Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Wednesday, 11 September 2013

'Kerajaan sekat guna kalimah Allah elak kekeliruan agama'


SEKUMPULAN peguam yang diketuai oleh Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar (kanan) keluar rehat sebelum Mahkamah Rayuan menyambung semula mendengar rayuan kerajaan untuk mengetepikan keputusan terdahulu yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah mingguan Herald di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 10 Sept. - Kerajaan bertindak berlandaskan undang-undang ketika melarang majalah mingguan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya bagi mengelak kekeliruan agama yang boleh mengancam ketenteraman awam serta menimbulkan sensitiviti keagamaan.

Arahan bertarikh 7 Januari 2009 yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri itu munasabah dan selaras dengan Enakmen-Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam (Negeri-Negeri).

Perkara tersebut dinyatakan sewaktu Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Kerajaan dan enam pihak lain yang tidak berpuas hati dengan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi membenarkan kalimah suci itu digunakan dalam seksyen Bahasa Melayu majalah tersebut.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh selepas mendengar penghujahan dalam mahkamah yang penuh sesak, menangguhkan keputusan hingga bulan depan.

Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan yang mewakili perayu-perayu sebelum itu berhujah, Menteri Dalam Negeri membuat pertimbangan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya boleh terancam jika kalimah Allah digunakan dalam penerbitan itu.

Beliau menyatakan, masyarakat Islam di negara ini amat sensitif terhadap perkara berhubung isu agama terutamanya penggunaan kalimah Allah yang merujuk kepada Tuhan bagi penganut agama itu.

''Kalimah Allah merupakan kalimah suci umat Islam dan diletakkan pada kedudukan yang paling tinggi yang kesuciannya mesti dipelihara. Ia merujuk kepada keesaan-Nya dan tidak boleh disamakan dengan konsep Triniti mengikut kepercayaan penganut Kristian,'' hujah beliau.

Sehubungan itu, Suzana menyatakan, kalimah Allah bukan semata-mata terjemahan kepada perkataan Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Herald tetapi merupakan kata nama khas bagi Tuhan untuk masyarakat Islam.

Dalam hujahnya, Suzana turut membangkitkan bukti baharu berhubung keharmonian kaum yang tercemar melalui afidavit yang menyatakan beberapa kejadian antaranya cubaan membakar gereja berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Beliau turut menyatakan, arahan tersebut merupakan tindakan awal menteri dan tidak memerlukan insiden sebenar yang menggugat ketenteraman awam berlaku terlebih dahulu sebelum membolehkan arahan dikeluarkan.

Sehubungan itu, kata beliau, tiada bukti yang menunjukkan menteri berkenaan bertindak atas niat jahat atau melaksanakan budi bicara secara tidak munasabah ketika mengeluarkan sekatan terhadap majalah berkenaan.

Sementara itu, peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman yang mewakili Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berhujah, kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain kerana kalimah itu hak eksklusif umat Islam dan tiada bukti menunjukkan perkataan itu sebahagian daripada agama Kristian.

''Jika seseorang menggunakan kalimah Allah, ia merupakan seorang Islam,'' hujah beliau. Abdul Aziz turut mempertikaikan terjemahan perkataan Allah kerana Injil yang asli adalah dalam bahasa Ibrani (Hebrew) yang kemudian diterjemahkan kepada bahasa Latin.

Menurut beliau, kitab terjemahan di Sabah dan Sarawak tidak asli kerana Bible dalam bahasa Inggeris yang telah diterjemahkan tidak mengandungi kalimah Allah.

Dalam pada itu, Mubashir Mansor yang berhujah bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menyatakan, sekatan itu munasabah bagi menghalang isi kandungan majalah itu yang turut boleh diakses secara dalam talian, disebarkan kepada umat Islam.

Peguam itu turut mempertikaikan penggunaan kalimah Allah yang diterjemahkan dalam seksyen bahasa Melayu kerana Kitab Bible versi bahasa Inggeris tidak terkandung kalimah berkenaan. Hujah Mubashir, Terengganu melaksanakan enakmen yang melarang penggunaan perkataan itu dalam kalangan bukan Islam dan mereka perlu mendapat kebenaran Sultan untuk menggunakannya.

Mahkamah turut mendengar penghujahan Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) yang menyatakan, Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam keputusannya kerana gagal menimbangkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan tidak boleh berdiri sama tinggi dengan agama lain.

Pada sebelah petang, Porres Royen yang mewakili Gereja Roman Katolik berhujah, penggunaan kalimah Allah tidak harus disekat kerana ia bukan merupakan satu kesalahan memandangkan perkataan itu hanya digunakan untuk penganut Kristian.

Beliau menghujahkan, isu yang ditimbulkan itu bukan perkara baharu kerana perkataan tersebut telah digunakan sejak zaman berzaman lamanya dan tiada perkataan lain yang lebih sesuai bagi menggantikan perkataan Tuhan melainkan dengan menggunakan kalimah Allah.

Seorang lagi peguam pihak gereja, Benjamin Dawson turut berhujah, kalimah Allah yang digunakan dalam bahasa Indonesia di Sabah dan Sarawak serta di negara jiran itu tidak langsung membangkitkan sebarang kekacauan.

Menurut beliau, perkataan itu merupakan yang sama digunakan dalam Bible dan juga al-Quran dan tidak sesuai untuk mengubahnya kerana telah lama digunakan dan penerbitan itu hanya khusus untuk penganut Kristian.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam agar Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan Herald daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
 

Tuesday, 10 September 2013

Jemaah haji perlu jaga imej negara



Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyampaikan cenderamata dan mengucapkan selamat jalan kepada 279 orang jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama terus dari Alor Setar ke Madinah di Kompleks Tabung Haji Kepala Batas, Alor Setar, Kedah, semalam. Turut hadir, Jamil Khir Baharom dan Mukhriz Mahathir. - BERNAMA

ALOR SETAR 9 Sept. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya menjaga nama baik negara sepanjang berada di Tanah Suci.

Seri Paduka bertitah, baginda tidak mahu jemaah haji Malaysia terpengaruh dengan pergolakan yang sedang berlaku di Asia Barat kerana tindakan seumpama itu boleh menjejaskan nama negara dan hubungan baik antara kerajaan Malaysia dengan Arab Saudi.

"Ikutilah segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi supaya segala urusan dapat dipermudahkan serta berjalan lancar," titah baginda semasa berangkat menyempurnakan Majlis Pelepasan Jemaah Haji 1434 Hijrah Wilayah Utara di Kompleks Haji dan TH Hotel di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji menerusi penerbangan terus julung kali dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, di sini ke Madinah.

Sebanyak lima penerbangan berlepas terus dari Alor Setar ke Madinah pada musim haji kali ini melibatkan 1,400 jemaah menggunakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) B777 bermula hari ini dan berakhir pada 13 September ini.

Berangkat sama Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Ahli-ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah iaitu Tunku Temenggung Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah; Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Panglima Besar Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim.

Yang turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Pengerusi Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail dan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Fahad A. H. Al-Rashid.

Tuanku Abdul Halim turut menasihatkan bakal jemaah haji agar memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mengerjakan ibadat tersebut dengan sempurna dan dikurniakan haji mabrur.

Titah baginda, para jemaah haji memerlukan pengorbanan tinggi dari segi mental, fizikal dan spiritual di samping penjagaan kesihatan dan kebersihan diri serta sekeliling yang baik.

Dalam pada itu, baginda mengucapkan tahniah kepada Tabung Haji dan agensi terlibat khususnya Kerajaan Kedah yang memberikan kerjasama untuk menjadikan penerbangan terus dari Alor Setar ke Madinah menjadi satu realiti.

Tuanku Abdul Halim juga mengucapkan syabas kepada Tabung Haji atas komitmennya untuk mengekalkan dan menambah baik kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada jemaah haji.

"Ini terbukti dengan penerbangan terus ke Tanah Suci dan terbinanya Kompleks Haji yang baharu untuk kemudahan para jemaah haji. Beta berharap Kompleks Haji dan TH Hotel yang beroperasi sepenuhnya pada musim haji tahun ini mampu memberikan lebih kemudahan, kelancaran dan keselesaan kepada bakal jemaah haji dalam urusan pelepasan," titah baginda.

Seri Paduka turut menyeru agar semua umat Islam Malaysia bersyukur kerana negara ini mempunyai sebuah organisasi seperti Tabung Haji yang menjadi salah satu ikon negara selain menjadi contoh kepada negara-negara Islam di seluruh dunia.
 

'Sanggup mohon tukar agama' - JAUH SESATNYA...




RAZALI Shahabudin (kiri) bersalaman dengan peserta Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bandar Baru Bangi, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Pengikut-pengikut tegar Syiah sanggup memohon untuk diisytiharkan keluar daripada Islam semata-mata bagi mengamalkan ajaran itu secara terbuka.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Razali Shahabudin berkata, perkara itu diketahui menerusi ratusan salinan surat permohonan yang diterima pihak Jakim.

Katanya, surat-surat yang turut disertakan bersama salinan kad pengenalan pengikut itu dengan jelas berniat untuk mendapatkan perkenan atau kelulusan Jakim bagi menukar agama.

"Kita tidak boleh berkompromi dalam konteks membanteras Syiah yang semakin serius ini, sama ada sedar atau tidak, kita betul-betul dicabar.

"Secara terang-terangan mereka menguji kekuatan iman dan kekuatan pegangan kita sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya ketika berucap dalam Nadwah Ulama Nusantara Kelima di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dekat sini hari ini.

Yang hadir sama, Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Mohd. Nasran Mohamad. Nadwah Ulama Nusantara yang bertemakan 'Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa' itu antara lain membincangkan cabaran yang dihadapi golongan ulama dalam menangani permasalahan yang dihadapi masyarakat kini.

Dalam perkembangan sama, menurut Razali, semua pihak harus mengambil tanggungjawab memerangi Syiah secara lebih agresif menerusi penjelasan kepada masyarakat tentang penyelewengan ajaran itu.

Katanya, langkah itu penting kerana isu penyelewengan fahaman Syiah melibatkan persoalan fundamental iaitu kedudukan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Memerangi Syiah dan mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah merupakan tanggungjawab fardu seluruh masyarakat terutama para ulama dan cendekiawan Islam, justeru Jakim menyeru golongan ini supaya perlu dan mesti sentiasa ke hadapan.

"Oleh itu, golongan ulama tidak boleh berselisih faham walaupun berbeza ideologi, sehingga mengabaikan penyatuan akidah dan melemahkan kedudukan agama," katanya.

Sementara itu, Razali berkata, Jakim komited melaksanakan forum dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sebagai salah satu usaha menjelaskan kepada golongan muda tentang isu-isu semasa Islam.

"Ruang dan peluang selama dua jam yang diberikan itu cukup istimewa kerana dapat berbincang dan menjelaskan secara terperinci tentang isu Syiah dan lain-lain permasalahan agama kepada pelajar-pelajar baharu," katanya.

Monday, 9 September 2013

Konspirasi dan fitnah kalimah syirik



KONSPIRASI gerakan Kristianisasi global sedang bergerak dengan begitu agresif termasuk di Malaysia. Paling mutakhir tuntutan mereka untuk diberi hak menggunakan kalimah Allah di dalam kitab dan penerbitan mereka! Apakah kesan yang akan terjadi kelak jika kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara kita?
Apakah nanti kita boleh menjamin apabila anak kita mengucapkan "La ila ha illalah - Tidak ada Tuhan melainkan Allah"; adakah kita yakin anak kita sedang merujuk kepada Allah sebagaimana yang difahami umat Islam sebagai Allah Maha Esa? Atau dia sedang merujuk kepada Allah Triniti Tiga dalam Satu yang cuba disogok kepada kita oleh missionari Kristian - Allah Bapa, Allah Putera dan Allah Roh Kudus!

Inilah yang perlu kita fahami. Itulah kesan secara langsung yang akan berlaku jika pihak Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam negara ini. Dalam satu insiden perkahwinan artis terkenal di sebuah negara jiran, pengantin lelakinya beragama Islam manakala wanitanya beragama kristian. Lalu si wanita ditanya apakah dia akan memeluk agama Islam menuruti bakal suaminya. Jawapan wanita pelakon terkenal lagi jelita ini wajar menjadi iktibar dan pengajaran buat kita: Apa perlu saya menukar agama! Bukankah tuhan saya dan tuhan dia sama - Allah! Na'uzubillah minzalik!

FIRMAN Allah SWT, "Sesungguhnya Yahudi dan Kristian selama-lamanya tidak akan sekali-sekali reda dan setuju dengan kamu (wahai umat Islam) selagi kamu tidak menurut cara kehidupan dan agama mereka. Katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah (yakni al-Quran) adalah benar dan cukup bagi kami. Tetapi jika kamu masih mahu menuruti mereka sedangkan sudah sampai kepada kamu ilmu kebenaran (yakni al-Quran), maka tidak akan ada bagimu pelindung dan pertolongan daripada Allah" (Al-Baqarah: 120)

TUNTUTAN TITULAR ARCHBISHOP KUALA LUMPUR

Kemelut isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh Titular Archbishop Kuala Lumpur (Gereja) masih berterusan. Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan pada 31 Disember 2009 yang membenarkan pihak Gereja menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka bernama The Herald.

Asas kepada keputusan itu antara lain adalah kerana kalimah Allah sudah diguna pakai oleh kristian di Sabah dan Sarawak buat sekian lama. Maka berdasarkan Artikel 3 dan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan, pihak gereja, kata Mahkamah, sewajarnya dibenarkan dan dijamin kebebasan menggunakan kalimah Allah dalam menjalankan amalan agama mereka.

Saya tidak bercadang mengupas kes ini kerana ia masih di peringkat rayuan yang akan didengar pada 22 September ini. Kita akan memberi ruang dan peluang supaya Mahkamah Rayuan dan sistem kehakiman Malaysia dibenarkan mendengar rayuan ini menurut lunas undang-undang sedia ada.

BIBLE AL-KITAB

Bagaimanapun, saya berpeluang membaca secara sepintas lalu sebuah terjemahan Bible dalam bahasa Melayu yang dipanggil Al-Kitab. Memandangkan ia diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, maka saya berhak untuk mengulas dan membuat komen yang sepatutnya tanpa bermaksud menghina atau memperlekeh agama kristian.

Satu perkara fundamental yang saya dapati setelah membaca Bible Al-Kitab versi Melayu ini ialah sebenarnya ia bukan Kitab Injil seperti yang umat Islam fahami. Ia sebenarnya adalah terjemahan kitab yang dipanggil Bible daripada versi bahasa Inggeris.

Selain al-Quran, kita umat Islam dituntut mempercayai kitab Taurah (Nabi Musa a.s), Injil (Nabi Isa a.s) dan Zabur (Nabi Daud a.s). Malah mempercayainya adalah sebahagian daripada Rukun Iman. Kita percaya sebagaimana al-Quran, kitab Taurah, Injil dan Zabur adalah wahyu daripada Allah. Sebab itu kita memanggil mereka yang beriman dengan kitab-kitab itu sebagai ahli kitab, dan kepercayaan mereka disebut sebagai agama wahyu.

Bagaimanapun, kita umat Islam mempercayai Kitab Taurah dan Injil yang asal sudah tidak ada, malah apa yang ada hari ini kita percaya telah diselewengkan. Saya tidak bercadang untuk membahaskan isu ini kerana menumpukan kepada isu kalimah Allah. Mungkin kita akan bahaskannya di forum yang lebih bersesuaian.

Yang kita tahu, apa yang dipanggil Bible oleh penganut Kristian sebenarnya adalah gabungan dua buah buku yang dipercayai kitab suci oleh umat kristian iaitu Old Testament (Kitab Perjanjian Lama) dan New Testament (Kitab Perjanjian Baru).

Kitab Perjanjian Lama dijadikan kitab suci bagi penganut agama Yahudi (selain Tsalmud dan lain-lain). Kitab Perjanjian Lama ini adalah kitab bagi penganut Yahudi dan masih kekal digunakan oleh mereka dalam bahasa Hebrew atau Ibrani.

Kitab Perjanjian Baru pula adalah buku yang dikatakan ditulis oleh seorang pendeta Kristian berbangsa Roman bernama Saul (nama beliau dipopularkan sebagai Paul sekarang ini). Buku asal yang dipanggil Kitab Perjanjian Baru tulisan Saul ini adalah dalam bahasa Greek.

Pihak gereja Kristian kemudiannya telah menggabungkan kedua-dua Kitab Perjanjian Lama dan Kitab Perjanjian Baru ini dan diberi label sebagai Bible. Kitab Perjanjian Lama diterjemahkan ke bahasa Inggeris lama daripada teks asal bahasa Ibrani, manakala Kitab Perjanjian Baru diterjemahkan ke bahasa Inggeris lama daripada bahasa asal Greek.

Maknanya Bible versi bahasa Inggeris yang ada pada masa ini adalah terjemahan ke bahasa Inggeris daripada bahasa Hebrew (bagi Perjanjian Lama) dan bahasa Greek (bagi Perjanjian Baru). Gabungan kedua-dua kitab ini dipanggil Bible.

Kitab Bible versi bahasa Inggeris inilah yang menjadi sumber kepada penterjemahan ke bahasa Melayu-Indonesia yang dipanggil Bible Al-Kitab. Saya tidak bercadang mengupas tentang kewujudan begitu banyak Bible yang berlainan versi. Ini telah dikupas dengan begitu baik oleh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat dan rujukan boleh dibuat kepada kupasan beliau.

BIBLE ASAL

Apa pun, kita perlu sedar bahawa Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s adalah berbangsa Yahudi. Oleh itu kitab asal yang diturunkan kepada mereka sudah tentu dalam bahasa Yahudi; iaitu bahasa Hebrew Aramaic atau Ibrani.

Bermakna yang boleh dan layak dipanggil kitab suci ialah teks dalam bahasa Ibrani, iaitu bahasa  yang diguna pakai oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Itulah kitab yang sepatutnya menjadi autoriti. Sebagaimana al-Quran dalam bahasa Arab bagi umat Islam.

Maka dalam membahas persoalan kalimah ketuhanan dalam fahaman dan kepercayaan agama Kristian, kita wajib merujuk semula kepada kitab-kitab asal ini.

Bermakna apabila terjemahan ke bahasa Melayu-Indonesia dibuat, ia sudah melalui tiga terjemahan - Ibrani - Greek - Inggeris lama - Inggeris baru - Melayu-Indonesia!

Ini bermakna Bible Al-Kitab versi bahasa Melayu-Indonesia tidak layak dipanggil kitab suci asal, sebaliknya ia hanyalah sebuah terjemahan.

Sebagaimana terjemahan teks asli al-Quran dalam bahasa Arab ke dalam bahasa Inggeris oleh Yusuf Ali, atau ke dalam bahasa Melayu oleh Sheikh Abdullah Basmeih atau Buya Hamka.

Kita umat Islam tidak boleh memanggil terjemahan Yusuf Ali, terjemahan Sheikh Abdullah Basmeih atau terjemahan Buya Hamka sebagai al- Quran. Ia hanya terjemahan al-Quran, sebab itu memegangnya tidak perlu berwuduk; malah jika dalam keadaan hadas besar pun masih boleh memegang dan membaca terjemahannya.

Sekurang-kurangnya terjemahan al-Quran dibuat berdasarkan dan bersumberkan terus daripada teks asal al-Quran berbahasa Arab, dengan teks asal Arab sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW tetap ditulis dalam terjemahan tersebut. Sebaliknya terjemahan Bible Al-Kitab versi Melayu-Indonesia langsung tidak disertai dengan teks asal bahasa Ibrani.

Jadi dakwaan menyatakan Bible atau Al-Kitab terjemahan bahasa Melayu-Indonesia sebagai kitab suci asal dan asli adalah tidak berasas sama sekali. Ia hanyalah satu terjemahan!


LAGI KISAH AJARAN SYIAH

Malaysia perlu undang-undang





Zamihan Md. Zain ketika menyampaikan ceramah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Malaysia memerlukan undang-undang berbentuk pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat bagi menangani isu-isu berkaitan Syiah. Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam), 

Dr. Zamihan Md. Zain berkata, ISA pada era pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digunakan untuk menahan pendokong-pendokong Syiah tegar dan tindakan itu berjaya menyekat ajaran Syiah daripada terus berkembang.

Menurut beliau, perkara tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri sebagai pegawai yang menguruskan tahanan-tahanan ISA ketika itu.

"Sebab itu kita mencadangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 berperanan sebagai pencegahan ideologi ekstremis. Secara peribadi saya menyokong ISA kerana mampu menjadi undang-undang pencegahan paling berkesan terutama dalam menangani kes-kes seperti ini (Syiah)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Modus Operandi Gerakan Syiah dan Ancamannya Kepada Kestabilan Negara dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.

Seminar itu dianjurkan Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Islam (Muafakat) dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Mufti Terengganu serta Jabatan Mufti Sabah. Zamihan berkata, dengan adanya undang-undang berbentuk pencegahan pihak berkuasa mempunyai kuasa mendepani sebarang isu termasuk penyebaran fahaman Syiah di peringkat awal.

Menyentuh perkara sama, beliau turut meminta pihak berkuasa agama negeri-negeri memperhebat operasi menggempur markas-markas Syiah tanpa berasa gentar.

Beliau berkata, sejak Syiah diwartakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1984 dan 1997, usaha-usaha penguatkuasaan tidak banyak dilakukan.

"Setakat ini, sebanyak 10 negeri mengharamkan Syiah dan tiga negeri lagi dalam proses pewartaan dan kini agensi penguatkuasaan agama perlu menjalankan peranan mereka dengan lebih agresif," katanya.

Menurut beliau, Syiah merupakan isu akidah dan semua pihak perlu bersama-sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan lebih berkesan serta tidak berkompromi.

Syiah agama baharu ciptaan Yahudi
 
 
Mohamad Ismail

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Fahaman Syiah disifatkan sebagai agama sesat baharu yang diasaskan Yahudi untuk merosak dan menghapuskan umat Islam.

Ketua Unit Kajian Syiah, Ikatan Muslimin Malaysia (IMM), Mohamad Ismail berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan doktrin Syiah yang bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pegangan Islam sebenar.

Menurut beliau, perbezaan paling ketara iaitu pengikut Syiah meletakkan sebanyak imam 12 sebagai maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil serta besar.

Malah, pengikut ajaran Syiah juga percaya sesiapa yang mengingkari salah seorang daripada imam tersebut adalah kafir dan akan kekal dalam neraka.

"Nikah mutaah pula mendapat kedudukan tinggi dan mulia dalam ajaran Syiah sedangkan perbuatan itu adalah pelacuran yang menggunakan nama agama serta bersifat nafsu semata-mata yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Sejarah, Konsep dan Doktrin Syiah dalam Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad memberitahu, ajaran Syiah meletakkan kepercayaan al-Quran hari ini merupakan naskah yang sudah diubah suai para sahabat Nabi Muhammad SAW dan mendakwa kitab sebenar akan muncul bersama Imam Mahdi pada akhir zaman.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, amat sukar mengenal pasti pengikut-pengikut Syiah memandangkan mereka mengamalkan 'taqiyah' iaitu menyembunyikan akidah dengan berselindung dan bermuka-muka.

Jelasnya, taqiyah merupakan asas agama atau rukun dalam ajaran Syiah yang mana pengikut Syiah yang tidak bertaqiyah dianggap sama seperti meninggalkan solat.
 

Fahaman Syiah karut - Bekas pengikut

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Seorang bekas pengikut Syiah mengambil keputusan meninggalkan fahaman itu selepas mendapati ajaran tersebut karut dan boleh memecah-belahkan masyarakat.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Syed Ibrahim, 52, berasal dari Bangkok, Thailand berkata, dia mula menyedari terdapat beberapa amalan Syiah amat mengelirukan selepas enam tahun menganut fahaman tersebut.

Antara amalan yang disifatkan sebagai karut katanya, ialah 'taqiyah' atau berpura-pura, solat tiga kali sehari dan perkahwinan mutaah.

"Selepas beberapa ketika saya mengikut fahaman Syiah, saya mula terfikir adakah Syiah ini satu fahaman yang benar. Saya kemudian merujuk dengan beberapa ustaz dan mengambil keputusan untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar," katanya ketika berkongsi pengalaman dengan para peserta Seminar Mendepani Virus Syiah di Dewan Muktamar, Pusat Islam di sini hari ini.

Dalam pada itu Syed Ibrahim berkata, berdasarkan pengalamannya, Syiah sememangnya boleh memecah-belahkan masyarakat terutama keluarga dan itulah hakikat yang berlaku selama ini.

Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita, beliau mengakui tentang kepetahan pendakwah- pendakwah Syiah dalam menarik minat umat Islam lain mengikuti Syiah.

"Di sini letaknya peranan ibu bapa serta para ustaz, ustazah dan semua pihak untuk sentiasa menasihat anak-anak kita daripada terpengaruh dengan fahaman songsang ini," ujarnya.
 
Bunuh golongan Sunni pegangan akidah Syiah

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Tindakan golongan Syiah membenarkan umat Islam berfahaman Sunni dibunuh bukan disebabkan faktor politik atau etnik tetapi merupakan sebahagian pegangan akidah ajaran itu.

Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Islam, Universiti Malaya (UM), Mohd. Hamidi Ismail berkata, pengikut Syiah berpendapat darah golongan Sunni halal kerana tidak mengiktiraf sebanyak 12 imam yang merupakan satu daripada rukun iman dalam Syiah.

Beliau berkata, pengikut Syiah meletakkan kedudukan 12 imam itu terlalu hebat hingga ke tahap maksum sedangkan perkara tersebut menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Mereka mendakwa golongan Sunni tidak mengiktiraf kedudukan Saidina Ali Abu Talib sebagai pengganti kepada Rasulullah SAW sedangkan kita mengakui Saidina Ali adalah sahabat besar baginda dan merupakan khalifah keempat dalam pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Konsep Imam dan Imamah Syiah dan Percanggahannya Dari Islam.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd. Hamidi berkata, tindakan Syiah mengkafirkan sahabat-sahabat besar Rasulullah SAW juga tidak boleh diterima dan jelas bertentangan dengan syariat Islam. Sedangkan, menurut beliau, Rasulullah SAW dalam beberapa hadis mengiktiraf dan memperakui kelebihan-kelebihan sahabat antaranya Saidina Abu Bakar, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Uthman al-Affan dan ramai lagi.

Selain itu, Mohd. Hamidi turut menyentuh mengenai perkahwinan mutaah yang disifatkannya sebagai 'candu' bagi menarik orang ramai menganut ajaran Syiah sedangkan perkahwinan tersebut tidak dibenarkan syariat dan amat bertentangan dengan Islam.

Perkahwinan itu, tambah beliau, menjatuhkan maruah serta harga diri wanita selain meletakkan kedudukan golongan tersebut pada tahap terlalu rendah.
 
 
 

Friday, 30 August 2013

Revolusi Syiah pengaruhi PAS

DARI BERITA HARIAN


 Juhaidi Yean Abdullah 


Revolusi Iran kira-kira 34 tahun lalu menggoncang dunia. Kuasa besar Barat terpinga-pinga dengan pengaruh pemimpin Syiah, Ayatollah Khomeini dan bagaimana beliau menjatuhkan kerajaan Reza Shah Pahlevi, yang disokong Amerika Syarikat. Gerakan Islam sedunia bagaikan mendapat semangat baru. Di Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai delegasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berjumpa Khomeini.

Pulang ke Malaysia, Anwar isytiharkan sambutan ‘Hari Pembebasan dan Perpaduan Iran’ pada 16 Mac 1979. PAS tidak ketinggalan. Pemimpinnya, Mohamed Sabu menggunakan retorik tokoh Syiah itu dalam ucapan dan ceramahnya. Mereka juga mempengaruhi gerakan pelajar Islam, terutama di sekolah agama dan pondok, untuk menentang kerajaan menggunakan revolusi di Iran sebagai contoh.
Rencana Harakah (31 Disember 1999) memuji Khomeini sebagai wira dan ‘role model’ untuk PAS. Malah, ada dakwaan seorang ulama PAS dilantik duta khas Khomeini untuk Asia Tenggara dan risalah ucapan pemimpin Syiah itu diedar di masjid sekitar Kuala Lumpur (Baca Shanti Nair, Islam in Malaysian Foreign Policy, ISEAS 1997).

Pada Muktamar PAS 1983, Presidennya, Yusof Rawa berucap: “Kejayaan revolusi Islam di Iran menambah lagi keyakinan kita terhadap kejayaan Islam masa hadapan. Kita mestilah mempelajari daripada kejayaan umat Islam di Iran untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan kita untuk berjuang.” Yusof menyaksikan sendiri bibit-bibit revolusi kerana ketika itu, beliau adalah Duta Malaysia ke Iran, Turki dan Afghanistan.

Kebetulan, perkembangan di Pakistan yang menyaksikan kemunculan Jeneral Zia ul-Haq (yang memperkenalkan hudud dan cukai cara Islam) dan gerakan Islam menentang kerajaan Anwar Sadat di Mesir turut memberi kesan ke atas PAS sehingga muncul kumpulan pemimpin muda yang berlainan pembawaan berbanding pemimpin terdahulu seperti Dr Burhanuddin al-Helmy dan Tan Sri Asri Muda.
 
Selain Yusof, paling menonjol ialah Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa pemimpin ABIM-PAS, seperti Datuk Fadzil Noor, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman.

Bawa pendekatan baru
 
Sebagai Presiden (1983-89), Yusof membawa pendekatan baru, menyusun organisasi parti dan membuka ruang kepada ulama menguasai PAS. Beliau mempelopori konsep ‘kepemimpinan ulama’, memperkenalkan Majlis Syura dan jawatan Mursyidul Am, yang dipegangnya sendiri. Menurut Badlihisham Mohamad Nasir:
 
“Imej PAS dikatakan seolah-olah berubah mengikut rentak kepemimpinan ala-Syiah di Iran yang memberikan status yang amat tinggi kepada ulama.” (Tamadun, Ogos 1999). Apabila Jaafar Nimeiri melancar revolusi Islam di Sudan pada 8 September 1983, Yusof mencadangkan penubuhan negara Islam di Malaysia mengikut acuan revolusi Iran. Menurut Dr Farish A Noor, di bawah kepemimpinan Yusof dan kumpulan muda, PAS bersikap lebih militan dan berkonfrontasi ala gerakan radikal Mesir seperti Tanzim al-Jihad dan Takfir wa’l-Hijrah.

Tanzim al-Jihad (atau Jama’ah al-Islamiyyah) dipimpin personaliti Ikhwanul Muslimin seperti Muhamad Abdul al-Salam Faraj, Abbud al-Zumur dan Khalid Islambuli, semuanya pengikut Khomeini, Syed Qutb dan Sheikh Umar Abdul al-Rahman, yang membenarkan pembunuhan orang awam Islam atas nama jihad.
 
Takfir wa’l-Hijrah (atau Jama’ah al-Muslimin) dipimpin Ahmad Shukri Mustafa, juga pengikut Syed Qutb, dan sering menggunakan takfir sebagai senjata politik. Kumpulan ini menganggap selain ahli mereka, orang lain adalah kotor dan berdosa. (Islam Embedded Vol 2, MSRI Kuala Lumpur, 2004). Tidak terbabit ialah Imam Hassan al-Banna, Sheikh Ahmad Yasin atau Fathi Yakan, yang penulis silap label sebagai pemimpin Syiah dalam artikel minggu lalu.

Sejak itulah, PAS dilihat mengambil pendekatan politik yang semakin keras. Pemimpin mereka sering melabel orang lain sebagai kafir, asabiyyah, munafiqin, mustazaffin dan syirik. Kemuncaknya ialah Amanat Haji Hadi pada 1982 yang menuduh UMNO kafir. Hadi juga menulis buku bertajuk Hizbullah dan Hisbussyaitan manakala Ibrahim Libya mahu berjihad menumbangkan kerajaan yang dianggap sekular dan munafik mengguna revolusi Syiah sebagai model. (Baca Perisai Memali oleh CN Afghani, Baling, 1997)

Kini PAS tolak pengaruh Syiah

Revolusi Iran akhirnya menghadapi masalah dalaman dan luaran. Mereka yang dianggap musuh kerajaan Syiah dipenjara atau dibunuh, tokoh akademik dibuang kerja dan parti politik seperti Tudeh diharamkan. Khomeini melancar perang dengan Iraq antara 1982-1988 sehingga menghancurkan kedua-dua negara. Ramai pemimpin dan tokoh revolusi yang kemudian membantah pemusatan kuasa ulama, kerakusan Khomeini dan kekejaman Syiah letak jawatan (Perdana Menteri Mehdi Bazargan), meninggalkan negara (Presiden Bani-Sadr), dibuang negara (Ayatollah Muhammad Kazim Shariatmadari,) atau dibunuh (Sadeq Gobtzadeh).

Hari ini, PAS secara terbuka menolak pengaruh Syiah tetapi 35 tahun lalu, tokoh yang berani membangkitkan bahaya kesan revolusi Iran dan sikap Syiah dalam kalangan kepemimpinan parti seperti Abu Bakar Hamzah, Asri Muda dan Nakhaie telah disingkir. Kata Abu Bakar, yang dipecat pada 1986: “Memang perangai orang PAS sekarang ini suka mentakfirkan orang lain, suka pulau memulau, suka rasa dirinya saja yang beriman dan bertakwa, sedangkan orang lain adalah kafir belaka. Perangai biadab seperti ini berleluasa dalam PAS dan ayatollahnya gagal membendung... perangai jahiliah beginilah yang akan meruntuhkan perjuangan PAS.” (Mingguan Islam, 17 Jun 1988)


Gerakan Syiah dalam PAS bukan persepsi

DARI BERITA HARIAN


 Juhaidi Yean Abdullah 


Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tidak menolak adanya penganut Syiah dalam jemaahnya. Dalam satu ceramah, beliau berkata: “PAS terbuka kepada semua orang, bukan saja mazhab Syafie. (Orang) mazhab Hanafi, Hambali, Wahabbi, Syiah, Khawarij pun masuk PAS.” Jika benar pun ada pemimpin PAS yang menganut ajaran Syiah, mereka pasti tidak mengaku.

Sikap ini dipanggil takiyyah (munafik, berbohong) dan diamalkan penganut Syiah untuk melindungi diri dan membolehkan mereka terus mengamal dan menyebar pengaruh dalam kalangan umat Islam di negara ini, yang majoritinya beraliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bila ditanya minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu enggan menjawab kerana anggap soalan itu perangkap media, manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula beri jawapan bodoh.

Namun, tidak sukar untuk kita mengenali siapa antara pemimpin tinggi PAS yang dipercayai penganut Syiah. Menurut ramai guru pondok dan pengikut PAS sendiri, ia berdasarkan pengucapan, amalan dan tindakan individu berkenaan. Beliau sering mengagung-agungkan pemimpin Syiah seperti Hassan Nasrullah, Sheikh Ahmad Yasin dan gerakan seperti Hizbullah dan rejim Bashar al-Assad.

Juga Hassan al-Banna, Kalim Siddiqui, Ali Shariati dan Fathi Yakan. Selain melawat Lubnan, Iran, Iraq dan Syria, individu ini juga sering mengagung-agungkan kejayaan Iran dan membela Syiah dalam ceramahnya. Kata mereka, hakikat individu ini menjadi pemimpin tinggi PAS juga disebabkan sokongan golongan Syiah dalam PAS.

Dalam satu wawancara pada Jun 2011, pemimpin ini akui kagum dengan gerakan dan kejayaan Revolusi Ayatollah Khomeini ketika menyertai PAS sekitar 1978-1979. Beliau juga akui mempelajari falsafah, cara dan mendalami semangat beberapa pemimpin politik yang beliau sanjungi tanpa sedar mereka adalah Syiah.

“Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepemimpinan. Inilah sikap saya, tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.” Namun, pemimpin ini mengelak menjawab sama ada beliau Syiah atau tidak.

Bila dicabar Datuk Mukhriz Mahathir pada awal Mei lalu untuk tampil menjelaskan secara ikhlas dan telus mengenai pembabitannya dalam fahaman Syiah, beliau juga tidak menjawab.

Tolak penyatuan dengan UMNO

Pemimpin Syiah dalam PAS adalah mereka yang menolak penyatuan dengan UMNO yang berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka dikatakan mula bergerak sejak 1980-an, apabila mengikuti lawatan tajaan ke Iran dan Pakistan. Pada 1987, seramai 300 penganut Syiah berkumpul di Kota Bharu atas nama seminar haji. Dewan seminar penuh dengan gambar dan risalah Khomeini. Ini segera diikuti satu lagi seminar di Dewan Bahasa dan Pustaka, yang mana antara resolusi yang diluluskan ialah menzahirkan ketaatan kepada pemimpin revolusi Iran itu selain menggesa Haramain ditadbir oleh Badan Islam Antarabangsa.

Mulai 1987, buku Syiah dan pelbagai risalah yang memuat ucapan Khomeini tersebar luas. Dalam memperingati Hari Quds Antarabangsa, perutusan Khomeini disampaikan yang mempertahan akidah Syiah.

Kini, ajaran Syiah mudah diakses melalui internet. Lagu dan hujah pemimpin Syiah boleh diikuti di YouTube. Bilangan pengikut Syiah di Malaysia hari ini dianggarkan ratusan ribu orang, termasuk pensyarah universiti. Walaupun pihak kerajaan masih mencari bukti pengaruh Syiah di institusi pengajian tinggi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah antara IPTA yang mempunyai sel Syiah yang aktif.

Fahaman Syiah diasaskan Abdullah bin Saba’, seorang Yahudi dari San’aa, Yaman yang pergi ke Madinah ketika pemerintahan Saidina Uthman RA. Beliau berpura-pura masuk Islam dan berlagak alim untuk menyebar dakyah bahawa Saidina Ali adalah pengganti Nabi Muhammad SAW, menuduh semua sahabat Rasulullah adalah murtad, isteri Baginda, Aisyah seorang penzina dan pelacur, manakala Imam Syafie, Hanafi dan Maliki adalah kafir.

Menurut Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr Sulaiman Saloomi, pengikut Syiah anggap Saidina Ali lebih mulia daripada Rasulullah dan kononnya Malaikat Jibril sepatutnya hantar wahyu kepadanya, bukan Nabi Muhammad. Bagi mereka, al-Quran boleh diubah, dan periwayat hadis seperti Abu Hurairah dan Amru bin Asy adalah pembohong. Mereka anggap solat Jumaat tidak fardu, manakala amalan meratap dan memukul badan sehingga berdarah tanda kesyahidan Saidina Husin adalah sebahagian penyelewengan akidah mereka.

Yang menarik ialah kahwin mutaah, yang boleh dilakukan dengan sesiapa, hatta untuk beberapa jam dengan sedikit bayaran dan tiada had berapa orang. Ulama Syiah bernama Yusuf Sani’ie mengulas sebahagian bab akad dan nikah dalam Kitab Tahrir Wasilah karangan Khomeini seperti berikut: “Boleh menggauli isteri dari dubur dengan syarat mendapat keredaannya. Bermesra-mesra dengan cara meraba isteri yang belum mencapai umur sembilan tahun (termasuk yang masih menyusu) dengan syahwat atau memeluknya atau ‘bermain-main’ dengan pahanya, adalah harus.” Bagi kita, ini adalah perbuatan keji, mungkar dan zalim.


Hayati merdeka menerusi Perlembagaan

DARI BERITA HARIAN

 
Shamrahayu A Aziz 
 
 
Perlembagaan Persekutuan yang kita ada sekarang mula beroperasi selepas kita mencapai kemerdekaan. Seperti tulisan saya pada minggu lalu, Perlembagaan adalah lambang kemerdekaan.

Dalam mengisi Perlembagaan ketika kemerdekaan itu, kita maklum bahawa dalam Perlembagaan itu terkandung prinsip hasil inspirasi pimpinan politik dan paling utama ialah inspirasi Raja-Raja Melayu ketika itu. Di samping itu, ada juga cadangan kepakaran daripada Ahli Suruhanjaya Perlembagaan atau juga dikenali Suruhanjaya Reid.
Inspirasi pimpinan politik dan juga Raja-Raja Melayu itu jelas sekali dilihat dalam pelbagai perkara dalam pengisian Perlembagaan, iaitu dalam perkara membabitkan unsur warisan. Paling jelas ialah mengenai kedudukan agama Islam sebagai agama negara, bahasa Melayu adalah bahasa rasmi, keistimewaan Melayu yang mencakupi beberapa perkara, iaitu tanah rizab Melayu serta kuota permit perniagaan, biasiswa dan dalam perkhidmatan awam. Begitu juga dengan kedudukan institusi Raja yang diperjelas kedudukannya sebagai Raja Berperlembagaan dalam sistem demokrasi beraja.

Perlu diberi penghayatan

Ada juga penulis yang menamakan perkara ini sebagai unsur tradisi. Walaupun ada perbezaan dalam istilah ini, apa yang penting untuk difahami ialah kebanyakan prinsip penting terkandung dalam Perlembagaan itu adalah berasal dari tanah air ini. Seperti yang sentiasa saya sebut dalam tulisan sebelum ini, Perlembagaan sebenarnya adalah dokumen yang mempunyai pengisian yang begitu padu dengan kehendak dan keinginan warganya.

Oleh itu, dalam mengisi kemerdekaan ini setiap prinsip warisan atau tradisi ini perlu diberikan penghayatan sepenuhnya. Walaupun kita menyedari mengenai perubahan yang sudah dan perlu berlaku dalam perkembangan keadaan negara, ia adalah prinsip warisan ini. Tujuannya supaya kita tidak menyimpang daripada tujuan asal Perlembagaan.

Dalam membahaskan perkara tradisi ini, ramai juga yang berasakan kita tidak perlu lagi berpusing menggunakan gear undur untuk mengisi kemerdekaan. Ada yang berhujah bahawa mungkin perkara terbabit baik pada masa itu, iaitu pada masa ia diperkenalkan, tetapi ia harus berubah apabila masa dan keadaan berubah. Banyak yang sudah dibahaskan mengenai isu ini.
 
Kebijaksanaan pimpinan

Walau apa pun, saya mahu menegaskan di sini bahawa, dalam apa juga perubahan keadaan kita, mengekalkan pusaka lama seumpama nilai tradisi ini adalah satu keperluan dan sebarang perubahan hendaklah apa yang sebenar-benar boleh membawa kepada kebaikan. Nilai pusaka inilah yang menjadikan sesebuah bangsa itu dapat mengekalkan jati diri mereka serta mempunyai landasan kegemilangan yang nyata dan teratur. Nilai tradisi ini juga yang berupaya memangkin pembangunan.

Kebijaksanaan pimpinan juga memainkan peranan paling penting dalam mengekalkan nilai tradisi ini. Oleh itu, dalam apa juga pembangunan dan polisi sudah tentu nilai tradisi ini hendaklah dijadikan kayu pengukur dan pengimbang.

Perkara ini kita boleh lihat dalam proses membuat Perlembagaan merdeka dulu. Daripada dokumen sejarah saya dapati banyak perkara yang sudah disebut oleh kepemimpinan mengenai perkara yang dijangka berlaku. Oleh itu, nilai tradisi itu dijaga oleh peruntukan berkaitan pindaan Perlembagaan.

Tonggak Perlembagaan

Boleh dikatakan semua nilai tradisi tidak boleh dipinda menerusi proses demokrasi atau undian di Parlimen. Nilai ini hanya boleh dipinda dengan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu. Bahkan polisi berkaitan keistimewaan Melayu di bawah Perkara 153 hanya boleh dipinda dengan perbincangan dengan Majlis Raja-Raja.

Oleh itu, jelas di sini, bahawa semua perkara tradisi itu adalah tonggak kepada Perlembagaan. Maka, amalan dalam bentuk polisi hendaklah sentiasa dipadankan dengan kedudukannya dalam Perlembagaan.

Pemahaman kita kepada nilai tradisi dalam bulan kemerdekaan ini boleh dijadikan cara untuk kita mencernakan kefahaman terhadap hubungan antara Perlembagaan dan kemerdekaan. Selain itu, ia juga bagi menjelaskan lagi kecintaan kita kepada tanah air tumpah darah ini dan seterusnya dapat mendatangkan kesan positif terhadap kecintaan kepada negara dan bangsa.


Mahkamah tak berhak adili akidah

DARI BERITA HARIAN


 Juhaidi Yean Abdullah 
Keputusan kehakiman minggu lalu membenarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneruskan tindakan rayuan di mahkamah untuk tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh sebuah gereja dalam penerbitannya diterima lega oleh majoriti umat Islam negara ini.

Dalam suasana agama Islam dihina bertubi-tubi dan umat Islam menahan kemarahan sejak lima tahun lalu, keputusan Mahkamah Rayuan itu meredakan sedikit suhu yang boleh meledak menjadi konflik agama jika tidak berhati-hati.
Walaupun Islam dan Kristian mempunyai akar bersama, yakni apa yang dipanggil agama Samawi Nabi Ibrahim, justeru mempunyai banyak persamaan dalam kitab agama masing-masing, namun ada perbezaan ketara yang tidak mudah dikompromi atau didamaikan. Nabi Isa sebagai anak Tuhan dan kematiannya di batang salib, konsep Tritunggal dan kalimah Allah adalah antara perkara yang tidak boleh diterima oleh umat Islam di Malaysia kerana ia membabitkan soal tauhid dan akidah. Ini perkara asas.

Walaupun ada hujah bahawa penggunaan kalimah Allah sudah lama berlaku di Indonesia, termasuk penerbitan al-kitab dan dalam kalangan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak, ia tidak boleh dijadikan sandaran untuk menuntut perkara yang sama di Malaysia. Latar belakang masyarakat, sejarah dan tahap penerimaan adalah berbeza. Apa yang sudah berlaku di Indonesia atau Sabah puluhan tahun lalu, tidak boleh buat apa-apa lagi. Waktu itu, proses Kristianisasi di wilayah berkenaan boleh dilakukan dengan bebas dan mudah oleh penyebar agama Kristian kerana masyarakat yang disasar masih simple dan hampir tiada halangan peraturan atau perundangan.

Kedudukan istimewa kepada Islam

Kita faham tugas penyebar ajaran Kristian dan proses Kristianisasi. Menjadi amalan mereka untuk mengkristiankan seberapa ramai orang tempatan menggunakan bahasa dan adat budaya lokal (Lihat The Willowbank Report: Consultation on Gospel and Culture oleh Committee for World Evangelisation, 1978). Justeru, kalimah Allah juga mahu direbut tetapi hari ini, keadaan sangat berbeza terutama dalam masyarakat kompleks dan majmuk yang menuntut mereka yang beragama agar bersikap harmoni, saling menghormati dan memahami. 
Negara ini ada Perlembagaan yang memberi kedudukan istimewa kepada Islam dan undang-undang tertentu yang mesti dipatuhi ter-utama berkaitan penyebaran agama lain dalam kalangan orang Islam. Kita ada peraturan yang menetapkan bahawa selain kalimah Allah, ada lagi beberapa istilah yang khusus kepada Islam yang tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Perkara ini mesti dihormati, dan jangan dicabar lagi.

Seingat penulis ketika dijinak-jinakkan dengan ajaran Kristian di Gereja Seventh Day Adventist, Kota Bharu ketika masih belajar di Tingkatan Enam di Maktab Sultan Ismail sekitar 1978-79, paderi tidak penggunaan kalimah Allah; yang disebut hanya God, Lord, Son of God, Father dan sebagainya. Bible dalam bahasa Inggeris, Tamil dan Cina juga tidak ada kalimah Allah, justeru kenapa dalam versi bahasa Melayu saja yang mahu dimasukkan kalimah Allah?
Tingkatkan kefahaman

Beberapa pihak menggalakkan diskusi antara agama dan dialog peradaban-kebudayaan untuk tingkatkan persefahaman. Ini perkara yang baik, dan sudah lama diusahakan oleh institusi seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan universiti. Ia masih berterusan. TV Al-Hijrah misalnya, menayangkan Dialog Harmoni yang menampilkan tajuk universal yang dikupas tokoh pelbagai agama. Yang menjadi isu bukan kurangnya dialog agama, tetapi apa yang dilihat sebagai usaha mencabul kesucian agama dan hak umat Islam, termasuk mengadili akidah Islam di mahkamah. Ini yang sukar diterima, apatah lagi jika dilakukan secara arogan.

Majoriti orang Islam negara ini tersentak apabila sebuah gereja berani menyaman kerajaan pada 2009 bagi menuntut hak menggunakan kalimah Allah. Jiwa Muslim bertambah berang apabila pemimpin pembangkang tidak dilihat mempertahan kedaulatan agama. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Nasaruddin Hassan adalah antara pemimpin pembangkang yang menyokong gesaan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng pada 25 Disember 2012 lalu agar orang bukan Islam dibenarkan mengguna kalimah Allah. Untuk seketika, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga sependirian sehinggalah mereka disekolahkan oleh mufti dan tokoh agama, termasuk ulama PAS, Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib. Itupun mereka ditempelak Azmin Ali yang berkata Majlis Syura cuma organisasi kecil dalam PAS, justeru tidak mencerminkan pendirian pakatan pembangkang.

Mungkin itulah sebabnya hampir tiada pemimpin PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berada di Mahkamah Rayuan untuk mendengar keputusan hakim minggu lalu. Yang ramai adalah ahli NGO Islam dan aktivis persatuan yang prihatin. Suasana ini berbeza dengan ketika kes liwat Anwar, yang mana ramai pemimpin PAS fanatik dan penyokong PKR liberalis-pluralis yang datang memberi sokongan. Maknanya antara sokongan dalam kes yang mendaulatkan agama dengan kes liwat, orang PAS dan PKR lebih pentingkan politik daripada menegakkan syiar Islam. 

SENARAI 49 KONGSI GELAP SELURUH MALAYSIA

Geng 36, 04, 08 paling bahaya

ABDUL Rahim Mohamad Radzi (tengah) bersama Jalil Hasan (kanan) dan Othman Yusof menunjukkan senarai nama pertubuhan kongsi gelap dalam sidang akhbar mengenai Pewartaan Pertubuhan-pertubuhan Kongsi Gelap di Malaysia di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 29 Ogos - Tiga pertubuhan kongsi gelap iaitu Geng 36, Geng 04 dan Geng 08 dikesan sebagai kumpulan samseng paling berbahaya daripada 49 kongsi gelap di seluruh negara yang diumumkan kerajaan hari ini.

Kumpulan itu didapati menjalankan pelbagai jenis jenayah berat dan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 36 yang majoriti ahlinya daripada kaum Cina mempunyai 8,512 ahli dan bergerak aktif di sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurutnya, Geng 04 dan Geng 08 yang mempunyai jumlah ahli masing-masing 5,240 orang dan 4,423 orang serta dianggotai kaum India pula dikesan aktif melakukan jenayah di sekitar Kedah, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka

“Jumlah keseluruhan ahli kongsi gelap yang direkodkan ialah seramai 40,313 orang yang bergerak secara aktif dalam 49 pertubuhan kongsi gelap di seluruh negara dengan menjalankan kegiatan seperti pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.


“Selain itu, mereka juga melakukan pembunuhan menggunakan senjata api atau barang-barang tajam seperti parang, pisau dan kuku kambing," katanya dalam sidang akhbar Op Cantas Khas di pejabatnya, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Penolong Pengarah D7 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Jalil Hasan dan Penyiasat Undang-undang KDN, Othman Yusof.

Menurut Abdul Rahim, daripada pecahan kaum, orang India paling banyak menyertai kongsi gelap iaitu 28,926 orang diikuti kaum Cina (8,214 orang) dan Melayu (1,923 orang).

Katanya, terdapat 21 pertubuhan kongsi gelap di Sabah dan Sarawak yang masing-masing mempunyai ahli sebanyak 329 dan 921 orang.

Abdul Rahim berkata, kebanyakan kaum Melayu menganggotai Geng Double 7, Tiga Line dan Geng 30 yang dikesan bergiat aktif di seluruh Semenanjung.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua kumpulan itu dikategorikan haram mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa semalam.

Beliau berkata, menerusi pengisytiharan itu, mana-mana individu atau pihak lain tidak boleh menggunakan semula nama berkenaan untuk didaftarkan sebagai pertubuhan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan segala akaun, aset dan harta pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap itu akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi sekiranya ditahan.

“Mereka yang bertanggungjawab menjalankan apa-apa aktiviti pertubuhan kongsi gelap akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 335 sebagai contoh seksyen 6(2) dan 6(3), seksyen 42 dan seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta seksyen 142 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, tiada seorang pun yang boleh menggunakan semula tulisan, senarai anggota, panji atau tanda bagi berhubung dengan sesuatu pertubuhan kerana menyalahi undang-undang berdasarkan kepada peruntukan seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya bersama beberapa agensi iaitu Polis Diraja Malaysia, ROS dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan akan terus memperhebatkan usaha memerangi kegiatan samseng itu. Mengenai penglibatan ahli politik dan warga asing dalam kegiatan kongsi gelap itu, beliau berkata, tiada sebarang maklumat lanjut mengenainya dan perkara itu perlu dirujuk dan disahkan oleh pihak polis.

Ditanya sama ada terdapat anggota kongsi gelap itu yang berjaya ditahan dalam Op Cantas, Abdul Rahim mengesahkan terdapat kes anggota kongsi gelap berjaya ditahan.
Ada kes kita dapati ada kaitan dengan kongsi gelap, kadang-kadang dapat dikesan menerusi uniform, logo pada badan dan sebagainya tetapi ada juga yang tidak berkaitan namun, maklumat lanjut akan disahkan oleh pihak polis.
Kita akan sentiasa memantau perkembangan ini dan menjalankan penguatkuasaan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ROS dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi membanteras kumpulan ini," katanya.


Thursday, 29 August 2013

RUPANYA BANYAK YANG HARAM KAT MALAYSIA NI...

Maklumat 49 pertubuhan haram, kongsi gelap diumumkan hari ini





PUTRAJAYA 28 Ogos - Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan maklumat 49 pertubuhan haram termasuk kongsi-kongsi gelap yang telah diwartakan selewat-lewatnya pada esok.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, senarai pertubuhan haram itu akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Katanya, maklumat yang diumumkan itu akan meliputi nama pertubuhan dan lokasi utama kegiatan pertubuhan haram berkenaan.

"Saya telah menandatangani (dokumen berkenaan) pewartaan pertubuhan haram ini, kesemuanya ada 49 buah organisasi.

"Setelah diwartakan, nama dan lambang pertubuhan itu akan diharamkan. Mereka juga tidak dibenar menggunakan premis atau bergerak atas nama dan simbol berkenaan.

"Jika bersalah, mereka boleh dikenakan denda maksimum termasuk penjara lima tahun dan denda RM15,000," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland, Adam Waclaw Jelonek di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, kerajaan telah bersetuju untuk membeli perkakas persenjataan dari Poland bergantung kepada keperluan yang ada.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sebarang perubahan pada nama dan logo pertubuhan haram berkenaan akan dipantau oleh polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ditanya tentang jumlah ahli yang terdapat dalam 49 pertubuhan tersebut, beliau berkata, maklumat tersebut perlu diumumkan oleh polis.

Mengenai perkaitan pertubuhan haram dengan aktiviti perniagaan pula, Ahmad Zahid berkata, pihaknya mempunyai hubungan kerjasama yang erat dengan Pendaftar Syarikat (ROC) untuk memantau perkara itu.

Tambahnya, pewartaan dan pengumuman senarai pertubuhan haram termasuk kongsi gelap tersebut telah mendapat sokongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Majlis Peguam dan pertubuhan pencegahan jenayah.

"Ini sebagai kempen kesedaran untuk mewujudkan rasa tanggungjawab semua pihak tentang kewujudan pertubuhan haram ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kos penghantaran pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap dalam operasi besar-besaran nanti akan ditanggung oleh syarikat penyumberan luar yang bekerjasama dengan pihak kedutaan dan pejabat pesuruhjaya tinggi asing.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bahawa kerajaan akan melancarkan operasi penahanan PATI secara besar-besaran mulai Ahad ini dan mereka yang ditahan akan dihantar pulang ke negara asal secepat mungkin bagi mengelakkan masalah kesesakan dalam pusat tahanan.
 

JANGAN LUPA KEPALA KONGSI TU...

Polis buru 40,000 anggota kongsi gelap





CYBERJAYA 28 Ogos - Polis menyenaraikan 40,000 anggota kongsi gelap di seluruh negara dalam Op Cantas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan.
 
Jenayah kekerasan adalah termasuk pembunuhan, pergaduhan, pecah rumah, samun, rogol dan merusuh.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, polis akan meneruskan operasi itu sehingga kadar jenayah kekerasan di seluruh negara menurun.

"Operasi itu akan diteruskan sehingga keyakinan rakyat terhadap keselamatan meningkat dan persepsi "rasa takut menjadi mangsa jenayah" berkurangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas majlis menandatangan 

Memorandum Persefahaman (MoU) antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti LimKokWing di sini, hari ini.

MoU ditandatangani Pengarah Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dan Naib Presiden Kanan universiti itu, Datuk Raja Aznil Raja Hashim.

MoU itu membolehkan universiti tersebut mendapat kontrak lima tahun untuk menyediakan bahan seperti poster, animasi dan klip video kepada PDRM untuk kempen pencegahan jenayah siber.

Op Cantas dilancarkan 23 Ogos lalu berikutan peningkatan laporan jenayah kekerasan termasuk kes tembak dan operasi itu merangkumi pemeriksaan di jalan raya, kelab malam serta kenderaan untuk memeriksa individu yang terbabit dalam penggunaan senjata api tanpa lesen, anggota kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, memiliki senjata berbahaya dan mereka dalam senarai dikehendaki polis.

Isnin lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan kumpulan itu dalam tempoh terdekat kerana mereka merupakan pertubuhan haram serta mahu masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

Mohd. Bakri berkata, sejak operasi itu dijalankan, 2,247 orang ditahan sehingga semalam di seluruh negara dengan tujuh senjata api, satu bom tangan dan 77 senjata tajam berbahaya dirampas.
Beliau berkata pihak polis juga telah memeriksa 37,305 kenderaan. - BERNAMA

KOMEN : RAMAI LAGI TU... YANG MEMBELA PUN PATUT DISIASAT... MANA TAHU MEREKA PUN ADA KEPENTINGAN...