Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Thursday, 22 August 2013

Op Cantas Khas: 783 ditahan







KUALA LUMPUR 21 Ogos - Polis Diraja Malaysia telah menahan sebanyak 783 individu yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah khususnya kongsi gelap sejak Op Cantas Khas dilancarkan di seluruh negara pada Sabtu lalu.

Jumlah yang ditahan itu adalah daripada lebih 5,000 individu yang diperiksa dalam sekatan jalan raya, serbuan dan pemeriksaan polis dan akan disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, operasi Op Cantas Khas menunjukkan hasil positif selepas empat hari dilancarkan dengan indeks jenayah kekerasan menunjukkan penurunan.

"Sejak dilancarkan Sabtu lalu, polis telah menahan 783 individu dan mereka ini disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan Kontinjen/Daerah Terbaik Op Selamat 3/2013 di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Bandar Tasik Selatan, di sini hari ini.

Di JOHOR BAHRU, sebanyak 64 suspek jenayah termasuk sebahagiannya bekas pesalah Ordinan Darurat (EO) ditahan dalam 748 pemeriksaan di seluruh negeri itu sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, operasi besar-besaran itu melibatkan semua elemen pasukan polis negeri ini dan dibantu pegawai berpengalaman dan beberapa pasukan petugas.

Di KUALA TERENGGANU, polis mempergiatkan Op Cantas Khas di seluruh negeri ini sejak empat hari lalu bagi membendung kegiatan kongsi gelap dan jenayah.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa walau bagaimanapun berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan di negeri ini namun pihaknya akan meningkatkan pemeriksaan dan serbuan di lokasi yang dikenal pasti sarang penjenayah.

Di BANTING, polis Selangor menahan 32 individu yang terlibat dengan pelbagai kes jenayah antaranya pengedaran dadah dan bunuh sepanjang pemeriksaan dalam Op Khas Pencegahan Jenayah di Kuala Langat.

Polis turut memeriksa 152 individu kesemua yang ditahan terlibat dengan pelbagai kes jenayah termasuk memiliki dadah jenis heroin.

Di KOTA KINABALU, sebanyak 18 rakyat asing ditahan di negeri ini atas pelbagai kesalahan dalam Op Cantas Khas yang dimulakan kelmarin.

Dalam operasi itu, polis memeriksa lebih 68 individu iaitu 50 warga tempatan dan 18 warga asing kerana dipercayai terlibat pelbagai kesalahan termasuk mempunyai rekod jenayah lampau seperti mengugut dan samun.

KOMEN : MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI....

No comments: