Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58
SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 58

Monday, 14 May 2012

Ganti Majlis Peguam - MEREKA PUN PERLU BERUBAH...


KUALA LUMPUR 13 Mei - Beberapa lagi ahli Majlis Peguam meminta dipercepatkan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai badan alternatif kepada Majlis Peguam kerana badan yang ada sekarang telah menyimpang jauh daripada peranan sebenar menjaga profesionalisme amalan guaman di negara ini.

Peguam, Nordin Yusoff berkata, satu badan alternatif diperlukan kerana Majlis Peguam telah tersasar daripada tanggungjawab utama untuk menjaga kebajikan peguam dan memartabatkan profesion undang-undang di negara ini.

Katanya, keputusan terburu-buru Majlis Peguam mengeluarkan resolusi menghentam Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perhimpunan haram Bersih 3.0 bulan lalu merupakan bukti jelas pertubuhan itu telah menjadi perkakas politik terhadap pihak yang berkepentingan.

“Saya menyokong cadangan penubuhan Akademi Undang-Undang kerana ia telah pun dilakukan di Singapura dengan Ketua Hakim Singapura mengetuainya dan majlis peguam di negara itu terletak di bawah akademi tersebut.

“Saya difahamkan draf undang- undang bagi cadangan penubuhan akademi undang-undang pernah dikemukakan di negara ini tetapi ditolak sekeras-sekerasnya oleh Majlis Peguam yang masih mahu memonopoli amalan guaman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz bersetuju dengan tuntutan golongan peguam yang mahu membentuk organisasi baru bagi mempertahankan profesion, kebajikan dan kepentingan guaman.

Jelas Nordin, menerusi Akademi Undang-Undang, Majlis Peguam atau persatuan-persatuan peguam lain boleh tertakluk di bawah akademi tersebut bagi memastikan ketelusan dan integriti amalan guaman di negara ini terjamin.

Katanya, dalam banyak perkara, Majlis Peguam telah dilihat membuat keputusan yang berat sebelah dan membelakangkan pandangan majoriti kira-kira 14,000 ahli majlis tersebut di seluruh negara. Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar turut bersetuju dengan penubuhan akademi itu untuk mengelakkan amalan birokrasi dan monopoli di dalam Majlis Peguam.

‘‘Di Malaysia, hanya ada satu Majlis Peguam yang memonopoli semua perkara dan ia dikawal oleh kelompok orang tertentu.

‘‘Bukan saya hendak menafikan usaha-usaha perjuangan hak asasi manusia yang dilakukan Majlis Peguam tetapi kalau kita lihat di Singapura, Majlis Peguam di sana lebih banyak dan ke hadapan dalam menjaga hal-hal kebajikan para peguam,’’ katanya.

Katanya, jika dinilai amalan di United Kingdom pula, peguam di negara tersebut boleh memilih untuk menganggotai mana-mana empat persatuan peguam di negara berkenaan.

‘‘Hendak atau tidak, peguam di Malaysia terpaksa menjadi ahli Majlis Peguam untuk mengamalkan profesion undang-undang sedangkan banyak pandangan yang dikeluarkan pertubuhan itu yang kita tidak sependapat terutamanya membabitkan isu-isu Islam,’’ katanya.

Jelas Zainul, sebagai alternatif lain, terdapat juga negara yang persatuan peguamnya diterajui sendiri oleh Peguam Negara.

Sementara itu, menurut seorang lagi peguam, Abu Backer Sidek berkata, beliau menyokong agar badan alternatif kepada Majlis Peguam diwujudkan untuk membolehkan peguam mengamalkan profesion undang-undang secara lebih profesional tanpa elemen politik tertentu.

‘‘Saya sudah pun mengusulkan cadangan untuk menubuhkan Majlis Peguam Persekutuan Malaysia (MPPM) dan menerusi pertubuhan ini, ahlinya perlu bebas daripada pengaruh mana-mana parti politik.

‘‘Saya sebenarnya tidak boleh lagi bersabar dengan pandangan Majlis Peguam yang menyokong perhimpunan Bersih dan banyak lagi perkara lain yang tidak semua majoriti ahli Majlis Peguam bersetuju,’’ katanya.

Katanya, orang ramai boleh mengutarakan pendapat bagi cadangan penubuhan badan alternatif MPPM tersebut di laman web http://www. mppm2012.blogspot. com.

KOMEN : KALAU MEREKA SERING MENDESAK KERAJAAN BN BERUBAH... KENAPA RAKYAT TIDAK BOLEH MENDESAK MEREKA JUGA MESTI BERUBAH... JADIKAN PILHAN KEPADA MEREKA, JIKA NAK SANGAT BERPOLITIK, MEREKA TIDAK BOLEH MENGAMALKAN PROFESION UNDANG-UNDANG KERANA TAKUT BERLAKU ADANYA CONFLICT OF INTEREST... RUJUK KES LIWAT ANWAR ... BARULAH MAJLIS PEGUAM INI LEBIH BERKECUALI BILA PENYANGAK POLITIK DAPAT DIHAPUSKAN... ADA BERANI...?

Sunday, 13 May 2012

‘Tidak akan benarkan imej negara terjejas’


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/5/2012
Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin, Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Dr. Mahathir Mohamad mengibarkan bendera UMNO dan Jalur Gemilang pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

KUALA LUMPUR 11 Mei - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO tidak akan sesekali reda atau membenarkan pihak tidak bertanggungjawab menjejaskan imej dan maruah negara seperti mana perhimpunan haram Bersih 3.0 baru-baru ini.

Sebagai sebuah parti yang mendokong undang-undang, beliau berkata, UMNO akan memastikan imej negara tidak lagi dicemari dengan insiden-insiden buruk terutama melalui perlanggaran undang-undang oleh pihak pembangkang.

Beliau berkata, semua pihak boleh menyaksikan bagaimana para peserta perhimpunan itu melanggar undang-undang sehingga ada di antara mereka sanggup memukul polis.

‘‘Bagaimana perasaan anggota polis kalau dipukul? Ada anggota polis yang saya temui kena pukul menggunakan kayu besbol. Di belakang, di depan dipukul sehingga muntah darah.

‘‘Inikah orang bertamadun? Inikah orang yang menjaga imej Malaysia?" katanya ketika berucap pada Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, UMNO berjaya membuktikan bahawa perhimpunan aman boleh diadakan dan tidak seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

‘‘Perhimpunan malam ini yang berjaya menarik lebih 100,000 orang berjaya membuktikan perhimpunan aman boleh diadakan. Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman, kita berhimpun dalam stadium in secara tertib, kita berhimpun dalam stadium ini kerana UMNO menghormati undang-undang negara.

‘‘Kita tidak perlu ramai anggota polis, anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum-senyum belaka. Mereka tidak ‘tension’. Kita pun tidak ‘tension’. Mengapa UMNO boleh berhimpun di dalam stadium, pihak-pihak lain tidak boleh berhimpun dalam stadium?' katanya.

Beliau berkata, tujuan pembangkang tidak mahu berhimpun di dalam stadium kerana mereka ada agenda.

‘‘Mereka hendak merempuh, mereka hendak berbalah, mereka hendak tendang terajang pihak polis. Kalau tidak ada pergeseran, tak keluarlah cerita di dalam CNN, tak keluarlah dalam Al-Jazeera dan BBC.

‘‘Inilah tujuan sebenarnya. Mereka hendak tunjuk kononnya kita ini kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim," ujarnya.

Majlis Peguam perlu diganti





KUALA LUMPUR 11 Mei - Sebuah badan guaman baru yang bebas daripada pengaruh politik perlu diwujudkan bagi menggantikan Majlis Peguam.

Ahli Majlis Peguam, Abu Backer Sidek berkata, langkah itu perlu memandangkan Majlis Peguam sedia ada gagal dipertahankan sebagai sebuah badan yang profesional dan berintegriti.

"Kewibawaan Majlis Peguam sebagai sebuah badan non-partisan sudah dicemari agenda-agenda politik pemimpin dan parti pembangkang.

"Saya menggesa kerajaan supaya mengkaji semula Akta Profesion Undang-Undang 1976 dalam usaha mewujudkan sebuah badan guaman yang bebas daripada campur tangan politik serta menjadi badan yang berintegriti dan dihormati," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abu Backer, badan alternatif itu diharap akan menyediakan peluang yang lebih demokrasi dan profesional kepada peguam di negara ini.

"Saya cadangkan dinamakan Majlis Peguam Persekutuan Malaysia yang keanggotaannya dikawal oleh pihak Peguam Negara," katanya.

Abu Backer merupakan salah seorang daripada 16 ahli Majlis Peguam yang tidak menyokong resolusi berkenaan Bersih 3.0 yang dibentangkan pada Mesyuarat Luar Biasa anjuran badan tersebut di sini hari ini. Pada mesyuarat tersebut, resolusi itu diluluskan oleh Majlis Peguam selepas mendapat 939 undi menyokong daripada 1,270 ahli yang hadir.

Tindakan itu kata Abu Backer, sebagai tanda bantahan dan tidak bersetuju dengan perjuangan Majlis Peguam yang mahu menghalalkan tindakan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

"Saya berasa malu menjadi ahli Majlis Peguam dan saya berpendapat mesyuarat itu satu tindakan yang bodoh, membazir dan menyalahgunakan wang ahli-ahli," katanya.

Sehubungan itu juga, beliau mendesak Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee dan semua ahli jawatankuasa meletak jawatan dan berhenti daripada menggunakan kedudukan untuk memperbodoh-bodohkan ahli-ahli yang lain.

Katanya lagi, pendirian Majlis Peguam untuk tetap mempertahankan agenda Bersih 3.0 adalah amat tidak berasas kerana perhimpunan tersebut telah mencetuskan huru-hara di ibu negara selain turut mencederakan adiknya yang merupakan salah seorang anggota polis bertugas semasa perhimpunan haram tersebut.

KOMEN : BAGUSLAH TU.... YANG ADA PUN TAK BOLEH PAKAI...

RESOLUSI DAH DIJANGKA...

Mesyuarat Agung Luar Biasa lulus resolusi kecam polis
DARI UTUSAN MALAYSIA
12/5/2012


KUALA LUMPUR 11 Mei - Seperti diduga, Majlis Peguam yang mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa hari ini meluluskan resolusi mengecam tindakan pihak polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Resolusi yang mempunyai 12 perkara itu antaranya mempertikaikan tindakan polis yang menembak gas pemedih mata terus ke arah peserta himpunan dan tidak memberikan ruang kepada kumpulan itu untuk bersurai.

Selain itu, resolusi berkenaan turut meminta Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk meningkatkan operasi dan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain Suruhanjaya Bebas mengenai aduan dan salah laku PDRM.

Resolusi tersebut merupakan susulan daripada Laporan Interim Majlis Peguam mengenai perhimpunan Bersih yang disusun daripada pemerhatian 78 orang sukarelawannya yang membuat pemantauan di enam lokasi semasa perhimpunan itu berlangsung.

Seramai 1,270 ahli Majlis Peguam menghadiri mesyuarat agung luar biasa pertubuhan itu dengan 939 undi menyokong resolusi tersebut manakala 16 lagi membantah.

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berkata, pihaknya akan mengemukakan memorandum berkenaan resolusi tersebut kepada pihak PDRM pada waktu terdekat ini.

Beliau tidak mengenepikan kemungkinan Majlis Peguam akan berarak bagi menyerahkan memorandum itu memandangkan ada cadangan tersebut daripada ahli Majlis Peguam.

Ketika ditanya pemberita mengenai kemungkinan berlakunya perhimpunan Bersih 4.0, Chee Wee memberitahu, Majlis Peguam akan mengambil sikap berkecuali tetapi menyokong mana-mana perhimpunan aman yang akan diadakan.

Sementara itu, mengulas mengenai Panel Penasihat Bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0, Chee Wee mempertikaikan pelantikan Tun Haniff Omar sebagai ketua panel tersebut.

Katanya, Haniff tidak layak untuk mengetuai panel berkenaan kerana bekas Ketua Polis Negara itu pernah mengkritik perhimpunan Bersih 3.0 sebelum ini termasuk membuat kenyataan mengenai adanya peserta perhimpunan itu adalah ahli komunis.

Menurutnya lagi, panel bebas itu juga tidak mempunyai kerangka perundangan yang secukupnya dan imuniti perundangan sebagaimana sebuah Suruhanjaya Diraja.

KOMEN : MAJLIS PEGUAM NI TAK RELEVAN PUN SEBAB ALIRAN PEMIKIRAN MEREKA BERPIHAK KEPADA PUAK PEMBANGKANG... JADI TAK PERLULAH KERAJAAN BERSUSAH PAYAH MELAYAN RESOLUSI MEREKA... MEREKA MENYOKONG JENAYAH YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PERUSUH BERSIH 3 PADA 28/4/2012... PEGUAM-PEGUAM MELAYU BERAGAMA ISLAM TAKAN MASIH NAK SOKONG MAJLIS PEGUAM NI...? LU FIKIRLAH SENDIRI?

Kita sudah bersedia - Najib


Oleh ZULKIFLI JALIL dan SAIFULIZAM MOHAMAD  
pengarang@utusan.com.my


PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan aksi tersendiri ketika memberikan ucapan kepada ribuan ahli dan orang ramai pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

KUALA LUMPUR 11 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil gegak gempita malam ini apabila seakan-akan telah membuat keputusan mahu membubarkan Parlimen. Ketika menyifatkan Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 itu begitu hebat dengan kehadiran kira-kira 120,000 orang dan akan diingati dalam lipatan sejarah negara, Presiden UMNO itu berkata, beliau seperti merasakan mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok.

Ketika hadirin yang terdiri daripada ahli UMNO termasuk ketua-ketua parti komponen, badan-badan bukan kerajaan serta para perwakilan asing dan wakil media bersorak mendengar ungkapan beliau, Najib kemudian ‘meredakan’ keadaan dengan menarik perhatian hadirin supaya menafsir tujuh sebab sama ada Pilihan Raya Umum ke-13 perlu diadakan dalam waktu terdekat atau tidak.

“Baik...nak ada pilihan raya esok, bulan Jun ke...bila-bila bulan...tahun depan...tak boleh (tahun depan)? kita dah bersedia! kita dah bersedia! kita dah bersedia!, boleh menang! boleh menang! boleh menang!.

Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor diberi sambutan hangat oleh ahli-ahli UMNO ketika tiba di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Tuan-tuan dan puan-puan, saya bagi tujuh sebab...sebab tujuh dekad UMNO dah berjasa pada negara. “Kalau kita nak pilihan raya nanti bila sampai masanya, kita perlu buat perhitungan. Ada tujuh prinsip yang kita boleh buat pertimbangan," kata beliau ketika berucap menyempurnakan majlis sambutan tersebut. Pada majlis yang turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan veteran parti termasuk bekas Presiden, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu, Najib mengungkapkan satu persatu tujuh prinsip berkenaan yang perlu direnung oleh rakyat Malaysia sebelum Parlimen boleh dibubarkan, iaitu:

1) Antara Barisan Nasional (BN) dan pembangkang, mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan janjinya ditepati. Siapa sudah bagi BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia), Baucar Buku 1Malaysia kepada mana-mana sekolah, siapa sudah beri (bonus atau durian runtuh) kepada peneroka Felda.

Ahli-ahli UMNO menadah tangan berdoa pada majlis sambutan ulang tahun UMNO.

Siapa sudah buat Klinik Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, jalan luar bandar dan dalam bandar, siapa sudah buat sekolah. Siapa sudah buat segala-galanya...bukankah BN.

Namun, sebelum saya (Perdana Menteri) pergi ke prinsip kedua, saya nak tuan-tuan nyatakan siapa yang ‘pegang kepala’ Kampung Buah Pala (di Pulau Pinang) yang janji pakatan pembangkang, kalau mereka menang, mahu kekalkan kampung berkenaan. 

AHLI-ahli Pemuda UMNO mengibarkan bendera gergasi di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Siapa pula buat 22 janji di Selangor tetapi sebahagian besarnya gagal ditunaikan. Siapa yang gagal uruskan soal air?

2) Yang kedua, kalau tentu (parti itu) nak dipilih, tentukan kita pilih hari esok lebih baik dari hari ini. Siapa yang boleh beritahu ini?

3) Siapa boleh pelihara kedaulatan undang-undang, kesucian Islam, keluhuran Perlembagaan, institusi raja-raja serta hak-hak kaum lain.

4) Siapa boleh uruskan ekonomi kita yang sangat baik ini serta membawa pertumbuhan yang memberangsangkan?

5) Siapa yang boleh menjamin keharmonian dan perpaduan (kaum) berkekalan?

6) Siapa yang boleh membuat pembaharuan secara tersusun. Siapa yang membawa transformasi kepada negara ini?

7) Siapa yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga hari ini dengan izin Allah boleh menjadi negara yang berpendapatan tinggi?

Dalam hal ini, Presiden UMNO itu menarik perhatian hadirin pada sambutan itu supaya menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai saksi di mana semua mereka berkumpul untuk bersama-sama memupuk keyakinan menghadapi pilihan raya umum.

Najib Tun Razak bersama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan anugerah Tokoh Melayu Terbilang kepada Adibah Amin dan Tan Sri Dr. Arshad Ayub (gambar kanan).

“Siapa kata dokongan orang Melayu pada UMNO sudah menurun sedangkan hari ini kita menyaksikan sokongan kepada kita semakin meningkat.

“Saya nak tanya, apabila kedudukan orang Melayu dipersoal, Islam diasak, bila institusi raja-raja diketepikan, siapa yang pertahankannya.

“Sesungguhnya UMNO sudah berjalan begitu jauh, setiap inci tanah sudah dimakmurkan. Jangan sesekali kita biarkan kita dibinasakan. Biar putih tulang, jangan biar rakyat dan bangsa dibinasakan, kelak anak cucu terbangsat hidup mereka,’’ katanya.

SEBAHAGIAN daripada 120,000 orang yang hadir pada Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kepada hadirin dan ahli UMNO seluruhnya, Najib berpesan: “Jangan terpalit damak beracun, sandiwara lawan yang tempah kegagalan.

“Ayuhlah, jangankan gerimis, hujan pun kita akan redah, ribut taufan kita akan harungi, jangankan air bah, gelombang pun kita akan harungi... jangankan gerhana, gelap gelita pun kita harungi. Biar berdentum guruh di langit, hidup UMNO untuk Barisan (Nasional)," tegasnya.

KOMEN : APA NAK LAGI, SOKONGLAH DAN UNDILAH UMNO/BN PADA PRU 13 NANTI...

Serbu gereja selepas siasat tujuh bulan


DARI UTUSAN MALAYSIA
12/5/2012



SHAH ALAM 11 Mei - Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Marzuki Hussin (gambar) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, serbuan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama dilakukan berikutan terdapat usaha untuk memesongkan akidah orang Islam oleh gereja tersebut.

Beliau yang memberi keterangan dalam kes saman fitnah UMNO Selangor terhadap Pas berkata, bukti-bukti itu diperoleh selepas pemerhatian dan siasatan dibuat oleh Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) JAIS selama tujuh bulan.

"Serbuan dibuat selepas Bahagian R&D membuat pemerhatian dan siasatan selama tujuh bulan bagi mengumpul maklumat yang tepat sebelum diserahkan kepada bahagian penguatkuasaan. "Berdasarkan laporan, terdapat unsur-unsur serta bukti wujudnya usaha untuk mengkristiankan orang-orang Islam di gereja itu," jelas beliau semasa disoal oleh peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili UMNO Selangor.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mewakili UMNO Selangor selaku plaintif memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali bagi menuntut ganti rugi RM10 juta kerana didakwa memfitnah parti itu dalam satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Harakah edisi 19-21 Ogos tahun lalu.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd.; penyunting Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel 'Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS', Khairul Azlam Mohamad.

Menurut Marzuki, berdasarkan siasatan dan laporan terperinci oleh bahagian tersebut, beliau membuat kesimpulan bahawa tiada sebarang pembabitan mana-mana parti politik dalam isu tersebut. Beliau juga mengesahkan maklumat- maklumat yang membawa kepada serbuan itu juga tidak diperoleh dan tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Menjawab soalan peguam Dr. Zulqarnain Lukman yang mewakili Ahmad Lutfi dan Khairul Azlam, Marzuki mengesahkan tindakan serbuan itu dimaklumkan kepada bekas Exco Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali pada keesokan harinya.

Beliau juga mengaku tidak dimaklumkan tentang serbuan itu sehingga keesokan harinya kerana ia merupakan prosedur Bahagian Penguatkuasaan JAIS selain mereka tidak memerlukan izin beliau untuk bertindak.

Ditanya tentang permintaan Mustafa untuk mengadakan pertemuan dengan JAIS, beliau memberitahu, ia tidak dapat dilakukan berikutan titah yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

"Saya bertanggungjawab memberitahu perkara itu kepada Datuk Hasan kerana beliau Exco yang menjaga hal ehwal agama Islam. Sepatutnya Datuk Hasan yang bertanggungjawab maklumkan kepada Datuk Mustafa," jelasnya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Ahmad Zaki Husin bersambung pada 14 dan 15 Jun ini.

Jangan izin 'tangan kotor' tadbir negara


Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN 
rodelio.taucan@utusan.com.my

Hasan Ali

PASIR MAS 12 Mei - Sokongan menjunam terhadap pakatan pembangkang di seluruh negara menunjukkan rakyat sudah tidak sabar untuk memastikan negara tidak jatuh ke 'tangan-tangan yang ternoda' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau dapat melihat sendiri angin perubahan yang melanda itu selepas melakukan siri ceramah selama 102 malam berturut-turut di seluruh negara sejak dipecat daripada jawatan Exco Agama kerajaan Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri itu. Jelas beliau, faktor kerisauan rakyat itu diperkukuhkan lagi dengan penambahbaikan yang dibuat oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama UMNO dan pemimpin mewakili parti Bebas.

"Sokongan ini bukan sahaja di Pasir Mas, tetapi menjalar di seluruh negara untuk kita memastikan Malaysia tidak pergi ke 'tangan-tangan' yang akan memporak-porandakan negara, tangan yang sudah saya sebut dan sudah pemimpin-pemimpin lain sebut.

"Tangan-tangan yang mempunyai masalah besar dari segi agama Islam, masalah moral dan akhlak yang boleh dipersoalkan tindak- tanduk mereka bukan sahaja di peringkat individu tetapi keluarga dan masyarakat, maka jangan sesekali kita izinkan tangan ini mentadbir bumi Malaysia," katanya selepas menyampai ceramah pada majlis Ceramah Penerangan Nasional Isu-Isu Semasa, Islam, Melayu dan Raja di Dataran Stesen Kereta Api Pasir Mas yang dihadiri hampir 10,000 rakyat di sini malam tadi.

Turut berceramah pada malam itu adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali.

Hasan berkata, dalam setiap siri ceramahnya, beliau melihat kehadiran ramai rakyat dan ia merupakan gambaran kepada perubahan sokongan dalam landskap politik tanah air berbanding selepas pilihan raya umum 2008.

"Rakyat tidak dibayar, tetapi mereka datang sendiri dan malam ini ramai sama seperti ketika saya pergi ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu baru-baru ini begitu juga di Johor, Pahang, Perlis, malah seluruh negara," katanya.

Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan memaklumkan Jati berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyerahkan memorandum yang antara kandungannya adalah untuk menegakkan Islam di negara ini.

"Jika kita mencapai jumlah keahlian 100,000 orang, saya akan berjumpa beliau (Perdana Menteri) dan menyerahkan memorandum. Perkara pertama dalam memorandum itu nanti adalah mewajibkan pengajian agama Islam bermula di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga peringkat lebih tinggi," katanya.

TERIMA KASIH PM

Kebajikan pekerja dijaga - Najib

Ribuan warga pekerja yang hadir pada Perhimpunan Hari Pekerja 2012 bertemakan Pekerja Berinovatif Penggerak Tranformasi yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat MAEPS di Serdang, Selangor, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kebajikan pekerja akan menjadi falsafah dan agenda perjuangan kerajaan pada masa kini dan akan datang. Beliau berkata, ia akan menjadi pegangan kerajaan bagi memastikan semua pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan meraih keuntungan.

''Kalau kita menjaga kebajikan pekerja, pekerja akan untung, syarikat untung malah kerajaan juga akan meraih keuntungan.

''Namun jika kita menekan kebajikan pekerja, syarikat tidak akan mendapat keuntungan tambahan, pekerja rugi, syarikat pun rugi dan negara juga akan rugi,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanatnya sempena Sambutan Hari Pekerja 2012 peringkat kebangsaan yang turut dihadiri oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan di Tapak Pameran Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, dekat sini hari ini.

Lebih 10,000 pekerja menghadiri sambutan itu yang turut dihadiri oleh Ketua Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman dan Presiden Kesatuan Kongres Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Khalid Atan.

Dalam pada itu, Najib mengingatkan semua pihak untuk meningkatkan produktiviti masing-masing selaras dengan kenaikan gaji.

Beliau mengambil contoh prestasi luar biasa yang dicatatkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang memperlihatkan lonjakan tinggi dalam produktiviti.

''Jika kita lihat contoh tersebut, kita boleh bayar gaji lebih kepada jabatan dan agensi lain tanpa menjejaskan ekonomi tetapi kita kena tambah produktiviti,'' ujar beliau.

Beliau juga percaya hubungan baik dan persepakatan antara kerajaan, majikan dan pekerja yang wujud di negara ini sekarang akan memudahkan perjalanan untuk menjayakan transformasi negara.

"Saya penuh yakin dengan kerjasama ketiga-tiga pihak antara pekerja, majikan dan kerajaan maka kita akan terus kukuh membentuk persefahaman dan kesepakatan jitu ke arah mewujudkan suasana dan perhubungan harmoni dan kondusif,'' katanya.

KOMEN : KEPADA PENJAWAT AWAM YANG MASIH NAK MENYOKONG PUAK PEMBANGKANG BERHENTILAH DAN MINTA KERJA DARI PUAK TU... ADA BERANI?

Thursday, 10 May 2012

Waspada dalang di sebalik BERSIH 3.0

 
Oleh Rejal Arbee
rejal@mcoba.org
2012/05/10

  Penulis ialah Felo Kanan di UKM


Rakyat perlu sentiasa peka gerakan jahat jarum Zionis di seluruh dunia
 
NAMPAKNYA bahang perhimpunan BERSIH 3.0 yang mulanya dirancang sebagai perhimpunan aman tetapi bertukar menjadi rusuhan selepas dirampas golongan yang mempunyai agenda politik mereka terus mendapat perhatian seolah-olah tidak berkesudahan.

Terbaru timbul berita tunjuk perasaan sedemikian juga dilakukan di Makkah dan Madinah sehingga menimbulkan pandangan serong Kerajaan Arab Saudi terhadap negara ini yang boleh membawa kepada pengurangan tempat untuk rakyat Malaysia menunaikan haji akhir tahun nanti.

Ramai mengetahui setiap tahun Malaysia diberi tempat yang lebih daripada kuota ditetapkan mengikut persetujuan OIC (Pertubuhan Persidangan Islam). Ini adalah atas ihsan Kerajaan Arab Saudi menampung rayuan kerajaan supaya boleh memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Malah dikatakan kini seseorang perlu menunggu giliran sehingga enam atau tujuh tahun untuk mendapat tempat. Tanpa ihsan sedemikian tentunya masa menunggu giliran itu akan bertambah memandangkan setiap tahun Malaysia diberi kelonggaran menghantar sehingga lebih daripada 10,000 jemaah tambahan.

Tunjuk perasaan itu dikatakan dilangsungkan di 85 bandar di seluruh dunia dan mengikut Malaysiakini kononnya dari Aceh hingga ke Gunung Everest. Menghairankan juga apakah ada yang melakukan perhimpunan demikian di puncak gunung itu?

Tetapi inilah yang mahu digembar-gemburkan golongan yang mendukung tunjuk perasaan kononnya ia berhubung kait dengan kebebasan yang mereka laung dan mendewakan kononnya mendapat sokongan meluas tanpa menghiraukan hak orang lain.
 
Nampaknya penganjur BERSIH 3.0 ini begitu terdesak mahukan sokongan dunia sehingga sanggup memperlekehkan perjalanan pilihan raya di negara ini yang dituduh sudah tercemar dan tidak adil. Menghairankan juga usaha mereka melakukan tunjuk perasaan itu di 85 bandar luar negara. Tidak diketahui pula apakah tunjuk perasaan itu sememangnya berlangsung di semua bandar disasarkan.

Walaupun usaha sudah dilakukan untuk memperbaiki kecacatan yang wujud dalam senarai pemilihan serta corak perjalanan pilihan raya umum yang sudah berlangsung 12 kali, ia masih tidak dapat diterima golongan yang berterusan menuduh pilihan raya di Malaysia sentiasa dilanda penipuan yang menguntungkan parti pemerintah.

Sememangnya apa pun peraturan dilakukan manusia tidak mungkin akan ada yang sempurna. Tentunya ada cacat cela. Tetapi sekiranya kecacatan wujud bukan kerana helah mahu menipu kita, sudah seharusnya diterima.

Malangnya golongan ini tidak berhajat demikian. Jadi persoalannya apakah matlamat sebenar mereka? Apakah tujuannya berterusan saja menonjolkan kononnya berlaku penipuan berleluasa dalam corak pilihan raya yang selama ini berjalan dengan baik tanpa membabitkan rusuhan atau kehilangan nyawa seperti berlaku di beberapa negara lain. Apakah golongan ini mahu perjalanan pilihan raya kita dicemari dengan kehilangan nyawa?

Maka tohmahan berterusan dilemparkan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dituduh kononnya satu badan pemerintah yang digunakan untuk terus berkuasa. Begitu lantang sekali tohmahan sehinggakan seorang pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuduh bahawa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar adalah seorang ahli UMNO. Tetapi apabila dibuktikan memang ada ahli UMNO bernama Wan Ahmad Wan Omar tetapi beliau adalah orang kampung biasa, bukannya Timbalan Pengerusi SPR. Orang yang membuat tuduhan melulu itu bukan saja tidak memohon maaf tetapi tidak pula mahu memperbetulkan tuduhannya.

Jadi sehingga sekarang mereka yang taksub dengan mainan politik golongan sedemikian berterusan mempercayai fitnah itu, termasuk begitu ramai rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang tidak tahu hal sebenar.

Memang benar SPR kini menghadapi krisis mendapat kepercayaan ramai. Sama ada ia betul atau tidak, ramai sudah termakan adu domba sedemikian dan kini sudah tidak mudah lagi bagi SPR mahu mengembalikan kepercayaan ramai, lebih-lebih lagi dalam kalangan mereka yang sengaja menimbulkannya untuk kepentingan perjuangan politik mereka.

Oleh itu, walaupun dakwat kekal sudah dipersetujui akan digunakan serta wujudnya sistem biometrik yang tidak memungkinkan wujudnya ‘pengundi hantu’, tohmahan sedemikian berterusan juga tanpa dapat dileraikan.

Sebenarnya hanya satu daripada lapan tuntutan BERSIH 2.0 yang tidak diterima, iaitu tempoh kempen yang dikehendaki selama 21 hari. Malangnya, mereka yang berterusan membuat tuntutan bukannya mahu keadaan diperbaiki. Tujuan sebenar pimpinan dan dalangnya lain dan sekiranya dituruti keseluruhan pun, tidak akan memuaskan mereka. Tentu saja akan ada kecacatan yang boleh dikorek.

Maka rakyat perlu lihat siapa sebenarnya di belakang semua kejadian ini. Itulah juga kenapa mereka bermati-matian mahu berkumpul di Dataran Merdeka walaupun Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil ditawarkan untuk tujuan itu.

Salahkah bila ada yang menuduh perhimpunan itu didalangi golongan yang mendapat restu dan bantuan daripada beberapa pertubuhan Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pertubuhan sulit ‘Illuminati’, iaitu puak jahat yang didalangi kumpulan Yahudi Zionis yang sudah menguasai Amerika Syarikat.

Mereka sebenarnya adalah penyembah dajal/syaitan yang mahu menguasai dunia. Ekonomi dan kewangan dunia sudah pun mereka kuasai dengan sewenang-wenangnya boleh memporak-peranda seperti berlaku di Eropah dan sebelum itu di Amerika sendiri.

Puak inilah juga yang sudah menguasai pelbagai corak media arus perdana Amerika, baik akhbar mahupun rangkaian televisyennya seperti juga mereka menguasai pembuatan filem di Hollywood yang berterusan memaparkan perlakuan songsang, meminggirkan naluri dan kehendak kekeluargaan dan perkahwinan.

Gejala terkutuk inilah yang mereka mahu manusia sejagat ikut seperti dikehendaki dajal. Oleh itu, kita perlulah berfikir dengan waras apa sebenarnya sedang melanda dunia dan yang cuba dibawa masuk ke negara ini melalui apa sekali corak oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

Majlis Peguam, SUHAKAM tiada dalam senarai 6 ahli

Haniff ketuai panel bebas siasat BERSIH
Oleh Johari Ibrahim dan Nor Fazlina Abdul Rahim
bhnews@bharian.com.my
2012/05/10



pix_gal0
 
PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan senarai enam ahli Panel Penasihat Bebas dipengerusikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata panel itu akan mengadakan mesyuarat pertama dalam waktu terdekat bagi menentukan terma rujukan dan fungsinya.

Ahli lain panel itu ialah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Ketua Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Husammuddin Yaacob; Penasihat Undang-Undang Kumpulan Akhbar Sin Chew, Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat PETRONAS, Datuk Medan Abdullah dan pakar psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Ruszmi Ismail.

“Matlamat utama panel penasihat ini ialah untuk mendapatkan gambaran sebenar kejadian 28 April lalu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini, semalam.

Beliau berkata, panel itu memberi ruang kepada semua pihak mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas dan bahan bukti berkaitan kejadian berkenaan.

Katanya, kerajaan berharap hasil siasatan panel itu akan mendedahkan perkara sebenar secara menyeluruh di sebalik pelbagai hujah dan dakwaan oleh banyak pihak pada masa ini.  

Hishammuddin juga berkata, terpulang kepada panel itu juga sama ada mahu mencadangkan untuk menjemput ahli panel dari luar negara dalam siasatan mereka.

Mengenai ketiadaan wakil Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dalam panel itu, Hishammuddin berkata:

“Majlis Peguam mempunyai masalah mereka sendiri, maksud saya kita melihat banyak perbahasan berkaitan laporan mereka, akan ada perbahasan dalam mesyuarat agung luar biasa dan daripada yang saya dengar, lebih baik mereka selesaikan itu dulu.”

Mengenai penyertaan SUHAKAM, katanya, beliau terbuka jika panel mahu menjemput wakil suruhanjaya itu.

Sementara itu, Haniff yang dihubungi Berita Harian semalam memberi jaminan siasatan akan dilakukan berdasarkan fakta dan bukti, bukannya dipengaruhi emosi. 

KOMEN : PERSOALANNYA PERLUKAH PANEL BEBAS SIASAT BERSIH INI DI TUBUHKAN? SEPERTI YANG KITA SEDIA MAKLUM, PUAK PEMBANGKANG NI TAK AKAN MENERIMA JIKA MEREKA DIANGGAP BERSALAH...  PADA MEREKA SEMUANYA SALAH UMNO.... TAK PERCAYA TUNGGU DAN LIHAT.... SUHAKAM DAN MAJLIS PEGUAM TU DAH TAK RELEVAN.....

TEMBERANG DAN LAWAK SI HADI

PAS dolak-dalik laksana hudud
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
hanneeyzah@bharian.com.my
2012/05/10



Datuk Seri Hadi Awang
Datuk Seri Hadi Awang
 
Hadi buat ketetapan tak amal hukum Islam selagi tiga isu belum selesai

KUALA BERANG: PAS terus berdalih mengenai isu hukum hudud apabila membuat ketetapan tidak akan melaksanakan dasar itu jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, sebaliknya berkata hukum hudud hanya akan dilaksanakan apabila masalah pengangguran dan kemiskinan diselesaikan, manakala penetapan gaji minimum dilaksanakan.

Beliau berkata, keutamaan diberi terhadap penyelesaian tiga isu yang dianggap lebih penting sebelum hukum hudud boleh dilaksanakan.

“Kita selesai masalah membasmi kemiskinan, pengangguran. Hukum hudud tak boleh dilaksanakan kalau gaji minimum tidak dilaksanakan, itu syarat dia. Kalau dia mencuri kerana tak cukup gaji, kita tak boleh laksanakan hudud kerana tak cukup syaratnya.

“Masalah pengangguran terlebih dulu diselesaikan, baru hudud akan dilaksanakan,” katanya selepas ceramah Pra-pembubaran Parlimen di Taman Sungai Bajar, di sini, malam kelmarin.

Ketika ditanya sama ada DAP akan bersetuju dengan PAS untuk melaksanakan hukum hudud, Abdul Hadi berkata, perkara itu sudah dibincangkan dan PAS tetap akan melaksanakannya walaupun tidak dipersetujui oleh DAP.
 
“Kita laksana dulu pada orang Islam. Orang bukan Islam diberi pilihan... itu yang termaktub dalam Undang-Undang Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu yang digubal dan diluluskan Dewan Undangan Negeri. Ini masih mengikut proses demokrasi,” katanya.

KOMEN : SI HADI NI BARU TERSEDAR YANG PAS DAH TAK PERJUANGKAN NEGARA ISLAM TAPI SLOGAN BARU YANG BERTERASKAN NEGARA KEBAJIKAN ALA PAS... KEKOK LAGI KOT SEBAB SEBUT MAIN SEDAP IKUT MULUT AJE.... SUKA HATI KAULAH LEBAI...

Berubah agar UMNO tak terhakis


Oleh Norfatimah Ahmad 
DARI BERITA HARIAN
2012/05/10


KUALA LUMPUR: Bakal mencecah usia ke-66 esok, UMNO perlu berani berubah bagi memastikan kekuatan parti itu tidak terhakis disebabkan perpecahan, rebutan kuasa dan amalan enggan memberi ruang kepada individu berwibawa menyertai perjuangannya.

Pandangan itu disampaikan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad yang khuatir masa depan parti itu terjejas tanpa perpaduan, selepas parti itu mengharungi pelbagai cabaran untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara selama ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, sempena sambutan ulang tahun UMNO, tiba masanya kepemimpinan dan ahli UMNO diingatkan mengenai pentingnya kembali ke perjuangan asal dan mengutamakan kesetiaan kepada parti, bukan pemimpin atau individu tertentu.

“Kuasa akan terhakis kerana rebutan untuk jadi calon, ahli Majlis Tertinggi, ketua bahagian dan cawangan. Malah, perbuatan pengikut pihak yang kalah tidak beri kerjasama kepada pihak yang menang juga boleh menyebabkan UMNO lemah dan jika parti itu lemah tentu perjuangannya tidak akan berjaya sepenuhnya.

“Hakikatnya, ahli UMNO perlu mengutamakan parti, bukan pemimpin tertentu atau individu di mana-mana peringkat sekali pun, termasuk presiden dan ini perlu difahami setiap ahli kerana jika UMNO gagal, tidak mungkin ia dapat dipulih semula,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dr Mahathir berkata, ahli dan kepemimpinan UMNO juga perlu sedar bahawa kemenangan sesebuah parti politik itu yang boleh menjamin kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

“Kemenangan individu di kawasan tanpa kemenangan parti tidak memberi makna kepada perjuangan, malah kemenangan itu pula datangnya daripada kekuatan tetapi jika kita berebut hingga jadi lemah dan gagal, tentu nikmat yang diperoleh selama ini tidak ada lagi,” katanya.
 
Mengenai pendekatan UMNO yang tidak menggalakkan kemasukan ahli berwibawa, Dr Mahathir berkata, amalan ini perlu diubah bagi memastikan UMNO tidak berhadapan masalah kurang keupayaan dari segi kepemimpinan.

“Kita dapati kadang-kadang nak cari calon yang elok, yang baik pun susah dalam UMNO, kadang-kadang orang kata nak cari calon jadi Menteri Besar (MB) cukup sukar sebab tidak ada ramai calon, tidak banyak pilihan, semuanya sebab kita tak beri masuk orang berpelajaran, wibawa dan cekap kerana kita lebih utamakan kedudukan.

“Ada yang bimbang jika individu ini masuk, mereka akan hilang peluang, inilah sikap yang ada dan jika ia berterusan UMNO tidak akan ada ahli,” katanya.

Mencadangkan supaya sejarah perjuangan dan asas kekuatan parti itu menjadi subjek kepada ahli UMNO, beliau berkata, langkah itu dapat menyedarkan ahli dan kepemimpinannya mengenai tujuan penubuhan dan peranan mereka dalam UMNO.

Mengenai generasi muda yang mempunyai pandangan tersendiri berkaitan politik tempatan, Dr Mahathir menegur sayap parti terutama Pemuda dan Puteri UMNO supaya lebih aktif dan mendekatkan diri kepada golongan muda.

“Pemuda dan Puteri UMNO perlu ambil tahu pemikiran generasi muda dan memperbetulkan pemikiran mereka kerana banyak persepsi mereka salah, tetapi jika tidak ada orang yang boleh betulkan persepsi ini, mereka akan terus berpegang kepada pandangan mereka yang salah itu.” katanya.

Wednesday, 9 May 2012

SALAHKAN FATWA NIK AZIZ...

Arab Saudi timbang larang atau kurangkan kuota haji
DARI UTUSAN MALAYSIA
9/5/2012

KUALA LUMPUR 8 Mei - Kerajaan Arab Saudi sedang menimbang sama ada melarang rakyat negara ini daripada mengerjakan ibadat haji dan umrah atau sekadar mengurangkan kuota jemaah Malaysia ke Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bagaimanapun, kerajaan telah menyatakan pendirian bahawa negara amat menentang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, sekali gus mendukung penuh peraturan yang ditetapkan agar tidak ada sebarang kegiatan selain pelaksanaan ibadat itu.

Katanya, pendirian itu telah pun diperjelaskan kepada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, Fahad A. H. Al-Rashid ketika pertemuan bersama beliau Jumaat lalu.

''Kita memohon supaya orang ramai jangan melakukan perbuatan seperti ini kerana nama baik Malaysia di mata dunia, khususnya di Arab Saudi akan terjejas.

''Justeru, sekiranya perbuatan seperti ini berlaku, kita bimbang kerajaan mereka mengambil  pendekatan drastik terutama berkaitan visa dan mengurangkan kuota haji pada tahun ini,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar guru-guru pendidikan Islam dan guru Islam peringkat Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Pihak berkuasa Arab Saudi baru-baru ini melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Mekah dan Madinah pada 28 April lalu termasuk memburu dua pemimpin politik pembangkang Malaysia kerana disyaki menjadi dalang perhimpunan berkenaan yang diadakan di Restoran D' Saji, Hotel As-Safwah berhampiran Masjidilharam.

Peserta perhimpunan tersebut dikehendaki pihak berkuasa di sana kerana dipercayai turut menyampaikan ucapan dengan tujuan menghasut rakyat Arab Saudi menyertai gelombang Arab Spring dan bangkit menentang pemerintah.

Berikutan tindakan perhimpunan itu, rakyat negara ini berhadapan kemungkinan dilarang daripada mengerjakan haji atau umrah untuk tempoh tertentu kerana sebelum ini mereka pernah melarang rakyat dari sebuah negara Islam berbuat demikian selama tiga tahun kerana berdemonstrasi di Tanah Suci itu.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, tindakan sekumpulan rakyat Malaysia berdemonstrasi di negara itu diharap tidak akan dijadikan ukuran terhadap sikap terbaik jemaah Malaysia pada setiap tahun. Jelas beliau, sehingga hari ini Arab Saudi tidak pernah mengenakan sebarang hukuman terhadap Malaysia.

''Kita lihat perlakuan Arab Spring ini mudah menular ke rantau Arab, jadi untuk menyekat daripada mengganggu ibadat orang lain dan mencampur aduk hal yang berlaku di Arab Saudi, maka kerajaan mereka mengetatkan peraturan itu.

''Mereka amat sensitif akan tunjuk perasaan dan sebagainya, kita tidak mahu perbuatan negatif itu memberi kesan terhadap persepsi mereka bahawa Malaysia merupakan contoh terbaik ibadat haji,'' katanya.

KOMEN : KALAU ORANG KATA MEREKA BODOH, TAHU PULAK NAK MARAH...

PARLIMEN : RUGINYA HIDUP BERSENDIRI...

Masalah kewangan punca utama
DARI UTUSAN MALAYSIA
9/5/2012

KUALA LUMPUR 8 Mei - Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi wanita.

Jelasnya, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki telah menurun daripada 28.6 peratus pada 2000 kepada 28 peratus (2010).

"Selain itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.

"Daripada jumlah itu, 56.6 peratus daripada mereka ialah lelaki dan 44.4 peratus wanita," katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta kementerian tersebut menyatakan jumlah wanita dan lelaki di negara ini yang belum berkahwin serta adakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat temu jodoh bagi membantu golongan tersebut.

Seai Kie memberitahu, hasil kajian yang sama juga mendapati faktor-faktor utama lelaki tidak berkahwin adalah masalah kewangan (44.7 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus), kemajuan kerjaya (12.8 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Katanya, bagi golongan wanita, punca utama adalah tiada calon sesuai (40 peratus), masalah kewangan (14 peratus), kemajuan kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).

Jelasnya, buat masa ini, kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh secara online.

"Ini kerana perkhidmatan tersebut telah disediakan oleh pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik," katanya.

KOMEN : NAK KOMEN APA LAGI, KALAU DAH DIRI SENDIRI LEBIH SENANG HIDUP BERSENDIRI... TAPI KALAU KITA FIKIRKAN SEMUANYA KERANA MASALAH? TAK BOLEH JUGA?? SEBAB PERLU DIHAYATI BAHAWA MASALAH KEHIDUPAN AKAN BERTERUSAN,  SUKA ATAU TIDAK KITA TETAP JUGA PERLU MENGATASI MASALAH YANG MENDATANG... JUSTERU ITU KENAPA HINDARI DIRI KAMU DARI BERKAHWIN... REZEKI KITA HANYA ALLAH swt YANG TAHU....

AGAK-AGAK YANG SOKONG PEMBANGKANG AMBIL TAK??

RM15,000 setiap keluarga
Najib Tun Razak dan Rosmah Mansor memegang replika cek RM1.6 bilion bersama ketua-ketua peneroka Felda pada Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka Lapan, Jerantut, Pahang, semalam. Turut hadir Adnan Yaakob, Ismail Sabri Yaakob, Ahmad Maslan dan Isa Samad. - BERNAMA

JERANTUT 8 Mei - Kira-kira 112,000 warga peneroka Felda hari ini mendapat khabar gembira yang membolehkan mereka tersenyum lebar apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 'durian runtuh' sebanyak RM15,000 untuk setiap keluarga melibatkan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion.

Perdana Menteri berkata, pemberian durian runtuh itu melibatkan tiga fasa iaitu fasa pertama, setiap ketua keluarga akan menerima RM5,000 seorang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM563.715 juta.

Untuk pemberian fasa kedua, katanya, sebanyak RM5,000 lagi akan diagihkan kepada isteri peneroka sebagai mengiktiraf peranan yang diberikan oleh golongan tersebut.

Bagi fasa ketiga pula, menurutnya, sebanyak RM5,000 lagi akan diberikan kepada generasi kedua Felda bagi membolehkan bukan sahaja suami malah isteri dan anak warga peneroka juga menerima durian runtuh tersebut.

"Durian runtuh ini adalah lebih hebat daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ini bukan BR1M tetapi 'broomm' macam bunyi seperti kereta 'broomm.'

"Bukan sahaja generasi pertama Felda dapat, isteri juga dapat dan anak-anak mereka juga dapat," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka sempena Majlis Sejahtera Peneroka Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.

Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

Najib berkata, durian runtuh itu tidak berakhir begitu sahaja kerana ada pula 'durian gugur' iaitu tabung amanah, 'blue form' atau borang biru untuk saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kepada warga peneroka dan bantuan untuk dana Yayasan Felda bagi membaik pulih kampung-kampung lama dan tradisional di kawasan Felda.

Beliau berkata, untuk tabung amanah, sebanyak 20 peratus saham FGVH akan dimasukkan ke dalam tabung milik warga peneroka tersebut.

"Kalau FGVH dapat untung RM1.5 bilion seperti mana kita jangka tahun ini, tahun depan tolak cukai dan sebagainya maka setiap warga peneroka akan menerima RM1,331 sebagai tambahan kepada durian runtuh," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, kakitangan Felda juga tidak dilupakan apabila mereka akan diberikan 'pink form' atau borang merah jambu saham serta mendapat bonus khas petugas Felda sebanyak dua bulan setengah.

"Durian runtuh dan durian gugur ini sebenarnya begitu luas pengertiannya, bukan sahaja peneroka, isteri, anak peneroka dan petugas Felda mendapat faedah malah kampung-kampung lama dan tradisional juga dapat.

"Inilah kejayaan kita (kerajaan) menguruskan Felda dan negara dan buktinya durian runtuh dan durian gugur ini dapat diberikan," katanya yang selepas itu mendapat tepukan gemuruh daripada orang ramai yang hadir pada program tersebut.

Sementara itu, dalam sidang akhbarnya, Perdana Menteri berkata, pemberian fasa pertama durian runtuh itu akan diberikan bermula hari ini dan dijangka selesai dalam masa dua ke tiga minggu.

"Fasa kedua akan saya umumkan selepas pemberian fasa pertama selesai dan fasa ketiga akan diberikan selepas penyenaraian FGVH. Ia akan disampaikan oleh jentera Felda dan wakil-wakil rakyat di setiap kawasan," katanya.

KOMEN : KALAU TAK MALU AMBILLAH RM15,000 TU, BANYAK....TU... MEREKA AKAN GUNAKAN FATWA NIK AZIZ... KERAJAAN BN BAGI AMBIL, TAPI UNDI PAS... MASUK SYURGA NIK AZIZ....

Tuesday, 8 May 2012

AFC - Skuad Harimau Muda ‘dikerah’ main petang

 
Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2012/05/08



 
  KIM Swee (kiri) memberi taklimat kepada pemain Harimau Muda sebelum memulakan  sesi latihan di Wisma  FAM,  semalam.
KIM Swee (kiri) memberi taklimat kepada pemain Harimau Muda sebelum memulakan sesi latihan di Wisma FAM, semalam.
 
Langkah sesuaikan diri menjelang Kelayakan Piala AFC
GARA-gara terlepas hak menjadi tuan rumah kejuaraan julung kali Kelayakan Piala AFC Bawah-22, skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee kini terpaksa menyesuaikan diri dengan permainan sebelah petang pada kejohanan di Myanmar bulan depan.

“Kita diletakkan bermain jam 3.15 waktu tempatan kecuali perlawanan terakhir bertemu tuan rumah pada jam 6.15 petang,” kata Kim Swee ketika ditemui sebelum sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

“Sebab itu dari awal lagi saya katakan, jika mendapat hak menjadi tuan rumah, kita boleh letakkan pasukan lain bermain pada jam 2 petang sekali pun, itu hak tuan rumah. Jadi apabila Myanmar menjadi tuan rumah, saya tidak pelik kita mendapat jadual sebegitu.

“Bagaimanapun saya akan mula menyesuaikan pasukan dengan permainan pada awal petang. Saya tidak mahu faktor cuaca dan waktu menjadi penghalang pasukan memburu kejayaan pada kejuaraan julung kali diadakan ini.”

Menurut Kim Swee, Piala AFC Bawah-22 2013 adalah pengganti kepada pusingan Kelayakan Olimpik sebelum ini dan pasukan yang melepasi pusingan kelayakan tahun ini akan mengisi kelompok pilihan pada kejohanan itu nanti.

Kim Swee kini hanya mempunyai tempoh sebulan setengah menyiapkan pasukan muda menghadapi saingan Kumpulan G yang turut dibarisi Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Filipina dan Taiwan.
 
“Siri perlawanan persahabatan di Slovakia, Hungary dan China cukup penting dalam mempersiapkan pasukan untuk menghadapi saingan sengit pusingan kelayakan itu nanti,” kata Kim Swee yang skuadnya kini menjadi antara pasukan digeruni dalam Liga Singapura.

Pada sesi latihan semalam, Kim Swee memanggil 11 muka baru termasuk seorang pemain 16 tahun dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa yang dilihat berpotensi menjadi pemain tengah berbisa satu hari nanti.

Sementara itu Kim Swee mengakui sedikit gelisah dengan kecederaan beberapa pemain yang menjadi tulang belakang skuad Harimau Muda. Pada sesi latihan itu, tujuh pemain sekadar berlatih ringan dan Kim Swee berharap mereka sempat pulih sebelum saingan bermula 21 Jun ini.

Perhimpunan guna taktik Marxis


Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Nor Azizah Mokhtar
bhnews@bharian.com.my
2012/05/08



Rahim Noor
Rahim Noor

Tindakan propaganda melampau pembangkang sama seperti ideologi komunis: Rahim

KUALA LUMPUR: Perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu menyerupai taktik perjuangan ala-Marxis, fahaman ideologi komunis, yang membabitkan hasutan politik dan propaganda, kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Katanya, demonstrasi jalanan berserta maki hamun dan keganasan adalah salah satu bentuk hasutan dalam fahaman Marxis, manakala propaganda dilakukan bertujuan menghentam badan kerajaan sehingga menggunakan kempen peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, ini termasuk tindakan pembangkang memburukkan sistem negara sebagai tidak adil dengan menyerang integriti pasukan polis, badan kehakiman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Dilelongnya (oleh pembangkang) semua itu ke antarabangsa, berjumpa (media asing) BBC, CNN... mengadakan sidang akhbar di Australia, Singapura... inilah propaganda.

“Satu lagi contoh ialah bekas Menteri Besar Perak (Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin) menuduh Perdana Menteri memanggil semua panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (mendakwa Datuk Seri Najib Razak meminta mereka melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-13).

“Bagi saya, taktik Marxis jelas dipergunakan oleh kumpulan ini. Satu contoh yang baik ialah perhimpunan BERSIH 3.0 ‘dirampas’ secara agresif, ia cara Marxist walaupun ini bukan bermakna mereka adalah komunis. Namun, taktik gerakan massa bercorak Marxist tidak kurang bahaya.

“Taktik ala-Marxis masih dipergunakan oleh orang berkepentingan di mana-mana seluruh dunia, termasuk gerakan massa ‘Arab Spring’. Saya sudah masak dalam perkara ini. Malah, cemuhan terhadap polis dengan panggilan ‘anjing’ ketika perhimpunan BERSIH 3.0 adalah istilah komunis yang dulu memanggil polis ‘anjing British’,” katanya dalam wawancara khas dengan Berita Harian di sini, semalam.

Justeru, walaupun ancaman komunis di negara ini sudah menjadi sejarah, Rahim menasihati seluruh rakyat Malaysia supaya tetap berwaspada bagi memastikan keselamatan negara tidak berkocak.

“Janganlah sehingga pisang berbuah dua kali. Keadaan huru-hara dan berkocak angkara individu tertentu akan membolehkan pihak mengambil kesempatan. Janganlah membuka ruang penderitaan rakyat kita yang dulu berulang.

“Saya bimbang perkara seperti ini (demonstrasi jalanan) menjadi modus operandi atau pendekatan aktivis sosial mahu pun ahli politik untuk memperjuangkan ideologi untuk mencapai matlamat mereka, dengan melanggar undang-undang dan bukan secara berparlimen,” katanya.

Dalam konteks ini, Rahim mempersoalkan sikap membisu Majlis Peguam, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Datuk S Ambiga berhubung tindakan peserta melanggar undang-undang pada perhimpunan BERSIH 3.0.

Sebaliknya, beliau berkata, pihak berkenaan menuding jari menyalahkan polis yang hanya menjalankan tugas mengikut Akta Polis untuk menjaga ketenteraman awam, termasuk dari segi keselamatan orang ramai dan harta-benda.

“Apakah bagi Majlis Peguam, SUHAKAM dan Ambiga, polis perlu berpeluk tubuh saja apabila keadaan kucar-kacir tercetus daripada perhimpunan aman yang menyemarak menjadi ganas?” katanya.

AGENDA BERSIH 3 YANG TERSIRAT....

Kalau aman tidak dapat tarik media luar - PM
DARI UTUSAN MALAYSIA
7/5/2012

 


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan seorang warga emas dari Pulau Tioman, Jumaat Ahmad, 87, selepas merasmikan Majlis Pandu Puteri Turun Padang di Rompin, semalam. - BERNAMA

ROMPIN 6 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan pembangkang tidak mahu menggunakan stadium untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah bertujuan menimbulkan huru-hara bagi menarik perhatian media luar negara membuat liputan terhadap mereka. Perdana Menteri berkata, jika ia dilangsungkan di stadium, maka perhimpunan minggu lalu itu akan berjalan dalam suasanan aman yang pastinya ia tidak akan mendapat tempat di media antarabangsa.

"Mungkin tidak seronok sebab orang duduk secara aman, duduk di kerusi jadi media luar seperti Al-Jazeera, CNN tidak akan buat liputan terhadap mereka.

"Sebab itu, mereka mesti cari jalan supaya berita perhimpunan itu dapat keluar di media luar negara. Jadi, perhimpunan dijalankan di jalan raya agar dapat dilakukan secara tidak aman dan keluar dalam media luar negara," katanya ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri di Dataran Rompin, di sini hari ini.

Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Menurut beliau, kerajaan tidak menghalang mana-mana pihak untuk mengadakan apa sahaja perhimpunan asalkan ia dijalankan secara aman.

"Kalau mereka nak berhimpun, apa salahnya buat macam program ini yang lebih bertamadun. "Kalau hendak buat secara aman kita terima, kita tidak tolak sebab kita merupakan negara demokrasi. Semua ada hak termasuk pembangkang selagi semua hormat undang-undang," katanya. Bagaimanapun, beliau tidak menyalahkan semua peserta yang terlibat dengan perhimpunan itu kerana ada yang datang dengan niat yang baik.

Sementara itu, menurut Najib, kerajaan akan meneruskan pembelaan terhadap masyarakat luar bandar menerusi pelbagai peruntukan yang bakal diumumkan bagi melihat golongan itu bersama-sama terlibat dalam kemajuan negara.

Apatah lagi menurut Perdana Menteri, pembangunan penduduk luar bandar dan desa sememangnya berada dalam lubuk hati ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein yang merasai jerih payah sebagai anak desa dari Kampung Langgar, Pekan untuk mencapai kejayaan.

"Insya-Allah, Selasa ini di Pahang saya akan umumkan durian runtuh kepada warga peneroka Felda yang saya kira akan menggemparkan juga kesannya," katanya.

Sementara itu, ketika berucap pada Majlis Perasmian Pandu Puteri Turun Padang di sini kemudiannya, Najib berkata, golongan wanita di desa perlu diperkasakan dengan bukan sahaja ilmu formal tetapi juga kemahiran bersifat bukan formal termasuk kemahiran keibubapaan.

WANTED : ORANG HILANG 3

25 individu lagi dicari

KUALA LUMPUR 7 Mei - Polis menyiarkan 25 lagi gambar individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di sekitar ibu negara dan Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Penyiaran gambar terbaru yang dimuat naik di laman Facebook Polis KL itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dikehendaki dan dipercayai dapat membantu siasatan polis adalah berjumlah 116 orang.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh dalam kenyataan berkata, 25 keping gambar individu itu disiarkan hasil penelitian terhadap gambar-gambar yang telah dirakam oleh media dan polis ketika Bersih 3.0.

"Oleh demikian, saya menyeru kepada orang ramai yang mengenali mana-mana individu yang telah didedahkan polis itu supaya tampil menyampaikan maklumat untuk membantu kami menjalankan siasatan," katanya di sini hari ini.