Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 27 May 2009

Usaha hidupkan komunisme

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

SUBANG 26 Mei – Kementerian Pertahanan mengesahkan terdapat beberapa kumpulan di negara ini dikesan cuba menghidupkan ideologi dan nilai-nilai komunisme.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gerakan itu kini dipelopori badan-badan tidak berdaftar dan tidak kurang juga dari kalangan parti politik.

“Ada semacam usaha yang berbau komunis cuba dihidupkan oleh badan-badan yang tidak berdaftar dan kami dapat hidu. Ada juga yang cuba menghidupkannya melalui parti politik,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja ke beberapa kemudahan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengenai penyebaran sentimen komunisme di negara ini yang disuarakan beberapa pihak.

Menurut Rais, beliau bimbang kerana sesetengah pihak kini didapati cuba membangkitkan sentimen itu di media cetak dan blog melalui isu membenarkan bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng kembali ke negara ini.

“Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menegaskan, kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membendung sentimen itu daripada terus merebak.

Selain PDRM, beliau yakin dengan kecemerlangan perisikan dalam ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang disifatkannya berada pada tahap tertinggi.


Inilah akibatnya bila orang Melayu berpecah belah dan bertelagah sesama sendiri. Punya parti politik yang lemah dan senang digula-gulakan oleh bangsa lain. Sampai bila orang Melayu nak sedar pun tak tahulah, kalau ya pun berpolitik fikirkanlah generasi akan datang. Diharap pihak kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas keatas individu atau kumpulan yang cuba merosakan keharmonian dan keselamatan Negara ini. Sudah sampai masanya kerajaan memberikan penerangan yang sejelasnya pada generasi pewaris Negara tentang asal usul dan kekejaman komunis di Malaysia. Sejarah tetap menjadi sejarah untuk peringatan generasi akan datang.

No comments: