan Ketua Pembangkang itu sebagai pemilik profil asid deoksiribonukleik (DNA) 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Ketika menyambung hujah balasnya hari ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menjelaskan pihaknya tidak memanggil Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid sebagai saksi memandangkan keterangan doktor dari Hospital Pusrawi itu tidak boleh diterima dan sebahagiannya pula tidak benar.

Menjawab hujahan peguam Karpal Singh berhubung isu tersebut, beliau menyatakan, ini kerana berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari, doktor tersebut tidak menjalankan ujian forensik ke atas dirinya sebaliknya menasihatkan pergi ke hospital kerajaan.

Berhubung hujah peguam RamKarpal Singh yang mendakwa keterangan ahli-ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon berat sebelah, ujarnya, apa yang berlaku adalah setiap kali menjawab soalan balas peguam itu, keterangan mereka akan dipintas menyebabkan mereka tidak dapat memberikan penjelasan.

Justeru, beliau meminta mahkamah melihat secara menyeluruh keterangan sepanjang pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula kedua-dua saksi terbabit.

Hujah beliau lagi, berdasarkan bahan bukti yang dikemukakan, saksi-saksi pakar itu bukan sahaja cekap dalam menjalankan pemeriksaan dan analisis yang ditugaskan kepada mereka, bahkan telah menjelaskan penemuan atau pendapat mereka beserta dengan alasannya sekali.

''Tidak terputus rantaian keterangan berkaitan bahan-bahan bukti yang boleh memberi kesan kepada integriti mereka,'' tegas beliau.

Mengenai dakwaan peguam Sankara Nair bahawa tiada gel pelincir KY Jelly digunakan dalam kejadian itu, jelasnya, mengikut keterangan doktor, penggunaan gel tersebut sebagai alat pelincir adalah konsisten dengan apa yang berlaku.

Justeru, Mohd. Yusof menegaskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa air mani ditemui dan ia adalah kepunyaan Anwar, maka adalah wajar Ketua Pembangkang itu menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Beliau juga menyatakan tidak ada keterangan pengadu yang mustahil, tidak masuk akal atau diragui untuk mahkamah tidak merasa selamat menerimanya memandangkan pemuda itu merupakan saksi yang boleh dipercayai.

''Keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan pada peringkat ini adalah berwibawa untuk mahkamah menerimanya dengan selamat, telah diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya selain telah membuktikan seluruh inti pati pertuduhan,'' katanya.

Oleh itu, tegas Mohd. Yusof, pihaknya bukan sahaja berjaya mengemukakan bukti bagi menyokong kes prima facie, tetapi telah mengemukakan kes tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan itu dan bukan orang lain.

KOMEN : APA PILIHAN YANG ANWAR ADA? TERLEPAS, BELA DIRI, MENCARI ALASAN UNTUK MENANGGUH LAGI KES, SAKIT BELAKANG KEMBALI, MERUSUH DI IBUNEGARA ATAU LARI KELUAR NEGARA?... YANG LAIN FIKIR SENDIRI...