Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday, 1 March 2016

.: UMNO MENJADI BADUT SELEPAS 70 TAHUN

.: UMNO MENJADI BADUT SELEPAS 70 TAHUN: NAJIB HEBAT "Yang terbabit dalam skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion bukan saya, tetapi Najib. Yang menerima RM42 juta duit SRC...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tun Mahathir Membawa Perjuangan Ke Pentas Yang Leb...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tun Mahathir Membawa Perjuangan Ke Pentas Yang Leb...: Seperti biasa ramai yang akan buat analisa berkenaan tindakan Tun Mahathir yang keluar Umno. Apakah ia satu tindakan positif atau negati...

.: WARKAH TERBUKA KEHONG BAUNYA

.: WARKAH TERBUKA KEHONG BAUNYA: Surat terbuka kepada Najib – Muhammad Nazreen Published: 8 April 2015 10:21 PM Salam 1 ...

JDT buat Penyu terus kelemasan, Felda makin kukuh

28 Februari 2016 12:08 AM


PENYERANG Terengganu, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) diasak dua pemain JDT, S. Kunanlan dan S. Chanturu (kanan) dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu semalam. JDT menang 2-0. – mingguan / DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR – Tindakan Persa­tuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang mengambil keputusan untuk merehatkan Ahmad Yusoff daripada tugasan jurulatih musim ini dan menggantikannya dengan Mike Mulvey tidak membawa kesan segera kepada skuad Penyu yang tumpas 2-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu itu menyaksikan skuad Mario Gomez berada di hadapan seawal minit ke-28 menerusi jaringan S. Chanturu yang membuat sepakan terus setelah menerima umpanan cantik Jorge Pereyra Diaz di dalam kawasan penalti.

Penyerang Argentina, Diaz kemudian membuat gerakan solo untuk mengukuhkan kedudukan juara bertahan Liga Super itu lima minit selepas itu setelah rembatannya berjaya menerobos ke gawang Terengganu, sekali gus menghadiahkan kekalahan kedua buat skuad Penyu dalam saingan liga.

Sementara itu, dua jaringan Hadin Azman memastikan Felda Uni­ted mengekalkan kedudukannya di anak tangga teratas carta selepas menumpaskan Terengganu FC II (TFCII) 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Gol pada setiap babak dihasilkan pada minit ke-31 dan minit ke-71 sudah cukup untuk memastikan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mengutip tiga kemenangan berturut-turut.

Dalam satu lagi aksi, Pahang yang pada satu ketika mendahului namun akhirnya terpaksa akur skuad mudanya belum cukup matang untuk menangani Selangor yang dibimbing bekas jurulatih mereka Zainal Abidin Hassan apabila tewas 3-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Jaringan tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Faisal Abd. Halim seawal minit ke-13 tetapi Patrick Ronaldinho memadam kelebihan tersebut apabila meledak dua gol masing-masing pada minit ke-36 dan minit ke-45 sebelum bekas pemain Pahang, R. Gopinathan meledak gol kemenangan pada minit ke-67.

Di Stadium Hang Jebat, Melaka menyaksikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terpaksa akur dengan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan untuk seri 2-2 menentang Pulau Pinang.

Skuad bimbingan Jacksen F. Tiago terlebih dahulu berada di depan seawal minit kedua permainan menerusi jaringan S. Kumaahran namun penyerang kebangsaan Maldives, Ali Asfaq menyamakan kedudukan pada minit ke-65 setelah menyempurnakan sepakan penalti.

Skuad The Cops meletakkan diri mereka di depan apabila Souleymane Konate menjaringkan gol kedua PDRM pada minit ke-70 bagaimanapun Matias Cordoba menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Di Stadium Perak, Ipoh pula menyaksikan Bos Gaurus terikat tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Kedah. Kedua-dua pasukan buntu mencari gol perlawanan biarpun mereka saling berbalas asakan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-buat-penyu-terus-kelemasan-felda-makin-kukuh-1.194983#sthash.UtdY4Isi.dpuf


DRB Hicom kejutkan UiTM FC 4-1

01 Mac 2016 12:27 AM


IVAN BABIC (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan, semalam.

DRB Hicom FC melaungkan amaran mereka mampu menjadi pencabar utama Liga Perdana, musim ini selepas membelasah pendahulu liga, UiTM FC 4-1 di Stadium Proton City, Tanjung Malim, semalam.

Penyerang import dari Croatia, Ivan Babic, muncul wira The Great Bees apabila meledak hatrik, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama buat UiTM FC, yang dibimbing Raja Isa Raja Akram Shah.

Beraksi di tempat sendiri, DRB Hicom mendahului perlawanan pada minit ke-25 menerusi jaringan Phillip Lund, yang menyudahkan hantaran Nazri Kamal.

Babic menggandakan kedudukan 2-0 menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 selepas bola terkena tangan pemain pelawat dalam kotak penalti.

UiTM FC yang dikenali sebagai The Lions Troops terus dihukum apabila Babic meledak gol kedua peribadi dan ketiga buat DRB Hicom selepas menyudahkan hantaran lintang daripada Nazri pada minit ke-40.

Lima minit babak kedua bersambung, DRB Hicom terus garang apabila Babic menyempurnakan hatriknya pada minit ke-50, sebelum penyerang import UiTM, Pavel Purishkin meledak gol saguhati buat pasukannya pada minit ke-70.

Mat Zan tidak pandang rendah 
kemampuan Negeri Sembilan

WALAUPUN mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri, namun pengendali Melaka United, Mat Zan Mat Aris enggan memandang rendah keupayaan Negeri Sembilan dalam aksi Liga Perdana di Stadium Hang Jebat, Krubong, malam ini.

Katanya, lawan mereka memiliki nama besar serta dibarisi pemain berpengalaman, justeru pertembungan kedua-duanya pasti berlangsung sengit.

Bagaimanapun kata Mat Zan, peluang bermain di tempat sendiri akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan sokongan daripada penyokong untuk meraih mata penuh bagi mengukuhkan kedudukan di tempat teratas.

“Lawan yang kita akan temui pada perlawanan keempat ini adalah satu pasukan yang telah kukuh dan kita jangan ambil mudah serta terlalu yakin ketika berdepan dengan Negeri Sembilan.

“Masing-masing juga mempunyai cita-cita untuk berada dalam persaingan yang lebih tinggi pada musim depan iaitu layak ke Liga Super dan sudah tentu persaingan seterusnya lebih getir,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Stadium Fatimah, Bukit Serindit di sini, kelmarin.

Mat Zan turut mengingatkan pemainnya supaya tidak mengulangi kesilapan dengan membiarkan gawang mereka dibolosi di minit-minit awal permainan.

Dalam perlawanan terdahulu kesilapan itu agak ketara, dan dia berharap pemainnya mampu bertahan dan mencari peluang untuk menghadirkan gol untuk Melaka United.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/drb-hicom-kejutkan-uitm-fc-4-1-1.195604#sthash.KeR8q6la.dpuf

F1 : Petronas tetap taja Mercedes AMG

Kekangan kewangan tak jejas penglibatan dalam F1

FADZIL ZAINOL | 01 Mac 2016 12:27 AM


PEMANDU Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton (kiri) dan Nico Rosberg memperkenalkan jentera baharu pasukan, F1W07 Hybrid yang bakal digunakan dalam perlumbaan Formula Satu musim 2016 dalam majlis pelancaran rasmi di Litar Catalunya, Barcelona, minggu lalu. AFP

KUALA LUMPUR - Meskipun sedang melaksanakan langkah penjimatan secara besar-besaran ekoran kejatuhan prestasi kewa­ngannya, syarikat minyak negara Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) tetap komited terhadap tajaannya kepada pasukan Formula Satu (F1) Mercedes AMG.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, pihaknya menganggap tajaan yang dibuat itu merupakan inisiatif yang dilaksanakan bagi menaikkan jenama Petronas di peringkat antarabangsa.

Petronas ketika ini sedang menstruktur kedudukan kewangan­nya akibat kejatuhan harga minyak hampir 70 peratus sejak 2014, dan telah mengumumkan beberapa pembatalan dan penangguhan projeknya bagi mengimbangi ­aliran kewangannya.

“F1 bukan merupakan projek syarikat, ia lebih kepada insiatif penjenamaan syarikat. Tahun lalu, berbanding syarikat-syarikat minyak dunia yang lain, jenama Petronas berjaya meraih lebih banyak pendedahan di dalam litar-litar perlumbaan,” katanya kepada pemberita semasa membentangkan prestasi kewangan Petronas tahun 2015 di sini, semalam.

Petronas mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM36.68 bilion bagi ke­seluruhan 2015, susut 53 peratus berbanding RM77.69 bilion yang direkodkan keseluruhan 2014, dengan kejatuhan harga minyak dunia menjadi punca utama kemerosotan kewangannya.

Petronas kini merancang untuk mengurangkan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi sebanyak RM15 bilion hingga RM20 bilion tahun ini, iaitu sebahagian daripada langkah penjimatan sebanyak RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.

“Tajaan ini bermula dari 2015 sehingga 2017. Kami memberi komitmen penuh untuk meme­nuhi perjanjian tajaan yang dibuat sehingga 2017,” kata Wan Zulkiflee lagi. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan nilai tajaan tersebut.

Pasukan Mercedes AMG Petronas pada 2015 berjaya merangkul kejuaraan F1 dalam kategori pelumba dan pasukan yang diwakili oleh dua pelumbanya, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/lumba-kereta/petronas-tetap-taja-mercedes-amg-1.195613#sthash.zQlasTdk.dpuf


Dr. Mahathir umum keluar UMNO lagi

SOFIAN BAHAROM | 01 Mac 2016 1:28 AM



DR. MAHATHIR MOHAMAD mengumumkan keluar daripada UMNO dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam. utusan/Zaki Amiruddin

PUTRAJAYA 29 Feb. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini buat kali kedua mengumumkan keluar daripada UMNO kerana mendakwa perjuangan parti itu bukan lagi seperti dahulu.

Dr. Mahathir berkata, UMNO kini dilihat sebagai sebuah parti yang hanya memberi fokus kepada perjuangan mengekalkan pemimpin tertentu sekali gus membelakangkan perjuangan parti yang telah ber­akar sejak 1946.

Katanya, beliau akan menghantar surat rasmi berhubung tindakannya itu kepada Setiausaha Agung UMNO dalam masa terdekat tetapi menganggap perkara itu sebagai sekadar formaliti.

“Saya tidak boleh menjadi ahli bagi sebuah parti yang hanya berdedikasi untuk menyokong dan melindungi seseorang. UMNO dahulunya sebuah parti yang menentang Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan dan menyumbang kepada pembangunan negara.

“Saya berada pada fasa penubuhan UMNO dahulu dan saya tahu apa perjuangan parti. Saya mendedikasikan diri kepada UMNO walaupun pernah dibuang oleh Tunku Abdul Rahman,” kata­nya kepada pemberita di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Pada 19 Mei 2008, Dr. Mahathir pernah bertindak keluar parti yang pada masa itu dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mendakwa hilang kepercayaan terhadap penggantinya itu.

Dr. Mahathir berkata, beliau akan menyertai satu gerakan teras tetapi tidak akan menyertai parti lain kerana hatinya masih bersama UMNO yang dahulu.

Beliau juga menafikan akan me­nubuhkan parti baharu memandang­kan tindakan itu hanya menyebabkan rakyat keliru serta memecah-belahkan mereka.

Berhubung status isteri dan anak-anaknya dalam UMNO, Dr. Mahathir berkata: “Saya tidak boleh bercakap bagi pihak anak-anak tetapi Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali mengikut saya meninggalkan UMNO”.

Berhubung langkah seterusnya, Dr. Mahathir berkata, beliau akan terus menyuarakan pendirian dan pendapat melalui gerakan teras berkenaan.

Ditanya adakah beliau berharap tindakannya keluar parti akan di­ikuti oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau berkata: “Saya harap begitu tetapi saya tidak berbincang dengan sesiapa soal keluar UMNO ini.”

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/dr-mahathir-umum-keluar-umno-lagi-1.195808#sthash.kKuH2gWr.dpuf


Friday, 26 February 2016

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Parti Najib - Jika Terus Jadi Lembu, Anda Selamat ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Parti Najib - Jika Terus Jadi Lembu, Anda Selamat ...: Sebelum ni dah berkira2 nak tulis mengenai komen Nazri yang memperbodohkan Shafie Apdal, yalah, kenapa Nazri ni bodoh sangat mengeluarkan ka...

Putra Merdeka: Apa Tunggu Lagi..?

Putra Merdeka: Apa Tunggu Lagi..?: SAMAN LER DULU DALAM NEGARA..! Peguam Azhar Harun menolak penjelasan seorang pembantu di Pejabat Perdana Menteri yang mana Datuk Seri ...

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Umpamakan Muhyiddin 'anjing', Umno Pagoh kutuk Naz...

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Umpamakan Muhyiddin 'anjing', Umno Pagoh kutuk Naz...: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz yang mengumpamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti 'anjing' amat me...

Putra Merdeka: HOT ~ KEGAGALAN TUN M..!

Putra Merdeka: HOT ~ KEGAGALAN TUN M..!: Mesti puak pemakan dedak berahi dengan tajuk posting ni..! Al maklum tajuknya gagal..! Gagal Tun M jauh beza dengan kegagalan 1MDB, Derm...

.: KEKEJAMAN MISSI Cina Indonesia (‘Po An Tui’) DAN C...

.: KEKEJAMAN MISSI Cina Indonesia (‘Po An Tui’) DAN C...: by nahimunkar.com Bukti nyata Cina Indonesia antek penjajah Sekarang, para anak keturunan dan anak cucu laskar PO AN TUI telah...

Digantung atau dipecat?

MT mungkin putuskan nasib Muhyiddin Yassin hari ini

HUSSAINI AMRAN | 26 Februari 2016 1:36 AM


KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dijangka ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti esok.

Muhyiddin Yassin

MT UMNO dijangka memutuskan sama ada Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh akan digantung atau dipecat.

Spekulasi berhubung perkara tersebut timbul berikutan gesaan pemimpin UMNO yang mahu tindakan tegas diambil terhadap Muhyid­din kerana berterusan mengkritik kepemimpinan negara khususnya berhubung isu 1Malaysia Develop­ment Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.

Malah, Ahli MT UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Isnin lalu secara terbuka menggesa Muhyiddin berundur daripada jawatannya dalam parti.

Pendirian serupa turut dinyatakan oleh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang meminta Muhyiddin meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak lagi sehaluan dengan kepemimpinan parti yang lain.

Walau bagaimanapun, Ketua Penera­ngan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan desakan tersebut hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.

Sebelum ini, spekulasi sama berlegar menjelang mesyuarat MT UMNO pada 24 November lalu namun hanya Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat atas kesalahan melanggar disiplin parti.

Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula terselamat daripada dikenakan sebarang tindakan.

Kini, persoalan sama berulang dan banyak pihak tertanya-tanya sama ada Muhyiddin akan ‘terselamat’ sekali lagi selepas mesyuarat MT esok.

Jika MT UMNO memutuskan untuk bertindak tegas terhadap Muhyiddin, apakah bentuk hukuman yang akan dijatuhkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu?

Berdasarkan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO, mana-mana ahli yang melanggar peraturan disiplin parti boleh digantung keahlian atau dipecat selain diberi amaran serta dilarang mewakili UMNO dalam pilihan raya.

Sekiranya spekulasi itu benar, apakah nasib yang mungkin diterima Muhyiddin esok, digantung atau dipecat?

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/digantung-atau-dipecat-1.194500#sthash.1xj7sOGJ.dpuf


Shafie Apdal pertahankan Muhyiddin

26 Februari 2016 1:36 AM

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tampil mempertahankan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik pucuk pimpinan parti dengan alasan teguran tersebut dibuat demi memastikan perjuangan UMNO dan kerajaan terus kukuh.

Mohd. Shafie Apdal

Beliau yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, setiap teguran Timbalan Presiden UMNO tersebut terhadap kepemimpinan parti walaupun lantang, bukanlah bertujuan melemah atau menjatuhkan seseorang pemimpin serta kerajaan.

Tambahnya, kritikan Muhyiddin jika diperhalusi dengan teliti sebenarnya cenderung kepada mempertahankan parti serta kerajaan yang disifatkan beliau sebagai jauh lebih penting berbanding mempertahankan pemimpin atau individu tertentu.

Pendirian Mohd. Shafie itu jelas sekali berbeza dengan gesaan majoriti pemimpin UMNO yang mahu Muhyiddin melepaskan jawatannya dalam parti, jika tidak mampu untuk menyokong atau bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperkukuhkan UMNO.

“Bila Muhyiddin menyatakan kerisauan dengan menegur keadaan dalam kerajaan dan parti bukanlah untuk melemahkan pucuk pimpinan parti, apatah lagi menjatuhkan kerajaan, sebaliknya dalam erti kata lain parti dan kerajaan jauh lebih penting daripada individu tertentu.

“Ya, saya sayangkan parti, tetapi saya sayangkan negara lebih dari segalanya. Kedaulatan dan kemakmuran negara adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu ataupun pemimpin tertentu,” kata Mohd. Shafie dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya hari ini.

Sejak kelmarin beberapa pe­mimpin tertinggi UMNO termasuk Ahli Majlis Tertinggi menyifatkan tindakan Muhyiddin yang sering mengkritik Perdana Menteri dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion sebagai api dalam sekam yang merosakkan parti.

Mereka sehubungan itu mendesak Timbalan Presiden UMNO tersebut agar segera melepaskan jawatan atau bakal berdepan dengan tindakan disiplin yang membawa kepada penggantungan jawatan.

Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, pemimpin UMNO perlu menilai secara jujur apakah langkah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Muhyiddin akan menguatkan sokongan kepada UMNO dan kerajaan atau hanya menambahkan lagi kemarahan rakyat.

“Pemimpin yang baik untuk parti dan kerajaan harus berani menyuarakan perkara yang boleh menguatkan parti dan kerajaan walaupun kemungkinan hilang jawatan atau kedudukan kerana pada akhirnya, saya pasti ia akan menjadi ubat kepada suatu perjuangan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/shafie-apdal-pertahankan-muhyiddin-1.194486#sthash.jA4kO95b.dpuf

AFC CUP : ‘Bonus untuk saya’

NURUL HUDA HASSAN | 26 Februari 2016 12:11 AM



PEMAIN tengah JDT, Safiq Rahim (kiri) melarikan diri daripada asakan pemain pertahanan Ayeyawady United dalam perlawanan peringkat Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru kelmarin. Safiq menjaringkan tiga gol untuk membantu JDT menang 8-1. UTUSAn/Raja Jaafar Ali

JOHOR BAHRU - Safiq Rahim membuktikan dia belum kehilangan sentuhan walaupun tidak beraksi dalam dua perlawanan, malah semakin garang apabila menjaringkan tiga gol ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan mudah meratah Ayeyawady United dalam kempen Piala AFC kelmarin.

Mencipta hatrik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini kelmarin, Safiq Rahim menyifatkannya sebagai satu bonus buat dirinya.

Terlepas dua perlawanan sebelum ini kerana kurang cergas, kapten JDT itu juga menyifatkan kejayaan membelasah kelab Myanmar itu dengan jumlah gol yang besar 8-1 ialah hasil kerja keras pasukan.

Bagaimanapun, pemain paling bernilai (MVP) perlawanan akhir Piala AFC 2015 itu berkata kejayaan dicipta penyandang juara itu bukan hanya faktor dirinya sahaja tetapi kerja berpasukan yang perlu diteruskan dan bukannya berpuas hati dengan prestasi semasa.

“Hatrik itu ialah bonus untuk diri saya, namun yang paling penting kami (JDT) mendapat keputusan positif sekali gus mengutip tiga mata di tempat sendiri, jumlah gol yang banyak itu semestinya satu yang manis untuk pasukan.

“Jadi, tidak kira untuk apa jua perlawanan selepas ini, kami mesti tidak boleh setakat itu sahajalah, kami perlu terus memberi tumpuan dan memperbaiki segala kelemahan yang dikesan, pasukan kena lebih fokus selepas ini.

“JDT perlu beri lebih 100 peratus selepas ini, selagi diberi kepercayaan oleh jurulatih, saya akan sentiasa memberi yang terbaik begitu juga rakan-rakan sepasukan,” katanya dalam sidang akbar selepas perlawanan tersebut.

Sementara itu, ketua jurulatih Mario Gomez mengakui dia yakin akan meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut tetapi tidak terlintas Harimau Selatan akan mencipta jumlah jaringan yang besar.

Jurulatih dari Argentina itu turut memuji anak buahnya yang dilihat bermain sebagai satu pasukan dan bukan hanya menumpukan kepada keupayaan individu sekali gus mahu prestasi terbaik pasukan terus dipertingkatkan.

“Kami tidak ada masalah apabila pasukan pelawat menyamakan kedudukan sebab kita tahu kemenangan milik JDT, malah saya juga yakin dengan kemampuan pasukan saya, kita sememamngnya akan melakar kejayaan pada perlawanan itu,” katanya.

JDT akan bertemu kelab India, Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteerava di Bangalore pada 9 Mac ini.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-bonus-untuk-saya-8217-1.194314#sthash.SOFgWOb5.dpuf

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Pemuda UMNO : Berhenti gesa Muhyiddin letak jawata...

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Pemuda UMNO : Berhenti gesa Muhyiddin letak jawata...: SHAH ALAM - Pemuda Umno Cheras, kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berterusan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbala...

Thursday, 25 February 2016

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bilion - GKCM Hantar Surat Minta Penjelasan ...

dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bilion - GKCM Hantar Surat Minta Penjelasan ...: Saudara Isa selaku Naib Presiden GKCM menyerahkan Surat Minta Penjelasan Kepada Wakil Duta Arab Saudi GKCM sebentar tadi, sekitar ja...

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Teruskan, saya sedia ke penjara, kata Tun Mahathir...

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Teruskan, saya sedia ke penjara, kata Tun Mahathir...: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyatakan kebenaran apabila dirinya diheret ke mahkamah kerana mengeluarkan kenyataan yang...

AFC CUP : JDT berpesta di Larkin

NURUL HUDA HASSAN | 25 Februari 2016 12:31 AM



KETUA pasukan JDT, Safiq Rahim (tengah) membuat percubaan ke arah gawang sambil cuba dihalang oleh pemain Ayeyawady, Naing Lin Tun dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. – MOHD HAZROL ZAINAL

JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen mempertahankan Piala AFC dengan gagah apabila membelasah Ayeyawady United 8-1 yang menyaksikan ketua pasukan Safiq Rahim mencipta hattrick dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.

Kemenangan besar itu menyaksikan JDT kini telah menjaringkan 13 gol ke atas wakil Myanmar berkenaan selepas menumpaskan mereka 5-0 dalam pusingan kedua pertan­dingan ini tahun lalu.

Penyerang baharu Juan Martin Lucero turut menemui jaringan pertamanya sejak menyertai JDT apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua, manakala Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak masing-masing menja­ringkan satu gol di hadapan 11,560 penyokong tuan rumah.

Sebelum itu, penyokong tuan rumah bagaimanapun dikejutkan apabila Thiha Zaw menyamakan kedudukan pada minit ketujuh selepas Safiq meletakkan tuan rumah di depan menerusi rembatan dari jarak 30 meter.

Kedua-dua pasukan terus saling mengasak gawang lawan dengan percubaan menarik Mohd. Nazrin Nawi pada minit kelapan dan penyerang pasukan pelawat Chizoba Christopher pada minit ke-11.

Namun, sebaik sahaja Harimau Selatan menambah gol kedua menerusi pemain dari Argentina, Diaz dua minit kemudian, perlawanan menjadi milik JDT sepenuhnya.

JDT mempunyai peluang untuk menambah jaringan pada minit ke-15, namun Mohd. Nazrin gagal menyempurnakan sepakan bebas dan lapan minit kemudian percubaan Lucero pula tersasar.

Pada minit ke-30, skuad Harimau Selatan menjaringkan gol ketiga mereka menerusi pemain pertahanan dari Brazil, Antonio setelah Safiq membuat sepakan sudut untuk tuan rumah mendahului 3-1 ketika rehat.

JDT memulakan babak kedua dengan garang dan hanya memerlukan tiga minit selepas perlawanan disambung untuk menambah gol keempat menerusi Safiq yang kemudian melengkapkan jaringan hattrick pada minit ke-62.

Penguasaan bahagian tengah JDT terus menyukarkan Ayeyawady untuk menyerang dan Lucero melengkapkan malam sempurna untuk pa­sukannya apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-82 dan minit ke-87 sebelum Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak menjaringkan gol kelapan untuk JDT pada masa kecederan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-berpesta-di-larkin-1.193998#sthash.TJZDLJHK.dpuf


Wednesday, 24 February 2016

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Yahaya Ismail: MENGAPA TAKUT PADA TSMY?

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Yahaya Ismail: MENGAPA TAKUT PADA TSMY?: Pelek bin hairan Najib dan kabilah balacinya yang makan dedak takut dan bimbang terhadap TSMY yang "dosanya" hanya m...

AFC CUP : Red Giants bawa pulang satu mata

NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR | 24 Februari 2016 12:06 AM


PENYERANG Selangor, Adam Nor Azlin (dua dari kiri), Mohd. Azrif Nasrulhaq (kanan) dan Mohd. Hafiz Kamal (kiri) bersaing dengan pemain Ceres FC dalam saingan Kumpulan E Piala AFC di Stadium Panaad, Bacolod, semalam. - Gambar AFC

KUALA LUMPUR – Meskipun baru kembali ke pentas Piala Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah terlepas saingan musim lalu, Selangor berjaya menampilkan aksi positif dengan mengikat wakil Fi­lipina, Ceres 2-2 di tempat lawan, semalam.

Aksi Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Panaad menyaksikan juara Piala Malaysia 33 kali itu ketinggalan seawal minit ke-18 menerusi jaringan Stephan Schrock yang bertindak merembat deras dari luar kotak penalti selepas melepasi halangan dua pertahan pelawat untuk menewaskan penjaga gol, Nor­azlan Razali.

Terdahulu skuad The Busmen hampir membuka tirai jaringan apabila Adrian Gallardo melakukan hantaran kepada Bienvenido Maranon, namun percubaannya berjaya ditampan keluar Norazlan.

Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bangkit mengatur semula gerakan dan hasilnya mereka berjaya merapatkan jurang, 16 minit kemudian menerusi jaringan pemain import dari Argentina, Mauro Olivi.

Olivi mengambil peluang atas kesilapan penjaga gol, Louie Michael Casas ketika melakukan sepakan dan keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Babak kedua menyaksikan kedua-dua pa­sukan mengatur serangan bagi mencari gol ke­dua.

Mohd. Hafiz Kamal mencetak nama selaku penjaring apabila mudah menyempurnakan sepakan bebas dari jarak kira-kira 30 meter untuk meletakkan Red Giants di depan 2-1.

Norazlan memainkan watak penting buat Selangor apabila berjaya menyelamatkan sejumlah besar percubaan bahaya yang dilakukan pasukan kendalian Ali Go sepanjang perlawanan itu.

Gallardo menjadi pemusnah impian Red Giants apabila dia berjaya menanduk masuk jaringan pe­nyamaan ketika perlawanan berbaki tiga minit selepas menerima hantaran daripada Schrock dari sebelah kiri.

- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/i-red-giants-i-bawa-pulang-satu-mata-1.193689#sthash.IALnRXKR.dpuf

Umpama api dalam sekam

SAFINA RAMLI | 24 Februari 2016 12:01 AM

KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering mengeluarkan kenyataan mengkritik kepemimpinan negara dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion umpama api dalam sekam yang secara perlahan-lahan boleh merosakkan parti.


Ketua Penerangan UMNO Wila­yah Persekutuan, Datuk Mustapha Kamal Mohd. Yusoff berkata, Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peluang kepada Muhyiddin namun beliau tidak menggunakan peluang itu dengan betul.

“Kalau nak cakap apa pun buat secara tertutup bukan secara terbuka, Presiden telah memberi pe­luang kepada beliau, jika beliau masih membawa keburukan kepada parti lebih baik beliau undur diri sahaja.

“Sekarang Muhyiddin seperti api dalam sekam, untuk me­nguatkan parti kita kena bersatu jangan waktu gelora kita ambil kesempatan,”katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta Muhyiddin berundur daripada jawatannya jika tidak mahu menjalankan tanggungjawab membantu Presiden parti.

Nazri mengulas mengenai ucapan Muhyiddin di Teluk Kemang, Port Dickson, Sabtu lalu yang yang dilaporkan berkata, rakyat tidak diberikan penjelasan yang mendalam mengenai pelbagai isu termasuk isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, tindakan Muhyiddin itu amat mengecewakan kerana ia seolah-olah memudahkan pakatan pembangkang memperlekehkan UMNO.

“Pakatan pembangkang kini boleh ambil cuti sakit sebab kerja mereka kini dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO.

“Sampai bila perkara ini harus berlarutan, dalam perlembagaan parti Timbalan Presiden perlu membantu Presiden dalam mengurus tadbir parti, jika Timbalan Presiden gagal kita sokong Timbalan Presiden letak jawatan,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah pula berkata, perbezaan pandangan antara pemimpin merupakan perkara biasa di dalam UMNO, namun ia tidak boleh dilakukan sehingga melampaui batas.

“Berbeza pandangan dalam kepemimpinan UMNO kita sudah biasa melalui proses tersebut tetapi tidak boleh melampau hingga sebabkan ahli keliru.

“Cara pengikut yang baik ialah Timbalan Presiden seharusnya menjadi Timbalan Presiden yang berkesan dan jangan sebabkan perpecahan serta menjadikan ahli berpuak-puak,”jelasnya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umpama-api-dalam-sekam-1.193871#sthash.BNHajElR.dpuf


Pemimpin UMNO 
Bahagian desak Muhyiddin dikenakan tindakan tegas

24 Februari 2016 1:29 AM

KUALA LUMPUR 23 Feb. – Pemimpin-pemimpin UMNO bahagian hari ini mendesak Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat enggan bekerjasama de­ngan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta berterusan mengkritik parti menerusi saluran yang salah.

Ini kerana menurut mereka, tindakan Timbalan Presiden UMNO itu boleh menyebabkan parti berpecah sedangkan semua pihak sepatutnya bekerjasama bagi memastikan ahli-ahli kekal bersatu dan tidak ber­puak-puak.

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, UMNO perlu bertindak segera ke­rana Muhyiddin dilihat bukan sahaja mengabaikan saluran parti untuk mengkritik, malah tindakannya kini semakin keterlaluan dan boleh membawa kepada kehancuran.

“Dalam situasi sekarang UMNO memerlukan kekuatan antara dua pucuk pimpinan tertinggi demi membina kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Tetapi apa yang berlaku adalah Muhyiddin semakin banyak me­lakukan provokasi terhadap parti dan saya lihat akhirnya nanti boleh membawa kepada unsur sabotaj terhadap Presiden yang sedang bekerja keras memulihkan kekuatan UMNO di semua peringkat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz seperti dilaporkan hari ini meminta Muhyiddin berundur daripada jawatannya jika beliau tidak lagi mahu menjalankan tanggungjawabnya membantu Presiden UMNO mengukuhkan parti serta kerajaan.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi berkata, tindakan tegas daripada Lembaga Disiplin UMNO perlu sebagai pengajaran kepada semua ahli bahawa keutamaan terhadap parti melebihi kepentingan peribadi.

“Saya melihat apa sahaja percakapan dan tindakannya tidak lagi menggambarkan beliau sebagai pemimpin nombor dua parti kerana semuanya lebih kepada memburuk-burukkan UMNO.

“Jadi seelok-eloknya parti mengambil tindakan tegas. Mana-mana pemimpin pun perlu sedar jika mahu mengkritik mesti meng­ikut saluran betul, bukannya sesuka hati demi kepentingan diri sendiri,” tegasnya.

Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya pula berkata, setiap ahli UMNO perlu berpegang kepada prinsip bahawa siapa sahaja ketua yang dilantik mesti ditaati dan jika ada perkara yang tidak dipersetujui perlu di­sampaikan dengan betul, namun jika ingkar mereka perlu sedia dihukum.

“Pada pendapat saya, terpulang kepada Lembaga Disiplin parti untuk meneliti apa ucapan yang telah beliau sampaikan selama ini. Jika dilihat menerusi YouTube, banyak ucapannya yang bertentangan de­ngan hala tuju UMNO.

“Ahli sebenar harus mentaati prinsip iaitu walaupun tidak suka kepada pemimpin atau ketua, mereka perlu tetap disokong dan dihormati kerana telah dilantik dan tegur di dalam mesyuarat MT,” jelas beliau.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, salam perpa­duan daripada Najib telah dihulur kepada Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung UMNO lepas, tetapi ditolak yang menunjukkan bahawa sudah tiba masanya Timbalan Pre­siden UMNO itu berundur.

“Presiden mahu semuanya satu nada, beliau hulur salam perpaduan tetapi ditolak. Ini bukanlah masa untuk kita terus bergaduh, sepatutnya semua kena bersatu. Kalau tidak setuju maka demi kepenti­ngan UMNO berundurlah daripada parti,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pemimpin-umno-8232-bahagian-desak-muhyiddin-dikenakan-tindakan-tegas-1.193880#sthash.m2JEdE4M.dpuf


Zeti harap siasatan 1MDB 
lengkap sebelum bersara

24 Februari 2016 1:28 AM


KUALA LUMPUR 23 Feb. – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berharap, beberapa siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang sedang dijalankan oleh BNM dapat dilengkapkan, sebelum be­liau bersara pada hujung April ini.

Zeti Akhtar Aziz

Beliau berkata, beberapa usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan siasatan yang diadakan ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan baki perkhid­matannya.

“Inilah antara usa­ha yang dibuat bagi memastikan sebarang siasatan dibuat dapat diselesaikan dalam baki tempoh perkhidmatan saya. Saya mahu ia diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan pengganti saya nanti tidak menghadapi sebarang masalah yang berpanjangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bagi membina Pusat Pengajian Perniagaan Asia (ASB) di sini hari ini.

Pembinaan ASB yang turut mendapat kerjasama akademik daripada Sekolah Pengurusan Sloan di bawah Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Amerika Syarikat, terletak bersebelahan BNM dan dijangka siap pada 2018 dengan sesi pengajian dijangka bermula pada 2019.

Zeti dijangka menamatkan perkhidmatannya sebagai Gabenor BNM pada 30 April ini setelah mengetuai bank pusat itu sejak Mei 2000. Beliau merupakan antara tokoh penting di peringkat pembuat dasar sehingga berjaya mengeluarkan Malaysia daripada menerima kesan paling buruk akibat Krisis Kewangan Asia pada 1997 dan 1998.

Beliau sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk tidak menyambung perkhidmatannya atau menerima lantikan semula sebagai gabenor, dan berharap penggantinya mempunyai latar belakang yang relevan, selain tidak dipilih dalam kalangan ahli politik atau individu yang membawa agenda politik pihak tertentu.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, tiga tokoh yang disebut-sebut menggantikan Zeti ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah serta tiga Timbalan Gabenor BNM.

Sementara itu, ditanya mengenai siasatan BNM terhadap pemindahan wang oleh 1MDB, Zeti berkata, masih terlalu awal untuk memberi sebarang ulasan kerana siasatan itu belum dimuktamadkan lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, institusi kerajaan termasuk BNM masih mempamerkan rekod yang baik dalam menjaga sistem kewangan negara, meskipun ada kajian menunjukkan keyakinan umum terhadap kerajaan telah merosot.

“BNM sentiasa memastikan usaha-usaha dibuat untuk menangani kelemahan negara dengan melaksanakan dasar-dasar yang bersesuaian ketika menghadapi persekitaran ekonomi yang mencabar. Hal itu dapat dibuktikan apabila Malaysia tidak menghadapi gangguan dari segi aliran kewangan seperti negara-negara lain.

“Saya percaya majoriti penduduk negara ini masih percaya dan menghormati BNM sebagai institusi, malah memberi harapan kepada kami untuk memastikan kewangan negara ini berkedudukan stabil. Mungkin rizab mata wang asing negara telah merosot sejak kebelakangan ini, namun ia mulai stabil dan kembali meningkat naik,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/zeti-harap-siasatan-1mdb-8232-lengkap-sebelum-bersara-1.193878#sthash.EwbP2ot0.dpuf