Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 26 January 2015

Minoriti Melayu bakal berasa semakin terpinggir

26 Januari 2015 1:14 AM

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Niat DAP yang mahu melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat akan lebih menjadikan orang Melayu sebagai penduduk minoriti di kebanyakan kawasan bandar, sekali gus semakin terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Mohd. Fuad Mat Jali

Penganalisis Geopolitik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata, apabila pilihan raya itu diadakan, akan mewujudkan monopoli kaum Cina yang majori­tinya tinggal di bandar dan menguasai ekonomi bandar tersebut.

Katanya, kesan yang akan timbul adalah sama ada mengurang atau mengetepikan tempat wakil-wakil Melayu dan juga kaum-kaum lain dalam PBT yang dikuasai bangsa Cina, seterusnya mencetuskan rasa tidak puas hati golongan terbabit.

“Apabila pilihan raya PBT diadakan, pemimpin Cina pasti akan mendapat lebih banyak undian daripada kaum tersebut kerana majoriti penduduk bandar seperti di Pulau Pinang terdiri daripada bangsa tersebut. Cara ini akan mengurangkan wakil Melayu dalam PBT.

“Secara tidak langsung suara dan kepentingan orang Melayu serta kaum-kaum lain dalam sesebuah PBT akan lenyap dan wujud monopoli tertentu iaitu bangsa Cina,” katanya kepada Utusan Malaysia sewaktu dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membantah pilihan raya PBT soleh DAP itu kerana akan memberi kesan buruk kepada kepentingan orang Melayu dan kaum-kaum lain.

Tegas Mohd. Fuad, kesan pilihan raya PBT itu bukan sahaja merenggangkan hubungan antara kaum, tetapi paling membimbangkan ialah Melayu akan mula hilang kuasa.

“Ketika ini, ekonomi negara dikuasai Cina dan bayangkan pula apa akan jadi kalau kuasa dalam PBT juga dikuasai bangsa tersebut? Tentunya rasa tidak puas hati itu akan mengundang perkara yang lain. Inilah kesan yang paling kita takutkan,” ujarnya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Mohamad Faisol Keling turut menyokong bantahan Abdul Hadi berhubung isu tersebut.

Ujarnya, cadangan DAP mahu mengadakan pilihan raya PBT itu antara lain boleh menggambarkan matlamat DAP dalam melebarkan lagi pengaruh politik mereka seperti di Pulau Pinang tanpa memikirkan kepentingan Melayu dan kaum lain.

“Cadangan DAP itu seolah-olah membayangkan sejauh mana keikhlasan DAP dalam menjaga kepentingan orang Melayu terutamanya, malah menjadi suatu gerakan secara halus yang akan memberi kesan jangka panjang kepada politik dan ekonomi orang Melayu,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/minoriti-melayu-bakal-berasa-semakin-terpinggir-1.52562#sthash.YzolEMXa.dpuf


Rotan: Merencatkan institusi keluarga, masyarakat

26 Januari 2015 1:14 AM


KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kerajaan diminta menangguhkan dan melakukan kajian lebih mendalam sebelum meneruskan hasrat menggubal rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah.

Mas Ermieyati Samsudin

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, hukuman akibat merotan akan merencatkan institusi keluarga kerana ibu bapa sepatutnya diberi ruang sepenuhnya untuk mendisiplinkan anak masing-masing asalkan tidak berlaku penderaan.

Sehubungan itu katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan perkara itu sebaliknya kepentingan kanak-kanak serta keluarga mereka perlu diutamakan selaras dengan amalan dan budaya di negara ini.

“Saya berharap kementerian sudah mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan seperti persatuan ibu bapa, pakar psikologi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pakar-pakar berkaitan sebelum keputusan dibuat.

“Wanita UMNO juga meminta supaya Jabatan Peguam Negara mengadakan satu pertemuan segera dengan semua pihak berkepentingan termasuk Wanita Barisan Nasional (BN) untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap pindaan undang-undang yang akan dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Shahrizat berkata, artikel lima dan 18 dalam CRC telah menyatakan setiap negara perlu menggunakan usaha terbaik untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama dalam menyediakan didikan dan perkembangan kanak-kanak, selaras dengan adat tempatan.

“Saya merujuk kepada keputusan menjatuhkan hukuman ke atas pasangan suami isteri yang merotan anak mereka seperti kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshaldi (dipenjarakan di Sweden tahun lalu) yang boleh membawa kepada pemisahan sementara antara kanak-kanak dengan ibu bapa mereka.

“Wanita UMNO mempertahankan hak kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan, pengabaian, penderaan dan keganasan, namun pindaan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta meminta kerajaan tidak tergesa-gesa menggubal rang undang-undang baharu,” tambahnya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kajian perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk dalam sudut agama Islam yang mengharuskan ibu bapa merotan anak-anak bagi tujuan mendidik.

“Di negara ini, kebiasaannya anak-anak dirotan bukan untuk mendera sebaliknya yang berlaku dalam penderaan ialah kanak-kanak didera secara mental dan dipukul secara fizikal,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rotan-merencatkan-institusi-keluarga-masyarakat-1.52564#sthash.W6DEukcC.dpuf

Guna kaedah sendiri didik generasi muda

26 Januari 2015 1:14 AM


Harussani Zakaria

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Kerajaan diminta tidak terlalu mengikut kaedah atau sistem perundangan Barat dalam usaha melindungi hak dan kepentingan kanak-kanak di negara ini.

Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria berkata, meskipun sistem perundangan di negara luar itu terbukti berkesan dalam mendidik generasi muda, tidak semestinya sesuai untuk diguna pakai di negara ini.

Katanya, pihak berkuasa perlu menggunakan kaedah tersendiri dalam mendidik generasi muda di negara ini kerana situasi dan budaya Malaysia dengan negara luar adalah berbeza.

“Saya tidak bersetuju sekiranya tindakan merotan anak menjadi satu kesalahan jenayah kerana hadis Nabi Muhammad SAW ada menyebut bahawa perintahkanlah anakmu mendirikan solat ketika usianya tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun.

“Sebagai orang Islam, kita sepatutnya akur dengan pesanan Nabi Muhammad ini kerana pasti ada hikmah, jangan sesekali kita menafikan dan mengagung-agungkan cara Barat melebihi cara Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim memberitahu, merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Sementara itu Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid berkata, dalam Islam, sebatan merupakan suatu hukuman pemulihan yang disyariatkan untuk melatih isteri dan anak-anak supaya melakukan sesuatu kewajipan.

Katanya, suami dibenarkan untuk memukul isteri bagi tujuan mendidik sahaja tanpa mencedera dan tidak menjatuhkan maruah isteri tetapi kaedah itu disifatkan sebagai senjata terakhir selepas semua jalan lain gagal iaitu dengan memberikan teguran serta mengasingkan tempat tidur.

Tambah beliau, kaedah yang sama turut diguna pakai sekiranya ibu bapa merotan anak-anak iaitu tidak boleh memukul mereka di tempat yang sama hingga memudaratkan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/guna-kaedah-sendiri-didik-generasi-muda-1.52559#sthash.RvjZqZp5.dpuf

Anak muda sekarang semakin liar – Hashim

26 Januari 2015 1:14 AM

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Keputusan tergesa-gesa kerajaan untuk menggubal rang undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah, boleh mendatangkan kesan jangka panjang yang buruk pada negara.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, kerajaan harus melihat kesan dari pelbagai sudut sebelum meneruskan hasrat tersebut.

“Merotan sudah menjadi budaya dalam mendidik anak-anak, saya bimbang, jika rang undang-undang ini dilaksanakan, mereka akan menjadi lebih liar kerana rasa dilindungi dan tiada rasa takut untuk membuat salah.

“Mungkin kita tidak dapat melihat kesannya sekarang, tetapi dalam jangka masa panjang, kadar jenayah mungkin akan meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Hashim berkata, jika melihat dari sudut positif, penggubalan akta itu akan mengekang ibu bapa daripada sewenang-wenangnya memukul anak.

“Apa yang bagus adalah kita dapat mengelak daripada berlakunya merotan yang boleh membawa kepada penderaan.

“Merotan untuk mengajar adalah bagus, tetapi penderaan pula boleh memberi kesan kepada mental dan fizikal kanak-kanak yang belum kuat, tambahan pula dengan pengaruh dari pelbagai aspek masa kini,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/anak-muda-sekarang-semakin-liar-8211-hashim-1.52565#sthash.PPEkbPAS.dpuf

Rotan anak bakal jadi kesalahan jenayah - PERLU KE CRC DIIKUTI ?

ZULKIFLI SAINUDDIN | 25 Januari 2015 1:58 AM

SHAH ALAM 24 Jan. - Merotan anak bakal menjadi satu kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Rohani Abdul Karim

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, penggubalan akta baharu itu kini dalam peringkat akhir untuk diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara.

Menurutnya, hukuman terhadap kesalahan merotan anak perlu dilaksanakan kerana negara telah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“Walaupun merotan anak me­ru­­pakan sebahagian budaya ma­­syarakat kita, tetapi kita perlu akur dengan perjanjian CRC yang memandang serius perkara tersebut.

“Kita juga mengambil iktibar rakyat negara kita (Azizul Rahim Awaluddin dan Shalwati Norshal) yang dihukum penjara kerana memukul anak di Sweden pada tahun lalu,” katanya selepas menghadiri program Santai Kopi O anjuran Komuniti Pertubuhan Wanita 1 Malaysia (Perwani) Shah Alam di Galeri Shah Alam, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Munirah Abdullah Bajanuddin dan Pengerusi Penyelaras Perwani Shah Alam, Radziah Ahmad.

Rohani berkata, setakat ini, hanya terdapat dua hukuman dalam Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Seksyen 31 dan Seksyen 33 yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan kerana mendera atau mengabaikan anak.

Namun, jelas beliau, itu dianggap masih tidak mencukupi dan disebabkan itu dalam penggubalan akta baharu tersebut, hukuman tambahan iaitu menjalani khidmat komuniti di pusat perlindungan kanak-kanak kepada individu yang didapati bersalah mendera dan mengabaikan anak turut dimasukkan.

“Ini bertujuan memberi keinsafan kepada ibu bapa dan penjaga kanak-kanak terbabit agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga dan mendidik anak mereka,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/rotan-anak-bakal-jadi-kesalahan-jenayah-1.52107#sthash.jMTa5Z6S.dpuf

Kecederaan fizikal, emosi disabitkan jenayah

FARHANA JONI | 26 Januari 2015 1:14 AM

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk memasukkan peruntukan undang-undang yang lebih terperinci supaya apa-apa perbuatan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi terhadap kanak-kanak menjadi satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman penjara atau denda lebih tinggi.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam kenyataan berkata, sebenarnya kesalahan itu turut digariskan dalam undang-undang sedia ada iaitu di bawah seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun katanya, undang-undang tersebut hanya mengenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

“Selain itu, kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan hukuman alternatif seperti khidmat masyarakat, kaunseling atau kursus keibubapaan.

“Adalah ditegaskan bahawa peruntukan yang dicadangkan dalam rang undang-undang kanak-kanak baharu nanti bukanlah bermaksud setiap perbuatan merotan menjadi kesalahan jenayah. Hanya perlakuan merotan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau mental boleh dikategorikan dalam melakukan kesalahan jenayah,’’ kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi mengulas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim bahawa tindakan merotan anak akan menjadi kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-kanak 2001 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Kata kenyataan itu, kementerian akan meneliti empat perkara dalam cadangan tersebut iaitu:

- Penyertaan kanak-kanak selaras dengan prinsip Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC);

- Pemansuhan hukuman sebatan ke atas kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang (melakukan kesalahan jenayah);

- Peruntukan baharu yang membolehkan pelaksanaan konsep diversion;

- Peruntukan baharu tentang pelaksanaan deinstitutionalisation.

Dalam masa yang sama, ketika ini, menurut kenyataan tersebut, Seksyen 91 (1) (g) dalam Akta Kanak-Kanak 2001 membenarkan seseorang kanak-kanak lelaki dikenakan hukuman sebatan tidak lebih daripada 10 kali sebatan apabila disabitkan dengan kesalahan melakukan jenayah.

“Walau bagaimanapun, berdasarkan perkembangan psikologi dan selaras dengan CRC, kementerian bercadang untuk memansuhkan hukuman tersebut,’’ jelas kenya­taan tersebut.

Kata kenyataan itu, kementerian juga akan meneruskan tradisi amalan perundingan secara berterusan bersama-sama semua pihak berkepentingan dalam penggubalan undang-undang baharu.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kecederaan-fizikal-emosi-disabitkan-jenayah-1.52568#sthash.h4CyHqCn.dpuf

Friday, 23 January 2015

Thursday, 22 January 2015

Visa pelancong China

Kabinet lulus pengecualian bayaran visa

SAIFULIZAM MOHAMAD | 22 Januari 2015 1:57 AM


Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan cenderamata kepada Meng Hongwei ketika menerima kunjungan Timbalan Menteri Keselamatan Awam China itu di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya, semalam. – BERNAMA

PUTRAJAYA 21 Jan. - Mesyuarat Kabinet hari ini meluluskan pengecualian bayaran bagi permohonan visa untuk rakyat China yang mahu melancong ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ekoran keputusan tersebut, pelancong China yang datang ke Malaysia tidak perlu membuat bayaran visa sebanyak RM46.

Beliau berkata, keputusan Kabinet itu akan dimaklumkan secara rasmi kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di China serta Konsul-konsul Jeneral yang berada di republik itu.

“Saya mengharapkan semuanya boleh dilaksanakan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina akan datang,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Keselamatan Awam, China, Meng Hongwei di pejabatnya, di sini hari ini.

Dalam Perutusan Khas Perdana Menteri Tentang Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan visa akan diberi secara percuma kepada pelancong antaranya dari China.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan pengumuman Perdana Menteri itu hanya berkaitan dengan pengecualian pembayaran visa.

“Visa tetap perlu dipohon cuma mereka diberikan pengecualian bayaran RMB80. Mereka tidak perlu lagi membuat pembayaran visa untuk melancong ke Malaysia,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/visa-pelancong-china-1.50994#sthash.RaJvRSc1.dpuf


Malaysia bakal hilang 540,000 pelancong China ( TAK PE DARIPADA 540,000 ORANG NI HILANG DI MALAYSIA DAN JADI GRO/PELACUR DAN PENGUNDI HANTU )


22 Januari 2015 1:43 AM

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Langkah kerajaan untuk tetap mengenakan visa kepada pelancong China dijangka menyebabkan negara kehilangan kira-kira 540,000 pelawat dari negara itu setiap tahun.

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Hamzah Rahmat berkata, kerajaan seharusnya mengambil peluang memberikan pengecualian visa kepada pelancong China dan bukannya sekadar visa tanpa bayaran bagi menarik rakyat negara itu melawat ke Malaysia.

Katanya, membayar visa bukanlah isu utama bagi pelancong China yang dikenali berkemampuan untuk berbelanja besar di peringkat global sebaliknya yang membataskan mereka untuk melawat negara ini adalah kesukaran untuk memohon dan masa menunggu kelulusan visa.

“Pengecualian bayaran visa bukanlah satu perkara besar. Negara dijangka hanya mampu menarik kehadiran 1.76 juta pelancong China tahun ini berbanding 2.3 juta sekiranya membenarkan mereka memasuki negara ini tanpa visa selama 14 hari,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa pemberian visa secara percuma akan diberikan kepada pelancong antaranya dari China.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertegas untuk tidak memberikan pengecualian visa kepada pelancong China atas faktor keselamatan tetapi pada masa sama kerajaan gagal menghalang kemasukan lebih tiga juta pekerja asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

“MATTA menegaskan pengecualian visa perlu diberikan bagi menarik lebih ramai pelancong (China) ke negara ini. Pemberian visa secara percuma hanya akan mengakibatkan negara kerugian berbilion ringgit yang amat diperlukan bagi membantu memulihkan ekonomi negara,” katanya.- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/malaysia-bakal-hilang-540-000-pelancong-china-1.50967#sthash.lcVzKXdL.dpuf

KOMEN : BIASALAH KENYATAAN MATTA NI..MEMBANTU EKONOMILAH KONON, TAPI BILA PELANCUNG JADI PELACUR LEPAS TANGAN PADA POLIS...SUDAH2LAH KENYATAAN ZAMAN BATU TU...

The Herald tidak dibenarkan guna kalimah Allah

NORLIZAH ABAS | 22 Januari 2015 1:41 AM


PENGARANG majalah mingguan The Herald, Paderi Lawrence Andrew ditemubual media selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Gereja Roman Katolik menggunakan kalimah Allah di Putrajaya, semalam – Utusan/MOHD. NAJIB MOHD. NOR

PUTRAJAYA 21 Jan. - Pertikaian isu kontroversi berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan bahasa Melayu dimuktamadkan apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan semakan yang dikemukakan oleh Gereja Roman Katolik.

Ini bermakna pihak gereja dilarang sama sekali menggunakan kalimah suci itu dalam penerbitan The Herald versi bahasa Melayu sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013.

Ketetapan sebulat suara itu dicapai oleh panel lima hakim mahkamah tertinggi negara diketuai oleh Tan Sri Abdull Hamid Embong yang bersidang bersama Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Azahar Mohamed.

Gereja Roman Katolik memohon menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan terdahulu yang tidak membenarkannya merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang tidak memihak kepadanya.

Mahkamah berpuas hati bahawa permohonan pihak gereja gagal melepasi ‘bendul’ (threshold) atau tahap tertentu yang membolehkan permohonan semakan di bawah Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995, dibenarkan.

Pada hemat kuorum itu, Mahkamah Persekutuan terdahulu tidak melakukan sebarang ketidakadilan prosedur ketika menolak permohonannya bagi mendapat kebenaran merayu.

Hakim Abdull Hamid ketika membacakan keputusan ringkasnya menjelaskan, ketidakadilan prosedur merupakan salah satu daripada empat elemen yang membolehkan permohonan semakan dibenarkan.

Tiga lagi elemen ialah berat se­belah, kegagalan kuorum bersidang serta penipuan dan perkara itu telah dimuktamadkan dalam beberapa keputusan antaranya dalam kes bekas pengarah urusan kumpulan Kian Joo Can Factory Bhd. (KJCF), Datuk See Teow Chuan.

Prinsip dalam kes itu menyatakan, hak untuk menyemak kes Mahkamah Persekutuan hanya diberikan jika melibatkan keadaan kes yang terkecuali dan jarang berlaku.

Panel tersebut berpendirian, pendekatan yang ketat itu telah diamalkan sejak berabad-abad lamanya oleh undang-undang Inggeris bahawa sebarang pertikaian di mahkamah rayuan tertinggi perlu ada titik penyudahnya.

Hakim Abdull Hamid selanjutnya menyatakan, peguam Datuk Dr. Cyrus V. Dass yang mewakili pihak gereja membangkitkan isu bahawa Mahkamah Persekutuan terdahulu melakukan ketidakadilan prosedur ketika menolak kebenaran merayu.

Hujah peguam bela, perkara itu berhubung Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Dalam Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dan pandangan hakim bersidang berkaitan isu kepentingan awam.

Bagaimanapun, mahkamah tidak bersetuju dengan penghujahan Dass yang menyatakan panel terdahulu melakukan ketidakadilan prosedur kerana membuat keputusan berdasarkan butiran yang tidak dihujahkan oleh mahkamah sebelumnya.

“Kami telah membincangkan penghujahan yang dikemukakan serta prinsip dalam Kaedah 137 dan berpuas hati bahawa Mahkamah Persekutuan terdahulu tidak mela­kukan ketidakadilan prosedur ketika menolak permohonan gereja bagi mendapat kebenaran merayu,’’ ujar beliau.

Dengan keputusan itu, Gereja Roman Katolik terlepas segala peluang untuk merayu keputusan terdahulu yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald versi bahasa Melayu.

Pada 23 Jun tahun lalu, panel tujuh hakim Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-3 menolak permohonan gereja bagi mendapat kebenaran merayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel bersidang mencapai keputusan majoriti bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Suriyadi Halim Omar.

Sementara itu, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha mencapai keputusan yang berten­tangan.

Pemohon menamakan Menteri Dalam Negeri, kerajaan Malaysia, pihak berkuasa agama terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah, Selangor dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) selaku responden pertama hingga kesembilan.

Pada 2009, Gereja Roman Katolik diketuai Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 memutuskan bahawa perintah KDN tersebut adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.

Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutamanya bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/the-herald-tidak-dibenarkan-guna-kalimah-allah-1.50956#sthash.HPgQ39AC.dpuf


Kutukan Dewata: BIJAKSANANYA HERO-HERO MALAYSIA SETANDING TUN PERA...

Kutukan Dewata: BIJAKSANANYA HERO-HERO MALAYSIA SETANDING TUN PERA...: Yang dibenci rupa-rupanya seorang HERO.   THE GREAT DAWN RAID SEPTEMBER 1981  hubungannya dengan Melayu-Cina Pertama kali be...

SEMUT HITAM: BILA OSTAD POPULAR CERITA PASAL "LAMPU MERAH"!!!

SEMUT HITAM: BILA OSTAD POPULAR CERITA PASAL "LAMPU MERAH"!!!: Ada seorang sahabat tunjuk video lama seorang Ostad yang cukup popular ni sedang memberi ceramah, cerita pasal 'Lampu Merah' dan ...

APANAMA: Apa yang akan bertukar ?

APANAMA: Apa yang akan bertukar ?: Demikian kupasan Tan Sri Sanusi Junid ( video Din Turtle )  yang ringkas tetapi amat mendalam lagi tepat. Jangan pula selepas ini ada org...

Wednesday, 21 January 2015

BAJET 2015 : LANGKAH PENJIMATAN NEGARA


Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:


Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit


Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Perdana Menteri

YB Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Menteri Kewangan Kedua

YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa
Ketua Setiausaha Negara

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

(Mukadimah)

1. Pertama-tamanya, marilah kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini. Begitulah ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

2. Dalam Majlis ini, kita berhimpun bersama-sama, sebahagian pimpinan dan para pentadbir, penjawat awam, ketua-ketua industri dan orang-orang korporat, wakil-wakil kedutaan, golongan NGO dan para sukarelawan. Seterusnya, yang dikasihi seluruh rakyat Malaysia, sama ada yang di dalam dewan, atau yang sedang menonton juga mendengar perutusan khas ini.

3. Tujuan saya berucap, adalah untuk memberi penjelasan terkini tentang perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara. Mutakhir ini, terdapat laporan-laporan, kebimbangan dan pertanyaan terutamanya berkait harga minyak dan kedudukan nilai matawang ringgit.

4. Ketahuilah bahawa, Kerajaan memang sentiasa memantau keadaan ini sejak awal. Sehubungan itu, hari ini, Kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah proaktif, untuk membuat pengubahsuaian yang spesifik, bagi menjajar semula dasar-dasar kita, beriring dengan perubahan senario ekonomi global, yang faktor-faktornya, berada di luar kawalan kita. Ini dilakukan, untuk kita terus mencapai pertumbuhan ekonomi yang menyakinkan lagi boleh dibanggakan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

5. Dalam erti kata lain, I am here today to announce specific and proactive measures to align ourselves with the recent global economic developments.

6. We are not in crisis. Indeed, we are taking preemptive measures following the changes of the external global economic landscape, which are beyond our control.

7. This is to ensure that our economy continues to attain a respectable and reasonable growth. And at the same time, we want to ensure and must ensure development of the nation and socio economic welfare of the people to be continue to be the main focus of the government.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

8. Sesungguhnya takwim 2014 yang lalu, merupakan tahun yang amat mencabar dan begitu menduga bagi kita dengan pelbagai tragedi.

9. Pada penghujung tahun lepas, Malaysia diuji dengan musibah banjir yang luar biasa. Ia telah melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara Semenanjung, antaranya Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.

10. Di beberapa negeri lain, sungguhpun tidak begitu kritikal, banjir turut memberi kesan kepada penduduk di sesetengah tempat di Johor, Sabah dan Sarawak.

11. Demikianlah, seperti yang difirmankan bahawa, manusia merancang, Allah merancang, sesungguhnya Allah jualah sebaik-baik Perancang.

12. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah, dalam segala kudrat Kerajaan dan pentadbiran, kita telah cuba merencana, merangka, menyusun dan berikhtiar untuk melaksanakan setiap sesuatu dengan sehabis baik demi kepentingan dan keperluan rakyat.

13. Justeru, jika diimbau, secara keseluruhannya, kira-kira hanya sekitar tiga bulan lebih yang lalu, sewaktu Bajet 2015 dibentangkan, perancangan Kerajaan adalah berpremiskan, antaranya, pertama, unjuran harga minyak Dated Brent pada kadar 100 dolar Amerika setong.

14. Kedua, pertumbuhan ekonomi atau Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dijangka mencatat antara 5 hingga 6 peratus. Ketiga, kadar pertukaran matawang yang kekal stabil pada 3.2 ringgit berbanding dolar Amerika; dan

15. Keempat, semasa bajet itu digubal, pertumbuhan ekonomi dunia pada 2015 diunjurkan oleh World Bank dan IMF adalah pada kadar 3.4 dan 3.9 peratus. Kini, mereka telah mengkaji semula kadar dan meletakkan paras yang lebih rendah di antara 3 hingga 3.8 peratus.

16. Perlu difahami juga, sewaktu Bajet 2015 digubal, it was based on strong fundamentals, yakni asas 2014 yang teguh. Oleh sebab itulah, defisit fiskal tahun 2015 telah diunjurkan pada kadar 3 peratus, berbanding pada kadar 3.5 peratus pada 2014.

17. Walau bagaimanapun, kontemporari ini, mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa, persekitaran dan percaturan ekonomi dunia telah berubah, yang secara langsungnya memberi impak kepada Malaysia sebagai, antara negara yang mempunyai dagangan terbesar di dunia.

18. Maksudnya, berbanding situasi beberapa bulan yang lepas, kini, the global economic landscape has changed in very significant ways. Beberapa perkara pokok yang telah Kerajaan unjurkan, bagi merancang ekonomi dan kewangan negara, kini perlu disemak dan diperjelaskan kedudukan semasanya.

19. Turut dibangkitkan adalah keupayaan Kerajaan untuk mencapai sasaran fiskal pada tahun 2015. Ramai ingin tahu, persoalannya, berdasarkan situasi semasa ini, adakah ekonomi dan kewangan negara akan terjejas?

20. Oleh yang demikian, perutusan khas hari ini disampaikan supaya rakyat Malaysia mendapat penjelasan langsung daripada Kerajaan tentang perkara ini. Saya juga turut akan mengumumkan beberapa strategi, berikutan kedudukan ekonomi semasa.

21. Sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab, kita akan terus merintis serta mencari jalan bagi mempastikan negara terus membangun dan kesejahteraan rakyat terjamin.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

22. Kita sedar mutakhir ini, wujud pertanyaan di kalangan rakyat, komuniti perniagaan dan para penganalisis bersabit kejatuhan mendadak harga minyak mentah dunia ke atas ekonomi Malaysia.

23. Merujuk kepada trend harga minyak mentah global, dalam tempoh enam bulan kebelakangan ini, ia telah menjunam lebih 50 peratus. Ini adalah disebabkan, salah satunya, oleh kerana lebihan bekalan dan permintaan global yang berkurangan.

24. Selain daripada itu, ini juga adalah disebabkan oleh pengeluaran gas dan minyak shale yang meningkat ketara di Amerika Syarikat berikutan kemajuan teknologi industri pengeluaran minyak.

25. Dalam masa yang sama, keadaan ini menjadi lebih buruk, dengan pertambahan bekalan daripada kalangan negara-negara bukan OPEC. Manakala, negara-negara OPEC pula enggan mengurangkan pengeluaran mereka bagi mengekalkan penguasaan pasaran.

26. Di sinilah pihak Kerajaan sering ulang-ulangkan dan berharap, agar rakyat dapat sama-sama memahami bahawa, isu harga minyak mentah bukanlah sesuatu yang berada dalam kawalan langsung Kerajaan Persekutuan kita.

27. Kerana itulah, penanda aras harga minyak mentah Dated Brent terkini telah turun kepada sekitar 48 dolar Amerika setong pada hari semalam, yakni 19 Januari 2015. Walaupun begitu, para penganalisis menjangkakan harga minyak akan mengambil tempoh tertentu untuk kembali stabil.

28. Tuan-Tuan dan Puan-Puan, apabila berlakunya penurunan harga minyak seperti sekarang ini, hikmahnya, ia membawa manfaat kepada negara pengimport bersih minyak seperti Malaysia.

29. Sebagai contoh, apabila pengurangan harga runcit petrol dan diesel pada 35 dan 30 sen seliter baru-baru ini, tambahan pendapatan boleh guna atau disposable income pengguna rakyat Malaysia secara kasarnya adalah di sekitar 7.5 bilion ringgit. Dengan andaian pengguna membelanjakan 40 peratus daripada jumlah tersebut, ini akan meningkatkan penggunaan swasta sebanyak 3 bilion ringgit.

30. Selain itu, Bank Dunia mengunjurkan bahawa, harga minyak mentah yang lebih rendah akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi global. Malah, penurunan harga minyak sebanyak 30 peratus, mampu meningkatkan pertumbuhan KDNK dunia sehingga 0.5 peratus.

31. Ini secara tidak langsung, akan juga memberi kelebihan kepada permintaan produk buatan Malaysia. Dengan kedudukan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin kukuh pula, permintaan terhadap eksport Malaysia terus mampan terutamanya bagi produk elektrik dan elektronik.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

32. Ironisnya, kejatuhan harga minyak mentah dunia, memberi impak secara langsung dalam mengurangkan pendapatan negara. Pendapatan inilah, yang Kerajaan gunakan bagi tujuan pembangunan seperti membina sekolah-sekolah, jalan raya dan rumah-rumah ibadat. Ia juga digunakan antaranya, untuk perbelanjaan termasuklah seperti gaji penjawat awam, kos ubat-ubatan di hospital Kerajaan, subsidi pertanian dan kos perbelanjaan keselamatan untuk anggota RELA, tentera. polis dan sebagainya.

33. Seperti yang telah saya nyatakan tadi, harga minyak mentah dunia telah menjunam. Berdasarkan paras tertinggi minyak mentah Dated Brent, iaitu sebanyak 115 dolar Amerika setong, yang direkodkan pada 19 Jun 2014, harga semasa telah menunjukkan kemerosotan melebihi 50 peratus.

34. Selaras itu, ahli-ahli ekonomi berpendapat bahawa unjuran paras harga asas 100 dolar Amerika setong semasa Bajet 2015 dibentangkan, adalah tidak lagi realistik. Mereka kini, mengganggarkan purata harga minyak bagi tahun 2015 adalah antara 40 hingga 70 dolar Amerika setong.

35. Lantaran itulah, Kerajaan perlu menyemak semula untuk merendahkan unjuran purata paras harga asas minyak, kepada 55 dolar Amerika setong bagi tahun 2015 ini, berasaskan kepada unjuran bajet yang disemak kembali.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

36. Jika berasaskan kepada harga minyak mentah pada 100 dolar Amerika setong, serta mengambil kira penjimatan dari pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak mulai Disember 2014, Kerajaan dijangka memperoleh tambahan lebihan semasa akaun fiskal, sebanyak 3.7 bilion ringgit.

37. Dalam kata lain, seandainya harga minyak mentah kekal pada 100 dolar Amerika setong, Kerajaan mampu menampung pelaksanaan semua langkah yang telah diumumkan dalam Bajet 2015, dengan sasaran defisit fiskal tidak melebihi 3 peratus.

38. Namun begitu sebaliknya, pada harga 55 dolar Amerika setong yang diunjurkan sekarang, Kerajaan akan mengalami pengurangan hasil sebanyak 13.8 bilion ringgit.

39. Maknanya di sini, jika dibuat perbandingan, di antara angka-angka semakan terkini dengan Bajet 2015, yang telah dibentangkan pada Oktober lalu, sekalipun peruntukan subsidi bahan api dapat dijimatkan sebanyak 10.7 bilion ringgit, melalui pelaksanaan mekanisme pengapungan terkawal harga runcit minyak, namun, Kerajaan masih mengalami kekurangan hasil sebanyak 8.3 bilion ringgit, bagi menampung langkah-langkah Bajet 2015.

40. Jelasnya, jika dibiarkan, paras deficit tanpa intervensi kerajaan, defisit akan meningkat kepada 3.9 peratus daripada KDNK, berbanding sasaran 3 peratus bagi tahun 2015.

41. Keadaan ini, memaksa Kerajaan mengambil langkah untuk mengurangkan defisit, selaras dengan komitmen kerajaan ke arah konsolidasi fiskal.

42. Oleh itu, dengan mengambilkira unjuran yang disemak tersebut, kita dengan ini, menetapkan sasaran defisit yang dikaji semula kepada 3.2 peratus, daripada KDNK pada tahun 2015.

43. Kadar ini masih rendah berbanding defisit fiskal 3.5 peratus daripada KDNK pada tahun 2014. Dan realitinya, dengan faktor luaran ini, kita harus menerima hakikat, bahawa kita tidak mungkin mencapai sasaran asal Bajet, dengan defisit fiskal pada kadar 3 peratus daripada KDNK seperti yang telah diumumkan. Namun yang penting, adalah komitmen kita, untuk terus mengurangkan defisit fiskal daripada paras 3.5 peratus pada penghujung tahun sudah.

44. Yang paling utama juga, kita tidak akan berkompromi ke atas perancangan pembangunan negara, kerana ia akan meningkatkan kapasiti produktif kepada ekonomi negara. Sekaligus, kita tidak akan sesekali mengabaikan kebajikan semua rakyat, khususnya golongan pendapatan isi rumah 40 peratus terbawah atau the bottom 40

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

45. Seperkara lagi yang perlu diketahui oleh kita semua, perihal turun-naik nilai matawang, asasnya, adalah berdasarkan pengaruh ekonomi global. Oleh kerana itu, Ringgit bukanlah satu-satunya mata wang yang nilainya menyusut berbanding dolar Amerika. Malah, hampir semua mata wang serantau turut menyusut berbanding dolar Amerika sejak September 2014.

46. Ketidaktentuan dalam aliran modal dan penyusutan nilai ringgit yang signifikan baru-baru ini juga, disebabkan kebimbangan terhadap impak kejatuhan harga minyak yang mendadak ke atas ekonomi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian,

47. Sehubungan itulah, Kerajaan perlu mempastikan perkara-perkara berikut dipantau dengan sebaik mungkin. Pertama, akaun semasa dalam imbangan pembayaran, perlu sentiasa kekal dalam lebihan. Kedua, meneruskan langkah-langkah fiscal reform dan consolidation dan ketiga, aktiviti ekonomi negara perlu terus dipelbagai dengan sewajarnya, supaya negara mampu menghadapi kejatuhan harga minyak dan komoditi.

48. Namun begitu, Kerajaan yakin kadar tukaran Ringgit, akan mengalami penyesuaian dalam tempoh tertentu dan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Apa yang penting, our financial system continues to function in an orderly manner.

49. Paling mustahak, tiada gangguan kepada pengantaraan kewangan atau financial intermediation dengan aktiviti pinjaman kekal lancar. Selanjutnya, aktiviti perniagaan terus mendapat akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi perbankan dan pasaran modal.

50. Pucuk pangkalnya, Kerajaan yakin, kesemuanya ini, diiringi dengan polisi atau dasar yang lebih dinamik, rizab antarabangsa yang mencukupi dan kukuh, pasaran kewangan yang pelbagai dan mendalam, sistem perbankan yang teguh serta pelabur institusi tempatan yang kukuh, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, akan terus meningkatkan daya tahan Malaysia untuk menampan sebarang turun naik aliran modal.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

51. Menyentuh tentang Imbangan Akaun Semasa negara pula, perlu diketahui bahawa ia berkait langsung dengan imbangan perdagangan import dan eksport.

52. Seperti yang ramai tahu, kita merupakan negara pengeksport minyak. Maka, wujudlah tanggapan bahawa, apabila harga minyak merudum baru-baru ini, pendapatan daripada eksport keseluruhan kita, akan turut merosot secara mendadak, yang seterusnya mengakibatkan berlakunya defisit akaun semasa.

53. Sesungguhnya, tanggapan ini tidak benar. Sebetulnya, bagi minyak mentah, kita merupakan pengeksport bersih dengan nilai lebihan eksport sebanyak 7.7 bilion ringgit, untuk tempoh bulan Januari hingga bulan November 2014.

54. Manakala, bagi produk petroleum, kita adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 8.9 bilion ringgit untuk tempoh yang sama.

55. Justeru itu, dengan gabungan kedua-dua minyak mentah dan produk petroleum ini, kita sebenarnya adalah pengimport bersih dengan nilai lebihan import sebanyak 1.2 bilion ringgit.

56. Satu hakitat yang ramai tidak sedar. Oleh itu, tanggapan atau persepsi umum selama ini, bahawa Malaysia merupakan pengeluar minyak yang surplus atau berlebihan, adalah juga tidak tepat.

57. Sebaliknya, jika dicampur eksport serta import minyak mentah, dan ditolak produk petroleum, maka, Malaysia sebenarnya, merupakan negara pengimport bersih petroleum. Perkara ini namun tidak termasuk Gas Cecair Asli atau LNG, di mana Malaysia masih merupakan negara pengeksport bersih.

58. Tambahan lagi, situasi kita masih utuh, berikutan kejayaan kita selama ini dalam mempelbagaikan ekonomi negara, sehingga dapat menampung kejatuhan harga minyak.

59. Sememangnya lagi, kesan kejatuhan harga minyak, dijangka dapat ditampung oleh peningkatan permintaan bagi barangan pembuatan seperti barangan elektrik dan elektronik, produk berasaskan kayu-kayan, produk tekstil serta lain-lain, yang terdiri daripada 76 peratus jumlah eksport. Manakala, eksport minyak mentah hanyalah mewakili 4.5 peratus daripada jumlah eksport.

60. Bersandarkan yang demikian, Kerajaan yakin imbangan akaun semasa akan kekal mencatat lebihan pada tahun ini, walaupun nilainya mengecil kepada 2 hingga 3 peratus, daripada Pendapatan Negara Kasar atau PNK, berbanding pada 2014, imbangan lebihan semasa dianggar mencatat 5.1 peratus daripada PNK.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

61. Jelasnya, sebentar tadi, saya telah menghuraikan beberapa isu atau perkara yang akan memberi impak yang besar kepada ekonomi negara. Berdasarkan situasi ini, Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah bagi mempastikan pertumbuhan ekonomi berada pada landasan yang kukuh. Insya-Allah, kita mampu mencapai pertumbuhan KDNK antara 4.5 hingga 5.5 peratus pada tahun ini, dengan melaksanakan strategi-strategi berikut.

Pertama: Mempastikan pertumbuhan ekonomi yang balanced, inclusive and sustainable yakni seimbang, inklusif dan mampan;

Kedua: Meneruskan fiscal reform and consolidation; serta

Ketiga: Menyediakan bantuan kepada rakyat dan komuniti perniagaan bagi membina semula infrastruktur yang terjejas akibat banjir.

62. Strategi Pertama: Mempastikan Pertumbuhan Ekonomi Yang Seimbang, Inklusif Dan Mampan. Bagi merancakkan eksport barangan dan perkhidmatan, beberapa tindakan berikut akan diambil:

Pertama, mempromosi secara aktif perkhidmatan gantian-import atau import-substitution seperti perkhidmatan perkapalan, pelabuhan, pendidikan dan profesional. Ini, bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar bagi perolehan barangan dan perkhidmatan;

Kedua, menyegerakan pelaksanaan cadangan daripada National Export Council iaitu, membantu pengeksport terutamanya Perusahaaan Kecil dan Sederhana atau PKS untuk mendapat prospek pelanggan baharu di pasaran yang baharu, di bawah program jaringan antarabangsa menggunakan penghubung pasaran dan pakar industri.

Seterusnya, mempergiat program promosi eksport di 46 negara meliputi Asia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Syarikat; memperkenalkan SME-Go melalui SME Bank, sebuah program eksport untuk PKS, dan memanfaatkan Dana Perkhidmatan Eksport serta program promosi PKS untuk meningkatkan kemampanan eksport ke luar negara;

Ketiga, menambah baik last mile connectivity ke Pelabuhan Klang seperti jalan masuk, jaringan landasan dan sistem pengurusan trafik, bagi mempercepatkan pelaksanaan Logistik dan Fasilitasi Dagangan.

Selain itu, menaik taraf terminal keretapi Padang Besar; menambah baik kecekapan operasi proses import dan eksport, serta menubuhkan sistem hab dan jaringan perhubungan udara;

Keempat, mempergiatkan keseluruhan industri pelancongan negara;

Kelima, mengambil langkah-langkah untuk mengkaji semula kadar levi yang dikenakan ke atas pekerja-pekerja asing; dan

Keenam, visa diberi secara percuma kepada para pelancong antaranya dari negara China

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Selanjutnya, bagi meningkatkan penggunaan swasta pula, Kerajaan akan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

Pertama, memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan kelas G1 yakni kelas F, G2 yakni kelas E dan G3 yakni kelas D, yang berdaftar dengan CIDB, untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih di kawasan masing-masing yang terjejas akibat banjir;

Kedua, mempergiatkan promosi pembelian barangan buatan Malaysia;

Ketiga, meningkatkan kekerapan dan memanjangkan tempoh operasi jualan mega di seluruh negara;

Keempat, mempergiatkan promosi pelancongan domestik dengan menawarkan tambang penerbangan yang kompetitif; dan

Kelima, menggalakkan sektor swasta meraih peluang daripada pewujudan Komuniti Ekonomi ASEAN.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Seterusnya, dalam usaha merancakkan pelaburan swasta di Malaysia, Kerajaan akan:

Pertama, menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah 5 bilion ringgit kepada PKS dalam Sektor Perkhidmatan, dengan pembiayaan maksimum 5 juta ringgit dan jaminan Kerajaan sebanyak 70 peratus;

Kedua, menggalakkan GLC dan GLIC melabur dalam negara;

Ketiga, mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015; dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015;

Keempat, memperuntukkan 30 peratus daripada perbelanjaan tahunan agensi Kerajaan dan GLC untuk perolehan bekalan serta perkhidmatan kepada PKS tempatan bertaraf pembuat; dan

Kelima, mempergiatkan penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

63. Seterusnya, Strategi Kedua: Meneruskan Fiscal Reform and Consolidation

Antara langkah yang akan diambil bagi meningkatkan hasil Kerajaan adalah:

Pertama, meluaskan asas percukaian dengan menggalakkan syarikat mendaftar dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, bagi meningkatkan hasil daripada kutipan GST. Ini akan menyumbang kepada tambahan kutipan GST sebanyak satu bilion ringgit. Sehingga pertengahan Januari 2015, lebih 304 ribu syarikat telah berdaftar; dan

Kedua, meningkatkan kutipan dividen daripada GLC dan GLIC serta badan-badan Kerajaan yang lain yang dapat menyumbang tambahan hasil sebanyak 400 juta ringgit

Bagi langkah merasionalisasi perbelanjaan pula, Kerajaan akan:

Pertama, mengoptimumkan perbelanjaan ke atas bekalan dan perkhidmatan, penganjuran majlis dan mesyuarat serta perkhidmatan profesional yang memberi penjimatan sebanyak 1.6 bilion ringgit;

Kedua, menangguhkan Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015, dengan penjimatan sebanyak 400 juta ringgit bagi membolehkan program dikaji semula dan ditambah baik;

Ketiga, mengkaji semula pemberian dan geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan, terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan yang konsisten dan rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka memberi penjimatan sebanyak 3.2 bilion ringgit; dan

Keempat, menjadualkan semula pembelian aset tidak kritikal terutamanya peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang mampu memberi penjimatan sebanyak 300 juta ringgit

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

64. Strategi Ketiga adalah Penyediaaan Bantuan Kepada Rakyat Dan Komuniti Perniagaan Serta Membina Semula Infrastruktur Yang Terjejas Akibat Banjir

Banjir baru-baru ini, telah melibatkan sekitar 400 ribu mangsa di seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur mencecah hampir 2.9 bilion ringgit.

Antara tindakan yang telah dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mangsa-mangsa banjir, adalah seperti berikut:

Kerajaan telah menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak 500 juta ringgit sebagai bantuan permulaan, atau initial allocation untuk kerja-kerja baik pulih, dan program kebajikan mangsa banjir, tambahan kepada tabung Majlis Keselamatan Negara, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 787 juta ringgit;

Sebagai peruntukan awalan, Kerajaan menyediakan 800 juta ringgit untuk membaiki dan membina semula infrastruktur asas seperti sekolah, hospital, jalan raya dan jambatan;

Menyediakan 893 juta ringgit bagi Bajet 2015 untuk rancangan tebatan banjir;

Membina rumah-rumah kampung bertiang atau stilt houses setinggi 8 kaki yang telah musnah akibat banjir kepada mereka yang mempunyai tanah sendiri;

Menyerahkan 1,000 unit rumah kos rendah yang sudah siap di Gua Musang;

Memberi bantuan 500 ringgit bagi setiap keluarga yang terlibat bermula hari ini; dan

Menghulur sumbangan 5 ribu ringgit kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga.

65. Bagi perniagaan yang terjejas pula, tambahan 100 juta ringgit disediakan kepada TEKUN dan 100 juta ringgit kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), bagi menyediakan pinjaman mudah untuk menyokong PKS dan perusahaan mikro.

66. BSN, Agrobank, SME Bank, TEKUN dan AIM akan menangguhkan tempoh bayaran balik pinjaman yang telah diambil, sehingga enam bulan.

67. Berkait itu, Bank Negara Malaysia akan menubuhkan Special Relief Facility, berjumlah 500 juta ringgit untuk menyediakan pembiayaan pinjaman SME pada kadar yang lebih rendah (concessionary rate) iaitu 2.25 peratus, dengan penangguhan tempoh bayaran balik pinjaman sehingga enam bulan melalui institusi pembangunan kewangan dan perbankan.

68. Bank Rakyat pula, akan menawarkan Skim Pinjaman Peribadi sehingga 50 ribu ringgit pada kadar keuntungan serendah 3.9 peratus, dan bayaran balik pinjaman bermula selepas enam bulan dari tarikh pengeluaran.

69. Selain itu, sejumlah 500 juta ringgit akan disediakan oleh institusi kewangan dengan jaminan pembiayaan sebanyak 70 peratus di bawah Skim Jaminan Pinjaman Bantuan Banjir. Skim ini akan diuruskan oleh ProKhas; dan

70. Pengecualian pembayaran levi oleh majikan kepada Tabung Pembangunan Sumber Manusia, untuk tempoh enam bulan bagi PKS di kawasan yang terjejas berkuat kuasa 1 Februari 2015.

(Penutup)

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

Secara keseluruhannya, dalam perutusan saya pada pagi ini, dapat saya rumuskan 6 perkara as the key take-away points:

Pertama, kita bukan di dalam keadaan gawat atau krisis, seperti mana pada tahun-tahun 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti tahun 2009 yang lalu, sehingga pakej-pakej stimulus perlu dilaksanakan.

Kedua, Strategi-strategi Kerajaan yang diumumkan tadi, adalah langkah proaktif untuk melakukan penyesuaian atau adjustment, berikutan faktor-faktor luaran yang di luar kawalan kita. Ini merupakan satu reality check, berikutan antaranya perubahan harga minyak dunia.

Ketiga, Akaun Semasa dalam Imbangan Pembayaran kita, Insya-Allah, dijangka kekal positif dan tidak berada dalam defisit.

Keempat, Pasaran kewangan tetap teratur dan kukuh. Malah, matawang ringgit, walaupun mengalami penyesuaian ketika ini, akan kembali ke paras yang menggambarkan asas ekonomi yang kukuh. Insya-Allah.

Kelima, Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang diperuntukkan dalam Bajet 2015 sebanyak 48.5 bilion ringgit tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.

Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy, yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo.

Di samping itu, projek-projek MRT jajaran kedua, LRT dan High Speed Rail Kuala Lumpur-Singapura, Rapid di Pengerang akan tetap diteruskan.

Malah, pada bulan Mei nanti, saya akan membentangkan Rancangan Malaysia Kesebelas, bagi merencanakan pula perbelanjaan pembangunan negara sehingga tahun 2020, dan akhirnya;

Yang ke-enam, Perbelanjaan Mengurus atau Operating Expenditure dijangka akan dikurangkan sebanyak 5.5 bilion ringgit, dengan mengutamakan perbelanjaan yang benar-benar diperlukan sahaja.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sekalian,

71. Akhir kalam, marilah kita banyakkan berdoa, dan bertawakkal supaya Allah SWT sentiasa memberi bantuan-Nya, kepada ikhtiar-ikhtiar kita dalam terus membangun dan memakmurkan negara.

72. Sesungguhnya jua, dalam segala kudrat manusiawi, kepada Allah kita bergantung dan mengembalikan segala urusan. Apa yang paling mustahak, kepada seluruh rakyat Malaysia, sederap dalam satu solidariti, kita mampu menongkah dan melangkah apa jua cabaran serta rintangan yang mendatang.

73. Pastinya, pada setiap kesukaran itu, ada janji-janji kesenangan dan bahagia yang menanti.

74. Mudah-mudahan, Tuhan yang Maha Berkuasa terus melindung-lindung tanahair tercinta ini, dari segala keburukan dan mara bahaya. Bak kata orang tua-tua, kita berserah rugi dan untung, kepada Allah meminta tolong.

Sekian, Terima Kasih. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.