Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday 20 August 2014

POLITIK : Sudah sampai kemuncak toleransi sekutu - PAK DIA BUAT U TURN KURANG APA PULAK?

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
utusankelantan@utusan.com.my

Nik Abduh

KOTA BHARU 19 Ogos - Kemelut politik di Selangor disifatkan masih belum berakhir meskipun pakatan pembangkang sepakat memilih Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar yang baharu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ini kerana selain daripada meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih mempunyai pilihan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Sambil menyifatkan krisis di Selangor sebagai permainan politik 'kurang asam', anak kepada Mursyidul Am Pas itu berpendapat, Abdul Khalid tidak akan memberi laluan mudah kepada PKR untuk meneruskan rancangannya mencalonkan Wan Azizah bagi menggantikan beliau.

"Abdul Khalid masih mempunyai dua pilihan di hadapannya berdasarkan undang-undang negeri sama ada meletak jawatan lalu menyerahkan kepada DUN dan perkenan istana untuk memilih Menteri Besar yang baharu.

"Atau beliau (Abdul Khalid) memohon perkenan istana untuk pilihan raya negeri," katanya dalam status akaun Facebook miliknya malam tadi.

Kelmarin, Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan untuk mencalonkan Wan Azizah bersama timbalannya, Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar baharu menggantikan Abdul Khalid.

Bagaimanapun pada sebelah petangnya, Pas akur dengan ketetapan pakatan pembangkang yang tetap menamakan Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Keputusan itu sekali gus menolak pendirian Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama Pas yang sebelum ini mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, melihat kepada krisis politik di Selangor ketika ini, Abdul Khalid berkemungkinan tidak akan memberi laluan mudah kepada PKR yang telah menuduhnya melakukan kerosakan terhadap kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu.

"Abdul Khalid juga tidak akan memberi laluan kepada bekas partinya (PKR) yang bertindak memecat beliau dengan cara tidak dipersetujuinya.

"Saya fikir game (permainan) politik 'kurang asam' masih belum sampai kemuncaknya," katanya.

Sementara itu, dalam satu status Facebook berasingan sebelum itu, Nik Abduh menyifatkan keputusan Pas menyokong Wan Azizah dan Azmin sebagai calon Menteri Besar sebagai kemuncak toleransi dalam setiakawan bersama pakatan pembangkang.

"Dan apakah anda sedang melihat Pas telah sampai ke puncak toleransi dalam setiakawan pakatan pembangkang.

"Adakah ada lagi puncak selepas ini? Saya fikir, no more! (tiada lagi)," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140820/po_02/Sudah-sampai-kemuncak-toleransi-sekutu#ixzz3AtulxNHp  © Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments: