Orang Biasa aje, "Tell me and I'll forget; show me and I may remember; involve me and I'll understand." Pentingnya ILMU untuk di pelajari dan di kongsi bersama....Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan....
Monday, 29 February 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bancian PRU14 - Sokong Najib = Undi BN..... Jom Un...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bancian PRU14 - Sokong Najib = Undi BN..... Jom Un...: Rasa masanya sesuai untuk saya buat satu lagi Bancian bagi menguji tahap sokongan pengunjung blog ini kepada BN sekiranya Najib masih l...
Putra Merdeka: Duit SRC 42 Juta Dah Pulang Belum?
Putra Merdeka: Duit SRC 42 Juta Dah Pulang Belum?: Fahamkan..! APA JADI DENGAN WANG RM42 JUTA SRC? KENAPA NAJIB TIDAK PULANGKAN DUIT TERSEBUT? Sementara kita terus ketawa dengan ...
Friday, 26 February 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Parti Najib - Jika Terus Jadi Lembu, Anda Selamat ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Parti Najib - Jika Terus Jadi Lembu, Anda Selamat ...: Sebelum ni dah berkira2 nak tulis mengenai komen Nazri yang memperbodohkan Shafie Apdal, yalah, kenapa Nazri ni bodoh sangat mengeluarkan ka...
Putra Merdeka: Apa Tunggu Lagi..?
Putra Merdeka: Apa Tunggu Lagi..?: SAMAN LER DULU DALAM NEGARA..! Peguam Azhar Harun menolak penjelasan seorang pembantu di Pejabat Perdana Menteri yang mana Datuk Seri ...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Umpamakan Muhyiddin 'anjing', Umno Pagoh kutuk Naz...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Umpamakan Muhyiddin 'anjing', Umno Pagoh kutuk Naz...: Kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz yang mengumpamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti 'anjing' amat me...
Putra Merdeka: HOT ~ KEGAGALAN TUN M..!
Putra Merdeka: HOT ~ KEGAGALAN TUN M..!: Mesti puak pemakan dedak berahi dengan tajuk posting ni..! Al maklum tajuknya gagal..! Gagal Tun M jauh beza dengan kegagalan 1MDB, Derm...
.: KEKEJAMAN MISSI Cina Indonesia (‘Po An Tui’) DAN C...
.: KEKEJAMAN MISSI Cina Indonesia (‘Po An Tui’) DAN C...: by nahimunkar.com Bukti nyata Cina Indonesia antek penjajah Sekarang, para anak keturunan dan anak cucu laskar PO AN TUI telah...
Digantung atau dipecat?
MT mungkin putuskan nasib Muhyiddin Yassin hari ini
HUSSAINI AMRAN | 26 Februari 2016 1:36 AM
KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO dijangka ditentukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti esok.
Muhyiddin Yassin
MT UMNO dijangka memutuskan sama ada Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh akan digantung atau dipecat.
Spekulasi berhubung perkara tersebut timbul berikutan gesaan pemimpin UMNO yang mahu tindakan tegas diambil terhadap Muhyiddin kerana berterusan mengkritik kepemimpinan negara khususnya berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion.
Malah, Ahli MT UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada Isnin lalu secara terbuka menggesa Muhyiddin berundur daripada jawatannya dalam parti.
Pendirian serupa turut dinyatakan oleh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang meminta Muhyiddin meletakkan jawatan sekiranya beliau tidak lagi sehaluan dengan kepemimpinan parti yang lain.
Walau bagaimanapun, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan desakan tersebut hanya bersifat peribadi dan tidak mewakili parti.
Sebelum ini, spekulasi sama berlegar menjelang mesyuarat MT UMNO pada 24 November lalu namun hanya Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman yang dipecat atas kesalahan melanggar disiplin parti.
Muhyiddin dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula terselamat daripada dikenakan sebarang tindakan.
Kini, persoalan sama berulang dan banyak pihak tertanya-tanya sama ada Muhyiddin akan ‘terselamat’ sekali lagi selepas mesyuarat MT esok.
Jika MT UMNO memutuskan untuk bertindak tegas terhadap Muhyiddin, apakah bentuk hukuman yang akan dijatuhkan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu?
Berdasarkan Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO, mana-mana ahli yang melanggar peraturan disiplin parti boleh digantung keahlian atau dipecat selain diberi amaran serta dilarang mewakili UMNO dalam pilihan raya.
Sekiranya spekulasi itu benar, apakah nasib yang mungkin diterima Muhyiddin esok, digantung atau dipecat?
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/digantung-atau-dipecat-1.194500#sthash.1xj7sOGJ.dpuf
Shafie Apdal pertahankan Muhyiddin
26 Februari 2016 1:36 AM
KUALA LUMPUR 25 Feb. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal tampil mempertahankan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik pucuk pimpinan parti dengan alasan teguran tersebut dibuat demi memastikan perjuangan UMNO dan kerajaan terus kukuh.
Mohd. Shafie Apdal
Beliau yang juga bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, setiap teguran Timbalan Presiden UMNO tersebut terhadap kepemimpinan parti walaupun lantang, bukanlah bertujuan melemah atau menjatuhkan seseorang pemimpin serta kerajaan.
Tambahnya, kritikan Muhyiddin jika diperhalusi dengan teliti sebenarnya cenderung kepada mempertahankan parti serta kerajaan yang disifatkan beliau sebagai jauh lebih penting berbanding mempertahankan pemimpin atau individu tertentu.
Pendirian Mohd. Shafie itu jelas sekali berbeza dengan gesaan majoriti pemimpin UMNO yang mahu Muhyiddin melepaskan jawatannya dalam parti, jika tidak mampu untuk menyokong atau bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam memperkukuhkan UMNO.
“Bila Muhyiddin menyatakan kerisauan dengan menegur keadaan dalam kerajaan dan parti bukanlah untuk melemahkan pucuk pimpinan parti, apatah lagi menjatuhkan kerajaan, sebaliknya dalam erti kata lain parti dan kerajaan jauh lebih penting daripada individu tertentu.
“Ya, saya sayangkan parti, tetapi saya sayangkan negara lebih dari segalanya. Kedaulatan dan kemakmuran negara adalah jauh lebih penting daripada mana-mana individu ataupun pemimpin tertentu,” kata Mohd. Shafie dalam kenyataan di akaun Facebook miliknya hari ini.
Sejak kelmarin beberapa pemimpin tertinggi UMNO termasuk Ahli Majlis Tertinggi menyifatkan tindakan Muhyiddin yang sering mengkritik Perdana Menteri dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion sebagai api dalam sekam yang merosakkan parti.
Mereka sehubungan itu mendesak Timbalan Presiden UMNO tersebut agar segera melepaskan jawatan atau bakal berdepan dengan tindakan disiplin yang membawa kepada penggantungan jawatan.
Dalam pada itu, Mohd. Shafie berkata, pemimpin UMNO perlu menilai secara jujur apakah langkah untuk mengambil tindakan disiplin ke atas Muhyiddin akan menguatkan sokongan kepada UMNO dan kerajaan atau hanya menambahkan lagi kemarahan rakyat.
“Pemimpin yang baik untuk parti dan kerajaan harus berani menyuarakan perkara yang boleh menguatkan parti dan kerajaan walaupun kemungkinan hilang jawatan atau kedudukan kerana pada akhirnya, saya pasti ia akan menjadi ubat kepada suatu perjuangan,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/shafie-apdal-pertahankan-muhyiddin-1.194486#sthash.jA4kO95b.dpuf
AFC CUP : ‘Bonus untuk saya’
NURUL HUDA HASSAN | 26 Februari 2016 12:11 AM
PEMAIN tengah JDT, Safiq Rahim (kiri) melarikan diri daripada asakan pemain pertahanan Ayeyawady United dalam perlawanan peringkat Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru kelmarin. Safiq menjaringkan tiga gol untuk membantu JDT menang 8-1. UTUSAn/Raja Jaafar Ali
JOHOR BAHRU - Safiq Rahim membuktikan dia belum kehilangan sentuhan walaupun tidak beraksi dalam dua perlawanan, malah semakin garang apabila menjaringkan tiga gol ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan mudah meratah Ayeyawady United dalam kempen Piala AFC kelmarin.
Mencipta hatrik dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini kelmarin, Safiq Rahim menyifatkannya sebagai satu bonus buat dirinya.
Terlepas dua perlawanan sebelum ini kerana kurang cergas, kapten JDT itu juga menyifatkan kejayaan membelasah kelab Myanmar itu dengan jumlah gol yang besar 8-1 ialah hasil kerja keras pasukan.
Bagaimanapun, pemain paling bernilai (MVP) perlawanan akhir Piala AFC 2015 itu berkata kejayaan dicipta penyandang juara itu bukan hanya faktor dirinya sahaja tetapi kerja berpasukan yang perlu diteruskan dan bukannya berpuas hati dengan prestasi semasa.
“Hatrik itu ialah bonus untuk diri saya, namun yang paling penting kami (JDT) mendapat keputusan positif sekali gus mengutip tiga mata di tempat sendiri, jumlah gol yang banyak itu semestinya satu yang manis untuk pasukan.
“Jadi, tidak kira untuk apa jua perlawanan selepas ini, kami mesti tidak boleh setakat itu sahajalah, kami perlu terus memberi tumpuan dan memperbaiki segala kelemahan yang dikesan, pasukan kena lebih fokus selepas ini.
“JDT perlu beri lebih 100 peratus selepas ini, selagi diberi kepercayaan oleh jurulatih, saya akan sentiasa memberi yang terbaik begitu juga rakan-rakan sepasukan,” katanya dalam sidang akbar selepas perlawanan tersebut.
Sementara itu, ketua jurulatih Mario Gomez mengakui dia yakin akan meraih kemenangan dalam perlawanan tersebut tetapi tidak terlintas Harimau Selatan akan mencipta jumlah jaringan yang besar.
Jurulatih dari Argentina itu turut memuji anak buahnya yang dilihat bermain sebagai satu pasukan dan bukan hanya menumpukan kepada keupayaan individu sekali gus mahu prestasi terbaik pasukan terus dipertingkatkan.
“Kami tidak ada masalah apabila pasukan pelawat menyamakan kedudukan sebab kita tahu kemenangan milik JDT, malah saya juga yakin dengan kemampuan pasukan saya, kita sememamngnya akan melakar kejayaan pada perlawanan itu,” katanya.
JDT akan bertemu kelab India, Bengaluru FC di Stadium Sree Kanteerava di Bangalore pada 9 Mac ini.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/8216-bonus-untuk-saya-8217-1.194314#sthash.SOFgWOb5.dpuf
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Pemuda UMNO : Berhenti gesa Muhyiddin letak jawata...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Pemuda UMNO : Berhenti gesa Muhyiddin letak jawata...: SHAH ALAM - Pemuda Umno Cheras, kesal dengan tindakan segelintir pihak yang berterusan mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbala...
Thursday, 25 February 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bilion - GKCM Hantar Surat Minta Penjelasan ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: RM2.6 Bilion - GKCM Hantar Surat Minta Penjelasan ...: Saudara Isa selaku Naib Presiden GKCM menyerahkan Surat Minta Penjelasan Kepada Wakil Duta Arab Saudi GKCM sebentar tadi, sekitar ja...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Teruskan, saya sedia ke penjara, kata Tun Mahathir...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Teruskan, saya sedia ke penjara, kata Tun Mahathir...: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyatakan kebenaran apabila dirinya diheret ke mahkamah kerana mengeluarkan kenyataan yang...
AFC CUP : JDT berpesta di Larkin
NURUL HUDA HASSAN | 25 Februari 2016 12:31 AM
KETUA pasukan JDT, Safiq Rahim (tengah) membuat percubaan ke arah gawang sambil cuba dihalang oleh pemain Ayeyawady, Naing Lin Tun dalam perlawanan Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru semalam. – MOHD HAZROL ZAINAL
JOHOR BAHRU - Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan kempen mempertahankan Piala AFC dengan gagah apabila membelasah Ayeyawady United 8-1 yang menyaksikan ketua pasukan Safiq Rahim mencipta hattrick dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini semalam.
Kemenangan besar itu menyaksikan JDT kini telah menjaringkan 13 gol ke atas wakil Myanmar berkenaan selepas menumpaskan mereka 5-0 dalam pusingan kedua pertandingan ini tahun lalu.
Penyerang baharu Juan Martin Lucero turut menemui jaringan pertamanya sejak menyertai JDT apabila menjaringkan dua gol pada babak kedua, manakala Jorge Pereyra Diaz, Marcos Antonio dan Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak masing-masing menjaringkan satu gol di hadapan 11,560 penyokong tuan rumah.
Sebelum itu, penyokong tuan rumah bagaimanapun dikejutkan apabila Thiha Zaw menyamakan kedudukan pada minit ketujuh selepas Safiq meletakkan tuan rumah di depan menerusi rembatan dari jarak 30 meter.
Kedua-dua pasukan terus saling mengasak gawang lawan dengan percubaan menarik Mohd. Nazrin Nawi pada minit kelapan dan penyerang pasukan pelawat Chizoba Christopher pada minit ke-11.
Namun, sebaik sahaja Harimau Selatan menambah gol kedua menerusi pemain dari Argentina, Diaz dua minit kemudian, perlawanan menjadi milik JDT sepenuhnya.
JDT mempunyai peluang untuk menambah jaringan pada minit ke-15, namun Mohd. Nazrin gagal menyempurnakan sepakan bebas dan lapan minit kemudian percubaan Lucero pula tersasar.
Pada minit ke-30, skuad Harimau Selatan menjaringkan gol ketiga mereka menerusi pemain pertahanan dari Brazil, Antonio setelah Safiq membuat sepakan sudut untuk tuan rumah mendahului 3-1 ketika rehat.
JDT memulakan babak kedua dengan garang dan hanya memerlukan tiga minit selepas perlawanan disambung untuk menambah gol keempat menerusi Safiq yang kemudian melengkapkan jaringan hattrick pada minit ke-62.
Penguasaan bahagian tengah JDT terus menyukarkan Ayeyawady untuk menyerang dan Lucero melengkapkan malam sempurna untuk pasukannya apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-82 dan minit ke-87 sebelum Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak menjaringkan gol kelapan untuk JDT pada masa kecederan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/jdt-berpesta-di-larkin-1.193998#sthash.TJZDLJHK.dpuf
Wednesday, 24 February 2016
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Yahaya Ismail: MENGAPA TAKUT PADA TSMY?
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: Yahaya Ismail: MENGAPA TAKUT PADA TSMY?: Pelek bin hairan Najib dan kabilah balacinya yang makan dedak takut dan bimbang terhadap TSMY yang "dosanya" hanya m...
AFC CUP : Red Giants bawa pulang satu mata
NOR AZAN FITRI
AHMAD HIDZIR | 24 Februari 2016 12:06 AM
PENYERANG Selangor, Adam Nor Azlin (dua dari kiri), Mohd. Azrif Nasrulhaq (kanan) dan Mohd. Hafiz Kamal (kiri) bersaing dengan pemain Ceres FC dalam saingan Kumpulan E Piala AFC di Stadium Panaad, Bacolod, semalam. - Gambar AFC
KUALA LUMPUR – Meskipun baru kembali ke pentas Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) setelah terlepas saingan musim lalu, Selangor berjaya menampilkan aksi positif dengan mengikat wakil Filipina, Ceres 2-2 di tempat lawan, semalam.
Aksi Kumpulan E yang berlangsung di Stadium Panaad menyaksikan juara Piala Malaysia 33 kali itu ketinggalan seawal minit ke-18 menerusi jaringan Stephan Schrock yang bertindak merembat deras dari luar kotak penalti selepas melepasi halangan dua pertahan pelawat untuk menewaskan penjaga gol, Norazlan Razali.
Terdahulu skuad The Busmen hampir membuka tirai jaringan apabila Adrian Gallardo melakukan hantaran kepada Bienvenido Maranon, namun percubaannya berjaya ditampan keluar Norazlan.
Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan bangkit mengatur semula gerakan dan hasilnya mereka berjaya merapatkan jurang, 16 minit kemudian menerusi jaringan pemain import dari Argentina, Mauro Olivi.
Olivi mengambil peluang atas kesilapan penjaga gol, Louie Michael Casas ketika melakukan sepakan dan keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mengatur serangan bagi mencari gol kedua.
Mohd. Hafiz Kamal mencetak nama selaku penjaring apabila mudah menyempurnakan sepakan bebas dari jarak kira-kira 30 meter untuk meletakkan Red Giants di depan 2-1.
Norazlan memainkan watak penting buat Selangor apabila berjaya menyelamatkan sejumlah besar percubaan bahaya yang dilakukan pasukan kendalian Ali Go sepanjang perlawanan itu.
Gallardo menjadi pemusnah impian Red Giants apabila dia berjaya menanduk masuk jaringan penyamaan ketika perlawanan berbaki tiga minit selepas menerima hantaran daripada Schrock dari sebelah kiri.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/i-red-giants-i-bawa-pulang-satu-mata-1.193689#sthash.IALnRXKR.dpuf
Umpama api dalam sekam
SAFINA RAMLI | 24 Februari 2016 12:01 AM
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Tindakan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sering mengeluarkan kenyataan mengkritik kepemimpinan negara dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 bilion umpama api dalam sekam yang secara perlahan-lahan boleh merosakkan parti.
Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mustapha Kamal Mohd. Yusoff berkata, Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi peluang kepada Muhyiddin namun beliau tidak menggunakan peluang itu dengan betul.
“Kalau nak cakap apa pun buat secara tertutup bukan secara terbuka, Presiden telah memberi peluang kepada beliau, jika beliau masih membawa keburukan kepada parti lebih baik beliau undur diri sahaja.
“Sekarang Muhyiddin seperti api dalam sekam, untuk menguatkan parti kita kena bersatu jangan waktu gelora kita ambil kesempatan,”katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta Muhyiddin berundur daripada jawatannya jika tidak mahu menjalankan tanggungjawab membantu Presiden parti.
Nazri mengulas mengenai ucapan Muhyiddin di Teluk Kemang, Port Dickson, Sabtu lalu yang yang dilaporkan berkata, rakyat tidak diberikan penjelasan yang mendalam mengenai pelbagai isu termasuk isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar berkata, tindakan Muhyiddin itu amat mengecewakan kerana ia seolah-olah memudahkan pakatan pembangkang memperlekehkan UMNO.
“Pakatan pembangkang kini boleh ambil cuti sakit sebab kerja mereka kini dilakukan oleh Timbalan Presiden UMNO.
“Sampai bila perkara ini harus berlarutan, dalam perlembagaan parti Timbalan Presiden perlu membantu Presiden dalam mengurus tadbir parti, jika Timbalan Presiden gagal kita sokong Timbalan Presiden letak jawatan,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Puteri UMNO, Haryaty Hamdzah pula berkata, perbezaan pandangan antara pemimpin merupakan perkara biasa di dalam UMNO, namun ia tidak boleh dilakukan sehingga melampaui batas.
“Berbeza pandangan dalam kepemimpinan UMNO kita sudah biasa melalui proses tersebut tetapi tidak boleh melampau hingga sebabkan ahli keliru.
“Cara pengikut yang baik ialah Timbalan Presiden seharusnya menjadi Timbalan Presiden yang berkesan dan jangan sebabkan perpecahan serta menjadikan ahli berpuak-puak,”jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umpama-api-dalam-sekam-1.193871#sthash.BNHajElR.dpuf
Pemimpin UMNO
Bahagian desak Muhyiddin dikenakan tindakan tegas
24 Februari 2016 1:29 AM
KUALA LUMPUR 23 Feb. – Pemimpin-pemimpin UMNO bahagian hari ini mendesak Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat enggan bekerjasama dengan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak serta berterusan mengkritik parti menerusi saluran yang salah.
Ini kerana menurut mereka, tindakan Timbalan Presiden UMNO itu boleh menyebabkan parti berpecah sedangkan semua pihak sepatutnya bekerjasama bagi memastikan ahli-ahli kekal bersatu dan tidak berpuak-puak.
Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, UMNO perlu bertindak segera kerana Muhyiddin dilihat bukan sahaja mengabaikan saluran parti untuk mengkritik, malah tindakannya kini semakin keterlaluan dan boleh membawa kepada kehancuran.
“Dalam situasi sekarang UMNO memerlukan kekuatan antara dua pucuk pimpinan tertinggi demi membina kekuatan parti dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Tetapi apa yang berlaku adalah Muhyiddin semakin banyak melakukan provokasi terhadap parti dan saya lihat akhirnya nanti boleh membawa kepada unsur sabotaj terhadap Presiden yang sedang bekerja keras memulihkan kekuatan UMNO di semua peringkat,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz seperti dilaporkan hari ini meminta Muhyiddin berundur daripada jawatannya jika beliau tidak lagi mahu menjalankan tanggungjawabnya membantu Presiden UMNO mengukuhkan parti serta kerajaan.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Sabri Alwi berkata, tindakan tegas daripada Lembaga Disiplin UMNO perlu sebagai pengajaran kepada semua ahli bahawa keutamaan terhadap parti melebihi kepentingan peribadi.
“Saya melihat apa sahaja percakapan dan tindakannya tidak lagi menggambarkan beliau sebagai pemimpin nombor dua parti kerana semuanya lebih kepada memburuk-burukkan UMNO.
“Jadi seelok-eloknya parti mengambil tindakan tegas. Mana-mana pemimpin pun perlu sedar jika mahu mengkritik mesti mengikut saluran betul, bukannya sesuka hati demi kepentingan diri sendiri,” tegasnya.
Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi, Datuk Samsudin Yahya pula berkata, setiap ahli UMNO perlu berpegang kepada prinsip bahawa siapa sahaja ketua yang dilantik mesti ditaati dan jika ada perkara yang tidak dipersetujui perlu disampaikan dengan betul, namun jika ingkar mereka perlu sedia dihukum.
“Pada pendapat saya, terpulang kepada Lembaga Disiplin parti untuk meneliti apa ucapan yang telah beliau sampaikan selama ini. Jika dilihat menerusi YouTube, banyak ucapannya yang bertentangan dengan hala tuju UMNO.
“Ahli sebenar harus mentaati prinsip iaitu walaupun tidak suka kepada pemimpin atau ketua, mereka perlu tetap disokong dan dihormati kerana telah dilantik dan tegur di dalam mesyuarat MT,” jelas beliau.
Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, salam perpaduan daripada Najib telah dihulur kepada Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung UMNO lepas, tetapi ditolak yang menunjukkan bahawa sudah tiba masanya Timbalan Presiden UMNO itu berundur.
“Presiden mahu semuanya satu nada, beliau hulur salam perpaduan tetapi ditolak. Ini bukanlah masa untuk kita terus bergaduh, sepatutnya semua kena bersatu. Kalau tidak setuju maka demi kepentingan UMNO berundurlah daripada parti,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pemimpin-umno-8232-bahagian-desak-muhyiddin-dikenakan-tindakan-tegas-1.193880#sthash.m2JEdE4M.dpuf
Zeti harap siasatan 1MDB lengkap sebelum bersara
24 Februari 2016 1:28 AM
KUALA LUMPUR 23 Feb. – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berharap, beberapa siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) yang sedang dijalankan oleh BNM dapat dilengkapkan, sebelum beliau bersara pada hujung April ini.
Zeti Akhtar Aziz
Beliau berkata, beberapa usaha sedang dilaksanakan bagi memastikan siasatan yang diadakan ke atas syarikat pelaburan strategik kerajaan itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan baki perkhidmatannya.
“Inilah antara usaha yang dibuat bagi memastikan sebarang siasatan dibuat dapat diselesaikan dalam baki tempoh perkhidmatan saya. Saya mahu ia diselesaikan secepat mungkin bagi membolehkan pengganti saya nanti tidak menghadapi sebarang masalah yang berpanjangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah bagi membina Pusat Pengajian Perniagaan Asia (ASB) di sini hari ini.
Pembinaan ASB yang turut mendapat kerjasama akademik daripada Sekolah Pengurusan Sloan di bawah Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Amerika Syarikat, terletak bersebelahan BNM dan dijangka siap pada 2018 dengan sesi pengajian dijangka bermula pada 2019.
Zeti dijangka menamatkan perkhidmatannya sebagai Gabenor BNM pada 30 April ini setelah mengetuai bank pusat itu sejak Mei 2000. Beliau merupakan antara tokoh penting di peringkat pembuat dasar sehingga berjaya mengeluarkan Malaysia daripada menerima kesan paling buruk akibat Krisis Kewangan Asia pada 1997 dan 1998.
Beliau sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk tidak menyambung perkhidmatannya atau menerima lantikan semula sebagai gabenor, dan berharap penggantinya mempunyai latar belakang yang relevan, selain tidak dipilih dalam kalangan ahli politik atau individu yang membawa agenda politik pihak tertentu.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, tiga tokoh yang disebut-sebut menggantikan Zeti ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar; Duta Malaysia ke Amerika Syarikat (AS), Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah serta tiga Timbalan Gabenor BNM.
Sementara itu, ditanya mengenai siasatan BNM terhadap pemindahan wang oleh 1MDB, Zeti berkata, masih terlalu awal untuk memberi sebarang ulasan kerana siasatan itu belum dimuktamadkan lagi.
Dalam pada itu, beliau berkata, institusi kerajaan termasuk BNM masih mempamerkan rekod yang baik dalam menjaga sistem kewangan negara, meskipun ada kajian menunjukkan keyakinan umum terhadap kerajaan telah merosot.
“BNM sentiasa memastikan usaha-usaha dibuat untuk menangani kelemahan negara dengan melaksanakan dasar-dasar yang bersesuaian ketika menghadapi persekitaran ekonomi yang mencabar. Hal itu dapat dibuktikan apabila Malaysia tidak menghadapi gangguan dari segi aliran kewangan seperti negara-negara lain.
“Saya percaya majoriti penduduk negara ini masih percaya dan menghormati BNM sebagai institusi, malah memberi harapan kepada kami untuk memastikan kewangan negara ini berkedudukan stabil. Mungkin rizab mata wang asing negara telah merosot sejak kebelakangan ini, namun ia mulai stabil dan kembali meningkat naik,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/zeti-harap-siasatan-1mdb-8232-lengkap-sebelum-bersara-1.193878#sthash.EwbP2ot0.dpuf
Tuesday, 23 February 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Muhyiddin - Apakah Bila Semua Hutang 1MDB Diselesa...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Muhyiddin - Apakah Bila Semua Hutang 1MDB Diselesa...: Ini merupakan segmen terakhir hasil ucapan Muhyiddin di Teluk Kemang Sabtu lalu. Seperti yang saya katakan, memang padat dan panas .... anda...
GAJET : Pintar dan berkuasa
Asus tawar telefon pintar tahan kuasa 38 jam
OLEH NUR FATIEHAH ABDUL RASHID | 22 Februari 2016 4:00 PM
Asus Zenfone Max
Baru-baru ini Asus Malaysia telah melancarkan peranti terbaharu mereka Asus Zenfone Max yang menawarkan bateri berkapasiti besar sehingga 5000mAh
Dikatakan jangka hayat bateri telefon pintar ini mampu bertahan lebih lama iaitu sehingga 38 hari tanpa sebarang penggunaan.
Selain itu, antara ciri-ciri lain yang menarik ditampilkan pada peranti tersebut adalah ia mampu berfungsi sebagai bekalan kuasa mudah alih (power bank) untuk mengecas peranti lain.
Produk yang memiliki spesifikasi lengkap serta memberikan hasil berkualiti ini memberikan dukungan untuk komunikasi yang maksimum dan persembahan optimal.
Kamera PixelMaster dengan bukaan lensa f/2.0 mampu merakam gambar yang menakjubkan, ditambah lagi dengan ciri-ciri fokus automatik laser untuk mengurangkan kekaburan imej dan meningkatkan penstabilan imej.
Hadir dengan skrin paparan IPS 720p 5.5. inci yang turut dilindungi gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 4, memori simpanan dalam 16GB dan pemproses Quad-core Snapdragon 410.
Telefon pintar ini juga direka dengan sokongan dwi-SIM 4G LTE pada satu slot, Android 5.0 Lollipop dan slot microSD yang mampu memberi tambahan memori simpanan maksima 64GB.
Peranti tersebut ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu putih dan hitam. Bagi penggemar telefon ini, setiap pembelian juga hadir dengan langganan Kaspersky Internet Security’ secara percuma untuk tempoh masa selama setahun.
Asus ZenFone Max ini ditawarkan pada harga RM899 dan boleh didapati daripada pengedar rasmi Asus Malaysia.
Spesifikasi Asus ZenFone Max
Platform: Android 5.0 (Lollipop) (ASUS ZenUI)*
Warna: Hitam putih
Dimensi: 77.5 x 156 x 10.55 ~ mm (WxDxH)
Berat: 202 g (termasuk bateri)
CPU: Qualcomm MSM8916 QuadCore 1.2GHz
GPU: Adreno 306
Memori: 2GB LPDDR3 RAM
Storan: 16GB eMMC Flash
SIM: Dual Micro SIM card
Bateri: 5000 mAh Li-Polymer
Kamera: 5 megapiksel
- See more at: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/pintar-dan-berkuasa-1.193248#sthash.DgEvi7G9.dpuf
Monday, 22 February 2016
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: (6 Gambar) Majlis 40 tahun NAJIB HAMBAR, TAWAR dan...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: (6 Gambar) Majlis 40 tahun NAJIB HAMBAR, TAWAR dan...: Malam ini berlangsung majlis meraikan penglibatan Najib Razak selama 40 tahun dalam dunia politik di PWTC, Kuala Lumpur. Sayangnya,...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Muhyiddin Beri Analogi Mudah Faham Isu SRC RM42 Ju...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Muhyiddin Beri Analogi Mudah Faham Isu SRC RM42 Ju...: Semalam saya siarkan video penuh ucapan TS Muhyiddin di Teluk Kemang. Sememangnya panas ! Portal2 turut menyiarkan sedutan2 pendek ucap...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Imam Muhyiddin ..... Pemimpin Lain Bila Lagi ?
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Imam Muhyiddin ..... Pemimpin Lain Bila Lagi ?: Biasanya kita jarang nak tanya siapa yang jadi imam solat berjemaah di surau atau mesjid kerana kita anggap tok imam yang dilantiklah yang b...
FA CUP : Kedah, JDT berpesta gol
FADHILUL IZMEL ISHAK | 20 Februari 2016 1:59 AM
Penjaga Gol UiTM, Pavel Matiash hanya mampu melihat bola menerjah gawangnya untuk kali keempat hasil percubaan pemain JDT, Amirul Hadi Zainal (kiri) dalam perlawanan Piala FA di Shah Alam semalam. utusan/Izham Jaafar
KUALA LUMPUR - Naib juara Piala Malaysia, Kedah berpesta gol apabila membelasah Megah Murni 8-0, kira-kira lima jam selepas Johor Darul Ta’zim (JDT) menang 5-0 ke atas UiTM FC dalam perlawanan pusingan kedua Piala FA semalam.
Penyerang baharu Kedah, Carlos Kahe mencipta hatrik di Stadium Darul Aman, Alor Setar apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh selang seminit pada penghujung perlawanan setelah meledakkan gol pertamanya semalam pada minit ke-36.
Syazwan Zainon pula menjaringkan gol pada minit ke-25 dan 38 manakala Azmeer Yusof membuka tirai jaringan seawal minit keenam diikuti jaringan Sandro empat minit kemudian dan gol Amirul Hisyam pada minit ke-28.
Terdahulu JDT membelasah UiTM 5-0 dalam perlawanan sebelah petang di Stadium UiTM, Shah Alam dengan S. Chanturu menjaringkan dua gol (minit ke-32 dan 37) selepas sepakan bebasnya membantu Amri Yahyah menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-13. Amirul Hadi Zainal meletakkan JDT mendahului 4-0 sebelum rehat dan Jorge Pereyra Diaz menambah gol kelima pada minit ke-71.
Amirul Hadi kemudian dibuang padang pada minit ke-85 selepas mengasari Mohd. Adib Rosli.
Selangor pula terpaksa menunggu hingga minit ke-69 untuk berada di hadapan menerusi jaringan Patrick Ronaldinho sebelum jaringan Abdul Hadi Yahya lapan minit kemudian memastikan juara Piala Malaysia itu meraih kemenangan selesa 2-0 ke atas Air Asia All Star 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban.
Sementara itu, Sime Darby menyingkirkan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang selepas Nazrul Kamaruzaman menjaringkan gol pada minit ke-19 disusuli jaringan Muhd. Shazlan Abu Samah tujuh minit selepas babak kedua bermula.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka PKNS FC memastikan kemaraan ke pusingan ketiga selepas menewaskan Terengganu 3-1 menerusi jaringan Matias Jadue pada minit ke-47, Gonzalo Soto (minit ke-74) sebelum Gabriel Guerra menyempurnakan sepakan penalti pada minit terakhir permainan manakala gol sagu hati skuad Penyu dijaringkan oleh Mohd. Fakhrurazi Musa pada minit ke-71.
Perlis pula berhempas-pulas untuk meneruskan kemaraan dan berterima kasih kepada jaringan Vincent Kayne pada minit ke-71 untuk menang 1-0 ke atas Felcra di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.
Sementara itu di Kuantan, Pahang yang tewas 1-4 kepada Pulau Pinang dalam saingan Liga Super Selasa lalu menebus kekecewaan itu apabila menewaskan Terengganu FC II (TFCII) 2-1 dalam perlawanan yang berlanjutan ke masa tambahan di Stadium Darul Makmur.
Jaringan kemenangan Pahang diperoleh pada minit ke-111 menerusi Dalibor Volas yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut German Pacheco.
Sebelum itu Pacheco menyempurnakan gerakan cantik untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-45 selepas mereka dikejutkan oleh jaringan Muhamad Sapawi Rasid menerusi sepakan bebas pada minit ketujuh.
Sementara itu jaringan sendiri pemain PDRM pada masa tambahan menyebabkan pasukannya tewas 1-2 kepada DRB Hicom di Stadium Proton, Tanjung Malim.
- See more at: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kedah-jdt-berpesta-gol-1.192475#sthash.cuNRvxbQ.dpuf
Thursday, 18 February 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kepada Bos LHDN - Bagaimana Kalau RM2.6 Bilion Itu...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Kepada Bos LHDN - Bagaimana Kalau RM2.6 Bilion Itu...: Mkini Semalam ramai yang komen bila bos LHDN kata dana RM2.6 bilion Najib tidak dikenakan cukai kerana statusnya sebagai sumbangan poli...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Dua Rakyat Malaysia Yang Punyai Kelebihan Luarbias...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Dua Rakyat Malaysia Yang Punyai Kelebihan Luarbias...: Ekoran tendangan percuma yang menakjubkan ketika menentang Pahang baru2 ini, nama Faiz Subri tetiba melonjak naik ke peringkat antarabang...
Wednesday, 17 February 2016
Proton Perdana baharu tidak melebihi RM150,000
ZUNAIDAH ZAINON | 17 Februari 2016 12:53 AM
Dr.Mahathir Mohamad
SHAH ALAM 16 Feb. - Proton Holdings Bhd. (Proton) akan memperkenalkan versi baharu Perdana dalam suku pertama tahun ini pada harga antara RM100,000 hingga RM150,000 sebuah.
Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tempahan bagi model tersebut sudah dibuka kepada orang ramai.
Katanya, Proton juga akan mengekalkan nama kenderaan tersebut termasuk model-model lain sebagai sebahagian daripada trend pemasaran yang juga dibuat oleh pengeluar kenderaan antarabangsa.
“Hari ini, bila kita bina kereta baharu, kita tidak tukar nama kerana orang akan ingat ia ialah kereta yang berbeza. Bila Proton bermula dengan Saga, pada masa depan juga masih ada Saga dan begitu juga dengan Perdana,” katanya dalam sidang akhbar dan taklimat khas media di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.
Dalam taklimat khas itu, media berpeluang menyaksikan kemunculan pertama versi baharu Perdana itu yang ketika ini masih di peringkat prototaip.
Bagaimanapun, pada tahun lalu, Perdana mula ‘ditayangkan’ kepada penonton dalam beberapa sedutan filem Kapsul yang turut menampilkan bekas Perdana Menteri itu sebagai pelakon.
Difahamkan, model Perdana itu menggunakan platform sedan mewah Honda, Accord seperti mana yang dilakukan terhadap 3,000 buah Proton Perdana yang digunakan oleh pegawai-pegawai tinggi kerajaan pada masa ini.
Generasi pertama Proton Perdana dilancarkan pada 1995 dengan menggunakan platform Mitsubishi Galant atau Eterna sewaktu kerjasama antara Proton-Mitsubishi.
Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, Proton mempunyai aspirasi untuk membangunkan 100 peratus kenderaannya di dalam negara walaupun usaha tersebut berdepan cabaran terutama dari segi kos yang terhad untuk membangunkan sesebuah model.
“Saya difahamkan, ada syarikat luar negara yang boleh memperuntukkan sehingga AS$2 bilion (RM8.27 bilion) untuk membangunkan sesebuah model dan kita tidak mampu melakukannya. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah membina kenderaan tersebut mengikut kemampuan yang kita ada,” katanya.
Dalam pada itu, Abdul Harith berkata, kos pembangunan bagi versi baharu Perdana itu adalah sekitar RM200 juta.
“Kami menjangkakan versi baharu Perdana dan beberapa lagi model yang akan dilancarkan dapat membantu mencapai sasaran jualan Proton tahun ini antara 100,000 hingga 150,000 unit,” katanya.
Proton panggil semula 94,577 Exora, Preve dan Suprima > Muka 18
Proton kekalkan jenama Perdana. Model terbaharu akan dilancarkan suku pertama 2015
Kos pembinaan versi baharu Perdana RM200 juta
Harga berdaya saing antara RM100,000 hingga RM150,000 sebuah
- See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/proton-perdana-baharu-tidak-melebihi-rm150-000-1.191316#sthash.q6xbOhfb.dpuf
Monday, 15 February 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bila Ketua Penerangan Umno Yang Baru Pula Cuba Jad...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: Bila Ketua Penerangan Umno Yang Baru Pula Cuba Jad...: Ketua Penerangan Umno yang baru, Tan Sri Annuar Musa memberi komen yang panjang dalam wawancara bersama TheStar ( KLiK ) dan menyentuh b...
Wednesday, 3 February 2016
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: SEMAK SEMULA Keputusan AG - Tindakan Mahkamah Oleh...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: SEMAK SEMULA Keputusan AG - Tindakan Mahkamah Oleh...: Saya ingin berkongsi kenyataan akhbar terkini yang dibuat oleh Zaid Ibrahim ( KLiK ) yang telah memohon kepada Mahkamah Tinggi meminta supay...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: SEMAK SEMULA Keputusan AG - Tindakan Mahkamah Oleh...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: SEMAK SEMULA Keputusan AG - Tindakan Mahkamah Oleh...: Saya ingin berkongsi kenyataan akhbar terkini yang dibuat oleh Zaid Ibrahim ( KLiK ) yang telah memohon kepada Mahkamah Tinggi meminta supay...
Tuesday, 2 February 2016
.: savekedah - MENANTI HARI ESOK
.: savekedah - MENANTI HARI ESOK: BERSEMUKA JEMAAH PEMANGKU SULTAN : Rupanya Hanya 9 Adun Mahu Mukhriz Undur, ADUN lain cerita perkara sebenar Tandatangan SD ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: GKCM - Isu Mukhriz Umpama Atap Yang Bocor Tapi Tia...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: GKCM - Isu Mukhriz Umpama Atap Yang Bocor Tapi Tia...: Di bawah adalah beberapa sedutan video dari ucapan Presiden GKCM di majlis Mencari Kebenaran GKCM Kedah Selatan yang berlangsung pada 31 ...
Ditentukan hari ini
Kedudukan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah
JAMLIAH ABDULLAH | 02 Februari 2016 1:05 AM
TUNKU Temenggong Kedah merangkap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah ,Tunku Sallehudin Sultan Badlishah (kanan) dan isteri, Toh Puan Temenggong, Tengku Maliha Tengku Arif (tengah) diiringi Mukhriz Mahathir berkenan ke Istiadat Penganugerahan Darjah serta Bintang Kebesaran Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-88 di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, semalam. UTUSAN/ISMAIL KAMADIN
ALOR SETAR 1 Feb. - Kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah akan ditentukan esok apabila Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengadakan pertemuan dengan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada pembangkang di Wisma Darul Aman di sini.
Pertemuan tersebut terpaksa diadakan bagi membolehkan jumlah majoriti mudah 19 ADUN sama ada mereka bersetuju atau tidak Mukhriz digantikan, ditentukan.
Hal ini kerana pertemuan hari ini antara Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dengan 20 ADUN Barisan Nasional (BN) yang bermula pada pukul 3 petang dan berakhir kira-kira sejam kemudian gagal memperoleh angka majoriti mudah berkenaan.
Keadaan itu berlaku apabila ada antara 19 ADUN BN yang sebelum ini menandatangani akuan bersumpah bersetuju Mukhriz digantikan mengubah fikiran pada saat-saat akhir walaupun telah berjanji dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekalkan pendirian mereka dalam pertemuan di Kuala Lumpur semalam.
“Kalau terpaksa panggil ADUN pembangkang menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, maknanya jumlah 19 ADUN bersetuju Mukhriz diganti tidak diperoleh,’’ kata satu sumber kepada Utusan Malaysia.
Sumber itu berkata, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tidak mempunyai pilihan selain daripada memanggil ADUN pembangkang menghadap untuk mencapai keputusan.
Apatah lagi, Mukhriz dikatakan enggan meletakkan jawatan walaupun diminta berbuat demikian oleh Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Ini adalah kali kedua beliau menolak setelah diminta berbuat demikian pada Jumaat lalu di Kuala Lumpur, “ kata sumber tersebut.
Kedah mempunyai 36 DUN dengan BN menguasai 21 kerusi, Pas (8 kerusi), PAN (1 kerusi), PKR (4 kerusi) dan DAP (2 kerusi).
Ditanya apakah kemungkinan yang akan berlaku, sumber itu berkata, ia sukar diramalkan.
‘’Malah tidak mustahil juga jika konflik ini berlanjutan sehingga ke sidang DUN bagi membentangkan undi tidak percaya kepada Mukhriz. Ini memandangkan dalam keadaan sekarang Mukhriz tidak boleh menjalankan pentadbiran negeri berikutan sekurang-kurangnya 18 ADUN BN termasuk exco kerajaan negeri tidak menyebelahi beliau,’’ kata sumber tersebut.
Dalam pada itu beberapa ADUN pembangkang ketika dihubungi mengesahkan menerima jemputan menghadap Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok.
ADUN Pengkalan Kundor daripada PAN, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, beliau bagaimanapun tidak dimaklumkan tujuan perjumpaan berkenaan namun mempercayai ia berkaitan kes kemelut Menteri Besar itu.
Begitu juga dengan ADUN Sidam daripada PKR, Robert Ling Kui Ee yang mengesahkan perjumpaan berkenaan dan memberitahu akan mengadakan perjumpaan dengan ADUN pembangkang bagi membincangkan pendirian mereka terhadap isu itu.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/ditentukan-hari-ini-1.185895#sthash.1YAYYioN.dpuf
Monday, 1 February 2016
.: KU NANAN TELAH MEROSAKAN STRUKTUR PENGURUSAN UMNO
.: KU NANAN TELAH MEROSAKAN STRUKTUR PENGURUSAN UMNO: KU NANAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN Oleh J Aslan Ketika pembukaan mesyuarat Umno Lembah Pantai 2 Ogos lalu, setiausaha agung ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB @ Switzerland - TerimaKasih Datuk Khairuddin ...
dinturtle - Blogger PARTI MELAYU: 1MDB @ Switzerland - TerimaKasih Datuk Khairuddin ...: Tidak berkesempatan nak menulis dari semalam... baru tiba di Kedah. Dari borak2 dengan orang tempatan tadi, ternyata sentimen rakyat dalam i...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [VIDEO] Ketua-Ketua UMNO Cawangan dari Kedah Selat...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [VIDEO] Ketua-Ketua UMNO Cawangan dari Kedah Selat...: Ketua-Ketua Cawangan dari Kedah Selatan telah berkumpul dan menyatakan sokongan padu pada Mukhriz dan MEMINTA PM NAJIB LEPAS JAWATAN de...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [VIDEO] Ketua-Ketua UMNO Cawangan dari Kedah Selat...
CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar: [VIDEO] Ketua-Ketua UMNO Cawangan dari Kedah Selat...: Ketua-Ketua Cawangan dari Kedah Selatan telah berkumpul dan menyatakan sokongan padu pada Mukhriz dan MEMINTA PM NAJIB LEPAS JAWATAN de...
.: KEMAROK NAK JADI MB - ADAKAH MUKHRIZ AKAN DI PECAT...
.: KEMAROK NAK JADI MB - ADAKAH MUKHRIZ AKAN DI PECAT...: ALOR SETAR: Majlis Angkat Sumpah Menteri Besar Kedah yang baharu bagi mengantikan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dija...
ADUN BN menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah
01 Februari 2016 1:25 AM
Keratan Utusan Malaysia 21 Januari 2016.
ALOR SETAR 31 Jan. – Apakah krisis politik di negeri ini akan berlanjutan? Dan adakah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan kekal sebagai Menteri Besar?
Itulah persoalan yang wujud apabila krisis politik di Kedah memasuki episod baharu hari angku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman di sini, esok.
Majlis menghadap yang dijangka bermula pukul 2.30 petang itu dikatakan akan menjadi penentu kepada kedudukan Mukhriz yang kehilangan kepercayaan daripada wakil rakyat BN dan ketua-ketua UMNO bahagian negeri ini.
Menurut sumber, pertemuan itu bertujuan membolehkan Jemaah Pemangku diketuai Pengerusinya, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah mendapatkan penjelasan secara langsung daripada ADUN berkenaan mengenai tahap sokongan mereka terhadap Mukhriz.
“Antara yang bakal dibangkitkan adalah mengenai akuan bersumpah hilang kepercayaan terhadap Mukhriz yang ditandatangani 19 daripada 21 ADUN sebelum ini. Ahli Jemaah Pemangku mahu mendengar sendiri daripada mereka sama ada benar dakwaan dua ADUN dipaksa menandatanganinya.
“Bagaimanapun Mukhriz dikhabarkan tidak dipanggil untuk menghadap,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, beberapa ADUN yang dihubungi mengesahkan telah dipanggil untuk menghadap Ahli Jemaah Pemangku termasuk Tunku Laksamana, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Bagaimanapun kesemua mereka enggan mengulas lanjut termasuk mengenai tujuan pertemuan itu diadakan.
“Saya ada terima panggilan untuk menghadap esok, tapi tidak tahu apa yang bakal dibincangkan,” kata seorang ADUN.
Difahamkan sehingga kini nama Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah masih tersenarai sebagai calon teratas untuk menggantikan Mukhriz.
Namun, jika Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO itu tidak diperkenankan, dua lagi exco, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail dan Datuk Abdul Rawi Abdul Hamid bakal dicalonkan.
Dalam pada itu, seorang penganalisis politik berpandangan, masalah berkenaan perlu diselesaikan segera selepas pertemuan tersebut bagi mengelakkan pembabitan ADUN pembangkang berhubung penetapan mengenai siapa yang layak menjadi Menteri Besar.
“Bayangkan apa akan berlaku jika ADUN BN membawa usul tidak percaya kepada Mukhriz di DUN. Dalam keadaan ADUN UMNO terpecah dua, sudah tentu undi ADUN pembangkang turut ditagih.
“Jika itu berlaku, di mana letaknya maruah UMNO pada waktu itu kerana sebagai parti yang berkuasa, mereka sepatutnya boleh memilih sendiri siapa yang perlu berada di kerusi panas tersebut,” katanya.
Dalam perkembangan sama, satu sumber memberitahu, kebiasaannya isu seumpama ini akan dapat diselesaikan selepas pihak istana mendengar pandangan ADUN-ADUN.
“Kita memang sudah menjangkakan bahawa Mukhriz tidak akan menyerahkan jawatan dengan mudah tetapi sebagai rakyat kita menghormati hak istana untuk mengetahui kedudukan sebenar sebelum sebarang keputusan dibuat,’’ katanya. Sementara itu, Mukhriz ketika ditemui petang ini mengesahkan Jemaah Pemangku Sultan Kedah akan bertemu dengan ADUN terlibat.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/adun-bn-menghadap-jemaah-pemangku-sultan-kedah-1.185608#sthash.j6L6UqoO.dpuf
Sultan Kedah tersinggung
Mukhriz tuntut Ketua Bahagian, Exco mohon ampun
JAMLIAH ABDULLAH | 01 Februari 2016 1:28 AM
ALOR SETAR 31 Jan. - S etelah hampir dua minggu berdepan krisis hilang kepercayaan daripada majoriti pemimpin UMNO Kedah, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini bersuara dengan mendakwa tindakan pemimpin terlibat sebagai tidak bertanggungjawab.
Mukhriz Mahathir
Malah, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dalam satu kenyataan di sini mendakwa tindakan kumpulan berkenaan mencemar pelbagai acara sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah.
“Tindakan 12 ketua bahagian dan dua timbalan ketua bahagian mengheret ketua-ketua sayap dan pemimpin muda dalam UMNO mengadakan sidang media di Alor Setar pada 20 Januari lalu adalah tidak bertanggungjawab.
“Selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dan Menteri Besar, saya menerima khabar sesungguhnya Tuanku Sultan dan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah tersinggung dengan perbuatan kumpulan tersebut,” katanya di sini hari ini.
Tambah beliau, lebih dikesali apabila tindakan itu disertai beberapa Exco yang sudah berikrar taat setia kepada pemerintah ketika mengangkat sumpah masing-masing.
“Turut mendukacitakan, rentetan daripada sidang media berkenaan, enam daripada sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak menghadiri mesyuarat Exco pada Rabu, 27 Januari yang lalu.
“Ini jelas sekali menyalahi peraturan pelantikan mereka sebagai penjawat awam dan ingkar dengan sumpah jawatan yang diangkat di hadapan Raja Pemerintah seperti termaktub di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah,” katanya.
Tambah beliau, sebagai Exco, keengganan menghadiri mesyuarat Exco menjejaskan proses pentadbiran dan perancangan yang diatur oleh kerajaan negeri.
“Saya dimaklumkan bahawa Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah turut murka dengan keingkaran Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri berkenaan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak agar semua 14 ketua UMNO bahagian yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan sidang akhbar berkenaan dan enam Exco yang tidak hadir mesyuarat, memohon maaf secara rasmi kepada Sultan Kedah dan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.
“Sehingga kemelut ini selesai semestinya setiap Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ADUN melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Raja Pemerintah dan rakyat baginda,” katanya.
Pada 20 Januari lalu, kepemimpinan UMNO negeri terdiri daripada 11 ketua bahagian, tiga Timbalan Ketua Bahagian dan ketua-ketua sayap mengadakan sidang akhbar bagi menyuarakan pendirian hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Jemaah Pemangku Sultan Kedah melalui kenyataan Pengelola Bijaya Diraja/Ketua Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Bijaya Indera Datuk Paduka Syed Unan Mashri Syed Abdullah pada 26 Januari menegaskan ahli jemaah itu berkecuali dalam krisis politik di negeri ini dan menasihatkan pihak yang terlibat mencari jalan menyelesaikannya.
“Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah mengambil maklum tentang berita pergolakan politik yang sedang berlaku di Kedah dan menegaskan bahawa ahli jemaah berkecuali daripada menyokong atau memihak mana-mana golongan atau pihak,” kata Syed Unan Mashri.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Tan Sri Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah yang juga Tunku Temenggong Kedah di Istana Darul Aman, Bukit Persekutuan di ibu negara bagi membincangkan mengenai pertukaran menteri besar.
Turut hadir pada pertemuan hampir sejam itu adalah dua lagi anggota jemaah iaitu Tunku Laksamana Kedah, Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/sultan-kedah-tersinggung-1.185640#sthash.7fd7CYeW.dpuf
Subscribe to:
Posts (Atom)