Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 21 August 2013

TANGKAP JANGAN TAK TANGKAP


Op Cantas Khas diperhebat tangani jenayah
Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah memeriksa kenderaan dalam sekatan jalan raya semasa Op Cantas Khas di sekitar Lembah Klang semalam. - Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempergiatkan Op Cantas Khas yang dilancarkan sejak Sabtu lalu khususnya di Lembah Klang untuk membendung aktiviti jenayah yang mengancam keselamatan negara.

PDRM dalam laman Facebook hari ini memaklumkan, usaha meningkatkan operasi tersebut adalah selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Selaras dengan arahan Ketua Polis Negara, pelaksanaan Op Cantas Khas bagi membendung kegiatan jenayah khususnya yang berkaitan aktiviti kongsi gelap serta jenayah yang menggunakan elemen senjata api dan senjata tajam, dipergiatkan di sekitar Lembah Kelang oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dengan kerjasama semua ibu pejabat polis daerah berkaitan," jelas kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, semalam, pemeriksaan melalui sekatan jalan raya telah ditumpukan di kawasan Sentul dan Wangsa Maju di ibu negara.

Di Selangor pula, operasi dijalankan di Batu Caves, Rawang, Pandan Indah, Bandar Sunway Puchong, Dengkil dan Bestari Jaya.

Katanya, sebanyak sembilan pasukan khas terdiri daripada pegawai dan anggota JSJ dari Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur terlibat dalam pemeriksaan tersebut.

“Pemeriksaan dijalankan itu bertujuan membanteras penjenayah dan kumpulan kongsi gelap di seluruh negara.

“Orang ramai diminta bekerjasama dengan pihak polis sepanjang operasi ini dijalankan demi menjamin kesejahteraan dan keselamatan seluruh masyarakat," kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi memberitahu, secara keseluruhannya, sebanyak 1,551 individu dan 1,000 kenderaan diperiksa dalam Op Cantas Khas di Lembah Klang semalam.

“Hasil pemeriksaan, kita telah menangkap 32 orang kerana terlibat melakukan pelbagai kesalahan jenayah manakala 76 saman terhadap pemandu turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas," katanya.

Di SHAH ALAM, polis Selangor memaklumkan sebanyak 683 individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai jenayah ditahan sepanjang tiga hari Ops Khas Pencegahan Jenayah di seluruh negeri itu.

Daripada jumlah itu, 211 orang ditahan reman bagi membantu siasatan kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah antaranya memiliki senjata, dadah dan lain-lain.

Di MELAKA, polis kontinjen itu memeriksa sebanyak 29 orang, namun tiada tangkapan dibuat dalam operasi di seluruh negeri itu sejak Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, operasi tersebut turut memfokuskan gerakan memburu empat suspek lelaki yang terlibat dalam rompakan bersenjata di sebuah kedai emas di Taman Seri Duyong pada Mac lalu.

Sementara itu, di SEREMBAN, polis menahan lapan lelaki termasuk empat yang tersenarai sebagai orang dikehendaki selepas memeriksa 491 individu dalam Op Cantas Khas, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid.


No comments: