Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 19 November 2014

JENAYAH : 4 sindiket seludup minyak

Didakwa merasuah penguatkuasa untuk lindungi aktiviti

MOHD. SHARIZA ABDULLAH DAN SITI ROHAIZAH ZAINAL | 19 November 2014 2:27 AM


Keratan Utusan Malaysia 19 Mei 2014.

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi membanteras penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi namun kegiatan haram itu tetap berterusan khususnya di pintu sempadan negara.

Segala-galanya akibat sikap tamak sesetengah pegawai dan anggota agensi penguatkuasa yang sanggup menerima sogokan sehingga memungkinkan ribuan liter minyak bersubsidi ‘mengalir’ ke luar negara.

Satu sumber memberitahu, akibat perbuatan itu ia mengakibatkan kerajaan kerugian kira-kira RM200,000 sebulan bagi 300,000 liter petrol diseludup keluar menerusi pintu sempadan negara oleh satu sindiket.

“Jumlah kerugian itu berdasarkan dalam tempoh seminggu dianggarkan 140,000 liter petrol di seludup ke negara jiran oleh satu sindiket dengan menggunakan kenderaan diubah suai.

“Modus operandi sindiket terbabit ialah menggunakan kenderaan seperti trak pikap yang tangkinya diubah suai dan menyeludup kira-kira 20,000 liter bahan bakar itu untuk satu hari atau 140,000 liter seminggu,’’ kata sumber tersebut kepada Utusan Malaysia, di sini, hari ini.

Pada Mei lalu, Utusan Malaysia mendedahkan kegiatan penyelewengan diesel yang meng akibatkan kerajaan kerugian berjuta-juta ringgit dalam sebulan. Ber ikutan itu KPDNKK melancarkan Ops Titik bagi mengekang perbuat an itu.

Sumber tersebut seterusnya memberitahu, di sempadan Bukit Kayu Hitam terdapat sekurang-kurangnya empat sindiket yang melakukan kegiatan haram ini.

‘’Bayangkan nilai kerugian perlu ditanggung kerajaan disebabkan sifat tamak sesetengah penguat kuasa yang hanya melihat kejadian ini berlaku di depan mata mereka akibat sudah ‘dibeli’. Kalau tidak mana mungkin kegiatan penyeludupan bahan itu turut melibatkan penggunaan lori tangki dari negara jiran,” katanya.

Menurut sumber itu, sindiket lebih gemar menggunakan kenderaan diubai suai untuk menyeludup petrol dan diesel kerana lebih berbaloi jika dibandingkan dengan menggunakan lorong tikus yang hanya boleh membawa muatan dalam jumlah kecil di dalam tong plastik.

Katanya, pengubahsuaian tangki kenderaan dengan meningkatkan kapasiti pengisian minyak sebanyak 2.5 sentimeter sudah mencukupi bagi sindiket untuk melakukan penyeludupan dalam jumlah yang lebih besar.

Dalam pada itu, sumber berkenaan berkata, walaupun kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar, isu penyeludupan tidak akan terhenti selagi penguatkuasaan ke atas segelintir anggota agensi penguat kuasa masih berada di peringkat sama iaitu memberi perkhidmatan keselamatan dengan menerima sogokan daripada sindiket.

“Permintaan petrol daripada negara-negara luar semakin tinggi. Oleh itu, kerajaan harus memandang serius perkara ini dan penguatkuasaan di sempadan perlu dipertingkatkan.

“Jika tidak, negara ini akan mudah dibolosi dan apa yang lebih membimbangkan apabila ia melibatkan isu keselamatan negara. Sebagai contoh, kejadian letupan yang berlaku di Bukit Bintang baru-baru ini, bagaimana bahan letupan itu boleh memasuki jika sempadan negara dikawal ketat,” katanya yang mendakwa penyeludupan diesel semakin berkurangan sejak kerajaan mengambil tindakan tegas dalam perkara berkenaan.

Sementara itu satu sumber lain memberitahu, petrol bersubsidi kini menjadi sasaran sindiket memandangkan harganya masih murah berbanding negara jiran.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/4-sindiket-seludup-minyak-1.26508#sthash.DLaoEKVd.dpuf



No comments: