Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 27 March 2013

Amanat Haji Hadi: Zainon dedah rancang bunuh Dr. M


DARI UTUSAN MALAYSIA



ZAINON ISMAIL

PASIR PUTEH 25 Mac - Bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena C.N. Afghani berhasrat untuk bertemu dan memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana pernah merancang untuk membunuh bekas Perdana Menteri itu pada 1988.

Penulis buku Kafirkah Aku? itu berkata, dia sedang menunggu masa yang sesuai untuk bertemu dengan Dr. Mahathir bagi menunaikan hajatnya itu.

Katanya, rancangan untuk melakukan pembunuhan tersebut timbul kerana terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi yang menyatakan bahawa UMNO kafir.

"Pada ketika itu, saya menjawat jawatan sebagai Ketua Pemuda Pas Padang Terap. Rancangan ini terbit kerana kami mahu melaksanakan negara Islam dengan mudah, cara pilihan raya lambat dan kami tidak boleh menunggu lagi.

"Selain Dr. Mahathir, kami juga mempunyai senarai nama menteri Kabinet untuk dibunuh. Bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kami sudah ada Kabinet bayangan. Kami mahu Ahli Jawatankuasa Pas Pusat (pada waktu itu), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri. Bagaimanapun rancangan ini gagal selepas dihidu oleh pihak berkuasa dan 30 rakan-rakan saya ditangkap.

"Hari ini rancangan tersebut sudah tidak ada lagi dan saya sememangnya berhajat untuk bertemu dengan Dr. Mahathir untuk memohon maaf, cuma sedang menunggu masa sesuai," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dalam Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Pejabat Gerakan UMNO, Kampung Kandis di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman; aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz dan Pengerusi Selamat Tinggal Pas, Shaidi Husin.

Zainon berkata, hari ini, Pas tidak lagi memperjuangkan Islam, malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jika dahulu Pas ingin menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud tetapi hari ini semua perkara itu sudah tiada. Ini jelas kerana pada Januari 2003, Abdul Hadi menyebut, oleh kerana kerjasama dengan barisan alternatif terhalang, maka Pas melakukan pengorbanan besar dengan menggugurkan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud.

"Malah pada tahun 2009, Abdul Hadi bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menandatangani perjanjian untuk tidak melaksanakan hudud dan negara Islam.

"Jadi, jika pemimpin Pas pergi ke setiap cawangan dan menyatakan mereka akan melaksanakan dua perkara tersebut, itu adalah pembohongan yang besar kerana mereka sudah ada perjanjian, contohnya bila ada pemimpin Pas menyebut kembali tentang negara Islam dan hudud, Guan Eng kata lihat kembali (kepada) perjanjian," katanya.

Menurut beliau, UMNO walaupun 'batang tubuhnya' tidak menyatakan Islam tetapi tidak pernah menandatangani perjanjian seperti itu, malah mereka melaksanakan Islam.

Tambahnya untuk itu, umat Islam wajib mempertahankan kerajaan sedia ada pada pilihan raya akan datang demi agama dan negara.

1 comment:

Carlos Santiago said...

alamak. utusan. kena tapis dulu