Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Tuesday 17 January 2012

Anwar diakui tidak boleh dipercayai


Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 16 Jan. - Golongan muda di negara ini mengakui Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pemimpin yang tidak boleh dipercayai kerana ketua pembangkang itu berjuang untuk kepentingan peribadi dan bukannya demi kepentingan rakyat.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili generasi itu berkata, Anwar bukan sahaja gagal melakukan transformasi sebagaimana diharapkan golongan muda, sebaliknya merosakkan institusi negara selain terpalit pelbagai masalah moral.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd. Shahar Abdullah berkata, tindakan majalah antarabangsa, The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai adalah tepat.

"Kami generasi muda yang berpendidikan tinggi sudah lama mengetahui bahawa Anwar bukan pemimpin yang boleh dipercayai. Ambil sahaja kes liwat sebagai contoh, beliau bukan sahaja sengaja melengah-lengahkan kes tetapi mahu hakim dipecat.

"Namun, ironinya hakim yang sama akhirnya membebaskan beliau daripada tuduhan liwat. Persoalannya di mana dakwaan yang beliau jaja selama ini kata semua itu konspirasi kerajaan sehingga institusi kehakiman negara dicemuh dan dituduh.

"Semua ini kami nampak. Jangan anggap generasi muda tidak boleh menilai semua ini. Apa yang dikatakan The Economist memang benar dan kami sudah lama menyedari hakikat itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan The Economist melabelkan Anwar sebagai pemimpin yang tidak boleh dipercayai walaupun ketua pembangkang itu baru dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Menurut majalah tersebut, imej serta reputasi Anwar telah tercemar khususnya di kalangan generasi muda di negara ini dan pada masa sama gagal membawa pemodenan dalam politik kerana beliau sendiri mengamalkan nepotisme dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pada itu, sebuah lagi NGO yang mewakili orang muda, Majlis Belia Malaysia (MBM) menganggap sikap talam dua muka yang menjadi pegangan Anwar untuk menghalalkan nafsu politiknya sangat dikesali generasi muda di negara ini.

Naib Presiden MBM, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, generasi muda hari ini mahukan seorang pemimpin yang mampu menjayakan transformasi pentadbiran negara dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan melebihi segala kepentingan lain.

"Tindak-tanduk Anwar ini sebenarnya sangat berbahaya kerana apabila pemimpin itu meletakkan kepentingan peribadi sebagai asas perjuangan, negara boleh runtuh kerana pemimpin sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi cita-citanya.

"Bukan sahaja kami generasi muda kenal siapa sebenarnya Anwar tetapi masyarakat antarabangsa juga sudah sedar masalah yang dibawanya dan kalau Anwar merasakan The Economist memfitnahnya, saya cabar beliau saman majalah itu," katanya.

KOMEN : DARI DULU SAMPAI SEKARANG BUKAN ANWAR AJE AKU TAK PERCAYA... PUAK PEMBANGKANG PUN SAMA...

No comments: