Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday 30 January 2012

ISU MURTAD

Jawatankuasa Penguatkuasaan Syariah perlu demi akidah umat Islam
DARI UTUSAN MALAYSIA
30/1/2012



KUALA LUMPUR 29 Jan. - Penubuhan Jawatankuasa Penguatkuasaan Undang-undang Syariah yang memantau pengembangan agama bukan Islam terhadap orang Islam yang diumum semalam disambut baik beberapa tokoh agama.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut (gambar) berkata, penubuhan jawatankuasa tersebut merupakan satu tindakan yang tepat pada masanya berdasarkan pegangan akidah umat Islam yang kian goyah di negara ini.

"Jawatankuasa yang terdiri daripada pihak yang berkenaan dilihat mampu untuk menjadi benteng terakhir dalam menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini.

"Justeru, saya berharap agar satu pasukan pegawai khas yang terdiri daripada pakar dalam undang-undang sivil, peguam syariah serta pegawai penyiasat turut ditubuhkan bagi memantapkan jawatankuasa tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai penubuhan jawatankuasa itu yang bertindak sebagai badan yang memantau lebih rapi pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam seperti diumum Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam.

Tambah Nooh, satu pusat jagaan yang berperanan membantu pemulihan akidah orang Islam yang dimurtadkan juga perlu ditubuhkan selaras dengan konsep memberi kesedaran kepada mereka untuk kembali kepada ajaran Islam.

"Pusat pemulihan tersebut bertanggungjawab memberi pendidikan agama kepada mereka yang dimurtadkan agar akidah dapat diperbetulkan.

"Dalam masa sama, saya turut menyeru Jabatan Agama Islam negeri yang masih belum mewujudkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam agar melaksanakannya segera bagi menjamin akidah umat Islam terjaga," ujarnya.

Sementara itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berpendapat jawatankuasa tersebut berperanan dalam memberi kesedaran kepada orang Islam mengenai kesan murtad terhadap mereka.

"Tidak dinafikan ramai orang Islam yang tidak faham mengenai murtad. Justeru, jawatankuasa ini perlu lebih proaktif untuk menjelaskan kesan serta gejala ini kepada masyarakat.

"Perlu diadakan juga perbincangan dari semasa ke semasa kepada seluruh masyarakat supaya mereka memahami kepentingan menjaga akidah serta kepercayaan terhadap agama Allah," ujarnya.

No comments: