Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Monday, 30 November 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Idea Idealistik Najib @ 1MDB Yang Menggadai Negara...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Idea Idealistik Najib @ 1MDB Yang Menggadai Negara...: Asalnya nak komen lagi mengenai isu penjualan Edra kepada negara China kerana debat masih berterusan bila 1MDB menjawab artikel Chedet, di m...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Idea Idealistik Najib @ 1MDB Yang Menggadai Negara...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Idea Idealistik Najib @ 1MDB Yang Menggadai Negara...: Asalnya nak komen lagi mengenai isu penjualan Edra kepada negara China kerana debat masih berterusan bila 1MDB menjawab artikel Chedet, di m...
CELAH GELEGAR: TAHNIAH "Bapa Jual Aset Negara", Dulu Milik Malays...
CELAH GELEGAR: TAHNIAH "Bapa Jual Aset Negara", Dulu Milik Malays...: Lepas ni JUAL Petronas pula. Lepas Petronas PLUS pula. Lepas PLUS jual pula SIC. Lepas tu jual MISC. MAS pun jual. Alasan untuk kur...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Sejarah Bakal Terukir - Nothing To Hide Di PAU 201...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Sejarah Bakal Terukir - Nothing To Hide Di PAU 201...: Tun Mahathir AKAN HADIR Pau 2015 ! astroawani Tu dia ..... apakah sejarah Nothing To Hide akan berulang sekali lagi ? Kali ini di...
Friday, 27 November 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Respon Shafie Apdal Bila Dinafikan Peluang Berucap...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Respon Shafie Apdal Bila Dinafikan Peluang Berucap...: KENYATAAN MEDIA 1. Dalam menghormati keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan baru-baru ini, saya berpandangan adalah tidak wajar kete...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Dengarlah Nasihat Najib Ini - Tinggi Imaginasi, Ma...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Dengarlah Nasihat Najib Ini - Tinggi Imaginasi, Ma...: Untuk pagi Jumaat ini saya rasa baik kita lupakan sekejap hal politik. Serabut juga kepala tak habis2 dengan isu2 politik, isu Umno, isu 1MD...
Thursday, 26 November 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Muhyiddin - Sampai Bila Nak Playsafe Daaa .....
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Muhyiddin - Sampai Bila Nak Playsafe Daaa .....: Saya tertarik dengan artikel terbaru rakan blogger Shahbudin - Muhyiddin, sekarang bukan masanya untuk merintih , kerana sedikit sebanyak be...
CELAH GELEGAR: [SAYA AKAN TERUS BERSUARA] Respon Tan Sri Muhyiddi...
CELAH GELEGAR: [SAYA AKAN TERUS BERSUARA] Respon Tan Sri Muhyiddi...: Mesyuarat MT UMNO semalam memutuskan perasmian serentak persidangan sayap-sayap tidak akan dibuat sebagaimana lazimnya. Sebali...
Tangents: Restless Musings Of A Malay Mind: Pemecatan Datuk Hamidah Oleh MKT UMNO 'Separuh Mas...
Tangents: Restless Musings Of A Malay Mind: Pemecatan Datuk Hamidah Oleh MKT UMNO 'Separuh Mas...: Alhamdulillah, tuduhan terhadap penulisan jurublog kononnya pertukaran masa serta tempat mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO adala...
CELAH GELEGAR: MACAM MANA NAK MENJUAL NEGARA ?
CELAH GELEGAR: MACAM MANA NAK MENJUAL NEGARA ?: Boleh Ker Malaysia Dijual? Ramai Tak Tahu kan? Ada pelbagai cara sebenarnya dan yang terbaru adalah melalui ekonomi seperti TPP A...
CELAH GELEGAR: 1MDB-CGN, urusniaga rugi ke untung?
CELAH GELEGAR: 1MDB-CGN, urusniaga rugi ke untung?: Kerajaan dan media kerajaan dilihat giat membuat kenyataan dan laporan menggambarkan tindakan 1MDB menjual Edra Global Energy Berhad (Edr...
Wednesday, 25 November 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tidak Ada Live Penuh Masa PAU .... Tak Dapatlah Ra...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Tidak Ada Live Penuh Masa PAU .... Tak Dapatlah Ra...: Umno di bawah Najib ketika ini dalam keadaan yang amat memalukan. Itulah pandangan rakyat yang memerhati dari luar. Pemimpin2 Umno masih bol...
Pahang menang selesa
25 November 2015 12:20 AM
KUALA LUMPUR - Pahang semakin hampir dengan misi memenangi Piala Malaysia untuk kali ketiga berturut-turut selepas menumpaskan Lions XII 4-1 dalam suku akhir pertama Piala Malaysia manakala Johor Darul Ta’zim (JDT) diselamatkan oleh jaringan Amirul Hadi Yahya pada penghujung perlawanan untuk seri 1-1 dengan Felda United semalam.
Pahang, yang telah terlepas trofi Piala FA dan Liga Super yang mereka menangi musim lalu, memerlukan kemenangan dalam Piala Malaysia untuk sekurang-kurangnya tidak berputih mata tahun ini, dan misi mereka semakin hampir apabila menjaringkan tiga gol pada babak kedua selepas Hafiz Kamal meletakkan mereka di depan seawal minit keenam perlawanan di Stadium Darul Makmur.
Ingin mencari kemenangan besar untuk dibawa sebagai bekalan ke Stadium Jalan besar, Pahang semakin garang selepas waktu rehat dan Matias Conti menyambar umpanan Azamuddin Akil dari sebelah kiri untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-54.
Kedudukan mereka semakin kukuh setelah Dickson Nwakaeme menggelecek pemain pertahanan Lions dan melepaskan rembatan dari hujung kawasan penalti untuk gol ketiga pada minit ke-60 sebelum R. Gopinathan menyudahkan larian cantik dari kiri untuk menjaringkan gol keempat pada minit ke-68.
Lions bagaimanapun menggunakan kealpaan barisan pertahanan tuan rumah untuk memperoleh gol pada masa kecederaan apabila Mohd. Safuwan Baharudin menanduk bola ke dalam gawang walaupun cuba dicabar oleh penjaga gol Khairul Azhan Khalid.
Di Stadium MP Selayang, Felda mencipta kejutan apabila mendahului JDT seawal minit kelapan menerusi Thiago Agusto yang menyepak mudah dari jarak dekat dan kelihatan mampu menang hanya untuk akhirnya berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 apabila rembatan Amirul Hadi menggegarkan jaring pada masa kecederaan.
Sementara itu, misi Selangor untuk mendakap Piala Malaysia untuk kali ke-33 semakin cerah setelah menumpaskan Sarawak 2-1 di Stadium Negeri, hasil jaringan Mohd. Afiq Azmi pada minit ke-89.
Sebelum itu Mohd. Hazwan Bakri meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-36 tetapi Sarawak bangkit pada awal babak kedua untuk menyamakan kedudukan hasil jaringan Billy Mehmet pada minit ke-60.
Penonton di Stadium Darul Aman pula menyaksikan dua gol dijaringkan dalam masa 15 minit terakhir untuk menyaksikan Kedah sekadar seri 1-1 dengan PKNS Selangor.
Syazwan Zainon meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-75 sebelum Pedro Henrique mengecewakan mereka dengan gol penyamaan pada minit ke-87.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/pahang-menang-selesa-1.161965#sthash.Ikz9LQFs.dpuf
Rakyat Malaysia: PERUBAHAN TRADISI DALAM UMNO KERANA MUHYIDDIN ATAU...
Rakyat Malaysia: PERUBAHAN TRADISI DALAM UMNO KERANA MUHYIDDIN ATAU...: "Pada masa hadapan, jika ada pertandingan atau ada yang mencabar Timbalan Presiden, jangan pula tiba-tiba perubahan tradisi ini d...
Tuesday, 24 November 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Penjualan Edra Kepada Negara China - Hasil Pelabur...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Penjualan Edra Kepada Negara China - Hasil Pelabur...: Akhirnya 1MDB dah jual kesemua harta IPPnya dalam Edra kepada syarikat China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) ...
TIAN CHUA ATUR DAN NAFI
Tian Chua atur pertemuan Nurul Izzah-Jacel Kiram
MOHD. AZRAIE MD. YUSOF DAN SOFIAN BAHAROM | 24 November 2015 1:09 AM
Keratan Utusan Malaysia pada 20 November 2015.
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua merupakan individu yang bertanggungjawab mengatur pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Jamalul Kiram III, Jacel Kiram.
Beliau berkata, Naib Presiden PKR itu juga merupakan individu yang turut bertanggungjawab menjalankan tindakan secara halus dalam mengatur tuntutan ‘Kesultanan Sulu’ terhadap Sabah sebelum ini.
“Saya harap Tian Chua hati-hati dalam perbuatannya, Tian Chua harus lebih teliti dalam mengatur program untuk pemimpin-pemimpin partinya, Tian Chua jangan sebarangan untuk mengeluarkan kenyataan beliau itu...,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China, di sini hari ini.
Beliau mengulas pertemuan Nurul Izzah dan Jacel seperti yang tertera dalam beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Jacel dalam akaun Facebook miliknya baru-baru ini.
Mengulas tindakan Tian Chua sebelum ini yang mempersoal adakah pertemuan itu merupakan kesalahan jenayah, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ia berkaitan soal kedaulatan negara dan undang-undang negara yang perlu dipatuhi.
“Saya telah nyatakan bahawa kita boleh berbeza pendapat, tetapi dalam soal kedaulatan negara, soal maruah negara, harus tak ada kompromi ke atasnya.
Jika ada dalam kalangan rakan dalam parti yang mengatur perjumpaan itu, saya fikir sudah tentu ada tujuan tersirat oleh orang itu yang bertanya kepada saya dan kerajaan apa kesalahan jenayah yang telah dilakukan,” katanya.
Sementara itu di Parlimen, ketika mengulas kenyataan Tian Chua yang menafikan penglibatan beliau dan menganggap pendedahan tersebut sebagai tidak berasas dan tidak bertanggungjawab Ahmad Zahid menegaskan, beliau tidak akan menarik semula pendedahan berhubung penglibatan Naib Presiden PKR itu.
Sebaliknya beliau meminta Tian Chua tidak menafikan perkara itu kepada media tetapi memberi kenyataan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dipanggil untuk memberi keterangan selepas ini.
“Sila beri keterangan dan penafian di mahkamah kalau dia mengaku tidak terlibat, saya tidak berhasrat menarik balik kenyataan saya pagi tadi. Beliau jawablah, kerana beliau sahaja yang tahu mengenai perjumpaan di Manila itu.
“Saya nasihatkan tak perlu beliau nafikannya kepada media, sila jawab kepada polis apabila diminta beri keterangan,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.
Mengenai Nurul Izzah, Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun Ahli Parlimen Lembah Pantai itu telah membuat permohonan maaf, namun perbuatan Nurul Izzah seolah-olah memberi sokongan terhadap perbuatan pengganas Sulu yang menceroboh kedaulatan negara.
“Bagaimana perasaan keluarga mangsa yang ditinggalkan, bagaimana pula perasaan rakyat Sabah yang buminya diceroboh, bagaimana pula perasaan tentera dan polis yang usaha mereka untuk mempertahankan negara, seolah-olah tidak dihargai,” tegasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tian-chua-atur-pertemuan-nurul-izzah-jacel-kiram-1.161792#sthash.nwQKKeEq.dpuf
Tian Chua nafi dalang pertemuan
24 November 2015 1:09 AM
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Naib Presiden PKR, Tian Chua meminta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menarik balik pertuduhan mengatakan beliau sebagai dalang pertemuan antara Nurul Izzah Anwar dengan Jacel Kiram, anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu.
Tian Chua
Katanya, tuduhan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri itu tidak berasas dan tidak bertanggungjawab kerana sebagaimana penjelasan Nurul Izzah sebelum ini, kehadiran mereka di Filipina adalah atas undangan pelbagai parti politik negara itu.
“Saya akan pertimbangkan tindakan selanjutnya. Namun di peringkat ini saya seru supaya Ahmad Zahid tarik balik hujah itu.
“Beliau harus buat penarikan dalam tempoh yang munasabah. Jangan buat seperti insiden Lahad Datu, Sabah yang saya dituduh menghina pasukan keselamatan, pengkhianat negara.
Namun pada hari perbicaraan, UMNO tarik balik dakwaan mereka,” katanya kepada pemberita di lobi bangunan Parlimen hari ini.
Ahmad Zahid selepas Forum Ekonomi Peringkat Tinggi Malaysia-China di ibu negara, hari ini mendakwa Tian Chua mengaturkan mesyuarat Nurul Izzah dengan Jacel.
Dalam pada itu, Tian Chua memberitahu, tujuan perjumpaan di Filipina adalah untuk membawa isu-isu kesedaran rakyat negara itu dan isu hak asasi manusia dan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebagai menteri, Ahmad Zahid sepatutnya mengeluarkan kenyataan secara bertanggungjawab. Jika tidak, ia adalah satu hujah yang tidak berasas dan tidak memberi imej yang positif kepada keselamatan negara,” katanya.
Dalam pada itu, Tian Chua berkata, beliau bersedia dipanggil pihak berkuasa untuk disiasat berhubung perjumpaan tersebut.
“Kita tak ada pilihan kalau dipanggil, kita kena pergi dan beri kerjasama,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tian-chua-nafi-dalang-pertemuan-1.161797#sthash.8G44Ro2C.dpuf
20 universiti awam haramkan guna vape
SHOLINA OSMAN | 23 November 2015 1:40 AM
IDRIS JUSOH (dua dari kiri) menyalakan obor perasmian Sipma 2015 sambil diperhatikan Azlan Man (tiga dari kiri) dan Mary Yap Kain Ching (kanan) di Kangar, Perlis, semalam. UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
KANGAR 22 Nov. - Semua 20 universiti awam (UA) bersetuju mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik diharamkan di kampus masing-masing, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata, keputusan itu dicapai bersama oleh naib-naib canselor di 20 universiti berkenaan yang bermesyuarat Jumaat lepas.
Katanya, arahan larangan penggunaan vape itu dikuatkuasakan kerana pihak universiti mahu menjadikan kawasan kampus sebagai ‘zon hijau’.
Idris berkata, penggunaan vape adalah larangan terbaru selain pihak universiti telah lama menjadikan kawasan kampus bebas daripada merokok.
“Perkara ini telah diputuskan oleh naib canselor (NC) masing-masing yang memang mempunyai autonomi untuk melaksanakan sebarang peraturan tanpa melibatkan campur tangan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (Sipma) Ke-6 2015 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi yang dikelolakan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti di Dewan 2020 di sini malam tadi.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Datuk Amir Md. Noor.
Antara universiti yang terlibat dalam pengharaman itu ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Mengenai sukan dalam kalangan pelajar universiti, Idris berkata, kerajaan menyediakan banyak insentif dan kemudahan selain pengecualian tertentu kepada atlet yang aktif untuk menggalakkan mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang sukan.
Malah, katanya, lebih separuh pingat yang diperoleh kontinjen negara dalam Sukan SEA disumbangkan oleh atlet dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar universiti.
“Kerajaan memang mengiktiraf kejayaan pelajar dalam bidang sukan. Ini dapat dilihat melalui banyak insentif dan penganugerahan disediakan untuk mereka agar lebih produktif,” katanya.
Kejohanan yang bermula semalam sehingga 28 November ini disertai 994 atlet yang akan bertanding dalam tujuh acara iaitu renang, olahraga, badminton, tenpin boling, bola sepak, squasy dan hoki.
- See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/20-universiti-awam-haramkan-guna-vape-1.161423#sthash.IqVdqsIX.dpuf
Tiga kementerian, JPA terlebih belanja
24 November 2015 1:08 AM
KUALA LUMPUR 23 Nov. - Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendapati tiga kementerian dan jabatan iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Luar telah berbelanja untuk tujuan pengurusan melebihi peruntukan yang diluluskan.
Menurut laporan itu, JPA memaklumkan bahawa perbelanjaan melebihi peruntukan berlaku berikutan tiada peruntukan awal bagi pembayaran Bantuan Khas Kewangan kepada pesara.
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan pula memaklumkan pembayaran adalah untuk emolumen manakala Kementerian Luar pula akibat faktor luar jangka yang tidak dapat dielakkan.
“Antara faktor luar jangka adalah peningkatan kos sewaan bangunan pejabat perwakilan dan kediaman, yuran sekolah dan bil utiliti.
“Faktor lain adalah kejatuhan nilai mata wang ringgit, penganjuran program dan aktiviti di luar negeri serta lawatan rasmi bagi operasi mencari dan menyelamat MH370 dan MH17,” kata laporan itu.
Selain itu laporan itu turut memaklumkan terdapat tujuh kementerian atau jabatan yang telah memohon pindah peruntukan (viremen) berjumlah RM41.58 juta bagi menampung 19 aktiviti namun tidak dibelanjakan.
Kementerian atau jabatan tersebut adalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pertahanan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tiga-kementerian-8232-jpa-terlebih-belanja-1.161786#sthash.QuxoO4cN.dpuf
CELAH GELEGAR: 23 Nov: Artikel Tun Terbaru: Menghadapi Cabaran
CELAH GELEGAR: 23 Nov: Artikel Tun Terbaru: Menghadapi Cabaran: Artikel Tun Terbaru: Menghadapi Cabaran Tarikh: 23 Nov 2015, Isnin 1. Dalam kehidupan manusia, menghadapi cabaran adalah perkara bias...
JELAPANG: KETUA CAWANGAN MAHU NAJIB LETAK JAWATAN
JELAPANG: KETUA CAWANGAN MAHU NAJIB LETAK JAWATAN: BERITA baik untuk Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin Umno. Kini Ketua-ketua Cawangan BANGKIT memberontak - mendesak Najib meletakkan...
CELAH GELEGAR: [DESAKAN MAKIN KUAT][VIDEO] Malam Tadi 23 Nov, Caw...
CELAH GELEGAR: [DESAKAN MAKIN KUAT][VIDEO] Malam Tadi 23 Nov, Caw...: Ketua-ketua cawangan dari lapan bahagian Umno Johor hari ini mendesak presiden parti, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. ...
Monday, 23 November 2015
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Gelombang Protes Ketua Cawangan DiDalangi dan DiBa...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Gelombang Protes Ketua Cawangan DiDalangi dan DiBa...: Nampaknya orang Najib dah menggelabah ! Rentetan tindakan Ketua2 Cawangan Umno yang berani tampil menyuarakan pandangan akar umbi, kepim...
CELAH GELEGAR: 2014 Visit- Presiden Obama kata Malaysia akan maju...
CELAH GELEGAR: 2014 Visit- Presiden Obama kata Malaysia akan maju...: Apabila Presiden Obama dilapor mengatakan Malaysia akan maju hanya apabila tiada lagi diskriminasi terhadap kaum minoriti, beberapa per...
CELAH GELEGAR: [PESANAN BUAT NAJIB, OBAMA] kita tidak perlukan Ob...
CELAH GELEGAR: [PESANAN BUAT NAJIB, OBAMA] kita tidak perlukan Ob...: Kita sama sekali tidak perlukan Obama atau mana-mana pengganas dan kuasa asing untuk memberi solusi pada kita. Kita sudah punya solusi ...
CELAH GELEGAR: [SEPAKAT TEKAN NAJIB][VIDEO] Cawangan Umno Negeri ...
CELAH GELEGAR: [SEPAKAT TEKAN NAJIB][VIDEO] Cawangan Umno Negeri ...: Tekanan supaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan semakin kuat apabila sebanyak 34 cawangan Umno lagi dari lima ...
Subscribe to:
Posts (Atom)


